Family Days Out - Lunch & Tengok Movie - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Family Days Out - Lunch & Tengok Movie

7 November 2022

Family Days Out - Lunch & Tengok Movie

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Family Days Out - Lunch dan tengok movie. Adehhh! tiba-tiba dah 7 November 2022 banyak kisah nak cerita tapi ntahlah masa takde ke malas ke eh! Okay ini kisah sehari sebelum Aryssa balik ke Penang. Babah a.k.a Mr. A ajak lunch di tempat favorite our family a.k.a Casa Lagenda Seremban 2 😍. Mrs. A paling seronok sebab gantung periuk ngeh! ngeh! ngeh! Gerak dari rumah lebih kurang pukul 12.30 tengahari tak mahu kejadian bila sampai nanti restoren dah tutup berulang lagi gitttewww....

Family Days Out - Lunch dan tengok movie.

Family days out
Ada seketul gambar aje rupanya. Gambar food tiada sebab Mrs. A buat video aje

Gambar menu yang we all order sama juga seperti menu-menu sebelum ini [SINI] Rasa foodnya masih sama cuma tulah harga dah tak sama semuanya dah naik uols! huhuhuuuu... sabar yolah.

Alhamdulillah semua happy selepas perut dah kenyang mestilah suka hati kans..😅 Kemudian Adik ajak tengok wayang citer Black Panther katanya. Tapi bila check di TGV citer Black Panther pun belum keluar lagi di pawagam yang ada citer Black Adam. Survey movie lain-lain macam tiada yang menarik. Kekdahnya we all pun setuju nak menonton Black Adam. Tapi Mr. A pulak tak mahu join menonton movie katanya hantarlah dia balik dulu. Hurmmm... ok jugaklah hantar dia balik sambil tu boleh solat zohor duluan di rumah sendiri sementara menunggu waktu tayangan pukul 4.00 petang.

Lebih kurang pukul 3.15 petang we all empat beranak gerak ke Aeon S2 untuk menonton movie Black Adam di TGV cinema S2. Apa citer Black Adam ni pun Mrs. A tak tahu apa-apa bila dah tengok la jangan nak fikir lagik sangatlah Mrs. A oii!! dah tentu product keluaran DC muahhhaaaa...

Family Days Out - Lunch dan tengok movie.

Family days out
Google image

Sebelum movie bermula haruslah selfie-selpot dahulu 😝

Family days out
Aryssa dengan spek baharunya sebab power bertambah kena buat baharu

Family days out
Along & Adik

Pendapat peribadi Mrs.A  tentang movie Black Adam tiada apa yang menarik dan biasa-biasa sahaja. Bagi tiga bintang jer... Kisah seorang manusia yang telah mati dibunuh bernama Teth-Adam yang telah mendapat kuasa luar biasa melalui pengorbanan anaknya. Disebabkan itu dia menjadi marah dan membalas dendam. Tetapi dia tidak dapat mengawal kuasanya dan membunuh sesuka hati beliau. Bagi mengelakkan Teth-Adam dari terus membalas dendam dan membunuh ramai orang yang tidak bersalah dia telah dipenjarakan oleh "Wizard Shazam" yang telah memberi kuasa tersebut pada asalnya.

Itu kisah 5000 tahun sebelum. Kisah masa sekarang pulak, ada seorang perempuan nama Adriana Tomaz sedang mencari "Crown of Sabbac" ada kisah di sebalik mahkota itu yang kononnya menjadi objek yang berkuasa di dunia. Pertubuhan jenayah yang dikenali juga sebagai Intergang yang mengawal Kahndaq turut berada dalam gua tersebut untuk merampas mahkota itu daripada Adrianna. Semasa huru-hara berlaku dan Adrianna hampir terbunuh dia sempat membaca ayat yang tertulis pada penjara Teth-Adam dengan menyebut ungkapan "Shazam". Maka terkeluarlah Teth-Adam dari penjara selepas 5000 tahun. Selepas Teth-Adam bebas maka muncullah lain-lain superhero tu a.k.a Justice Society of America (JSA) untuk berbincang dengan Teth-Adam.

Okaylah Mrs. A malas nak sambung citer lagi kalau nak tahu jugak mohon tanya pakcik google ya.... #maafkanlah





9 ulasan:

  1. Tentu seronok kekdahnya dapat outing anak beranak

    BalasPadam
  2. Apabila anak-anak balik dapat makan bersama-sama.

    BalasPadam
  3. jln cerita mcm best tp tu la movie skrg byk yg kurang menyengat

    BalasPadam
  4. sonoknyerr family time tuuuh., ;p

    BalasPadam
  5. Sekarang ni apa yg tak naik Mrs A? Hujan je kot yg turun :p

    BalasPadam
  6. menarik citer film yg ditonton

    BalasPadam
  7. berfamily time yuhuuuu... setiap saat bersama2 adalah emas😀

    BalasPadam
  8. lama x tgk wayang ngan akak2...x de cerita yg sama2 minat nak tgk
    so layan netflix je la

    BalasPadam
  9. best juga juga kumpu;l sekali sekala begini

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©