Family Days Out Tengok Sangkar The Movie - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Family Days Out Tengok Sangkar The Movie

6 September 2019

Family Days Out Tengok Sangkar The Movie

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Family Days Out Tengok Sangkar The Movie. Sempena public holiday Awal Muharram tu Mrs. A pun ajaklah Mr. A keluar bawa kids tengok Sangkar the movie. Mulanya Mr. A buat senyap je pastu bila Adik menyampuk jomlah Bah dah lama tak family days out katanya. Sambil buat muka Mr. A tu tapi akhirnya mengalah dan setuju jugaklah nak pi nonton Sangkar the movie.

Mr. A ni pulak sejenis semua nak cepat kalau orang ramai ni dia rimas pastu part queue panjang dia memang tak berapa berkenan so kekdahnya we all pun sepakat booking ticket Sangkar the movie online je... Mula plan nak tengok kat TGV Aeons S2 tapi show times lambat sangat dalam pukul 5.00 petang baru ada so Mr. A suruh tengok di GSC Palm Mall aje show times pukul 3.20 petang.

Tapi gigih jugaklah pergi Aeons S2 dulu cos Aryssa nak beli buku. Sekejap kata nak pergi MPH pastu bila ibu tunjuk Popular Bookstore dah nak pi Popular lah pulak.

sangkar movie
Aryssa
Dah settle membeli buku Aryssa, we all pun cepat-cepat gerak ke Palm Mall. Sendiri mau ingatlah parking kat area Palm Mall ni susah nak dapat huhuhuuuu... Sebelum tu sempat we all lunch dulu kat KFC. Itupun kena makan laju-laju cos takut tak sempat pulak nak kejar masa 3.20 petang showtimes tu nanti. Mujurlah dah beli tiket online mudah sangat nak masuk tu terus scan barcode aje tak payah nak queue bagai oleh kerana time tu dah pukul 3.30 petang so we all terus masuk tak sempat dah membeli popcorn bagai errmmm... bagus juga tu jimat sikit muahhaaaaa....

Family Days Out Tengok Sangkar The Movie.
sangkar movie
Macam inilah rupa barcode yang dihantar setelah online payment dibuat
Siapa yang dah tengok citer Sangkar ni best ke tidak? Bagi pendapat personal Mrs. A menarik citer  Sangkar ni ia sebenarnya lebih kepada kisah keinsafan dan persahabatan. Kisah mengenai kehidupan Johan (Remy Ishak) dan Adam (Zul Ariffin) yang sama-sama terlibat dalam sukan MMA. Johan ni pulak ada dua orang adik iaitu Lea (Mira Filzah) dan Reza (Nik Adam Mika). Lea ni pulak seorang nurse Reza kecik lagi masih bersekolah.

Adam ni pulak dibesarkan oleh pakcik dia (Aman Graseka) cos ibu dia dah meninggal time dia kecik lagi. Ayah Adam ni ada dalam penjara. Bolehlah dikatakan Adam ni seorang yang kurang kasih sayang tak macam Johan a family type Abang Long ha gittew...

Kalau setakat tengok iklan mungkin kita akan fikir citer Sangkar ni ganas dan banyak pertarungan dalam sangkar macam MMA tu. Hurmmm... bukan begitu sebenarnya mesti peminat MMA akan sedikit kuciwa bila tengok filem Sangkar yang iklannya kemahen! aksi pertarungan MMA yang gah lah sangat. Ialah di awal cerita je dah tunjuk adegan perlawanan dalam sangkar di antara Johan 'The Jedi' Kamarudin dengan Adam 'The Ace' Abdullah masing-masing duk provoke antara satu sama lain memang ganas giler lagaknya.

sangkar movie
Kredit Google Image
Dalam perlawanan tu Adam nak sangat menang sebab rekod sebelum ni dia dah 3 kali kalah dengan Johan. Tapi tulah katanya dia kalah tu pun sebab bookie yang nak dia kalah bukan sebab Johan lebih bagus dari dia. Tapi pertarungan malam tu Adam nekad nak menang jugak so dia pun tak dengar cakap bookie tuh so Adam menang anyway dia menang tu pun sebab main cheating sikit tapi Ref tak perasan pun.

Walaupun Adam dah menang tapi dia masih tak puashati lagi dengan Johan. Johan ni pulak rilexs jer... cuma Adam sangat terkesan dengan kata-kata Johan 'tak guna kalau menang tapi tak bermaruah'. Adam kemudian tu pi carik Johan kat luar dia ajak fight one by one takde Ref takde penonton, kita tengok siapa yang menang katanya. Time tu Johan baru balik surau, si Adam ni pulak tengah khayal mabuk arak baru lepas balik clubbing kot. Sedang depa tu tolak menolak sorang nak ajak gaduh, sorang tak nak gaduh cos nak nak balik rumah terus Lea dengan Reza tengah tunggu jeng...jeng...jeng... tiba-tiba budak-budak flat bertempiaran lari sambil cakap lari bang..lari... kekdahnya ada pergaduhan gang samseng la pulok! Ha! time ni anti-climaxs sungguh la hahahhaaa.... tiba-tiba dah tunjuk scene Adam atas katil kat rumah dan Johan kat hospital.

Selepas kejadian malam tulah hidup Johan dah bertukar 360 darjah, dia dah lumpuh dari dada ke bawah. Adam pulak terasa bersalah sangat dan nekad nak tolong Johan. Okeh! lepas tu bermulalah kisah bromance depa dua tu. So kalau readers nak tahu kisah selanjutnya silalah kepawagam berhampiran anda ya! ehh! tiber macam iklan la pulek! [sungguh poyo le ko nih! Mrs. A hoi!] muahahahaaa

Family Days Out Tengok Sangkar The Movie

sangkar movie
sangkar movie
Kredit Google Image
Dalam citer sangkar ni Mrs. A bagi 5 bintang untuk lakonan Zul Ariffin watak Adam tu memang sangat menjadi dialog dan lawak yang dia buat memang best, selamba dan sangat neutral. Tabik spring kat Zul Ariffin. Watak Reza lakonan adik Nik Adam Mika pun sangat menjadi neutral je tak macam dibuat-buat. Lakonan Mira Filzah tu okaylah takdelah wow! sangat. Si Ray tu sedikit over bagi pendapat Mrs. A la. Watak Mc Sweeney tu pulak biashe-biashe je... Okay sekian tu je nak share kisah Family Days Out Tengok Sangkar The Movie.



13 ulasan:

  1. tggu laa bayar kat astro..hehe
    boleh tengok 2 hari non stop.. tp lain sebenarnya suasana kalo g wayang..

    BalasPadam
  2. senang jugak beli ticket online, tak perlu beratur n berebut2 di kaunter

    BalasPadam
  3. inilah masa yang sesuai untuk bersama anak-anak..

    menonton wayang

    BalasPadam
  4. belum tengok lagi. kalau best nak tengok jugaklah nanti

    BalasPadam
  5. Jemput join segmen sy ya
    https://ciknurul23.blogspot.com/2019/09/segmen-bloglist-sii-nurul.html?m=1

    BalasPadam
  6. Ingat penuh dgn aksi dalam gelanggang ye Mrs A. Kot ada kat astro best boleh lah beli nanti.

    BalasPadam
  7. Ingatkan movie ni full dengan action. Haha.

    BalasPadam
  8. mmg best sangkar..aritu tgk ig remy update dh 7.2juta dlm ms 10hari

    BalasPadam
  9. Wah. ada bromance.. menarik nie.. Tapi bilalah agaknya nk ke pawagam lagi.. hurm..

    BalasPadam
  10. no wonder dapat berjuta2 dlm masa seminggu tayangan

    BalasPadam
  11. Very useful post. See Instagram photos and videos from 'Pictame' hashtag.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©