As Salam and greetings to dear readers.
Wedding Invitation Seremban & KL.
Mrs. A ini sejenis yang memang suka memenuhi wedding invitation ngeh! ngeh! ngeh! Kebiasaanya konvoilah bersama-sama family. Alhamdulillah last Saturday diberi kesempatan olehNYA memenuhi majlis perkahwinan anak cousin Mrs. A iaitu Abang Arif dan isteri Sharifah Asmah.
Ini adalah majlis perkahwinan puteri sulung beliau iaitu Siti Habsah & pasangannya Mohammad Afif. Hurmm... Mrs. A tak rapat pun dengan si pengantin mahupun dengan anak-anaknya yang lain yang Mrs. A ngam adalah dengan mak/paknya haish! nampak tak di situ faktor usia namanya.
Emak Mrs. A pun hadir sama dengan Angah & Adik bongsu serta family depa dari kampung Lubok Cina. Mrs. A & family pulak terus aje dari rumah kat Seremban. Wedding tu bertempat di Seremban jugak iaitu di Kampung Baharu, Bukit Temiang. Hah! kalau nak tahu inilah tempat paling miang dekat Seremban ni muahahhaaaaa... [ooppsss gurau ajelah tahu dek orang Temiang mampuih!!!]
Jom, layan gambar wedding invitation yang di Seremban.
|
Time ni pop corn dia ada lagi |
|
Malu dah nak tengok camera cos pop corn dah tergolek-golek kat bawah hahahhaha.... mujurlah dalam plastik cantik boleh kutip semula |
Time ni nak balik dah Mrs. A ajak tuan rumah bergambar. Souvenirnya rare iaitu pop corn dua paket seorang. Apa yang lucu time ni adalah pop corn Angah boleh pulak terlepas dari tangan dia. Habis semua orang ketawa.
|
Pakai spek nenek pengantin perempuan iaitu Mak sedara Mrs. A sebelahnya cousin Mrs. A |
|
Asyiknya mak dan anak menantu ni dengar nyanyian dari pasukan kompang |
|
Pengantin takde lagi kita rasmikanlah dulu |
|
Menarik meja pengantinnya macam kat hotel |
|
Mummy Daddy tak nak bergambar takpelahkan princess bergambar dengan aunty jer... |
Selepas majlis langsung we all konvoi pula bersama family Pak Busu ke rumah Maklang di Kampung Baru, Rasah. Dikhabarkan Maklang tidak dapat datang cos uzur itu yang we all pakat-pakat datang ziarah tu. Alhamdulillah Maklang cuma demam biasa aje. Demam orang tua katanya. Terima kasihlah datang ziarah, Maklang takde apa-apa pun.
Okay tamat kisah wedding invitation di Seremban. Ini pula kisah wedding invitation di Kampung Pengantin, Setapak, KL. Actually ini kejadian di awal bulan November yang lalu. Walaupun nama tempat ini Kampung Pengantin tetapi yang sebenar-benarnya ianya bukanlah sebuah kampung, tetapi sebuah bangunan yang mempunyai banyak dewan-dewan untuk disewa yang sesuai untuk dijadikan tempat wedding.
Mulanya Mrs. A ingatkan kampung, sesat jugalah puas cari berdasarkan peta di kad jemputan, finally ternampak tulisan kat atas bangunan yang agak besar tertulis Kampung Pengantin. Mujurlah driver time tu a.k.a. Mr. A tak
hot lagi kalau tak mahu dah patah balik terus balik rumah kot.
Pengantin perempuan yang ini adalah anak kepada cousin emak Mrs. A yang Mrs. A panggil Makngah Ramlah. Sama kes dengan anak Abang Arif tadi anak-anak beliau Mrs. A tak berapa nak kenal muaahahhaaaaaa.... [teruk punya sedara]
Walaupun ini wedding invitation tapikan yang lucunya tiada pula gambar pengantinnya. Ada tu ada tapi tak cantik gambar halus je amik dari jauh.
|
Sejenis souvenir masa kini |
|
Adeh! sorry tak ready lagi dah snap. Emak dan tuan puan rumah |
|
Hall 1 PV128 |
|
Time ini Along dah demam tapi dia laratkan juga diri dia |
|
Mak Limah yang touching berjumpa sedara-mara yang dah lama tak jumpa |
Okay itu sahaja kisah Wedding Invitation Seremban & KL. Semoga ukhwah bertambah erat.
Meh! sini nak share sikit hukum menghadiri undangan kenduri kahwin. Hukum menghadiri undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang sekiranya tiada perkara-perkara maksiat pada majlis itu.
Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:
"Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah dia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah dia makan dan jika dia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemputnya."
Hadis Riwayat at-Tabrani.
[sumber]
knape x sggh umah sy da alg2 smpi kl?😊
BalasPadamLebih-lebih sekarang cuti sekolahkan kak...kerja kahwin...doa selamat aqiqah...pergi umrah...meriah..alhamdulillah :)
BalasPadamKampung pengantin setapak ni dulu dkt tanah lapang sebelum dia sewa dkt bangunan pv128 ni. Pernah sekali je attend wed dkt sini. Tak silap masa bln puasa kampung pengantin ni ada buat buffet ramadhan.
BalasPadamtulisan tentang Temiang tu lucu ..
BalasPadamSeronok sebenarnya bila berkunjung ke majlis perkahwinan ini.. dapat berjumpa sanak saudara.. mengeratkan silaturrahim..
BalasPadammusim cuti sekolah ni bykla kenduri kendara...bole jmpa sedara mara kann...syiok2..
BalasPadamallah, hukum wajib nii. mek ada jugak yang tak pergi. kadang sebab malas, sebab jauh.
BalasPadamtp bestkan goodies skang. popcorn. macam kudapan. better daripada gula-gula.
Mesti seronok Kan berjumpa sanak saudara
BalasPadamMeriah dapat jumpa saudara mara dan rakan2.
BalasPadambab makan kenduri siapa xnk hahaha.. kelakar popcorn jatuh
BalasPadamseronok dapat gi kenduri kawin ni, dapat jumpa ramai sedara mara, kawan-kawan lama :)
BalasPadammemang seronok gi wedding. yang tak seronok bila kita pulak gi tanya "kamu bila lagi?". Aduh duh
BalasPadam