MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Happy New Year 2018

Happy New Year 2018

As Salam and greetings to dear readers.

Happy New Year 2018.

Eh! dah empat hari berlalu baru nak post entry happy new year. Haish! tak kisahlah janji happy dan kenangan pun berjaya disimpan dalam Mrs. A my blog my stori. Malam tahun baru yang lalu readers ke mana ya!? Celebrate ke or duduk rumah aje nonton T.V. ?

Kalau ikut diri-sendiri Mrs. A nak duduk rumah aje nonton TVN movie cerita Fabricated City lakonan Ji Chang Wook ha! nampak tak, nampak tak, betapa Kdramanya Mrs. A dan peminat JCW yang comel tu. Tapikan rasa macam tak sedap hati pula cos Mr. A ajak keluar dan kids duklah nyanyi-nyanyi nak pergi lepak Dataran Centrio, Seremban 2 tengok bunga api, sambil tu dapat gak teman Mr. A monitor Car Boot Sale (CBS). Lagipun hashtag #ilovemyfamily more hew..hew..hew... [poyo la kau nih! Mrs. A oiii!!!]

Lebih kurang pukul 9 malam we all pun gerak cos nak dinner dulu di [ SINI ]

Sebelum food sampai kita swafoto dulu
Malam tu semua pun order western maybe kat rumah dah kenyang makan nasi kot.

Kids order roasted chicken chop and Mrs. A order burger daging hancur, Mr. A minum je
Selepas dinner tu lambat lagi nak count down sambil tengok bunga api tu. Apa lagi kids pun menjalankan aktiviti yang mereka sukalah bila datang sini iaitu bermain permainan yang macam-macam ada. Untuk pengetahuan readers di Dataran Centrio ini pada setiap weekend malam ada pelbagai aktiviti tersedia expecially untuk kids. Memang sesuai untuk aktiviti riadah sekeluarga. Cumanya kena sediakan ongkosnyalah.

Adik and Akmal main RB. Aboy naik keta (gambar lama)
Malam new year Adik main hover board
Ada basikal elektrik, keretapi dan beca putrajaya mali dan jugak macam-macam jualan CBS
Sementara itu aktiviti Mrs. A pula adalah buat urutan tapak kaki a.k.a refleksologi setengah jam RM20.00. Actually ini 1st time Mrs. A buat urutan tapak kaki ni biasanya Mrs. A urut satu badan je... [tukang urut kat kampung] tapi okaylah best juga cos sambil urut-urut tu kakak yang urut tu duk bagi tahu point-point tu ada kaitan bahagian badan yang mana. 

Rupanya kakak ni ada kedai massage and spa, nak buat bekam pun boleh. Kebetulan pula kedai massage and spa dia tu kat area ampangan shop lot depan KBS Paroi tu lagilah semangat Mrs. A nak cuba nanti. In Sha Allah Mrs. A nak buat bekam nanti 10 cup RM70.00 katanya.

Bercerita tentang happy new year ni memang tak sahlah kalau kita tak bercakap pasal azam tahun baru kan? Apa azam tahun baru readers? Mrs. A ni sejenis yang takde azam muahahhaaaa.... hazab sangat kan...

Kalau ada pun azam yang petty-petty untuk diri sendiri itupun dah berazam banyak kali tercapainya tak juga. Contohnya macam last year Mrs. A berazam nak iron baju seminggu sekali untuk sekeluarga huh! nan hado uols. So kekdahnya tahun ini nak carry forward semula azam tu doakan Mrs. A ya, semoga tahun ini terlaksana azam tersebut.

Azam untuk blog pada tahun lepas pun sama juga nan hado ha! kononnya nak up-date post sehari satu entry memula aje semangat dah masuk tiga ke empat bulan ke laut jadinya. So untuk tahun ini Mrs. A tak berapa berazam sangat untuk blog. Eh! iya kerr... rasanya adalah azam untuk blog di new year 2018 iaitu nak hapuskan kesemua broken link yang telah terwujud di blog ini. Broken link di blog Mrs. A ini sangat banyak uols! huwaaa...waa...waa... nangis tau nak remove satu persatu. Kalau ada readers yang tahu macam mana nak remove secara pukal mohon share ya.

Lain-lain azam Mrs. A pada tahun lepas adalah dari segi rohani azamnya nak solat di awal waktu. Alhamdulillah yang ini ada peningkatan walaupun bukan semua waktu dapat solat di awal waktu tapi syukur 3 out of 5 berjaya. Tahun ini pula Mrs. A berazam nak buat yang sunat tu banyak-banyak dan wajib tu jangan ada yang tertinggal. Ada satu rancangan yang Mrs. A tonton iaitu rancangan bersama Dato Seri Vida katanya dia buat solat sunat 10 kali sehari, satu sebelum solat wajib dan satu sesudah. Pheww!!! I'm impress. Rasanya tak mampu Mrs. A tapi tulah sekurang-kurangnya dapat dua kali sehari pun jadilah.

Okay itu sahaja nak share kisah Happy New Year 2018. Semoga tahun ini azam tercapai. In Sha Allah.
 
Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies

Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies

As Salam and greetings to dear readers.

Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies.


Bismillahhirrahmannirrahim.... semoga diri ini bertuah ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š. Entry pertama di tahun 2018 adalah join Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies. Lagipun Mrs. A ini kalau pakai bawal memang suka bawal Aidijuma aka AJ. Bolehlah dilabel peminat AJ gitew...

Mrs. A join giveaway
KLIK
Dah namanya peminat bawal AJ mestilah Mrs. A dah ada beberapa helai tudung AJ. Tapi sayang seribu kali sayang Mrs. A belum ada lagi yang limited edition punya huhuhuu.... sedih!!! kanssss.... tapi takpe mana tahu join Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies bertuah pulak mendapat.

Kenapa Mrs. A suka sesuatu yang "Limited Edition"?

Tentulah berasa seronok kalau dapat memiliki sesuatu yang "limited edition" ialah bukan semua orang ada kekdahnya bila kita pakai dan orang yang tahu menilai tu mesti cakap wow! bestnya kalau aku dapat dan lagi barang-barang limited edition bukan mudah untuk memilikinya. Tapi kalau dah minat tu sanggup buat apa sahaja contohnya macam pedang Star Wars limited edition tu ada yang sanggup berhabis duit sebab nak memilikinya. Macam Mrs. A pula gigih tau join Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies sebab nak memiliki yang limited edition punya. [eh! tetiba]

Apa!!! nak jugak!!!?? sila klik banner for more details.

Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies tamat pada 07 JANUARI 2018.

Annual Dinner SAINS 2017

Annual Dinner SAINS 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Annual Dinner SAINS 2017.

Annual dinner SAINS pada tahun ini adalah bertempat di Klana Resort Seremban. Actually sepanjang yang Mrs. A ingat annual dinner setiap tahun telah diadakan di Klana Resort Seremban ngeh! ngeh! ngeh! Kalau tiada pun maknanya tahun tersebut tiada annual dinner diadakan.

Kejadiannya dah lama juga iaitu pada 20112017 yang lalu tapi tulah malas punya pasal tertangguh sehingga ke hari ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya kalau annual dinner office pasti ada tema-tema bagai. Tema pada tahun ini adalah "Glamorous Masquerade Night" [ha! ko mampu]. 

Mrs. A ini sejenis yang suka juga melayan tema-tema ini, [2016] tapi tahun ini tak berapa nak layan sangat setakat membeli mask ajer... Itu pun beli last minutes on the way nak balik kerja petang tu sebelum ke dinner malamnya singgahlah sebentar di kedai Baloon Party di S2. Walaupun Mrs. A tak pernah pergi kedai tu gigih tau Mrs. A tanya office mate macam mana nak ke situ. Alhamdulillah mudah aje jumpanya.

Dinner
Annual Dinner SAINS 2017
dinner
Bila tengok semula gambar ni nyesal pula tak rasa semua menu tu
dinner
Menu macam-macam ada. Cantik tak mask tu?
dinner
Creme caramel with fruit coulisse yang ni Mrs.A suka sedap baq hang
dinner
Pengat pisang dengan roti bhai tak heran pula time ni kesian.....
Seperti tahun-tahun sebelummnya sebelum acara bermula afdal dimulakan dengan bacaan doa terlebih dahulu. Pada malam tersebut bacaan doa dibacakan oleh ustaz dari jabatan mufti Negeri Sembilan kalau tak silap. Kemudian selesai berdoa kita makan dulu......sambil makan itu sambil dihiburkan oleh artis jemputan iaitu Datin Alyah.

dinner
Kemudian setelah selesai acara Datin Alyah sambung lagi nyanyi sempat Mrs. A and the gang minta bergambar
Selain daripada annual dinner ini acara utamanya adalah penyampaian anugerah cemerlang oleh YABDSU Haji Mohamad bin Haji Hasan selaku Pengerusi Syarikat kepada seratus lebih orang kakitangan yang cemerlang.

Dalam ucapan Pengerusi beliau turut menyampaikan tiga khabar gembira kepada we all yang hadir khasnya dan buat seluruh warga SAINS amnya. Pertama dapat bonus katanya, kedua dapat kenaikkan gaji dan yang ketiga dapat COLA. Yeayyyy!!!!! alhamdulillah begitu meriah sekali sorakan dari semua yang hadir. Mahu tak suka ingatkan dalam keadaan ekonomi sekarang apa pun tak boleh tapi mujurlah SAINS masih mampu berkongsi rezeki #syukurselalu

dinner
Kak Ngah niece Mrs. A yang intern tu
dinner
Tu ler dia mask yang Mrs. A beli tu sekejap pakai, sekejap buka ngeh! ngeh! ngeh!
dinner
Sebelum DSU dan Datin Seri berangkat pulang sempat Mrs. A minta bergambar
Okay itu sahaja nak share secebis kisah Annual Dinner SAINS 2017. Semoga syarikat akan terus maju jaya di masa hadapan.


Batu 8, Port Dickson

Batu 8, Port Dickson

As Salam and greetings to dear readers.

Batu 8, Port Dickson.

Dah namanya pun Batu 8, Port Dickson apa lagi tentulah nak mandi-manda di lautan nan biru gitew... Actually tak plan pun nak mandi laut ni. Tiba-tiba aje Kak Ngah Mrs. A ajak. Kebetulan weekend 23122017 semua adik-beradik Mrs. A balik kampung kecuali Along. 

We all balik kampung tujuan utamanya nak memenuhi wedding invitation jiran sekampung. [psstttt ... sebab Mrs. A memang sejenis yang suka gi wedding invitation nih! muahahhahaaaa] Hah! meriah betul rombongan Mak Limah ke jemputan kahwin anak jiran sekampung tu yang ni a day before ke Batu 8, Port Dickson.

Baru 8 Port Dickson
Rumah pengantin tu walking distance jer... dari rumah mak Mrs. A
Walaupun keesokkan harinya itu ada lagi satu wedding invitation tapi we all tak pergilah cos semua dah tune mood nak mandi laut. So selepas lunch di rumah barulah we all konvoi ke Batu 8, Port Dickson.

Konvoinya pun 3 biji kereta jer... ketua konvoi adalah Alang Mrs. A. Al-maklumlah yang gegirls ni failed sikit kalau bab-bab jalan nih! Jadi gegirls follow ajelah pada yang pakar. Dari kampung menurut Alang adalah dekat kalau ikut jalan Pengkalan Kempas so we all okay jer... follow.

Bila Alang tanya nak mandi batu berapa nih!? Mrs. A kata yang happeninglah dan yang penting sekali mesti ada toilet tempat mandi yang selesa selepas mandi-manda tu. Mulanya Alang bawa ke Batu 7 tapi ya... ampun.... umat manusia terlalu ramai dan tempat nak parking pun nan hado ha! terus aje lajak ke depan lagi tulah yang sampai ke Batu 8. Walaupun ramai juga umat manusianya tapi oklah masih ada tempat parking dan khemah untuk disewa.

Jom layan gambar pulok!!!

Kalau nak selesa sewa aje khemah RM40.00
  

Pelampung kalau nak sewa RM5 satu. 'Adik' tazabarrr.... dah nak turun ke laut.
Mandi sampai kecut. Asyiklah duk mendongak tengok kapal terbang yang lalu lalang sambil duk kira Air Asia ke, Malindo ke MAS ke ngeh! ngeh! ngeh!
Tanam...tanam jangan tak tanam.
 

Ramaikan!? pada 24122017
Memang dah expected ramai orang dah namanya hari cuti dan lagi cuti sekolah tak payah arrr nak pelik sangat. Lagipun kalau mandi laut Mrs. A memang suka tempat yang ramai orang cos barulah meriah dan happening. Kalau sunyi jer... tak best cos laut itu menakutkan cia..cia...cia....

Lama betul we all mandi lebih kurang 6.30 petang barulah naik. Lagi satu yang buat sampai ke malamnya tu nak menunggu bilik mandi tu berbaris cos semua pun nak mandi ha! ko hadaplah ya...

Kemudian on the way balik tu sempatlah we all dinner dulu, semua pun dah lapar mana taknya dah berendam sampai kecut tentulah lapar.

Dinner @ Tg Agas
Alhamdulillah kids semua puashati sekali-sekala dapat berkumpul memang seronok tak dapat bercuti jauh-jauh bercuti macam ini pun mereka dah happy sangat. Itu sahaja kisah mandi-manda di Batu 8, Port Dickson.

Salam Jumaat

Salam Jumaat

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat.



"Orang mukmin yang hebat ialah, dia meninggalkan dunia sebelum dia meninggal dunia. Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah. Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah. Dia datang ke masjid sampai ke tua, bukan dah tua baru nak ke masjid. Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal".

Al-Fatihah buat Al-Marhum Dr Haron Din.
Pertandingan Bola Jaring Bakat Baru & Jemputan Tertutup Rembau

Pertandingan Bola Jaring Bakat Baru & Jemputan Tertutup Rembau

As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan Bola Jaring Bakat Baru & Jemputan Tertutup Rembau.

Pertandingan Bola Jaring Bakat Baru & Jemputan Tertutup Rembau ini adalah anjuran Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Rembau (KKTM) dengan kerjasama KBS Daerah Rembau dan Persatuan Bola Jaring Daerah Rembau. Kejadianya adalah pada minggu lepas 14122017. Oleh kerana Mrs. A masih injured amvoiii!!! ayat kemain (lutut kanan sakit) so Mrs. A tak main pun tapi acting as manager cos manager netball yang sebenar sedang bercuti.

Pertandingan Bola Jaring Bakat Baru & Jemputan Tertutup Rembau ini adalah bersempena dengan Program Creative Industri Festival 2017 yang bertempat KKTM, Rembau. Selain daripada bola jaring ada juga pertandingan sepak takraw dan pelbagai lagi acara lain.

Pada awalnya ada 16 team tapi semasa kejadian 3 team tidak muncul tinggallah 13 team. Pertandingan diadakan secara liga. Ada 4 group iaitu Group A, B, C dan D. Team netball office termasuk dalam group A. Untung group A, B dan C cos setiap group ada satu tak muncul so we all hanya perlu berlawan dua kali sahaja berbanding dengan group D yang terpaksa berlawan sebanyak 3 kali.

Tapi agak malang sekali hanya terdapat satu court sahaja so masa pertandingan telah dipendekkan kepada 5 minit (5-1-5) sahaja pada peringkat group sementara peringkat quarter, semi dan final maintian 7 minit (7-1-7). Lagi satu hujan turun pada sebelah pagi dan court sangat licin. berdepek-depek players jatuh. Sabar yolah!

Jomlah kita layan gambar pula.



Sebelah pagi sebelum games mula bergambar dengan mana yang sempat
Team office mara sampai ke peringkat separuh akhir. So dapatlah nombor 3 bersama team yang satu lagi. Kenapa no 3 bersama cos hadiah hanya berbeza untuk juara dan naib juara manakala nombor 3 dan 4 hadiah saguhati sahaja tak perlu lawan ler... dah hadiah ko sama buat lotih yolah.

Quarter final kalah mati team office telah berjaya kalahkan NBT Netballer. Fuh! fight habis game ni score 4 sama. Jadi terpaksa main lagi dengan cara bermainnya 3 center pass. Alhamdulillah team office berjaya buat 2 gol awal so menanglah akhirnya yang melayakkan team ke separuh akhir.

Lagi gambar.

1st game SAINS vs. Vicious (kalah)

2nd games SAINS vs Seven Anchor (Menang)
Settle aje peringkat separuh akhir Mrs. A dah angkat kaki dulu cos nak singgah kampung sementelah KKTM tu tersangatlah dekat dengan kampung Mrs. A. Itu pasal yang gambar iol takde time amik hadiah kat bawah ni.

Dapat plague dan RM biarlah rahsia muahahaaa...
The end kisah Pertandingan Bola Jaring Bakat Baru & Jemputan Tertutup Rembau. Majulah sukan untuk KSR SAINS.

Just The 4 Of Us

Just The 4 Of Us

As Salam and greetings to dear readers.

Just The 4 Of Us.

Just the 4 of us, uols rasa apa maknanya tu? Cer teka...cer teka... haish! tak koser nak sentap hokeh! dah dua kali weekend we all outing without Mr. A. Last 2 weeks Mr. A busy dengan #pau last week pula kawan Mr. A minta tolong dia menguruskan pengebumian di makam Tuan Haji Said to be exact kawanya yang kematian isteri.

Siapa nak contact, macam mana cara, apa nak buat semua pun tak tahu cos dia orang luar. Orang luar tu maknanya bukan orang Seremban. Takpelah dimaafkan Mr. A memang selalu begitu kids and Mrs. A okay jer.... yang penting belanjanya dibiayai muahahhaaaaaa.....

Last 2 weeks tu we all outing menonton movie Justice League di GSC, Palm Mall. Kids yang beria-ria sangat nak tengok cerita nih! Mrs. A layankan aje. Mrs. A pun bukan tahu sangat kisahnya. Tapi bila dah tonton okaylah boleh layan, menarik juga kisahnya.

Justice League ini tak sesuai untuk orang yang tak boleh nak hadam ceciter superhero nih! cos dah namanya superhero so memang takdelah logiknya. Mrs. A memang tak follow pun Justice League so tak tahu kisah awal-awal terdahulu macam mana kekdahnya tak dapatlah nak bandingkan dengan Justice League 2017.

Permulaan cerita Justice League 2017 adalah Superman dah mati. Superman mati sewaktu berlawan dengan Batman ha! gitew... malas arrr... nak reviews kalau nak tahu cer la google ya banyak rasanya blog yang buat reviews.
Justice League ticket
Justice League @ Cinema 6 just the 4 of us. 3 adults 1 children
Anak-anak Mrs. A ini memang penggemar nasi orangnya. So ke mana sahaja we all outing bila tanya nak makan apa mesti semua jerit nasi.... ha!!! gitew. Kalau nak makan nasi tempat sedap Black Canyon ajelah jawapnya. Hurmm... rasanya dah banyak kali kot bila outing ke Palm Mall mesti tempat pilihan depa Black Canyon. Kisahnya tu SINI dan SINI

Black Canyon Palm Mall
Kids happy ibu pun happylah
Time outing di Palm Mall hari tu terjadilah satu tragedi yang agak trajis kepada Mrs. A. Haish!!!! sabar yolah! [tak serik-serik ko nih! Mrs. A hoi!!!] Sewaktu nak keluar dari rumah Mrs. A pilih-pilih kasut lalu terpilihlah kasut yang sudah agak lama tak guna sebab kenapa kasut itu menjadi pilihan  adalah konon-kononya nak sama color dengan shawl Mrs. A yang color mustard tu.

Dah sampai Palm Mall dari dalam kereta terus aje sarung tanpa usul periksa condition kasut tu cos nampak elok aje dari atas. Kasut ini pun satu tau, sengaja nak kenakan Mrs. A cos dari parking dah nak dekat sampai GSC tu elok aje, tetiba time tengah queue terasa longgar yang amat pastu bila Mrs. A check oh! noooooo.....!!! ternganga uols.

kasut
Hujungnya dah ternganga macam mulut buaya muaahhahaaaaa..
Mulanya tak nak bagi tahu kids sure kena gelak dan bahan punyalah. Tapi bila Aryssa perasan terus depa semua pakat-pakat gelakkan Mrs. A huwaaaaa.... nyampah! tau anak-anak zaman sekarang. Bila Mrs.A tengok masih ada masa lagi sebelum wayang start terus aje cakap dengan kids. "Ibu nak beli kasut ni cer perati ada tak kedai kasut paling dekat dari sini." Walaupun kids tak setuju takut tak sempat tapi Mrs. A insist juga nak beli. Syukur ada kedai kasut yang dekat dan cepat pula dapat yang berkenan di hati. Terus rembat seketul. Masa rembat tu tak ingat langsung apalah salahnya ambil aje kasut lain kat kereta tak payah arrr... nak beli-beli baru bagai hangus bajet kat situ.

Okay just the 4 of us lagi di weekend baru-baru ini pula sewaktu dengan tengok Seremban Pets Fiesta tu. Selepas settle berpoya-poya di situ we all plan nak pergi lunch di The Chicken Rice Shop, Seremban Prima cos nanti senang terus nak pergi main bowling. Kenapa tCRS??? haish!! dah katanya kids suka makan nasi so tCRS ajelah senang.

tCRS
Kita makan dulu....
Setelah kenyang perut suka hati barulah seronok nak membowling. Bowling di Seremban Prima adalah di tingkat atas sekali iaitu sejenis Ampang Superbowl.


Mulanya Mrs. A tak nak main cos lutut masih belum pulih sepenuhnya tapi terjebak jugakkk...
Ingatkan dah habis bowling tiga frames dah boleh balik. Belum puas lagi tu Along dengan Adik nak main pool la pulak. Sekali-sekala Mrs. A layanzkan aje...


Selalu datang table pool not available kali ni balas dendam katanya
Huhuhuhu.... tahun ini we all tak pergi bercuti lagi.... la Babah. Sekian kisah Just The 4 Of Us.

MRS.A my blog my stori ©