November 2019 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: November 2019
Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019

Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019. Malam tadi 27112019 Mrs. A telah berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir Liga Piala Presiden PBNS di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi ("STAR"). Perlawanan akhir tersebut adalah di antara KSR SAINS vs Wan Mei FC. Okay sebelum tu nak bagitahu jugaklah KSR tu singkatan untuk apa walaupun dah banyak kali rasanya Mrs. A bagitahu kat entry-entry sebelum nih! K = Kelab, S = Sosial dan R = Rekreasi dan SAINS pulak Syarikat A ehh! lu pikir la sendiri ngeh! ngeh! ngeh!

Sebelah pagi di office ada sorang officemate tu tanya, "kak ko pergi tak games malam ni?" dengan confidentnya Mrs. A jawab "Apsal pulak malam ni 27 Sabtu la..." Oiii!!! ko mabuk ke kak 27 malam ni la" hahahhaaaa.... sambil tu Mrs. A tengok tarikh kat phone eh! iya lorr... Petang time balik kerja bila Mrs. A cakap kat Mr. A malam ni kita pergi tengok bola nak? Haish! tak sangka jawapan dia okay. Dalam hati riang tak terkata.

Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019
KSR SAINS juara liga piala presiden PBNS 2019
Bertiga sahaja Along dan Adik tak ikut
Mujurlah final Liga Piala Presiden ni, perlawanan KSR SAINS vs Wan Mei FC diadakan pada sebelah malam so dapatlah Mrs. A tengok. Kalau perlawanan sebelum ini contoh macam semi final KSR SAINS vs MPS, PBNS buat sebelah petang hari bekerja so tak "dapeklah den nak nolong". Perlawanan selalunya akan start pukul 4.30 petang. Mrs. A habis kerja pulak pukul 5.15 petang kelentang-kelentung by the time nak sampai kat padang tu silap-silap games pun dah habis muahahhaaaa... #alasansangat

Berbalik kepada perlawanan malam tadi perlawanan dijadualkan bermula pukul 8.45 malam tapi tulah Mrs. A bertiga sampai sedikit lewat perlawanan dah mula pun time we all sampai tu. Kalau tak silap dah mula dalam 15 minit, time tu kedudukan masih kosong-kosong. Tak lama kemudian KSR SAINS berjaya menjaringkan gol 1-0. Biasalah berdasarkan pengalaman yang Mrs. A tonton bila dah dapat gol mulalah leka so pihak lawan pun ambil kesempatan menjaringkan gol jugak so separuh masa pertama kedudukan seri 1 sama. Separuh masa pertama tu Mrs. A duduk sekali dengan supporter Wan Mei FC. Ini semua Mr. A punya pasallah orang dah kata pergi sebelah kiri grandstand haish! dia nak jugak ke sebelah kanan. Tapi bila separuh masa kedua we all dah pindah dah!

Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019
Duduk dengan ex-officemate yang dah kerja gomen tu tapi masih support KSR SAINS hiks!
Sedehhh!!! tak dapat bola ada signature YTM Syed Razman (Tunku Besar Tampin) merangkap Presiden PBNS. [poyo la ko Mrs. A hoiii!] Nak dekat breaks separuh masa pertama tu ternampak jugaklah Setiausaha PBNS bawak beberapa biji bola untuk ditandatangani oleh YTM Presiden ingatkan ada orang minta signature tapi rupanya bola-bola itu tujuannya untuk diberikan kepada penyokong/ penonton yang hadir. Banyak jugaklah dalam 10 biji bola kot lepas dah tandatangan bola tu YTM Presiden pun lontarkan bola-bola tu satu per satu ke arah penonton. Ada jugaklah 2 kali dia baling kat area tempat Mrs. A duduk tapi tulah kalau setakat duduk hulurkan tangan memanglah tak dapatkan, depa tu siap berdiri-diri sambil terlompat- lompat bagai haruslah dapat. Lagipun Mr. A siap jeling buat muka annoying muahahhaaaa... tu yang Mrs. A tak koserrrr! nak beria-ria.

Pada perlawanan separuh masa kedua lama jugak kedudukan satu sama tu. Penyokong masing-masing pun dah resah, risau pulak kalau tambah masa. ["adehh! lotih la esok acik kojo ha!"]. Alhamdulillah setelah berhempas pulas akhirnya KSR SAINS berjaya menjaringkan satu lagi gol. Gegak gempita STAR dengan Ultras KSR SAINS punya gendang, tambah pulak dengan jeritan-jeritan penyokong KSR SAINS we all lettew... memang meriah betul. Tengok Pengarah SAINS dan management  kat bawah pun sama excited habis. Lebih kurang 15 minit terakhir tu haish! macam-macam pulak players kat padang tu dua orang kena kat kuning, sana tergolek sini tergolek hahahaa... last sekali ada sorang player tu dapat red card ha amik ko keluar padang terus. Hurm... main bola je pun rilexslah bro ehh! tiber. Dipendekkan cerita Liga Piala Pusingan tahun ini adalah milik KSR SAINS. Bravo-bravo tahniah team KSR SAINS Mrs. A tumpang bangga.

Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019
Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019
Tu dia piala pusingan Liga Piala Presiden PBNS tahun 2019 milik KSR SAINS tahun 2018 milik Penjara FC
Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019
Management, Official dan player bergambar bersama-sama. Juara dapat RM15k dan juga piala pusingan
Keputusan penuh KSR SAINS (2) - Wan Mei FC (1). Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019. Get ready for play-off Liga M3 pula ya...





Mrs. A Join Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com

Mrs. A Join Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Join Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com. Mrs. A tertarik nak join giveaway akhir tahun Hasrulhassan.com cos hadiahnya utamanya adalah wang tunai RM100. Kira banyak gaklah tukan RM100 siapa nak bagi ha nampak tak betapa materialnya Mrs. A di situ ehh! macam confident menanglah pulak muahahhaaaaa.... di antara syarat wajibnya adalah tepek banner seperti dibawah dari banner pun kita boleh tahu lain-lain hadiah untuk peserta bertuah ha gittewwww...

Mrs. A Join Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com.
giveaway
KLIK
Salah satu lagi syarat giveaway akhir tahun Hasrulhassan.com adalah menceritakan bagaimana kita boleh kenal beliau ataupun bagaimana tahu akan kewujudan blog beliau. As for Mrs. A, kenal dan tahu kewujudan blog Hasrulhassan.com adalah hasil menggoogle daripada pakcik google time tu Mrs. A baru-baru lagi memblog so banyak benda tak tahu pasal blog to be exact pasal blogspot google punya goole terjumpalah blog beliau.

Bermula dari situ Mrs. A memang selalu terjah blog beliau dan HH memang rajin anjurkan giveaway dalam erti kata lain ini adalah salah satu cara beliau berkongsi rezeki. Pada tahun 2014 pertama kali Mrs. A telah turut serta dalam giveaway anjuran beliau iaitu Hari Guru 2014 Giveaway RM100 tapi time ni takde rezeki nak menang huhuhuuu....

Selain daripada itu ada lain-lain lagi giveaway dan segmen anjuran HH yang Mrs. A telah turut serta diantaranya adalah Kontest Teka Gambar VMY 2014, HH Bantu Trafik Blog Meroket, Kontest Siapa Nama Baby Hasrul Hassan dan ada jugaklah yang Mrs. A bertuah menang tempat kedua (dapat lima poh hengget) dalam Giveaway Syukur Selalu 2016 Pembaca Blog Hasrul Hassan.

As time goes by HH pun dah ada macam-macam social media ada FB ada IG tapi tulah Mrs. A tak aktif sangat dalam FB rakan-rakan blogger ni so dalam FB blogger Mrs. A memang sendu sobs..sobs..sobs... ke...si...an... ehh! tiberrr... #iklan

Okay back to Mrs. A Join Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com selain daripada dua syarat yang Mrs. A ceritakan di atas. Terdapat lagi beberapa syarat yang perlu dipatuhi, kepada rakan-rakan blogger yang berminat nak join sama macam Mrs. A. Sila klik banner di atas untuk ke blog HH untuk ketahui details.




Happy Birthday NovembeRian

Happy Birthday NovembeRian

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Happy Birthday NovembeRian. Majlis birthday Novemberian dan jugak doa selamat sempena anak s.i.l khatam Al-Quran itu disambut suka dalam duka. Itulah manusia hanya mampu merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik.

Happy Birthday NovembeRian.
Ice-cream cake sponsor by organizer
Pada hari yang sama tanpa kami semua duga berlaku kematian pulak dikalangan ahli keluarga iaitu cousin kepada Mr. A dan adik-beradiknyalah kira anak sedara kepada f.i.l. Di petang hari time Mrs. A baca berita tu dalam group WhatsApp ingatkan majlis tersebut post pone ke esok harinya tetapi sehingga ke petang tiada sebarang pengumuman post pone. Aryssa, Mr. and Mrs. A ada je kat rumah  sendiri cos Mr. A tak berapa nak sihat.

Adik dan Along awal-awal lagi dah pergi ke Jiboi cos sebelah tengahari ada barbeque. Kemahen! tau depa siap tunjuk....

Happy Birthday NovembeRian.
barbeque ayam in progress
Oleh kerana Mr. A tak berapa sihat (to be exact kena G) mulanya dia fikir macam tak dapatlah nak ziarah cousin dia yang meninggal tu. Tapi bertalu-talu pulak call masuk daripada sedara-mara yang kat hospitallah, kat rumah di Mambau tu lagi so kekdahnya dia pun rasa tak sedap hati dengan bertongkat-tongkat tu pergi jugaklah dah petang pun nak dekat maghrib we all pergi Mrs. A yang drive cos dia tak boleh drive.

Sesampai di Mambau belah family Mr. A hanya ada we all bertiga aje. Sedara-mara ramai jugaklah dah berkumpul sementara menunggu jenazah sampai. Mrs. A difahamkan jenazah telah siap dimandikan di hospital HTJ, akan dikebumikan selepas solat Isyak dan akan disembahyangkan di rumah serta tahlil kemudian baharulah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Mambau untuk dikebumikan. Solat maghrib sendiri-sendiri je Mrs. A ingatkan ada buat solat jemaah. Alhamdulillah sempat jugaklah Mrs. A habiskan bacaan Yasin sementara menunggu jenazah sampai. Tak lama kemudian Mrs. A nampak parents-in-laws pun datang bersama dengan Along dan Alang time tu jenazah baru sampai dan yang jadi imam sembahyang jenazah itupun adalah f.i.l. Selesai sembahyang jenazah we all terus aje balik Jiboi tak hantar sampai ke kubur pun. Ialah kat rumah ada majlis yang perlu diselesaikan.

Sesungguhnya malam tu rezeki orang-orang perak yang datang ziarah itu jugaklah kat majlis birthday Novemberian tu cos selepas selesai solat jenazah tu m.i.l ajak mereka datang rumah sebelum balik terus ke Perak. Memikirkan mereka jauh lagipun kat rumah orang meninggal tak sesuailah nak jamu makan-makan. Di jiboi sekali lagi f.i.l buat tahlil dan kemudian doa selamat. Kemudian barulah kami menjamu selera bersama tetamu dari Perak (sedara-mara m.i.l)

7 orang birthday di bulan November yang tudung kuning tu s.i.l punya mil
Birthday boy dengan birthday girl sedang membakar kamving
Awat!? yang marak sangat apinya tu
Happy birthday dear s.i.l and happy anniversary jugak to both of you moga berbahagia till Jannah.
 eh! ada photo bomb la
Alhamdulillah walaupun majlis tak berjalan sebagaimana yang di plan macam tahun lepas [SINI] banyak aturcara terpaksa dibatal tapi syukur tetap jugak kita dapat berkumpul beramai-ramai dan meraikan tetamu dari Perak.



Mrs. A Menang Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie

Mrs. A Menang Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Menang Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie. Alhamdulillah rezeki Mrs. A menjadi salah seorang pemenang. Walaupun pemenangnya dah diumumkan hampir seminggu yang lalu [SINI] tapi tulah baharu today Mrs. A berkesempatan nak buat post. Tak tahulah di mana silapnya idea nak up-date blog menjunam ke laut dalam huhuhuhu.... mungkin sebab busy dengan tugas hakiki dan jugak busy with life "eh! poyo jer muahahhaaaa...."

Alhamdulillah terima kasih Abam Kie Mrs. A menang top-up memang kebetulan time tu kredit Mrs. A pun dah tinggal ciput ngeh! ngeh! ngeh! tiba-tiba menang top-up pulak walaupun jumlahnya tak besar tapi sangat tepat pada masanya. Memang sesuai dengan pepatah rezeki datang bergolek kepada Mrs. A pada lebih kurang pukul 8.29 malam 13 November yang lalu.


Mrs. A menang

Mrs. A Menang Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie. Semoga yang suka memberi akan dikurniakan rezeki yang lebih lagi. InSyaAllah.



JOKER vs PUSAKA

JOKER vs PUSAKA

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

JOKER vs PUSAKA. Kisah movie days out last two weeks. Time ni Mrs. A keluar bersama Aryssa dan Adik sahaja. Along tak nak ikut Mr. A pulak ke Tanjung Piai. Walaupun macam malas-malas tapi keluar jugaklah cos kesian pulak dengan si Adik tu. Kemaruk sangat nak movie days out "alahai ibu jomlah dah lama kita tak keluar movie days out, last tu bulan September kita tengok Sangkar Movie [SINI] pastu dah banyak minggu tak keluar " cakap- banyak-banyak kali ibu rimas der... So jadilah movie days out tu lagipun babahnya ada bagi RM gitteww...

Outing kali ni we all pilih nak pergi Aeon S2 cos show time tu sesuai dengan planning we all. Sebelum tu, we all lunch dulu di Restoren Row Six makan nasi ketuk dalam entry WW #126 terdahulu.

Wefie bertiga nak whatsapp kat babah
Dah settle lunch teruslah ke TGV di tingkat atas nun... nak beli tiket. Mrs. A nak tengok Joker Adik pulak nak tengok Pusaka lagipun Joker tu 18 tahun ke atas Aryssa mulanya 50-50 tapi akhirnya  follow Mrs. A tengok Joker walaupun dia belum 18 hahahhaaa tapi size dia ada gaya 18 tertipu sudaaa... staff TGV tu. Jadinya Adik tengok Pusaka sorang-sorang bila Mrs. A tanya dia confident tak nih! tengok sorang? Dia kata I'm fine ibu... no worry amvoiii! kemahen anak jantan sangat nih!

JOKER vs PUSAKA.
Joker vs Pusaka
Beli tiket kat machine je lagi senang tak beratur. Show time Joker 4.40 petang manakala Pusaka pulak pukul 5.00 petang so kekdahnya Aryssa dengan Mrs. A masuk dulu kemudian barulah Adik. Ada pop-corn flavor baharu di TGV pop-corn color biru macam kat bawah tu, as usual ibu suka mencuba sesuatu yang baharu so...

Adoiii! padan muka ko Mrs. A siapa suruh durhaka kepada royal.
#notrecommended
Readers dah tengok movie Joker ke? Bagi Mrs. A kisah Joker yang ini adalah kisah yang agak berat dan memerlukan kita banyak berfikir. Tak lawak hokeh! walaupun ada lawak ngeh! ngeh! ngeh!. Dari cerita ini kita dapat tahu asal-usul Joker dan sedikit-sebanyak boleh difahamilah kenapa dia jadi macam tu.

Sedari kecil Joker telah didera secara fizikal dan mental. Bila dewasa pulak dia ada masalah ketawa yang tak boleh ditahan-tahan so orang selalu salah anggap bila dia tiba-tiba ketawa tak henti-henti tu sangat annoying sampai kena pukul.  Dalam movie Joker digambarkan jugak jurang perbezaan di antara orang kaya dengan orang miskin sangat ketara so penduduk-penduduk marhain memang tak suka sangat dengan orang-orang kaya di Gotham City terutama sekali yang ada sangkut paut dengan Bruce Wayne (bapak batman) tapi dalam cerita nih! batman kecik lagi belum jadi batman pun ehh! tiberrr...

Dalam usaha Joker nak memulihkan diri dia yang sakit tu macam-macam halangan pulak yang terpaksa dia hadapi. Dia diberhentikan kerja, sesi terapi percuma yang selalu dia pergi tu tiba-tiba dihentikan oleh pihak berwajib, pastu ubat-ubatan dia tu terpaksa beli sendiri. Joker ni dah lah kena jaga emak dia jugak haish! macam-macam masalah kesian sangat. Adehhh! Mrs. A pun dah malas nak tulis lebih-lebih kalau nak tahu kisah selanjutnya mohon googlelah ya muahahhaaa...... Secara keseluruhannya Mrs. A bagi 5 ha untuk movie Joker ni semua rasa cukup. Tak rugi tengok.

Lama jugak movie Joker ni sampaikan Adik yang tengok Pusaka tu dah keluar dulu. Ulasan Adik pasal movie Pusaka ni pulak "best ibu awal-awal lagi dah ada adegan terkejut-kejut" katanya. Itulah Mrs. A pun ada gak baca komen-komen pasal movie Pusaka ni ramai cakap menarik. Okay takpe bila dah keluar kat Astro First nanti boleh order tengok kat Astro aje ya ngeh! ngeh! ngeh!



Happy Sweet 17th. Along

Happy Sweet 17th. Along

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Happy Sweet 17th. Along. Pada 6 November yang lalu genaplah umur Along 17 tahun. Kalau tahun lepas [SINI] birthday Along sama tarikh dengan hari Deepavali tahun ini pulak sama tarikh dengan hari kedua dia menduduki peperiksaan SPM.

Happy Sweet 17th. Along
Happy sweet 17th Along. Yang belakang tu sampai cancel pi ngaji sebab dah lambat katanya.
Sudah menjadi satu kebiasaan babahnya mesti nak jugak ada acara potong-potong kek among us heheheee... .sentimental betul. Kalau ikut Mrs. A tak payah derrr... cos this Saturday Maksu (s.i.l) depa nak celebrate untuk Oktober dan November babies secara berjemaah di Jiboi. Tapi tulah tengahari kat office Mr. A calling-calling on the way balik office suruh Mrs. A pi beli cake birthday untuk Along. Beli ice cream cake tambah Adik pulak. Okaylah Mrs. A layanz... kan aje yang penting semua happy.

Time Along nak potong ice cream cake tu punyalah payah huhuhuu...So buat action bergambar ajelah. Cake tu masih beku cos Mrs. A lambat keluarkan dari freezer. Pisau plastik tu memang tak boleh nak potong so guna pisau betul dan tugas memotong pun diserahkan kepada ibu ngeh! ngeh! ngeh! Anyway cake tu Along suka dan semua pun suka. Alhamdulillah.

Happy Sweet 17th. Along. Ibu doakan semoga Along sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan menjadi insan yang sentiasa mentaati perintahNYA.



Wordless Wednesday #126 - Nasi Ketuk

Wordless Wednesday #126 - Nasi Ketuk

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #126. Sudah 6 hari kita berada di bulan November satu post pun belum ada lagiks! huk! huk! huk! So Wordless Wednesday pun bolehlah!

Wordless Wednesday #126.
wordless-wednesday #126
Nasi Ketuk with Tandoori pilihan Adik
wordless-wednesday #126
Nasi Ketuk with Fried Chicken pilihan Aryssa
wordless-wednesday #126
Nasi Ketuk with Fried Kembong pilihan Mrs. A
Menu-menu pilihan 3 of us sewaktu lunch di Row Six, Aeon S2 last Saturday.

Wordless Wednesday #126.

MRS.A my blog my stori ©