Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Mrs. A Join 'Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog'.
Bila tengok Giveaway ini baharulah perasan eh! kita dah nak dekat raya dah tiberrrr... puasa pun belum ngeh! ngeh! ngeh! (over pulak ko ya Mrs. A oiii!)
Seperti kebanyakkan GA di antara syarat utamanya haruslah tepek banner dahulu.
Mrs. A Join 'Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog'.
Klik |
Selain daripada itu Shida minta para peserta cerita perasaan nak sambut Ramadhan dan Syawal pada tahun ini.
Perasaan Mrs. A untuk sambut Ramadhan & Syawal tahun ini,
Sedih dan sayu. Tahun ini adalah pertama kali Ramadhan dan Syawal disambut tanpa kehadiran M.i.l. Disebabkan parents in-law Mrs. A ada di daerah Seremban kekdahnya Mrs. A dan M.i.l lebih kerap berjumpa berbanding dengan emak Mrs. A sendiri. M.i.l kalau dibulan Ramadhan akan selalu ada buah tangan untuk anak-anak, cucu menantunya ketika hendak berbuka. Biasanya dia akan call cucu-cucunya atau Mr. A suruh amik di Jiboi kuih kocilah, buburlah haish selalu aje ada huhuuuu... Nampak gayanya tahun ini takde dah sobs...sobs...sobs...
Pada Sabtu 27032021 nanti genaplah 100 hari pemergian M.i.l buat selama-lamanya. Selalunya sebelum Ramadhan seakan telah menjadi tradisi family sebelah Mr. A akan buat kenduri sambut Ramadhan dan tahlil arwah dah tentulah yang paling sibuk dan bincang-bincang tarikh adalah M.i.l tetapi pada kali ini kenduri tersebut akan tetap kami adakan juga tapi situasinya sudah berbeza tajuk kenduri pun lain iaitu tahlil 100 hari pemergian arwah M.i.l dan sambut Ramadhan.
Syawal pula masih tak terbayang lagi sambutannya al-maklumlah Mrs. A ni memang sejenis suka buat persiapan last minutes. Samada dari segi baju raya, kuih-muih dan duit raya masih tiada sebarang persediaan apa-apa pun lagi. Lagipun Syawal macam dah kehilangan meriahnya ekoran tahun lepas PKP kot. Apa-apa pun sambutan selalunya sederhana sahaja cukuplah sepasang baju raya sedondon bersama family dan bermaaf-maafan sesama keluarga.
Okay Mrs. A sudah. Jom ke blog penganjur untuk tahu lebih lanjut syarat-syarat penyertaanya. Mrs. A Join 'Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog'