2024 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: 2024
Wordless Wednesday - Gojes

Wordless Wednesday - Gojes

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - Gojes. Rasa macam dah lama tak buat post Wordless Wednesday. Bila check kat entry blog adalah sekali tahun ini ngeh! ngeh! ngeh! [SINI]

WW
Lunch di Bungaa dan Gula, Seremban 2

Siapakah gojes itu? πŸ˜† Actually Gojes itu adalah nama grup WhatsApp gang pergi lunch sama-sama Mrs. A yang baharu terdiri daripada 6 ahli gittewww. Gang lunch dulu-dulu [SINI]. As time goes by ahli pun dah berubah yang masih sama hanyalah Mrs. A dan KN tapi KN pun dah bersara 😒

WW
Kamilah gojes itu 😝
Ada 3 orang Gen X, 2 Gen Y (millennials) dan 1 Gen Z

WW
Lunch di Cafe Azim, Pavilion Square belakang office je 😊
Waktu ni LZ pun join sekali

WW
Ini hari yang sama dengan gambar pertama tu lunch di Bungaa dan Gula, Seremban 2

WW
Lunch di Richiamo, Tasik S2. Masa ni lagi 2 gojes tak join

Wordless Wednesday - Gojes
WW
Lunch di Shanaaz Bistro as requested by Zit

WW
Zit bid farewell awal buat KN. Awal tak kalut katanyaπŸ˜‡

WW
Time ni 2 orang gojes tak ikut sekali

WW
Lunch di SR, Aeon S2 berlimo sahaja mujur bukan 6 jahanam muahahaaaa

Alhamdulillah dalam diam Mrs. A rasa sangat berterima kasih pada Ju (tengah sekali belah kanan) yang created grup WA gojes ini seronoklah juga bila time lunch tu ada gang nak sembang kencang. Ju juga yang terpaling rajin mengajak #jjcm ke sana ke sini di hari Jumaat.

Adanya grup ni terasa bondingnya walaupun berbeza usia tapi itu bukanlah masalah besar pun. Harapan Mrs. A grup ini dapat bertahan sehingga Mrs. A bersara macam KN eh! πŸ˜„πŸ˜‡ Semoga ukhwah yang terjalin akan manis-manis sahaja sampai ke Jannatul Firdausi. Aaamiiin Ya Mujib.







Scaling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental, Sendayan Metro Park

Scaling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental, Sendayan Metro Park

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Scaling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental, Sendayan Metro Park. Bila ditanya bila last Mrs. A pergi check gigi jawapannya [SINI] muahahaaaha... Itulah orang kata perangai memang boleh diubah tapi susah kalau tak bersungguh. Memang Mrs. A ni sejenis kalau tak sakit gigi takdelah nak berjumpa dentist ha gittewww

Yang pergi scaling last weekend tu pun sebabnya Mr. A borak-borak malam Jumaat tu dia cakap gigi dia sakit so dia planning nak pergi cabut gigi di Lantara Dental hari Ahad 10 haribulan. Demi mendengar aje tu Mrs. A pun ambil kesempatan nak ikut sekali nak buat scalling ngeh! ngeh! ngeh! Mr.A dah pernah pergi Lantara Dental ni dia suka servisnya puashati. 

Scaling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental, Sendayan Metro Park.

Scalling dan cabut gigi di Lantara Dental
Kaunter

Scalling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental
Eh! tak sangka, Adik pun nak ikut buat scalling πŸ‘ŒπŸ‘

Sebelum ke Lantara Dental ini kena buat appointment dulu. Appointment dibuat melalui Whatsapp. Sehari sebelum tu Mr. A dah contact klinik bila waktu ada slot untuk cabut dan scaling. Itu yang mereka bagi beberapa pilihan waktu. Kekdahnya Mr. A pilih Ahad pukul 2.30 petang untuk tiga orang. Mr. A nak cabut gigi manakala Adik dan Mrs. A pula nak scaling.

Selepas zohor dalam pukul 1.00 lebih we all gerak dari rumah. Sebelum tu sebelah pagi sempat pergi kenduri rumah jiran sebelah rumah lama dulu di lorong sama tapi nombor rumah mestilah dah berubah kan... haish! mengenang kembali kisah pindah rumah short notice ni dulu kelam kabut betul dibuatnya. Takpelah kalau rajin nanti Mrs. A buat post.

Eh! sempat iklan pulak. Okay sambung kisah scaling dan cabut gigi, we all sampai setengah jam awal di Lantara Dental. Mr. A sempat pulak pergi kedai mainan sebelah klinik tu dulu. Haish! macam-macamlah Mr. A ni. Kemudian dalam 2.20 petang macam tu Mrs. A tengok dah ada orang keluar so Mrs. A masuk dulu. Staf kaunter macam dah jangka appointment seterusnya tu untuk 3 orang lagi we all lettewww... terus mereka minta K/P dan register. Oleh sebab masa tu Mrs. A yang ada dekat kaunter  Adik dan Mr. A masih lagi di luar kekdahnya Mrs. A yang dipanggil masuk dulu hah! padan muka Mr. A terpaksalah tunggu turn selepas Mrs. A settle scaling ya.

Aduh! dah lama tak jumpa dentist berdebar pulak nak snap gambar pun tak sempat muahahaaa. Bila disuruh baring kat kerusi bertambah berdebar. Sebelum mula tu pembantu minta berkumur-kumur dulu dan disediakan tisu untuk lap mulut. Kemudian dentist pun mulakan procedure scaling sambil dibantu oleh pembantunya. Pembantu maklumkan kalau ngilu boleh bagitahu sambil angkat tangan kiri πŸ˜€πŸ˜€doktor akan stop ataupun kalau sakit tak tahan doktor boleh bagi ubat bius. 

Sepanjang procedure berjalan adalah sekali Mrs. A terasa ngilu sangat terus doktor stop dan minta Mrs. A berkumur dia tanya nak letak ubat bius ke tidak? Mrs. A kata tak perlu I boleh tahan eeecewah! hahaha... Seterusnya Mrs. A okay je sampai doktor sendiri yang stop dan minta Mrs. A berkumur maybe dalam mulut dah banyak sangat kaladak karies kot 😝 Dah hampir selesai tu sementara doktor nak polish. Doktor tanya bila last pergi check gigi. Hurm Mrs. A terus terang ajelah dah dekat 5 tahun kot tak pergi check gigi. Hahahaa tergelak doktor sambil bagitahu karies Mrs. A jenis yang tersorok bawah gusi itu yang susah sikit nak bersihkan. 

Doktor bagitahu juga satu gigi sebelah atas kanan ada lubang kecil seeloknya ditampal. Oh! yeke takde sakit pulak doktor jawab Mrs. A. Iya  tapi jangan tunggu dah sakit baharu nak tampal katanya. Mrs. A ingat nak tampal masa tu juga tapi bila fikir semula procedure tampal tu akan ambil masa setengah jam lagi. Mrs.A tak jadilah maybe next time buat appointment lain sebabnya takut Mr. A bebel pulak lama sangat dia kena tunggu nanti. Sambil tu doktor bagilah sepatah dua kata #consultation seeloknya kena buat pemeriksaan gigi berkala iaitu setiap 6 bulan sekali ha! gitu.

Alhamdulillah settle scaling untuk seorang Mrs. A 😊 selepas itu turn Mr. A pula untuk cabut gigi. Sewaktu turn Mr. A tu pintu tak bertutup kekdahnya terdengarlah sikit-sikit perbualan di antara doktor dengan Mr. A. Doktor tanya ada sakit apa-apa dan makan ubat apa? Mr. A bagitahu dia makan ubat cair darah. Sebab tulah agaknya doktor check blood pressure dia dan diminta makan ubat sebelum cabut tu.Tak tanya pulak ubat apa, ke itu ubat tahan sakit. Tak lama kemudian Mr. A keluar sambil bagitahu fuh! lega dah cabut alhamdulillah mudah dan lancar kata dia.

Akhirnya tibalah giliran Adik. Mulanya Adik nak scaling dan whitening. Tapi procedure whitening tu lebih kurang satu jam. Haish! tak jadilah so scaling ajolah. Next time kita whitening ya Adik. Masa scaling Adik lebih cepat dari Mrs. A maybe karies dia tak banyak kot hiks!

Scaling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental, Sendayan Metro Park.

Scalling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental
Sebelum pulang sempat snap gambar klinik nun dari keta 😊

Ini pengalaman pertama Mrs. A scaling gigi di Lantara Dental, sejujurnya Mrs. A suka, dentist yang buat procedure scaling untuk Mrs. A tu helok lemah lembut dan ikut rentak Mrs. A. Tak tanya pulak nama dia yang pasti dia chinese dan bukan Dr Afifah eh! 

Harga untuk scaling full mouth tu tak sama tak pasti pula kenapa itulah Mrs. A ni bukan seorang yang teliti πŸ˜‚ tak bertanya pula kenapa. Ada kemungkinan sebab scaling berjemaah kot? So orang yang kedua dapat discount ataupun berdasarkan tahap susah atau mudah procedure seseorang individu sebabnya harga Mrs. A RM160.00, harga Adik pula RM130.00. Consultations fee masing-masing sama RM30 seorang. Manakala untuk Mr. A pula cabut sebatang gigi RM120.00, ubat RM10 dan consultation fee RM30.00.

Personally Mrs. A rasa harga tu okay dan berpatutan. Kalau nak murah lagi pi la klinik gomen di UTC tu ha! nasiblah ko kena pegang penyedut tu sendiri muahahaaa... Lagi pula company tempat Mrs. A kerja ni ada dental benefit untuk kakitangan. Dibolehkan claim dental berjumlah RM200.00 setahun. So dapatlah Mrs. A full claim sebab harga scaling tu total RM190.00 sahaja, ada extra lagi RM10.00. Psssttt Mrs. A dah hantar borang claim pun InSyaAllah tengah bulan nanti masuklah claim tu kot. 😘

Okay itu sahaja nak share kisah Scaling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental, Sendayan Metro Park.



Barakallah Fii Umrik Along

Barakallah Fii Umrik Along

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Barakallah Fii Umrik Along. Birthday Along adalah pada Rabu lepas #0611 boleh pula Mrs. A terlupa langsung tak ingat. Pagi Rabu tu sedang busy kerja dapat WhatsApp dari Mr. A "bu... hari ni birthday Along laa.."  Ya Allah yela saya lupa 😒 Haish! ntah apa yang Mrs. A sibukkan sampai terlupa pun tak tahulah.

Petang tu Mrs. A dan Mr. A pun pakat-pakat nak buat small celebration. Mr. A cakap dia belikan kek so Mrs. A belilah fastfood apa yang patut.

Barakallah Fii Umrik Along. 

Barakallah Fii Umrik Along.
My Heros

Sewaktu Mrs. A sampai di rumah petang tu Along dan Mr. A belum balik lagi. Tak lama kemudian Mr. A balik. Selepas Mrs. A kemaskan meja dan susun apa yang patut Along pun balik. Eh! dia macam pura-pura tak nampak pulak heheheee... Oleh sebab dah masuk waktu maghrib Mrs. A pun cakap kat Along nanti lepas Isyak baru kita potong-potong kek ya. Along ok je sambil terus masuk bilik dia.

Kekdahnya malam tu we all empat beranak ajelah meraikan birthday Along. Alhamdulillah Mrs. A peratikan Along ceria dan excited walaupun sekadar potong kek dan bergambar sahaja.

Barakallah Fii Umrik Along.
Dah bujang anak sulung ibu

Barakallah Fii Umrik Along.
Happy birthday Azim Haiqal

 Barakallah Fii Umrik buat anak sulung ibu. Doa dan redha ibu sentiasa bersama Along.





Lunch Di Shanaaz Bistro Dataran Centrio S2

Lunch Di Shanaaz Bistro Dataran Centrio S2

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Lunch Di Shanaaz Bistro Dataran Centrio S2. Kisah lunch ini kejadiannya adalah pada akhir Ogos yang lalu. Bos tiba-tiba baik hati nak belanja Legal Dept lunch di atas daun pisang di Shanaaz Bistro. Sewaktu ditanya pendapat Mrs. A okay ke kalau lunch kat tempat tu. Mrs. A excited sebabnya belum pernah lunch di atas daun pisang di Shanaaz Bistro.

We all pergi secara car pool Mrs. A bawa kereta sendiri Anor dan seorang lagi naik sekali dengan Mrs. A. Yang lagi 3 orang naik kereta sorang lagi dan bos naik kereta dia sebabnya bos nak pegi fetching anak-anak dia dulu.

Lunch Di Shanaaz Bistro Dataran Centrio S2.

Shanaaz Bistro Dataran Centrio S2.
Bergambar dulu sementara menunggu bos dan anak dia

Shanaaz Bistro Dataran Centrio S2.
Selain set menu di atas daun pisang tu kita boleh juga minta menu add-on
subject to add-on paymentlah gitteww 😊

Pada waktu itu selain daripada S tiada kerana cuti bersalin, seorang lagi adik kakitangan sementara Legal dept iaitu Ami tiada (on leave). Pendapat Mrs. A #foodreviews Mrs. A suka set banana leaf tu πŸ˜‹Actually Mrs. A dah repeat pun sekali lagi tapi dengan officemate yang lain. Kekdahnya menu set banana leaf akan sedikit berbeza mengikut hari. Sebabnya masa Mrs. A lunch dengan officemate yang lain tu ada satu menu tak sama dengan hari lunch bersama Legal Dept.

Kalau tak suka dengan set banana leaf ada jugak menu-menu lain yang kita boleh order contohnya nasi beriyani ada juga nasi putih dan lauk-pauk lain dan juga menu goreng-goreng.

Shanaaz Bistro Dataran Centrio S2.
Bergambar bersama bos dan anaknya, yang seorang lagi tak jadi ikut

Alhamdulillah kenyang perut suka hati. Terima kasih bos belanja kami lunch. Didoakan sentiasa dimewahkan rezeki. Okay next boleh belanja lagi eh! Selepas itu terus pulang semula ke office meneruskan kerja hakiki masing-masing. Sekali sekala keluar bersama-sama terasa happy semoga ukhwah yang terjalin sentiasa mewangi sampai bila-bila.




Sambutan Birthday Di The Urban Affair Dataran Centrio Seremban 2

Sambutan Birthday Di The Urban Affair Dataran Centrio Seremban 2

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Sambutan Birthday Di The Urban Affair Dataran Centrio Seremban 2. Kisah throwback 27062024 yang lalu. Sambutan Legal Birthday babies Mar - Jun di The Urban Affair Dataran Centrio Seremban 2. Actually yang gigih dan bising-bising suruh buat celebration ini adalah bos Mrs. A tapi tulah masa hari kejadian tu boleh pulak dia tak hadir.

Pada mulanya ada juga perancangan we all nak tunda tarikh lain. Tapi bila difikir-fikir semula semua perancangan dah berjalan macam pagi tu yang ditugaskan membeli kek dah pi beli kek. Yang ditugaskan menempah tempat dan persiapan event pun dah settle. So we all sepakat sekata meneruskan tanpa kehadiran En. Bos gittewww... 

Pada petang selepas waktu bekerja we all semua dengan kenderaan masing-masing bergeraklah ke The Urban Affair. Tempat yang dah siap reserved tu adalah bangunan yang sebelah di seberang jalan.

Sambutan Birthday Di The Urban Affair Dataran Centrio Seremban 2.

Sambutan Birthday
Sampai aje di The Urban Affair terus menuju ke meja yang dah reserved cuma food masa tu belum tersedia

Sambutan BIrthday
Cake is a must 😍

Sambutan Birthday
May baby 😝 bergambar solo bersama Cake

Sambutan BIrthday
We all lerrr... March to June babies itu 

Walaupun bos tidak dapat hadir sambutan tetap meriah eh! πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡ Actually kos semua ini adalah dari kutipan Tabung Hari Lahir Legal Dept. Semua staff diminta menyumbang ke THL setiap bulan berdasarkan amount yang telah dipersetujui.

Sambutan BIrthday
Okay yang ini bergambar satu department kecuali bos

InsyaAllah akan ada lagi sambutan birthday untuk the rest yang belum sampai tarikh birthday waktu ni. Till then itu sahaja kisah Sambutan Birthday Di The Urban Affair Dataran Centrio Seremban 2.





Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024. Kisah pada Sabtu 10082024 Mrs. A turut serta di dalam aktiviti Kelab Sosial & Rekreasi (KSR) syarikat tempat Mrs. A bekerja. Selain netball bowling adalah salah satu lagi aktiviti sukan kegemaran Mrs. A. So kalau ada pertandingan samada bowling atau netball harussssss... Mrs. A join gittewww...

Eh! sebelum tu dah sebulan rupanya Mrs. A tak up-date blog huhuuuhuu... Actually banyak aje kisah nak diblogkan cuma tulah kemalasan dan tidak berjaya mencuri masa itulah penyebab utamanya 😒

Dua minggu sebelum tarikh pertandingan tersebut penganjur yang terdiri daripada AJK KSR telah menyiarkan iklan kepada seantero Ahli KSR πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„. 

Pertandingan Terbuka Bowling
Kemahen iklannya 😎

Di awal-awal syarat pertandingan setiap pasukan terdiri dari 4 orang dan salah seorang mestilah perempuan. Tetapi apabila penganjur mendapat pelbagai maklumbalas ramai yang kurang bersetuju dengan syarat tersebut. Kekdahnya mereka telah menukar syarat tersebut kepada terbuka, makna kata terserah kepada peserta nak bentuk pasukan ikut suka hati, nak semua lelaki ke, semua pompuan ke, campur-campur ke haish! terserah janji bayar yuran penyertaan.

Sementara itu pasukan Mrs. A kekal mengikut syarat yang awal eeecewahhhh! Nama pasukan Mrs. A adalah Storm. Actually Storm tu adalah nama brand bola bowling. Mrs. A follow aje mereka yang arif di pasukan Mrs. A tu. Advantage jugaklah kepada seorang Mrs. A sebabnya 3 orang peserta lelaki tu memang bowlers mereka bertiga tu adalah wakil syarikat sewaktu SBAM Kedah 2023 yang lalu.

Sambutan umtuk pertandingan terbuka bowling berpasukan tersebut macam pisang goreng panas belum sempat tarikh tutup diumumkan kesemua 22 tempat telah fully booked. Alhamdulillah rezeki Mrs. A sebab register awal takdelah kempunan tak dapat turut serta gittewww...

Sebelum tarikh pertandingan tu kena pi cabut undi dulu untuk lane. Mrs. A tak pergi pun hantar wakil sahaja.

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024.



Pertandingan Terbuka Bowling
Undian diadakan di LRA Sg Terip

Sebelum hari kejadian tu adalah 2 kali Mrs. A pi praktis itupun bukan dengan team Storm dengan adik-adik Legal Dept. dan juga team Billing.

Pertandingan Terbuka Bowling
Bola bertuah telah selamat dipulangkan

Pertandingan Terbuka Bowling
Training masa 4 Ogos 2024 di Ole-Ole Superbowl Mydin S2

Pertandingan Terbuka Bowling
Training 7 Ogos selepas waktu kerja

Pertandingan Terbuka Bowling
Meriah dengan team Billing ni 😍

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024.

Pada hari kejadian tu semua peserta dinasihatkan datang awal. Okaylah tu Mrs. A datang di dalam jangka masa yang helok-helok saja 😊

Meh! Mrs. A belanja photo masa hari Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024.

Pertandingan Terbuka Bowling
Meja urusetia pengurus pasukan ditugaskan mendaftar pasukan masing-masing kena tunjuk kad pekerja hokeh!

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024.
Selepas Timbalan Presiden KSR memberi kata-kata aluan dan merasmikan kita berdoa dulu sebelum bermula

Pertandingan Terbuka Bowling
Bergambar beramai acara wajib ada 😝

Pertandingan Terbuka Bowling Berpasukan KSR SAINS 2024.
Thank you for coming memberi semangat πŸ’ͺ sayang you both kerana Allah

Pertandingan Terbuka Bowling
Biarlah gambar

Pertandingan Terbuka Bowling
Berbicara 😝

Alhamdulillah Storm johan dan individu lelaki jatuhan pin tertinggi. Johan dapat wang tunai RM500. Individu dapat RM100. Okay sekian hiks!




Program Terapi Minda

Program Terapi Minda

Bismillahhirahmannirrahim... 


As Salam and greetings to dear readers.

Program Terapi Minda. Kisah campak belakang 26062024 Mrs. A join program anjuran office bagi mencukupkan KPI jam training gittewww... Program ini diadakan di LPPKN cawangan Negeri Sembilan. Okaylah sepelaung aje dari office.

Pagi tu Mrs. A gerak dari rumah seperti biasa 7.30 pagi. Nak kena singgah office sekejap sebabnya nak kena hantar projektor dan laptop office yang Mrs. A pinjam sehari sebelum tu untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah. Alhamdulillah dipermudahkanNYA sesampai aje Mrs. A di area parking office kedua-dua person in-charge yang Mrs. A nak serahkan tu ada pulak melintas depan kereta Mrs. A πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ hah! apa lagi terus Mrs. A serahkan di situ jugak tak perlu dah naik ke office. Sambil Mrs. A cakap sorry uols sis ada kursus pagi nih! nak cepat ni dan terus berlalu pergi ngeh! ngeh! ngeh! 

Actually ini pertama kali Mrs. A menjejakkan kaki ke LPPKN cawangan Negeri Sembilan. Masa Mrs. A sampai tu kira awal lagi lebih kurang pukul 8.10 pagi peserta yang dah sampai baru 2 tiga orang. Lagipun program bermula pukul 9.00 pagi. Pendaftaran dan minum pagi pukul 8 okayje awal tak kalut 😊😊😊

Program Terapi Minda. 

Terapi Minda
Sebelum program bermula kita selpie selpot dulu 😜

Dalam program terapi minda ni ada 3 orang fasilitator yang bagi talk di awal pagi tu haruslah ice-breaking yang ini urusetia aje yang uruskan. Urusetia minta peserta program main kotak bingo. Seronok jugak dapat beramah mesra dengan lain-lain peserta dari daerah-daerah kiranya yang tak kenal bolehlah kenal-kenal gittewww sebab nak penuhkan kotak untuk dapat bingo. Unfortunately sampai ke sudah Mrs. A tak dapat bingo pun mereka yang awal dapat bingo dah cukup 5 orang huhuhuhuu....

Selepas itu fasilator untuk slot 1 bercakap mengenai meningkatkan Resiliensi Diri. Kemudian fasilator kedua ustaz dan seterusnyalah sambung di sebelah petang fasilitator ketiga dan penutup tu urusetia punya aktivti.

Okaylah supaya tidak lupa sajalah Mrs. A nak share kat my blog my stori di antara objektif program terapi minda itu.
  1. Membantu peserta mengurus stres demi kesejahteraan diri serta memantapkan personaliti dalam pencapaian dan produktiviti organisasi;
  2. Membantu peserta meningkatkan daya tahan diri dengan mengenali personaliti diri dan hubungan keluarga serta organisasi dalam mengharungi cabaran kehidupan;
  3. Memberi penekanan terhadap kepentingan peranan dan tanggungjawab dalam membentuk wawasan yang unggul;
  4. Memberi penekanan kepada kombinasi antara minda, jasad dan emosi ke arah kehidupan seharian yang lebih positif.
Program Terapi Minda. 

Terapi Minda
Aktiviti berkumpulan

Terapi Minda
Tiup belon lepaskan stress 😎

Terapi Minda
Jom mengundi 

Terapi Minda
Sempat ko selfie ya Mrs. A πŸ˜€

Terapi Minda
Final aktiviti sebelum penutup

Terapi Minda
It's a wrap πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Program Terapi Minda. 

Sejujurnya dah veteran ni takdelah beria sangat nak pergi training tapi sebagai pekerja makan gaji kena pergi jugak sebab nak penuhi KPI. Alhamdulillah program terapi minda sedikit sebanyak terkesan juga dalam diri Mrs. A. Masih banyak jam training lagi nak cukupkan KPI ini. Next kena pergi lagi. InsyaAllah semangat! πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ


Selamat Pengantin Baharu Syera & Ariff

Selamat Pengantin Baharu Syera & Ariff

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baharu Syera & Ariff. Last weekend 23062024 dengan izinNya dapat menyantuni majlis perkahwinan Syera iaitu officemate Mrs. A. Walaupun Syera bukan base di HQ tapi dia dan Mrs. A menjadi mesra dan agak rapat disebabkan sama-sama terlibat di dalam team netball syarikat untuk ke SBAM Kedah 2023.[SINI]

Majlis persandingan telah di adakan di Rumah Abang Jamil (Venue 1), Seremban. Mrs. A pergi ditemani oleh Adik dan Aryssa. Actually ini adalah kali pertama Mrs. A sampai ke Rumah Abang Jamil, sebelum ini selalu mendengar cerita kawan-kawan ke Rumah Abang Jamil hehehee kali ini Mrs. A pulak dapat pergi okaylah tercapai hasrat nak ke Rumah Abang Jamil eh! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Selamat Pengantin Baharu Syera & Ariff.

Selamat Pengantin Baharu
Bergambar bersama pasangan mempelai

Selamat Pengantin Baharu
Thank you Adik dan Aryssa temankan ibu 😘

Selamat Pengantin Baharu
Bersama team netball yang sempat hadir

Selamat Pengantin Baharu
Eh! ada jugak tunang dak sorang tu 😊

Setelah puas bergambar, kami sama-sama minta diri untuk pulang. Lagipun Syera dah nak gerak untuk bergambar out-door pulak. Sebelum tu sempatlah team netball yang ada tu bergambar di signboard RAJ 😜😜😜

Selamat Pengantin Baharu
123 SAINS!

Selamat Pengantin Baharu
Souvenir yang simple but nice

Kemudian kami tak terus pulang sebabnya Adik ajak tengok wayang. Mrs. A layankan ajelah. Lagipun Mrs. A memang teringin nak tengok cerita Zim Zim Ala Kazim tu. Sebelum tu Aryssa dah survey showtime di website TGV. Oakylah sesuai waktu tayangannya pukul 3.40 petang tu. Kekdahnya selepas itu Mrs. A terus aje drive menuju ke Aeon S2. Mrs. A dan Aryssa gigih berbaju kurung ha!

Selamat Pengantin Baharu
Terpaling pegi kenduri kata Aryssa πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ramai juga orang yang sama-sama nak menonton Zim Zim Ala Kazim. Elektronik booth nak beli tiket pun semua Q panjang. Sebab ramai agaknya TGV ada buka kaunter tiket jugak. We all pun beli dari kaunter biasa dapatlah tiket fizikal seperti dahulu.

Selamat Pengantin Baharu
Zim Zim Ala Kazim

Cerita Zim Zim Ala Kazim ini adalah komedi muzikal so takyahlah nak expectation terpaling sihir seram sangat .πŸ˜ŠπŸ˜‡ As for Mrs. A okaylah seronok juga nonton cerita komedi muzikal lakonan Ustaz Kazim ni. Macam boleh relate dengan kehidupan sebenar dia. Wallahualam.


MRS.A my blog my stori ©