MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Seremban Pets Fiesta

Seremban Pets Fiesta

As Salam and greetings to dear readers.

Seremban Pets Fiesta.

Seremban pets fiesta telah berlangsung selama 2 hari iaitu hari Jumaat dan Sabtu (15-16.12.2017). Masanya dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Seremban Pets Fiesta ini dianjurkan oleh Kelab Kucing Malaysia (KKM) dan juga Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Actually kids dan Mrs. A lebih excited nak tengok kekucing sahaja. Tetapi bila sesampai sahaja di dewan MPS itu di bahagian luarnya we all dihidangkan dengan pelbagi jenis rabbit. Humanggg......aiii!!! serius jakun sekejap  we all muahahhhaaaaa... sebabnya most of the rabbit memang we all tak pernah tengok pun. Saiz besar-besar, gebu-gebas yang takde bulu ala-ala kucing spinx tu pun ada juga dan yang telinga capang besar sampai ke tanah pun ada ha! macam gambar kat bawah ni.
Seremban
Hi! Mr. Rabbit telinga panjang tengoklah camera tu
Seremban
Eiii lah hai geram betullah
Fiesta ini dinamakan Seremban Pets Fiesta mungkin sebab ada banyak haiwan kot, lain-lain haiwan yang ada adalah sugar glider, ikan laga ada juga burung dan rabbit. Walaupun yang mendominasi fiesta ini adalah kekucing lagipun dah tentu ler penganjurnya KKM iyor idok!! Peminat kucing memang harus pergilahkan rugi sesangat kalau tak pergi. Ada macam-macam jenis kucing time ni disamping tu juga ada pertandingan kucing dan jualan barang-barang keperluan kucing.

Meh! sini Mrs. A belanja gambar si comel yang sempat Mrs. A snap.

Seremban
Oiit apa ni snap-snap gambar kiter pulak!? Kalau tak salah yang ni jenis american short hair.
Kalu silap harap jangan saman
Seremban
Ni tak ingat jenis apa?
Seremban
Nak sign kerrrr...
Seremban
Bengal yang sombong
Seremban
Jenis British Short Hair. Ada banyak ekor time ni. Jenis ni semua tuan depa over protected.
Siap cover plastik dan ada tulis jangan cucuk dan sentuh
Huish!!!! giler... tak protected harga ribu-riban nih!! Tengok alas dia tu pun special uols!!! Seremban Pets Fiesta sangat mengasyikkan.

Seremban

Seremban

Semoga Seremban Pets Fiesta dijadikan annual events barulah best.
Selalu Di Dalam Ingatan.

Selalu Di Dalam Ingatan.

As Salam and greetings to dear readers.

Selalu Di dalam Ingatan.


Hari ini 11 Disember, 5 tahun yang lalu, Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga dan segala-galanya di dunia ini buat selama-lamanya. Innalillah hiwainna ilaihirojiun [dari Allah kita datang kepadaNYA kita kembali]. Semoga roh arwah Abah Hj Azalli bin Hj Juri dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang beriman disisiNYA. Al-Fatihah.

Al-Fatihah & terjemahannya

Sesungguhnya arwah Abah selalu di dalam ingatan, sentiasa di dalam doa Mrs. A serta keluarga. Semoga kami akan berjumpa kembali di akhirat kelak. In Sha Allah.

Al-Fatihah
11.12.1936 - 11.12.2012
Selalu Di Dalam Ingatan. Allah ambil Abah dahulu sampai masa nanti kami pasti menyusul jua kerana mati itu pasti, hidup In Sha Allah.
Lazada Online Revolution

Lazada Online Revolution

As Salam and greetings to dear readers.

Lazada Online Revolution. 


Lazada Online Revolution Yyeayyyy!!!....... siapa suka shopping online??? Mrs. A percaya mesti ramai yang jawab ya. Kalau begitu jangan lepaskan peluang untuk shopping online dan ambil kesempatan sepenuhnya untuk shopping di Lazada Online Revolution sales  (https://www.lazada.com.my/online-revolution) yang telah pun bermula pada 11.11.2017 yang lalu dan akan berakhir pada 14.12.2017.

Bersesuaian dengan Lazada Onlive Revolution tersebut Lazada turut mengadakan Lazada Online Revolution Blogger Contest special buat para blogger untuk menyertainya. Walaupun contest ini telah hampir sebulan dilancarkan tetapi baru hari ini Mrs. A berkesempatan untuk turut serta. Alhamdulillah contest ini masih lagi berlangsung dan masih sempat lagi untuk para blogger yang belum menyertainya untuk turut serta.

Bak kata Lazada More Participants, More Winners!

Lazada Online Revolution
Online Revolution

Apakah barangan pertama yang Mrs. A beli online?

Actually Mrs. A ingat-ingat lupa apakah barangan pertama yang Mrs. A beli online tetapi setelah Mrs. A check semula email sambil sorting apakah barangannya itu then barulah Mrs. A ingat barang pertama yang Mrs. A beli online adalah handbag iaitu Alfio Raldo Blue Tote Bag pada Disember 2015.

Walaupun yang pertama bukan dari Lazada tetapi rentetan dari pembelian online tersebut Mrs. A terus yakin dan seronok membeli secara online terutamanya dari website Lazada. Percaya atau tidak apabila Mrs. A check semula barangan yang Mrs. A beli online kebanyakkannya adalah dari Lazada.

Jenis barangan yang dibeli online?

Actually Mrs. A tiada sebarang specific barangan atau jenis-jenis barangan tertentu yang Mrs. A beli online. Setakat ini pelbagai jenis barangan yang Mrs. A beli online selalunya bergantung kepada keperluan tak kira masa. Contohnya baru-baru ini Mrs. A nak beli gel Amani hah! gambar seperti di bawah ini. Tak menyempat-nyempat nak beli time tu baru 10.11.2017 belum bermula lagi online revolution sale lagipun lutut dah sakit tak boleh tunggu muahahhaaaaa.
Lazada Onlive Revolution Blogger Contest
kat Lazada pun ada
Satu perangai Mrs.A pula dan seakan satu kemestian Mrs. A akan cari di Lazada terlebih dahulu dan kemudian bandingkan harganya dengan lain-lain website samada di instagram ataupun FB. Ternyata dan terbukti harga di Lazada jauh lebih berbaloi-baloi daripada lain-lain website yang Mrs. A survey time tu. Lagi satu delivery di Lazada cepat dan boleh dipercayai serta terjamin.

Nak tahu tak Mrs. A order hari Jumaat [10.11.2017] dan hari Sabtu [11.11.2017] pagi dapat call dari Lazada delivery "kak hari ini kerja ke cuti sebab saya nak hantar barang ni". Hah! gel Amani ke? tanya Mrs. A. "Iya" katanya. Tapi Mrs. A minta dia deliver hari Isnin je sebab company cuti Saturday/ Sunday.

Kenapa shopping online? 

Selalunya disebabkan kekangan masa nak pergi shopping kompleks ataupun barangan yang nak dibeli tu nak kena pergi ke sana, sini, situ haish! leceh dan hassle. Bila ajak husband teman banyak alasan, bila ajak kengkawan kena set time dan dan belum tentu jadi. Penyudahnya order sahaja online settle problem. Alhamdulillah so far so good. Walaupun kekadang ada masalah tetapi berjaya diatasi.

Sewaktu bermulanya Online Revolution sales pada 11.11.2017 yang lalu Mrs. A telah membeli 3 barangan secara online melalui phone. Plannya nak beli satu aje tapi bila tengok tawaran harga yang berbaloi-baloi terus tiga jadinya ngeh! ngeh! ngeh! Kat bawah ni adalah ketiga-tiga barangan yang Mrs. A beli.

  1. Extendable Multi-functional 2- tier steel storage rack
  2. (12 Hook) convenient hanging steel pole rack for clothes and bag
  3. Sokano dust proof handbag rack organiser - pink
Lazada Online Revolution Blogger Contest
Ketiga-tiga barangan tersebut safely delivered
Alhamdulillah ketiga-tiga barangan tersebut telah selamat diterima dalam keadaan yang baik. Tempat gantung bag itu Mrs. A yang punya handbag yang berterabur telah cantik tergantung walaupun tak semua handbag Mrs. A boleh digantung kerana size yang besar gedabak tapi handbag yang comel-comel telah selamat tergantung kemas dan sedap mata memandang.

(12 Hook) ataupun tempat gantung baju dan lain-lain itu pula Mrs. A belikan untuk Along dan Adik. Benda tu telah selamat diletakkan dalam bilik orang bujang berdua tu. Mrs. A sendiri aje yang telah memasangnya tak perlu nak harapkan orang lain pun aka Mr. A tu.....

Samalah dengan extendable multi-functional 2-tier steel storage rack tu Mrs. A juga yang memasangnya dan yang ini sangat mudah untuk dipasang sambil tidur pun boleh. Mrs. A letak kat dapur bagi tersusun sikit barangan kecil-kecil remeh-temeh yang caca-merba kat dapur tu barulah nampak kemas.

Lazada Online Revolution sales apa tunggu lagi jom ler.. shopping.
Giveaway Pertama Dari Blog Irda Garmin

Giveaway Pertama Dari Blog Irda Garmin

As Salam and greetings to dear readers.

Giveaway Pertama Dari Blog Irda Garmin.

Terbaca berkenaan giveaway pertama dari blog Irda Garmin sudah agak lama iaitu seawal tarikh ianya dilancarkan pada awal November lagi tetapi baru hari ini Mrs. A berkesempatan untuk join. 

Syarat-syarat untuk turut serta dalam giveaway Irda pun mudah sahaja di antaranya adalah follow blog beliau dan juga like FB page IrdaGamin blogspot. Sejujurnya Mrs. A dah lama follow blog Irda Garmin dan FB page pun dah 'likes'.

Okay lepas tu tepek banner.

Giveaway
KLIK banner for more details
Kata Irda kalau uols pernah baca blog beliau apakah topik yang paling digemari dan cer komen sikit?

Dah nama pun follower mestilah Mrs.A pernah baca blog post Irda yang sebelum-sebelum dan juga semasa. Kebanyakkan posting yang Mrs. A suka baca adalah dalam label 'Catatan Motivasi'. Cara Irda menulis dengan gaya bahasa tersendiri berdasarkan pengalaman sangat bermotivasi dan menarik untuk dibaca. Selain daripada itu dapat juga ilmu-ilmu baru walaupun ada sesetengah post panjang berjela tetapi gigih tau Mrs. A baca sampai habis, sampai hadam gitew.... ngeh! ngeh! ngeh!

Hadiah buat mereka yang bertuah untuk giveaway pertama dari blog Irda Garmin ini adalah 3 buah buku setiap seorang daripada penulis motivasi Dr. H.M Tuah Iskandar Al-Haj.

Jom sama-sama join Giveaway Pertama Dari Blog Irda Garmin disamping support rakab blogger dapat juga kita menjalinkan ukhwah.

Tarikh Tutup Giveaway: 4 Disember 2017 (12.00 a.m)


Wedding Invitation Seremban & KL

Wedding Invitation Seremban & KL

As Salam and greetings to dear readers.

Wedding Invitation Seremban & KL.

Mrs. A ini sejenis yang memang suka memenuhi wedding invitation ngeh! ngeh! ngeh! Kebiasaanya konvoilah bersama-sama family. Alhamdulillah last Saturday diberi kesempatan olehNYA memenuhi majlis perkahwinan anak cousin Mrs. A iaitu Abang Arif dan isteri Sharifah Asmah.

Ini adalah majlis perkahwinan puteri sulung beliau iaitu Siti Habsah & pasangannya Mohammad Afif. Hurmm... Mrs. A tak rapat pun dengan si pengantin mahupun dengan anak-anaknya yang lain yang Mrs. A ngam adalah dengan mak/paknya haish! nampak tak di situ faktor usia namanya.

Emak Mrs. A pun hadir sama dengan Angah & Adik bongsu serta family depa dari kampung Lubok Cina. Mrs. A & family pulak terus aje dari rumah kat Seremban. Wedding tu bertempat di Seremban jugak iaitu di Kampung Baharu, Bukit Temiang. Hah! kalau nak tahu inilah tempat paling miang dekat Seremban ni muahahhaaaaa... [ooppsss gurau ajelah tahu dek orang Temiang mampuih!!!]

Jom, layan gambar wedding invitation yang di Seremban.

wedding invitation
Time ni pop corn dia ada lagi
wedding invitation
Malu dah nak tengok camera cos pop corn dah tergolek-golek kat bawah hahahhaha.... mujurlah dalam plastik cantik boleh kutip semula
Time ni nak balik dah Mrs. A ajak tuan rumah bergambar. Souvenirnya rare iaitu pop corn dua paket seorang. Apa yang lucu time ni adalah pop corn Angah boleh pulak terlepas dari tangan dia. Habis semua orang ketawa.

wedding invitation
Pakai spek nenek pengantin perempuan iaitu Mak sedara Mrs. A sebelahnya cousin Mrs. A
wedding invitation
Asyiknya  mak dan anak menantu ni dengar nyanyian dari pasukan kompang
wedding invitation
Pengantin takde lagi kita rasmikanlah dulu
wedding invitation
Menarik meja pengantinnya macam kat hotel
wedding invitation
Mummy Daddy tak nak bergambar takpelahkan princess bergambar dengan aunty jer...
Selepas majlis langsung we all konvoi pula bersama family Pak Busu ke rumah Maklang di Kampung Baru, Rasah. Dikhabarkan Maklang tidak dapat datang cos uzur itu yang we all pakat-pakat datang ziarah tu. Alhamdulillah Maklang cuma demam biasa aje. Demam orang tua katanya. Terima kasihlah datang ziarah, Maklang takde apa-apa pun.

Okay tamat kisah wedding invitation di Seremban. Ini pula kisah wedding invitation di Kampung Pengantin, Setapak, KL. Actually ini kejadian di awal bulan November yang lalu. Walaupun nama tempat ini Kampung Pengantin tetapi yang sebenar-benarnya ianya bukanlah sebuah kampung, tetapi sebuah bangunan yang mempunyai banyak dewan-dewan untuk disewa yang sesuai untuk dijadikan tempat wedding.

Mulanya Mrs. A ingatkan kampung, sesat jugalah puas cari berdasarkan peta di kad jemputan, finally ternampak tulisan kat atas bangunan yang agak besar tertulis Kampung Pengantin. Mujurlah driver time tu a.k.a. Mr. A tak hot lagi kalau tak mahu dah patah balik terus balik rumah kot.

Pengantin perempuan yang ini adalah anak kepada cousin emak Mrs. A yang Mrs. A panggil Makngah Ramlah. Sama kes dengan anak Abang Arif tadi anak-anak beliau Mrs. A tak berapa nak kenal muaahahhaaaaaa.... [teruk punya sedara]

Walaupun ini wedding invitation tapikan yang lucunya tiada pula gambar pengantinnya. Ada tu ada tapi tak cantik gambar halus je amik dari jauh.

wedding invitation
Sejenis souvenir masa kini
wedding invitation
Adeh! sorry tak ready lagi dah snap. Emak dan tuan puan rumah 
wedding invitation
Hall 1 PV128
wedding invitation
Time ini Along dah demam tapi dia laratkan juga diri dia
wedding invitation
Mak Limah yang touching berjumpa sedara-mara yang dah lama tak jumpa
Okay itu sahaja kisah Wedding Invitation Seremban & KL. Semoga ukhwah bertambah erat.

Meh! sini nak share sikit hukum menghadiri undangan kenduri kahwin. Hukum menghadiri undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang sekiranya tiada perkara-perkara maksiat pada majlis itu.

Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:

"Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah dia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah dia makan dan jika dia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemputnya."

Hadis Riwayat at-Tabrani.
[sumber]

Perlawanan Persahabatan Sukan Di Antara SAINS Dengan AIS

Perlawanan Persahabatan Sukan Di Antara SAINS Dengan AIS

As Salam and greetings to dear readers.

Perlawanan Persahabatan Sukan Di Antara SAINS Dengan AIS.

Apakah itu AIS? AIS itu adalah short-form untuk Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd). As time goes by pemerintahan berubah dan banyak juga syarikat yang telah berubah pengurusan dan pemilikannya kekdahnya nama syarikat pun turut berubah. Lumrah dunia hari ini, begitulah haish! sedangkan pantai lagi berubah inikan pula hati orang eh! okay ke perumpaan tu ngeh! ngeh! ngeh!

SAINS tu apa pula? SAINS tu tak perlu dah kot nak dihuraikan lagi cos readers blog Mrs. A mesti sudah sedia maklum.

AIS dengan SAINS kalau nak dibandingkan dalam segala hal memang umpama langit dengan bumi. Dari segi usia sebagai pembekal air terawat sdn bhd, dari segi jumlah akaun air samada komersil mahupun domestik, dari segi sistem ICT dan pengurusan bolehlah dikatakan semua AIS yang menang. Namun begitu dari segi bersukan pula ada juga yang SAINS berjaya menewaskan AIS dan sama kuatnya dengan AIS.[amvoiii!!! nak juga menang tu].

SAINS dengan AIS
Eh! tetiba dah High-Tea bersukannya mana?
Bagi AIS perlawanan persahabatan sukan di antara SAINS ini adalah acara penutup sukan buat mereka. Selain daripada perlawanan persahabatan dengan SAINS, AIS juga telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa lagi syarikat pembekal air yang lain.

Dalam perlawanan persahabatan sukan di antara SAINS dengan AIS ini terdapat sembilan jenis sukan yang dipertandingkan iaitu untuk 'away games' sukan yang terlibat adalah netball, badminton, ping pong dan bowling. 'Home' pula jenis sukan yang terlibat adalah bola tampar, sepak takraw, dart, karom dan futsal.

'Home games' iaitu di mana AIS datang SAINS telah diadakan pada 28102017 yang lalu. Venue kesemua games adalah di Center Court, Paroi. Hanya Futsal sahaja diadakan di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Paroi. Oleh kerana time ini tidak melibatkan Mrs. A so Mrs. A pun tak pergi derrr.... [teruk betullah ko nih! Mrs. A kurang semangat kesukanan muahahhahaaaa....]

Kemudian hari yang ditunggu-tunggu oleh team netball pun tiba iaitu pada 18112017 di mana SAINS pula datang ke tempat AIS. Kesemua games diadakan di Up-town Sport, Bangi hanya bowling sahaja bermain di Megalane, Endah Parade di Bukit Jalil.

Yeayyy!!!! AIS here we comes.

SAINS vs AIS
Posing sat sementara menunggu yang lain-lain nak naik bas
SAINS vs AIS
Muka excited dapat naik bas muahahhaaaa....
Walaupun telah diberitahu waktu berkumpul di perkarangan office adalah pukul 8.00 pagi dan paling lewat bas akan bergerak dalam pukul 8.30 pagi namun harus diingat bukan semua orang mampu menepati janji mereka nak-nak lagi bangsa tut..tut..tutt.. tak payahlah mention nanti kena kecam pula lagipun tak relevan kot nak melibatkan bangsa [eh! tetiba emo] so kekdahnya dalam pukul 8.50 pagi barulah bas mula bergerak ke destinasi iaitu ke Up-town Sport, Bangi. Alhamdulillah trafik lancar dan sampai dalam waktu yang dijangkakan.

Untuk team netball coach datang sendiri dengan seorang lagi team netball yang rumahnya dekat dengan area Bangi dengan kereta masing-masing. Satu yang harus dipuji kepada coach netball ini dia memang seorang yang menepati masa contohnya pada hari kejadian coach telah sampai terlebih dahulu berbanding dengan team netball sendiri. Mrs. A memang tak pelik dah kerana coach memang sangat berdisiplin dan menepati masa orangnya ini berdasarkan pengalaman Mrs. A sendiri sepanjang bernetball dengan beliau beberapa tahun sebelum ini.

Okay, up satu gambar coach.
SAINS vs AIS
Coach bawa anak dia Tona & Kaklong
Alhamdulillah setelah sampai ke destinasi yang dituju tidak berapa lama kemudian AIS memberi taklimat dan ucapan sepatah dua kata daripada ketua kontigen mereka. Acara seterusnya haruslah  sesi bergambar sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.

SAINS vs AIS
Sesi bergambar kontigen SAINS [gambar SAINS dan AIS takde pulok kat phone Mrs. A]

Setelah sesi bergambar di luar court. Players pun gerak ke court permainan masing-masing. As for team netball pula sambung lagi bergambar uols!!!

SAINS vs AIS

SAINS vs AIS
Ref yang dilantik oleh AIS sedang bagi briefing sebelum bermula
SAINS vs AIS
Adoiii... berdebar pulok time ni.
SAINS vs AIS
Good luck uols!!!
SAINS vs AIS
Dimulakan dengan Bismillahhirrahmanirrahim go..go..go... SAINS boleh!
Dah namanya pun adat pertandingan pastilah ada yang menang dan ada yang kalah. Agak-agak readers siapa menang!?? ngeh! ngeh! ngeh! tunggguu....

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari macam tu semua games pun tamat. Oleh kerana Majlis high-tea hanya akan bermula pada pukul 2.30 petang. Maka semua ahli kontigen sepakat akan mandi dan bersiap-siap serta terus solat zohor terlebih dahulu kemudian dalam pukul 2.00 petang barulah bas akan bergerak ke Bangi Golf, Resort untuk majlis high-tea serta penyampaian cenderahati dan hadiah.

Meh! sini Mrs. A belanja gambar lagi.

SAINS vs AIS
Ha!!! tu dia penuh meja team netball. Unfortunately coach dan seorang lagi tu tak join depa dah pulang dulu
SAINS vs AIS
#kitasemuajuara
SAINS vs AIS

SAINS vs AIS
Acara penutup bergambar bersama. In Sha Allah jumpa lagi tahun depan di Sukan Bekalan Air Se Malaysia (SBAM) di SAJ (Syarikat Air Johor) sebagai tuan rumah 2018
Alhamdulillah perlawanan persahabatan sukan di antara SAINS dengan AIS telah berjaya direalisasikan hasil kerjasama kedua-dua belah pihak. Secara peribadi berbanyak-banyak terima kasih Mrs. A ucapkan kepada pengurusan tertinggi Kelab Sukan, Sosial dan Rekreasi syarikat (KSR) kerana telah berusaha keras demi menjayakan perlawanan persahabatan sukan di antara SAINS dengan AIS ini.

Rata-rata semua yang terlibat sangat berpuashati dan gembira dengan acara ini. Di harap pada masa-masa akan datang akan ada lagi acara sebegini bersama dengan pembekal air terawat dari negeri lain pula.

Mrs. A tahu walaupun banyak kekangan dan pelbagai kata-kata yang kurang sedap didengar tetapi pendekatan dan cara you all tanpa mempedulikan negatif vibes berkenaan syabas diucapkan kerana In Sha Allah niat yang baik Allah pasti akan permudahkan. As for team netball we will always support KSR.

Netball SAINS vs AIS pemenangnya adalah AIS. 20 berbalas 17. Tahniah!!! AIS tetapi mujurlah coach berpuashati its a good game team katanya. Alhamdulillah semoga ukhwah berpanjangan.

The end kisah Perlawanan Persahabatan Sukan Di Antara SAINS Dengan AIS.

Credit photo to group WA netball KSR

Hari Anugerah Kecemerlangan

Hari Anugerah Kecemerlangan

As Salam and greetings to dear readers.

Hari Anugerah Kecemerlangan.

Pagi tadi 21112017 telah berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan Tahun 2017 di sekolah Adik. Alhamdulillah Adik dan dua lagi cousinnya telah berjaya mendapat anugerah masing-masing. Apa yang menariknya mereka semua bersekolah di sekolah yang sama ngeh! ngeh! ngeh! 

Bolehlah dikatakan SK KGV ini adalah sekolah generasi turun-temurun sebelah side Mr. A cos Mr. A dan adik-beradiknya dulu pun bersekolah di sini. Dari sekolah biasa sehinggalah telah dinaik taraf ke Sekolah Berprestasi Tinggi SK KGV tetap menjadi pilihan hurmm... al-maklumlah jarak sekolah SK KGV sangat dekat dengan rumah parents in-law Mrs. A. Lagipun kalau time fetching sesiapa yang mak/pak tak dapat amik anak bolehlah pass baton.

Eh! panjangnya intro, okay back on track, Adik dan cousinnya Imran (anak b.i.l aka Along) telah mendapat anugerah dalam sukan silat manakala yang seorang lagi mendapat anugerah dalam bidang akademik.

Jom.... biarlah gambar bicara.
Anugerah cemerlang
Adik sewaktu menerima plak dan sijil
Anugerah cemerlang

Anugerah cemerlang
Imran pun sama dapat plak
anugerah cemerlang
Eh! sempat pula bergambar dengan kawan yang sama bersilat lengkap berbaju melayu.
Anugerah cemerlang
Akmal yang cemerlang dalam akademik
anugerah cemerlang
Eh! sambung lagi bergambar kat Jiboi ha!
Alhamdulillah syukur. Tahniah buat Adik, Imran dan Akmal semoga terus cemerlang dalam apa juga bidang yang diceburi. Mrs. A yakin dan percaya semua ibubapa pasti gembira dan bahagia apabila anak-anak mereka cemerlang dan gemilang dalam bidang masing-masing begitu jugalah Mrs. A serta keluarga. Namun andai kata sebaliknya Mrs. A tetap bersyukur kerana anak-anak adalah anugerah terindah yang Allah kurniakan kerana bukan semua insan dikurniakan rezeki "anak" walaupun seorang.

Semoga selalu ada dan akan ada lagi Hari Anugerah Kecemerlangan buat mereka di masa-masa akan datang. In Sha Allah.

Credit photo to group WA family
MRS.A my blog my stori ©