MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Makan-Makan Terakhir Bersama Adik Intern

Makan-Makan Terakhir Bersama Adik Intern

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Makan-Makan Terakhir Bersama Adik Intern. Kisah lunch hour Jumaat lepas 23012026. Mrs. A dan tiga orang lagi gang lunch belanja adik intern lunch sempena meraikan tamat internship di SAINS, biarlah Mrs. A gelarkan dia T sahaja. Walaupun T tidak menjalani internship beliau di jabatan Mrs. A tapi kami sering bertemu ketika lunch hour dan menjadi buddies.

Makan-Makan Terakhir Bersama Adik Intern. 

Makan-makan terakhir dengan adik intern
All the best T (beliau yang berbaju merah)

Berlima saja tapi riuhnya mengalahkan satu pasukan bola jaring ngeh! ngeh! ngeh!. Tak planning pun nak lunch di mana. Tengok mana kosong itulah yang kami masuk kekdahnya pilihan pada masa itu adalah di Oldtown White Coffee, Aeon S2 sekangkang kera sahaja dari office.

Makan-makan terakhir dengan adik intern
Masing-masing dapat souvenir dari T

Makan-makan terakhir dengan adik intern
Siap ada nama kak Ma.... terharu Mrs.A

Makan-makan terakhir dengan adik intern
Ada juga outside food mujurlah tuan tanah tak melarang.
Siap bagi piring lagi

Didoakan T dipermudahkan urusan mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan ijazahnya. Semoga ukhwah berpanjangan hingga ke jannah. Selamat maju jaya dan tabah menempuh alam pekerjaan.


Klinik Seremban 2

Klinik Seremban 2

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Klinik Seremban 2. Tak sengaja terpergi ke Klinik Seremban 2 planning nak pergi Klinik Mediviron tapi dah tiada di situ lagi (depan bangunan pejabat a walking distance) Semenjak bila dah takde Mrs. A tak perasan pulok! ngeh! ngeh! ngeh!

Actually dari petang semalam Mrs. A dah rasa-rasa sakit kepala sebelah kiri, on and off. Stok ubat migrain pulak takde kat rumah dah habis. Sebelum lunch today dah plan dalam hati lepas lunch nak pergi Klinik Mediviron depan office jalan kaki sajo. (tak tahu pulak dah takde kah! kah! kah!)

Lunch tadi pakat-pakat dengan gojesrian J keluar awal 5 minit sebab bosses semua takde today and tomorrow muahahahaa ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ‘ป lah makan kat foodcourt belakang je pun, dramatik sangat nak keluar awallah sangat tu. Masa Mrs. A turun kat lobby tengok J sedang minta paracetamol dekat pakcik guard katanya dia sakit kepala hurm... sakit kepala pun boleh gang ghupernya. Tapi Mrs. A takdelah minta ubat sekali haish! abih pulak ubat pakcik guard tu nanti ngeh! ngeh! ngeh!

Hari ini lunch berdua saja banyak hal yang dibawangkan boleh pulak takde rasa sakit kepala masa tu. Nampak sangat hormon kortisol menurun pada ketika seronok chit-chat sambil makan tu kan.. kan..kan... Dalam pukul 2.04 minit petang J ajak gerak masuk office dah. Selangkah seiring berdua to the office tapi Mrs. A berpisah bila nak sampai lobby J terus masuk kerja Mrs. A melencong nak pergi klinik nak minta ubat migrain.

Klinik Seremban 2. 

Klinik Seremban 2
Setelah berjumpa doktor selfie seketul sementara menunggu ubat

Kisahnya tadi tu terasa lucu pulak adeh! bila sampai seberang jalan depan MJ Curtain panik sekejap sebab tak nampak Klinik Mediviron yang ada Klinik Pakar Wanita. Dalam hati tukar plan la pergi Alpro je beli ubat. Eh! tiba-tiba terpandang Klinik Seremban 2 sebelah kiri jalan sebelah Ar-Rahnu. Terus laju Mrs. A ke situ. Alhamdulillah klinik buka dan tak ramai orang.

Klinik Seremban 2
Jalan kaki sahaja dari office lebih cepat

Bila Mrs. A masuk Klinik Seremban 2 terus tanya di kaunter situ ada PMCare tak. Adik tu kata ada dan tunjukkan Mrs. A code PMCare untuk di scan. Sebab pertama kali ke situ haruslah berjumpa doktor untuk ambil ubat. Doktor tanya apa yang patut sambil check blood pressure dan tekanan jantung. Sambil tanya ada alergi apa-apa ubat ke tidak? Alhamdulillah so far Mrs. A tiada alergi ubat-ubatan. 

Sampai office terus makan ubat migrain, alhamdulillah dengan izinNYA migrain Mrs. A pun beransur hilang. Sekarang dah sembuh sepenuhnya.


Bid Farewell to MY

Bid Farewell to MY

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Bid Farewell to MY. Kisah campak belakang 9 Januari 2026. Mrs. A join jamuan farewell rakan sekerja di wing sebelah. MY tender resignation setelah 12 tahun bekerja di syarikat ini, tempoh lamanya bekerja tu lebih kurang sama dengan Mrs. A. Bila Mrs. A bertanya kenapa berhenti jawabnya ringkas nak tumpukan perhatian kepada seorang anaknya yang agak istiwewa.

Walaupun kawan-kawan yang sama jabatan telah memujuk namun MY nekad nak berhenti juga. Jika sudah begitu kata tuan badan kami rakan sekerja hanya mampu mendoakan yang terbaik buat beliau serta keluarga. Bak kata salah seorang yang rapat dengan MY kerjaya sebagai juruukur bahan itu harap diteruskan walaupun sudah tidak bekerja di sini lagi. Mana tahu ada rezeki teruskan secara freelance InsyaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. 

Bid Farewell to MY. 

Farewell to MY
MY vs MA ๐Ÿ˜Š

Jamuan farewell MY itu diadakan di rooftop. Kehadiran adalah ramai dari wing sebelah sana. Manakala dari wing Mrs. A selected only. Rakan-rakan sekerja di wing sebelah sana hanya invite yang rapat dan yang dah kenal MY lama sahaja. Ialah nanti main hentam kromo menjemput ada pulak isu dan bunyi-bunyi yang tak diingini. Walau apa pun kekangannya alhamdulillah majlis farewell berjalan lancar walaupun suasana sedikit sedih dan ada esak tangis gittewww... ialah dah nama majlis pun farewell takkan bergumbira pulak kan...

Bid Farewell to MY. 

Farewell to MY
Ucapan sepatah dua kata dari mereka yang berhajat dan pengacara majlis

Farewell to MY
Gojesrian #ganglunchmrsa bergambar bersama MY

Petang Jumaat tu sebelum balik Mrs. A ke surau dulu nak solat asar rezeki terserempak dengan MY lagi. Pada waktu tu MY dah selesai solat asar sedang bersiap nak balik rumah dah. Selain Mrs. A ada lagi dua orang rakan sekerja MY bagi kami cenderahati. Haish! dia pulak yang memberi segan kita ๐Ÿ™ˆ

Farewell to MY
Cenderahati dari MY ☝
Alhamdulillah Mrs.A terus guna selapas solat asar petang tu ๐Ÿ˜

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Semoga ukhwah sentiasa terjalin walau di mana kita berada. Mrs. A doakan MY sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Allah SWT jua. 




Briskwalking Selamat Tahun Baharu 2026

Briskwalking Selamat Tahun Baharu 2026

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Briskwalking Selamat Tahun Baharu 2026. Actually tak tahu nak letak tajuk apa ngeh! ngeh! ngeh! Kisah briskwalking bersama Aryssa dan Adik. Kira bolehlah tuuu kan tajuk dua dalam satu. Kisah briskwalking dan ucapan selamat tahun baharu kepada readers blog yang dikasihi. Walaupun tahun baharu 2026 dah 15 hari berlalu harap masih belum terlambat lagi untuk seorang Mrs. A mengucapkannya. 

Tak planning pun nak briskwalking pada petang 14012026 tu [psssttt tarikh tu Negeri Sembilan cuti umum sempena Hari Keputeraan YDPB], tiba-tiba sahaja Aryssa ajak "ibu jom jogging nak petang kang". Mrs. A pun jawab "okaylah pukul 5.30 petang kita gerak". Eh! terajin pulak sebab memikirkan dah lama tak exercise. 

Briskwalking Selamat Tahun Baharu 2026. 

selamat tahun baharu 2026
Dah tamat 3 pusingan keliling taman kita wefie sat ๐Ÿ˜Š

Sajalah nak bagitahu walaupun Mrs. A ni dah veteren tapi tetap dihadapan mendahului Aryssa dan Adik eewaahhh hahhahaa... Walaupun Forest Park ni sekangkang kera sahaja luasnya tapi selalunya ramai je manusia dan suasananya meriah dan ceria. 

selamat tahun baharu 2026
Selfie seketul sementara menunggu Sha dan Adik sampai taman

Petang tu Mrs.A track aktiviti briskwalk guna apps JomRun sajo. Nak guna apps yang premium tu kena bayar uols! takpelah Mrs. A lebih suka yang percuma saja ngeh! ngeh!ngeh!

selamat tahun baharu 2026
Hurm... 193 sajo calories terbakar jaaaadilahh!

Kalau ikutkan jumlah kilometer dari rumah Mrs. A ke Forest Park lebih kurang 4 kilometer sahaja. Tapi petang tu Mrs. A dan anak-anak ada buat aktiviti keliling taman dalam 3 kali pusingan sebab tulah jumlah kmnya jadi lebih kot. Lagi satu kat area riadah tu ada stray dog cumanya diaekor tu tak kacauganggu orang. Kemungkinan stray dog sengaja dibela oleh orang-orang yang di construction site area berdekatan situ. Cumanya kat situ memang ada papan tanda dilarang memberi makan pada anjing liar. Kalau bagi jugak eh! hahahaa tak taulah jadi apa.

Briskwalking selamat tahun baharu 2026 okay itu sahaja nak cerita. Semoga tahun 2026 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.


Sambung Belajar

Sambung Belajar

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Sambung Belajar. Kisah campak belakang sewaktu menghantar Aryssa mendaftar di UPM. Alhamdulillah rezeki Aryssa dapat sambung belajar di UPM, Serdang. Paling gembira pastilah babahnya sebab dekat tak payah nak hantar jauh-jauh lagi macam masa belajar diploma dulu ๐Ÿ˜Š

Bagi pelajar yang ingin penginapan di Kolej Kediaman UPM, perlu hadir mendaftar pada 31102025, Jumaat. Kekdahnya pada pagi Jumaat tu kami sekeluarga pun sama-sama pergi menghantar Aryssa. Pada hari itu rupanya ada juga course lain yang mendaftar sama.

Sambung Belajar.

Sambung Belajar

Pertama kali Mrs. A masuk ke kawasan UPM ni, ialah kalau takde urusan memang taklah nak masuk sinikan... ngeh! ngeh! ngeh! Pada hari pendaftaran tu ramai juga pelajar yang nak tinggal di kolej kediaman. Lama juga menunggu sewaktu sesi taklimat Aryssa, satu jam lebih ada kot. Selepas dah tahu dapat kolej kediaman tu kena pergi ambil kunci dan isi borang kemudian baharulah hantar barang-barang Aryssa. SubhanAllah Aryssa dapat bilik di tingkat 5. Keluar peluh jantan Mrs. A mengangkat barang-barang Aryssa dari bawah ke tingkat 5 dahlah Mrs. A berdua saja dengan Aryssa sebab lelaki tidak dibenarkan. 

Masa Mrs. A menolong Aryssa berkemas tu jumpalah room mate Aryssa yang seorang tu sebab timing dia sampai tu lebih kurang sama dengan Aryssa. Manakala yang lagi seorang tu dah datang awal dah settle susun atur barang-barang dia, katil dah helok bercadar bantal semua dah tersusun. Dia pun dah balik. Haish! sebab Aryssa lambat tak dapatlah nak memilih almari dan katil lagi redho ajelah rezeki apa yang ada itu.

Sambung Belajar
Sebilik 3 orang
Sambung Belajar
Hari pertama Aryssa dan kawan-kawan sambung belajar

Oleh kerana kursus yang Aryssa amik ini ada subjek kursus yang sama/ setara daripada kelayakan masuk masa diploma dulu kekdahnya Aryssa dapatlah tranfer credit subjek yang setara. Pada hari-hari kelas yang berkenaan Aryssa dengan bangganya memberitahu Mrs. A dia tak perlu pergi kelas tu ๐Ÿ˜Ž

Alhamdulillah boleh dikatakan setiap weekend Aryssa balik Seremban lagipun Sabtu dan Ahad takde kelas. Semoga Aryssa berjaya mencapai cita-citanya. Menimba ilmu untuk menjadi hamba Allah yang bermanafaat. Okay itu sahaja nak citer kisah sambung belajar. Ada banyak kisah untuk bercerita cuma idea tak tahu mana nak mula.



Happy Anniversary

Happy Anniversary

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Happy Anniversary. Happy 24th anniversary to us. Alhamdulillah pada 29 September 2025 yang lalu genaplah 24 tahun usia perkahwinan Mrs. A dan husband. Tahun lepas Mrs. A terlupa tarikh alhamdulillah tahun ini Mrs. A ingat ๐Ÿ˜Š. Pada pagi 29 September tu sebelum pergi kerja sempat wish husband sambil tu Mrs. A pegang tangan dia sengaja snap gambar nak up-date status WhatsApp ngeh! ngeh! ngeh!

Happy Anniversary. 
Happy Anniversary
Beginiler... rupa gambar status whatsapp pada 29 September 2025 ๐Ÿ˜

Sebelah malam tu adalah sambutan kecil-kecilan ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š seperti biasa Mr. A memang suka ada acara potong-potong kek. Masa balik petang tu sama-sama pulak timing sampai rumah. Ternampak Mr. A dah beli kek ada jugak satay dinner untuk sekeluarga.

Happy Anniversary
Kek comel perisa kopi so yummy!

Happy Anniversary
Happy anniversary husband

"Ya Allah, limpahkanlah kebahagian dan keberkahan dalam rumah tangga kami. Jadikan kami pasangan yang saling menyempurnakan demi mencari redha-Mu." Aaamiiin Ya Mujib.

Happy Anniversary
Simba pun nak jugak.... katanya ๐Ÿ˜

Alhamdulillah for another year with you. Happy 24th Anniversary to us.
Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson

Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers.

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson. Balik dari berkursus macam semangat terus Mrs. A nak up-date kisah menghadiri kursus Ahsan Madani. ๐Ÿ˜Š Walaupun terima Memo short notice sahaja tapi bila check jadual Mrs. A macam available tiada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah mahupun Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kanan dalam minggu tersebut itu yang Mrs. A laju aje menyatakan kesanggupan untuk hadir gittewww.... Kursus ini seakan sama macam yang [INI]

Untuk kursus yang dinamakan Ahsan Madani Bekerja Dengan Hati Dan Minda pada 14 & 15 Julai 2025 ini Mrs. A adalah kumpulan Sesi 1/2025. Makna kata selepas ini akan ada sesi seterusnya sepertimana amalan syarikat sebelum ini. So macam mana kau nak elak pun akan tetap perlu hadir juga muahahaaahaa... So kekdahnya baiklah Mrs. A layankan aje sementara tengah available gittewww...

Mengikut peraturan sebenar semua kakitangan yang telah tersenarai semasa berkursus mestilah bermalam di sana. Sebabnya pada sebelah malam juga ada aktiviti dijalankan dan begitu juga pada waktu subuh hari kedua perlu berjemaah di surau. Tapi itulah ada juga kakitangan yang pulang dan esoknya datang semula atas alasan-alasan tertentu hurmmm... ini tidak adil eh! tiberrr....๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ tapi yang pasti Mrs. A bermalam di sana hokeh! Jom layan gambar walaupun tak banyak gambar yang Mrs. A snap.

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson.

Kursus Ahsan Madani
Satu bilik berdua. Nama bilik Mrs. A Kesidang

Pada hari pertama kursus dijangka bermula pada pukul 9.00 pagi tetapi lewat satu jam kerana menunggu para peserta yang masih ramai belum hadir. Oleh itu yang dah sampai awal diminta terus menghantar luggage ke bilik dan kemudian terus sahaja bersarapan.

Pada hari pertama slot satu hingga slot 3 semuanya berkisar dengan kerja menurut perspektif Tauhid. Slot keempat sepatutnya outdoor tetapi cuaca panas sangat kekdahnya game aplikasi nilai tersebut di adakan di dalam dewan sahaja. Game itupun tak berat sangat santai-santai sahaja.

Kursus Ahsan Madani
Tiga dari HQ yang belakang tu roomate Mrs.A waktu kursus ni dari pejabat Nilai

Kursus Ahsan Madani
Nama team Mrs. A adalah Think Tankers

Kursus Ahsan Madani
Game atas kiri berpasukan transfer bola ping pong menggunakan kertas tanpa sentuh bola.
Game atas kanan berpasukan lelaki kena tutup mata dengar arahan yang perempuan untuk kutip gula-gula
Gambar bawah berpasukan keluarkan bola menggunakan sembilan batang lidi dari dalam bakul

Selesai slot keempat. Minum petang balik ke bilik bersiap untuk ke surau. Slot 5 membina pengalaman kerohanian secara berpasukan iaitu solat maghrib sementara menunggu waktu isyak berzikir Mathurat Sugra, memahami Al-Fatihah, aktiviti guru murid dan seterusnya solat isyak berjemaah. Kemudian minum malam dan masuk bilik istirehat (aktiviti sendiri) 

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson - Hari Kedua

Slot 6 (sambung) membina pengalaman kerohanian secara berpasukan. Solat subuh berjemaah di surau, zikir Mathurat Sugra dan seterusnya memahami solat. Kepada setiap ahli pasukan yang hadir berjemaah subuh akan diberikan seorang 2 mata. Rugi yang tak hadir tiada mata untuk pasukan dan rugi jugalah ilmu untuk kerohanian huhuhuuu...

Slot 7 game aplikasi nilai (outdoor). Semua peserta diminta berpakaian sukan. Punyalah gigih team Mrs. A join unfortunately satu gambar pun tiada sedih! ๐Ÿ˜ข

Seterusnya slot ke 8 hingga ke sebelas semua diadakan di dalam dewan sahaja.

Kursus Ahsan Madani
Pagi hari kedua Mrs. A dan girls lain antara yang awal masuk ke dewan
so kita bergambar dahulu ๐Ÿ˜

Kursus Ahsan Madani
Kata-kata penghargaan kepada fasilator tapiiii... biarlah rahsia hanya peserta di dewan yang tahu

Kursus Ahsan Madani
Secara keseluruhan team Think Tankers dapat tempat kedua

Kursus Ahsan Madani
Sebelum pulang haruslah bergambar kumpulan beramai-ramai ๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿ’—

Pada pukul lebih kurang 3.30 petang majlis penutup dan penyampaian hadiah. Alhamdulillah program tamat lebih kurang pukul 4.00 petang. Selepas minum petang masing-masing gerak balik. Rasanya paling last balik adalah Mrs. A dan Y hehehee... Y dan Mrs. A kongsi naik satu kereta. On the way balik chit-chat ajelah kami berdua. Alhamdulillah selamat sampai ke Seremban dalam pukul 5.00 petang.

Kesimpulan kursus pada pendapat Mrs. A sangat mengesankan kerohanian. Rasanya macam tak sesuai untuk yang belum muslim sebabnya intipati kursus adalah memahami surah Al-Fatihah. Okay itu sahaja nak share kisah Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson.



MRS.A my blog my stori ©