Hello! December - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Hello! December

2 Disember 2019

Hello! December

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Hello! December. Sebelas bulan telah berlalu namun tiada apa-apa perubahan besar pun yang berlaku di dalam kehidupan Mrs. A. Seingat Mrs. A sama sahaja kecuali umur dah bertambah setahun lagi muahhaaaaa.... dari segi blogging sama aje gitu-gitu aje konon di awal tahun lalu nak up-date blog sehari sekali none hado ha! so azam itu failed sepenuhnya kah! kah! kah!... Apa-apa pun dari segi kehidupan nyata Mrs. A bersyukur kerana diberi kecukupan olehNYA. Syukuri apa yang ada itulah bahagia ehh! bermadah pulak.

Back to the storyline Hello December ni mesti ramai rakan-rakan blogger yang planning untuk pergi bercutikan? Ialah dah musim cuti sekolah inilah masanya nak bawa anak-anak pergi jenjalan. Paling tidak pun bawa anak-anak balik kampung. Syukurlah kita yang ada sejenis tempat bernama kampung buntu sangat tak tahu ke mana balik je kampung. Bulan December ni ada jugak tu Mrs. A plan nak pergi cecuti tak lama mana pun 2 ke 3 hari harapnya menjadilah plan tu (InSyaAllah).

Last Friday night family Along/ Kaklong buat kenduri doa selamat jemputan dikalangan ahli keluarga dan jiran-jiran mereka sahaja iaitu di Taman Panchor Jaya. Tujuan doa selamat adalah sempena anak sulungnya selamat kembali ke daratan (sebelum ni belayar di lautan), Adik Kaklong yang kena mild stroke tu beransur pulih sepenuhnya dan jugak anak nombor tiga a.k.a kaklang berjaya sambung belajar. Bila baca jemputan dalam group WhatsApp tu, alahai bercinta betul rasa nak pergi lepas time balik kerja nih! tapi mujurlah Mr. A cakap we all pegi lepas solat maghrib, lega sikit takdelah rushing sangat cos kalau ikut aturcara sebenar solat maghrib di rumah tuan rumah. Tapi we all sampai setelah selesai solat maghrib.

Hello! December.


Hello! December
Danial, Atok, Banglong and Mama
Ada jugak diselitkan acara potong kek untuk bulan December tapi Danial tu selit sekali cos dia seorang bulan Oktober aritu takde potong-potong kek lagi huhuhuuuu... Menu malam tu ada satay, ada bihun, rendang ayam, kuih dan jugak salad bayam brazil. First time jugak Mrs. A makan bayam brazil mulanya macam seram nak makan sebab rupa daunnya macam bunga keladi pun ada jugak. Tapi bila dah makan sedap bertambah-tambah baq hang.

Hello! December
Hijau-hijau tulah bayam brazil dari hasil kebun tanam sendiri tuan rumah.
Selain daripada itu pertengahan bulan December cousin Mr. A kahwin takdelah jauh kat Klang je harapnya sihat-walafiatlah untuk memenuhi jemputan kahwin tu. Selepas itu saki-baki cuti sekolah tu Along, Aryssa dan Adik minta nak duduk kat kampung nak teman nenek katanya. Nampak gayanya jadi perantin basilah Mr. and Mrs. A nanti ngeh! ngeh! ngeh!

Dua hari cuti ni Mrs. A tak kemana pun mereput aje kat rumah sambil melayani permintaan masak-masak oleh Mr. A dan kids. Terbaliklah pulakkan selalunya orang kalau cecuti makan kat luar tapi Mrs. A and family makan-makan kat rumah jer.... Duduk kat rumah banyak nonton TV ajelah tengok news belah-belah negeri kat pantai timur banyak yang dilanda banjir. Kesian semoga mereka tabah menghadapi dugaan banjir tersebut. Mrs. A doakan semoga mereka yang dilanda musibah banjir itu dipermudahkan segala urusan mereka dan tiada sebarang kemalangan jiwa hendakNYA. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebalikNYA.

Hello! December please be nice to me. Okay itu sahaja nak share #donebebel.




18 ulasan:

  1. Bestnya makan2 dgn family.
    My wish pula saban tahun nak kurus, tak kurus2 juga haha :P

    BalasPadam
  2. December ni last free goyang2 kaki kat rumah sebab next year anak dah masuk sekolah 😅

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.Dah Disember kan MrA..bulan ni pun sepupu PC kawin..harapnya dapatlah pergi..aamiin.

    BalasPadam
  4. Disember ni banyak jemputan kahwin

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..sekeja je kan.. dah nak masuk 2020..

    BalasPadam
  6. kejap je ms berlalu..
    tup2 nk masuk 2020 dh..

    BalasPadam
  7. Dah berhasil Bayam Brazil Mrs. A ya
    Saya punya tak naik-naik, kemetot ajer.......

    BalasPadam
  8. bulan disember ni its my birthday 21.12

    BalasPadam
  9. bolehlah jual bayam brazil tu kt sy nnt hehehehe sambaaaa eh ehh

    BalasPadam
  10. Spend time dengan anak2 kat rumah pun dah best, kalau dpt bercuti lg seronok. Tapi tak kisah janji happy. Sedap pula ngk salad bayam brazil tu..

    BalasPadam
  11. dana tahun 2019 azam nak jadi kurus tapi memang tak berjaya, tapi cuba hidup lebih sihat je...
    musim cuti ni seronok bila dapat balik kampung kumpul dengan family... jemputan pun mesti banyak sebab musim kenduri kahwin kan

    BalasPadam
  12. Wah nak pergi cuti mana tu? Harap berjalan lancar rancangan cuti tu.
    P.S: Cuti kat rumah pun best juga.

    BalasPadam
  13. seronok makan2 dengan adik beradik ni kan :-)

    BalasPadam
  14. bila masuk December je mestilah merancang nak bawa nak bercuti ke mana.. balik kampung tu dah memang wajib..

    BalasPadam
  15. disember ni, bagi aida, ok ok jer.
    keje.
    ofis.
    mak abah ada kat rumah, babysit anak-anak aida yg bertiga tu.
    kebetulan mak abah nak spend masa dgn cucu-cucu melaka :)
    weekend - kenduri kawin. non-stop :) best!!!

    BalasPadam
  16. Bulan December tak kemana. weekend kadang berehat je ataupun balik kampung ataupun pergi kenduri kahwin.

    BalasPadam
  17. nak menangis..bulan ni kerja bertimpa-timpa, semua nk close akaun akhir tahun, buat report utk submission audit..huahua..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©