Perlawanan Persahabatan Sukan Di Antara SAINS Dengan AIS - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Perlawanan Persahabatan Sukan Di Antara SAINS Dengan AIS

23 November 2017

Perlawanan Persahabatan Sukan Di Antara SAINS Dengan AIS

As Salam and greetings to dear readers.

Perlawanan Persahabatan Sukan Di Antara SAINS Dengan AIS.

Apakah itu AIS? AIS itu adalah short-form untuk Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd). As time goes by pemerintahan berubah dan banyak juga syarikat yang telah berubah pengurusan dan pemilikannya kekdahnya nama syarikat pun turut berubah. Lumrah dunia hari ini, begitulah haish! sedangkan pantai lagi berubah inikan pula hati orang eh! okay ke perumpaan tu ngeh! ngeh! ngeh!

SAINS tu apa pula? SAINS tu tak perlu dah kot nak dihuraikan lagi cos readers blog Mrs. A mesti sudah sedia maklum.

AIS dengan SAINS kalau nak dibandingkan dalam segala hal memang umpama langit dengan bumi. Dari segi usia sebagai pembekal air terawat sdn bhd, dari segi jumlah akaun air samada komersil mahupun domestik, dari segi sistem ICT dan pengurusan bolehlah dikatakan semua AIS yang menang. Namun begitu dari segi bersukan pula ada juga yang SAINS berjaya menewaskan AIS dan sama kuatnya dengan AIS.[amvoiii!!! nak juga menang tu].

SAINS dengan AIS
Eh! tetiba dah High-Tea bersukannya mana?
Bagi AIS perlawanan persahabatan sukan di antara SAINS ini adalah acara penutup sukan buat mereka. Selain daripada perlawanan persahabatan dengan SAINS, AIS juga telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa lagi syarikat pembekal air yang lain.

Dalam perlawanan persahabatan sukan di antara SAINS dengan AIS ini terdapat sembilan jenis sukan yang dipertandingkan iaitu untuk 'away games' sukan yang terlibat adalah netball, badminton, ping pong dan bowling. 'Home' pula jenis sukan yang terlibat adalah bola tampar, sepak takraw, dart, karom dan futsal.

'Home games' iaitu di mana AIS datang SAINS telah diadakan pada 28102017 yang lalu. Venue kesemua games adalah di Center Court, Paroi. Hanya Futsal sahaja diadakan di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Paroi. Oleh kerana time ini tidak melibatkan Mrs. A so Mrs. A pun tak pergi derrr.... [teruk betullah ko nih! Mrs. A kurang semangat kesukanan muahahhahaaaa....]

Kemudian hari yang ditunggu-tunggu oleh team netball pun tiba iaitu pada 18112017 di mana SAINS pula datang ke tempat AIS. Kesemua games diadakan di Up-town Sport, Bangi hanya bowling sahaja bermain di Megalane, Endah Parade di Bukit Jalil.

Yeayyy!!!! AIS here we comes.

SAINS vs AIS
Posing sat sementara menunggu yang lain-lain nak naik bas
SAINS vs AIS
Muka excited dapat naik bas muahahhaaaa....
Walaupun telah diberitahu waktu berkumpul di perkarangan office adalah pukul 8.00 pagi dan paling lewat bas akan bergerak dalam pukul 8.30 pagi namun harus diingat bukan semua orang mampu menepati janji mereka nak-nak lagi bangsa tut..tut..tutt.. tak payahlah mention nanti kena kecam pula lagipun tak relevan kot nak melibatkan bangsa [eh! tetiba emo] so kekdahnya dalam pukul 8.50 pagi barulah bas mula bergerak ke destinasi iaitu ke Up-town Sport, Bangi. Alhamdulillah trafik lancar dan sampai dalam waktu yang dijangkakan.

Untuk team netball coach datang sendiri dengan seorang lagi team netball yang rumahnya dekat dengan area Bangi dengan kereta masing-masing. Satu yang harus dipuji kepada coach netball ini dia memang seorang yang menepati masa contohnya pada hari kejadian coach telah sampai terlebih dahulu berbanding dengan team netball sendiri. Mrs. A memang tak pelik dah kerana coach memang sangat berdisiplin dan menepati masa orangnya ini berdasarkan pengalaman Mrs. A sendiri sepanjang bernetball dengan beliau beberapa tahun sebelum ini.

Okay, up satu gambar coach.
SAINS vs AIS
Coach bawa anak dia Tona & Kaklong
Alhamdulillah setelah sampai ke destinasi yang dituju tidak berapa lama kemudian AIS memberi taklimat dan ucapan sepatah dua kata daripada ketua kontigen mereka. Acara seterusnya haruslah  sesi bergambar sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.

SAINS vs AIS
Sesi bergambar kontigen SAINS [gambar SAINS dan AIS takde pulok kat phone Mrs. A]

Setelah sesi bergambar di luar court. Players pun gerak ke court permainan masing-masing. As for team netball pula sambung lagi bergambar uols!!!

SAINS vs AIS

SAINS vs AIS
Ref yang dilantik oleh AIS sedang bagi briefing sebelum bermula
SAINS vs AIS
Adoiii... berdebar pulok time ni.
SAINS vs AIS
Good luck uols!!!
SAINS vs AIS
Dimulakan dengan Bismillahhirrahmanirrahim go..go..go... SAINS boleh!
Dah namanya pun adat pertandingan pastilah ada yang menang dan ada yang kalah. Agak-agak readers siapa menang!?? ngeh! ngeh! ngeh! tunggguu....

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari macam tu semua games pun tamat. Oleh kerana Majlis high-tea hanya akan bermula pada pukul 2.30 petang. Maka semua ahli kontigen sepakat akan mandi dan bersiap-siap serta terus solat zohor terlebih dahulu kemudian dalam pukul 2.00 petang barulah bas akan bergerak ke Bangi Golf, Resort untuk majlis high-tea serta penyampaian cenderahati dan hadiah.

Meh! sini Mrs. A belanja gambar lagi.

SAINS vs AIS
Ha!!! tu dia penuh meja team netball. Unfortunately coach dan seorang lagi tu tak join depa dah pulang dulu
SAINS vs AIS
#kitasemuajuara
SAINS vs AIS

SAINS vs AIS
Acara penutup bergambar bersama. In Sha Allah jumpa lagi tahun depan di Sukan Bekalan Air Se Malaysia (SBAM) di SAJ (Syarikat Air Johor) sebagai tuan rumah 2018
Alhamdulillah perlawanan persahabatan sukan di antara SAINS dengan AIS telah berjaya direalisasikan hasil kerjasama kedua-dua belah pihak. Secara peribadi berbanyak-banyak terima kasih Mrs. A ucapkan kepada pengurusan tertinggi Kelab Sukan, Sosial dan Rekreasi syarikat (KSR) kerana telah berusaha keras demi menjayakan perlawanan persahabatan sukan di antara SAINS dengan AIS ini.

Rata-rata semua yang terlibat sangat berpuashati dan gembira dengan acara ini. Di harap pada masa-masa akan datang akan ada lagi acara sebegini bersama dengan pembekal air terawat dari negeri lain pula.

Mrs. A tahu walaupun banyak kekangan dan pelbagai kata-kata yang kurang sedap didengar tetapi pendekatan dan cara you all tanpa mempedulikan negatif vibes berkenaan syabas diucapkan kerana In Sha Allah niat yang baik Allah pasti akan permudahkan. As for team netball we will always support KSR.

Netball SAINS vs AIS pemenangnya adalah AIS. 20 berbalas 17. Tahniah!!! AIS tetapi mujurlah coach berpuashati its a good game team katanya. Alhamdulillah semoga ukhwah berpanjangan.

The end kisah Perlawanan Persahabatan Sukan Di Antara SAINS Dengan AIS.

Credit photo to group WA netball KSR

9 ulasan:

  1. bersukan sambil menjalinkan ukhwah! cayalah!

    BalasPadam
  2. badan sihat hati gembira haha.. jumpa kenalan baru

    BalasPadam
  3. Wah cayalah SAINS congrats, keep it up!..
    Jangan putus asa rakan-rakan LZ di AIS, don't give up!..

    BalasPadam
  4. teringat masa mula2 main futsal masa tengah sukan ni tengah 'hot' dulu

    https://hanysapek.blogspot.my/

    BalasPadam
  5. tahniah ya...memang anda semua hebat2 dalam permainan..sukan untuk lebih sihat berdisiplin dan ada nilai JERI

    BalasPadam
  6. BERSUKAN SAMBIL JALIN PERSAHABTAN ERAT

    BalasPadam
  7. Wah.. bersukan lepas tu berhigh tea pula.. seronoknya..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©