Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Klinik Pergigian UTC Seremban. Tak tahulah apa mimpi Adik tiba-tiba ajak Mrs. A pergi scalling gigi. Mungkin gara-gara usikan babah dia yang cakap gigi dia kuning kot muahahhaaaa....Mula-mula duklah blurrr... klinik manalah yang paling dekat nak pergi ni? Pastu Adik kata UTClah ibu.. eh! a'ahlah kat UTC yang sekangkang kera aje dari rumah we all ni memang ada klinik pergigian baru Mrs. A teringat terus Mrs. A setuju.
Plannya nak pergi hari Sabtu 29122018 tapi time tu Adik kena pergi sekolah untuk pendaftaran pelajar baru dan membeli buku apa yang patut. So jadinya hari Ahad 30122018 barulah Mrs. A pergi. Kononnya nak pergi pagi tapi nan hado dah tengahari baru we all pergi. Haish! tak kisahlah janji klinik open. Bagusnya UTC time ni cecuti pun open.
Klinik Pergigian UTC Seremban
|
Kita... selfie dulu sebelum check/ scalling gigi |
Oleh sebab Mrs. A dan Adik sampai dalam pukul lebih kurang 12.20 petang cenggitu klinik dah closed for lunch hour akan dibuka semula tepat jam 2.00 petang hew! hew! hew! padanla muka ko dik hoi! eh! Mrs. A pun sama. So kekdahnya we all pun pi lunch la dulu. Lunch kat situ jer... kat Uncle Jack. Esok 31.12.2018 adalah hari terakhit UTC beroperasi ikut waktu lama. Mulai 01.01.2019 UTC seluruh negara akan beroperasi ikut waktu kerja yang baru. Mrs. A tak berapa rajin nak menaip so share seperti gambar di bawah ajelah
|
Waktu Operasi UTC Seluruh Negara mulai 01.01.2019 |
Okay sambung semula citer nak pi scalling gigi tu. Belum pukul 2.00 petang lagi we all dah tercongok kat depan pintu klinik tu tapi bukan we all aje tau dah lima ke enam orang pun dah beratur. Samalah juga macam Mrs. A bukan datang seorang tapi datang berjemaah bersama family masing-masing. Bagusnya staf UTC ni belum pukul 2 depa dah open pun so we all pun seorang demi seorang masuk ambil angka giliran masing-masing dan ikut kategori masing-masing. As for Adik kategori kanak-kanak dan Mrs. A pulak kategori pesakit luar ha giteww...
As usual pergi ke kaunter setelah nombor dipanggil kalau dah pernah datang nurse akan cari fail dan terus bagi fail. Tapi untuk Adik dan Mrs. A yang tak pernah datang ni haruslah register dulu dan isi kad pergigian yang macam budak-budak sekolah punya tu, hijau untuk kanak-kanak dan merah untuk dewasa. Oh! ya kad pengenalan jangan lupa bawa. Kemudian bayar seringgit sebagai bayaran registration. Setelah settle registration tu bawa kad masing-masing letak dekat box depan pintu bilik rawatan yang nurse arahkan. Kalau bilik 1 letaklah depan box bilik 1 kalau 2 dualah. Nanti nurse yang kat dalam bilik rawatan pulak akan amik kad tu kemudian akan suruh kita masuk bilik rawatan untuk menjalani prosedur seterusnya.
Adik dan Mrs. A time tu memang sekadar nak check gigi dan scalling sahaja. Mula-mula Adik masuk Mrs. A pun ikut sekali cos penjaga nak kena tandatangan kad dulu. Selepas tu Mrs. A tinggalkan aje Adik di kerusi rawatan tu walaupun Adik suruh teman. Haish! tak koserlah ibu dik hoi! kau dah besar panjang dah! pandai-pandailah nak survive. Alhamdulillah tak lama kemudian lebih kurang dalam setengah jam Adik pun keluar sambil tersenyum puas. Hahahha...lawaklah kau ni Adik, sambil tengok gigi kat camera phone sambil cakap "ibu sama jer... tak putih pun gigi Aqil". Nak putih tu ada rawatan lain la dik oii!!!
Setelah Adik keluar tu giliran Mrs. A pulak dipanggil masuk. Sama jugak kena tandangan kad rawatan dulu barulah mula prosedur check gigi. Sejujurnya Mrs. A memang dah lama bebenor tak pergi check gigi ialah mentality sejenis yang kalau gigi tak sakit so tiada keperluan untuk berjumpa doktor gigi. Last Mrs. A pergi scalling gigi rasanya 10 tahun yang lalu dan last cabut gigi tujuh lapan tahun yang lalu kot. Itupun ada kisah disebaliknya mula-mula buat root canaling tapi tulah tiga empat kali duk ulang klinik gigi sakit giginya tak hilang-hilang jugak. Geram punya pasal terus cabut jer... senang citer. Time tu Mrs. A pergi private klinik harganya jauh beza dengan klinik kerajaan macam langit dengan bumi ha!
Okay sambung balik time giliran Mrs. A tu. Doc tanya nak buat apa? Mrs. A pun cakaplah nak check dan scalling jer doktor. Oh! okay katanya sambil check satu persatu setiap batang gigi Mrs. A sambil nurse yang membantu dia tu job-down apa yang doktor cakap pada kad warna merah milik Mrs. A ha.. gitewww.... Sekarang ini kita yang kena pegang sendiri alat yang sedut air tu since when tak tahu pulak Mrs. A 10 tahun lampau takde macam tu muahahaaaaa..... Tak lama pun time scalling tu sekejap aje dah settle. Hurrmmm... pendapat Mrs. A setelah melihat hasil scalling tu okaylah tapi takdelah wow! cos masih ada saki-baki kesan hitam dicelah-celah gigi tapi karies yang tebal-tebal tu memang dah takdelah sudah habis disingkirkan. No wonderlah sekejap. Apa kau nak putih bersih pi lah private Mrs. A oiii!!! setakat bayar RM2.00 pastu ramai lagi orang yang berbaris nak check gigi kau expect nak lama-lama, in your dream okay!
Apa-apa pun satu pengalaman baru bagi Mrs. A In Sya Allah kalau gigi Mrs. A tak sakit setahun lepas ini nak datang lagi pi scalling gigi. Ialah kalau ikut amalan kesihatan gigi yang baik, Kita dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Klinik Pergigian UTC Seremban
|
Caj Rawatan Pergigian - Klinik Pergigian UTC Seremban |
UP-DATED:
Makluman Pindaan Waktu Operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) Di Seluruh Negara Mulai 22 Januari 2019
Berdasarkan kepada kajian yang telah dilaksanakan sebelum ini, Kementerian Kewangan (MOF) telah menetapkan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre atau UTC) seluruh negara dari 8.00 pagi hingga 7.00 petang. Walau bagaimanapun, maklum balas yang diterima daripada orang awam memohon supaya operasi UTC di beberapa lokasi tertentu dibuka sehingga 10.00 malam. MOF telah mengkaji kesesuaian UTC yang boleh melaksanakan waktu operasi tersebut dan menetapkan tujuh buah UTC yang terletak di dalam pusat membeli-belah untuk dilewatkan waktu operasinya.
Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa mulai 22 Januari 2019, waktu operasi UTC seluruh negara adalah ditetapkan seperti berikut:
|
Waktu Operasi UTC seluruh negara mulai 22 Januari 2019 |
Kredit: Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)