Awanikenet Beranak Lagi - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Awanikenet Beranak Lagi

8 September 2020

Awanikenet Beranak Lagi

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Awanikenet Beranak Lagi. Awanikenet adalah nama salah seekor ibu kucing Mrs. A. Masa dia kecik-kecik dulu we all ingatkan dia jantan. Mr. A yang mula-mula gelarkan Awangkenet tapi setelah umur dia tiga ke empat bulan baharu we all sedar yang si Awangkenet tu betina kekdahnya Mrs. A tukarkan nama Awang tu jadi Awani dan kekalkan kenet so jadilah namanya Awanikenet.

Awanikenet Beranak Lagi.
Awanikenet the cat
Hi! titerla Awanikenet
Awanikenet beranak lagi iyolah hai! si Awanikenet ni produktif sungguh tak sempat Mrs. A nak spaying (kasi) lagi dia dah pregnant semula. Ini batch kedua di rumah yang Mrs. A baru je pindah baru tak barulah lebih kurang hujung bulan Disember 2019. Awal-awal dulu dah plan dah bila pindah nanti cukup-cukuplah kekucing yang ada tak nak lagi dah yang baharu kekdahnya memang nak spaying mana yang belum spaying tu salah seekornya si Awanikenet ni. Time pindah tu pun dia baru je lepas beranak tu yang tak spaying lagi cause anak-anak dia masih menyusu. Iaitu Adek dan Damak. Kemudian terjadi pulak trajedi menyayat hati si Damak kena langgar kaki terpaksa dipotong (amputation) dan akhirnya mati dua hari selepas discharged.(sedih nak citer masih pending kat draft) Anak dia Adek pulak tiba-tiba hilang tak dapat dikesan. Sadis sungguh hidup si Awanikenet di awal perpindahan dahulu.

Bila Mrs. A dah berkira-kira nak spaying Awanikenet tu tengok perut dia macam dah bunting la pulak so kekdahnya biarkan ajelah lalu lahirlah dua ekor anak dia.Mula-mula ingatkan anak dia seekor je tapi sehari kemudian lahir seekor lagi. Mrs. A bagi dia nama dulu-dulu tapi Mr. A suruh tukar kepada Upin dan Ipin sebab dia macam kembar je.

Awanikenet Beranak Lagi.
Upin dan Ipin the kitten
2 days old. 13 April lahir sekor kemudian 14 April lahir lagi seekor bulu semua sama
 beza sikit aje Upin kat tengah kepala dia tu ada setepek color oren.
Awanikenet-upin-ipin
Age one month old Awanikenet pindahkan Upin dan Ipin dalam bilik Mrs. A. Sabar yolah
Kemudian setelah dua bulan berlalu Mrs. A pun mewar-warkan kepada seluruh isi rumah selepas ini bila Upin dan Ipin dah bercerai susu ibu nak bawa Awanikenet pergi vet spaying. Aaaiyah! Upin dan Ipin ni dah besar pun menyusu lagi bilalah nak bercerai susu nih! sampailah Aryssa cakap ibu... rasanya Awanikenet dah pregnant lagi la... What! I don't think so Upin dan Ipin tu menyusu lagi la jawab Mrs. A. Unfortunately huwaaa...waa....waaa.... betul apa yang Aryssa cakap. Hurmmm... macam ini punya kes pun ada. Bertabahlah Mrs. A hoi!!!

Awanikenet Beranak Lagi.
Awanikenet-tiga-ekor
Petang 18 Ogos 2020 tiga ekor. Muka penat lepas beranak ha.
Akhirnya Awanikenet pilih tempat dalam almari di bilik ibu. 
Batch kedua ni sewaktu Awanikenet sarat pregnant tu dia jarang-jarang lekat kat rumah. Mrs.A rasa dia nak cari port lain untuk melahirkan. Berdasarkan pengalaman di rumah lama taman sebelum ni dua tiga kali jugaklah bila nak beranak Awanikenet akan pergi cari port baru. Pernah jugak dia tak balik sebulan dua namun akhirnya dia kembali juga ke pangkuan we all.

Meleset tekaan Mrs. A kali ini. Pilihan terakhir Awanikenet adalah dalam bilik Mrs. A time tu Mrs. A pergi kerja balik-balik je Adik cakap "ibu... babah kata Awanikenet dah terberanak kat dalam almari dressing room ibu". "La kenapa biarkan? Kan ibu dah pesan tutup pintu bilik ibu"."Ntah! babah!" jawab si Adik. Haish! sabar yolah selalu tewas dengan makhluk Allah bernama kucing. Agaknya dah puas dia recce port baru tiada yang selamat. Kekdahnya dari pemerhatian Mrs. A rumah-rumah kat area taman ni  masing-masing ada membela pet kalau tak kucing, anjing. Itu yang Awanikenet kembali ke pangkal jalan kot muahahaaaaa....

Awanikenet-4-ekor
Ku sangkakan tiga rupanya empat. Esoknya tu 19 Ogos 2020 tambah lagi sekor.
Semasa berpindah Mrs. A bawa kesemua kucing-kucing Mrs. A iaitu Kokothemamacat, Marble, Bobo, Awanikenet dan dua anaknya Damak dan Adek, Kuning, Tiga dan Oren. Mrs. A tak bawa pindah semuanya sekali serentak. Mrs. A bawa berperingkat mana yang senang nak handle Mrs. A bawa dulu iaitu mula-mula Kokothemamacat, sehari kemudian Awanikenet, Damak dan Adek dua tiga hari kemudian Bobo dan Marble. Selepas itu Kuning, Tiga dan Oren cause tiga ekor ni memang susah sikit nak handle penakut sangat dengan orang yang tak biasa dan environment baru. Mula-mula pindah memang Mrs. A kurung expecially yang tiga ekor tu kurung dalam 2 tiga hari kalau lepas pun sekejap-sekejap nak bagi dia ekor bau-bau environment baru. Bawak masuk dalam rumah mengelitai dia ekor nak keluar kekdahnya Mrs. A biarkan aje dengan harapan depa dah dapat bau-bauan rumah baru tu so kalau dia ekor pergi pun nanti akan jumpalah jalan pulang. Unfortunately Tiga, Oren dan Kuning pergi tapi sampai sekarang tak pulang-pulang lagi. Mula-mula hilang dulu cari jugaklah tapi tak jumpa pun. Takpelah redha pasti ada hikmah disebaliknya.

Nampak gayanya sekarang ni dah ada 4 ekor lagi.Sabar yolah. Memang nak kena disiplin tinggi betul-betul ni nak pergi spaying si Awanikenet 6 atau 8 minggu selepas ini. Banyak-banyak sangat kucing pun tak sesuai kot nanti takut tak mampu nak menjaga mereka dengan baik dan demi kemaslahatan jiran tetangga. Okay itu aje nak share kisah Awanikenet beranak lagi. Mrs. A plan nak rehome 4 ekor tu. Tak tahulah menjadi ke tak sebab the A's yang lain semua membantah. #adoptdontshop #janganbuangkucing.


16 ulasan:

  1. Meriah kalau dia sekali beranak. Dulu suka gak kalau banyak anak kucing. Bila dah banyak tak terlarat nak jaga sampai bagi kat orang je. comel anak anak dia.

    BalasPadam
  2. ramai dahhhh cucu dia hehehehe sapa yg bantah tu, sila jd bibik pd anak2 awanikenet ya hehehehe

    BalasPadam
  3. hahahhaa cepatnya dia bunting kak hehhe...
    dana pun risau jugak dengan si comot tu... dahla sekali beranak 4 ekor terus anak nya...
    punya lah nakal anak dia tapi seronok kalau tengok diaorang bergomol... hahahha

    BalasPadam
  4. Kena spaying juga si Awanikenit ni
    kalau tidak, tak muat rumah nanti.

    BalasPadam
  5. alahai bercucu baru dh Mrs A :)

    BalasPadam
  6. Banyaknya cucu di rumah, mesti meriah..hihi dan penat juga nak mengendalinya ye tak

    BalasPadam
  7. jom kak join GA ni..

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/520-giveaway-by-garaeki.html

    BalasPadam
  8. comeynya miau2 kecil kalau ramai sangat masalah juga nk jaga tapi rezki MRSA tu

    BalasPadam
  9. Kenat bukan sebarang kenet tu.. Subur dengan jayanya si kenet ni.Hahah.
    Anak dia memang satu kaler je dengan dia..kan?
    Cuma satu tu je yang oren.

    BalasPadam
  10. akak ada masalah jantung...so doc nasihatkan sebolehnya jauhi binatang seperti kucing,burung...

    BalasPadam
  11. ooo..kucing beranak tak keluar semua sekali ya, baru tahu...meriah rumah, comel2 semuanya..

    BalasPadam
  12. Wah.. produktif betul Awanikenet mrs a nie ye.. hehehe..
    Comel-comel anaknya..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©