Demotivated - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Demotivated

9 Januari 2019

Demotivated

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Terasa nak luah rasa sangat ni. Mujurlah ada blog ni bolehlah Mrs. A meluahkan rasa yang demotivated sangat ni walaupun cuba control tapi kat muka ni tetap terpancar jugak kekeruhannya. Haish! kau dah kenapa Mrs. A baru masuk tahun baru dah demotivated? Itulah tak semuanya bila masuk tahun baru semangat berkobar-kobar ada jugak yang demotivated macam Mrs. A ni.



Petang semalam selepas habis management meeting yang Mrs. A kena ambil minit rasa macam sedih dan demotivated sangat bilamana kat dalam meeting tu orang yang Mrs. A rasa akan fight untuk Mrs. A tu duk diam aje tak bersuara pun, itu satu hal lah. Lagi satu yang menambah geram Mrs. A tu dia boleh pulak cakap Board dah endorsed dah! dah tak boleh dah! Kemudian bila ada management yang lantang bersuara yang mempertahankan dan berusaha menyuarakan apa yang staff bawahan rasakan tu dia boleh pulak senyap buat bodoh. Kalau ya pun kau takut kau tolonglah support sikit apa yang management lain tu cakap. Haish! kalaulah Mrs. A boleh bersuara memang Mrs. A dah cakap sendiri wakil kawan-kawan yang lain. Tapi tulah Mrs. A masih waras lagi takkanlah pencatit minit pulak nak bersuara lainlah kalau pengerusi yang tanya.

Mrs. A rasa geram sangat tu sebab si Z (bukan nama sebenar) tu dah berjanji. So dah berjanji wajib ditepati bukan dicapati. Kalau tak berjanji lain hal! Takdelah Mrs. A berharap dan mati dek harap ni. Walaupun Mrs. A dah tahu benda ini awal tapi time tu Mrs. A tak rasa demotivated sangat cos si Z cakap dia akan fight untuk Mrs. A lagipun benda tu belum final lagi katanya. So Mrs. A pun positif ajelah.

Tapi bila Mrs. A terlibat langsung dalam management meeting semalam tu tahulah Mrs. A apa sebenarnya yang berlaku. Itu yang timbul rasa tak puashati tu terbuku! saaaaaaaaangaaaaaaaat!!!! petang semalam terbawak-bawak kat rumah. Kesian kids dan Mr. A jadi mangsa haish! [buruk perangai ko Mrs. A hoi! hal kerja kau bawak balik rumah] tak sabar nak tunggu pagi tadi nak jumpa si Z luahkan apa yang terbuku ni barulah lega perasaan.

Mujur sangat pagi ni dapat jumpa Si Z, selalu pagi-pagi susah nak jumpa muka dia. Time tu dia ada kat bilik orang lain membawang lettew!!! dengan seriusnya terus Mrs. A cakap I nak jumpa you sekejap. Masuk aje bilik dia terus Mrs. A cakap "I demotivated betullah you tak fight pun untuk I". "Cakap depan I lain tapi time meeting semalam you diam aje". Berubah muka si Z "apsal pulak you nak demotivated" dia kata. "I dah cakapkan benda ni pada Top-top meletop (bukan nama sebenar) dengan Hj Jebon (bukan nama sebenar) pun I dah cakap". Kalau you tak puashati sebab you ingat I tak fight untuk you tak betullah macam tu" kata si Z lagi. Mrs. A memang tak puashati lagi time tu.

Terus dia ajak pergi jumpa Top-top meletop. Apa ingat Mrs. A takut ke nak jumpa Top-top meletop tu. Pergi jumpa Top-top meletop dengan si Z tu sambil dia pun explainlah apa isu terbuku Mrs. A tu. Mrs. A pun cakap jugak apa yang terbuku di hati ini eer...ce..cer...ceeewahhhh macam dalam drama sinetron pun ada. Setelah beberapa ketika Top-top meletop pun cakap. Okaylah nanti I cakap dengan Hj Jebon buat balik bagi rasionalization. Tak sedaplah macam ni timbul isu-isu tak rasional. Itulah dalam meeting petang semalam pun kita akui terlepas pandang isu ni.

Oh! patutlah ada sorang gang lunch ni selepas dia tahu pasal isu ni dia pun sama demotivated jugak. Dia dah luah rasa dulu kat Top-top meletop sebab dia direct report to Top-top meletop hampir dua minggu jugak dia cecuti campur MC ha gitewww.... Mrs. A tahu pun tadi time tunggu giliran nak masuk berjumpa dengan Top-top meletop tu sempat membawang dengan dia. "Kenapa ni muka asam jer...?" kata dia. Asamlah kak janji dicapati jawab Mrs. A hahahaaa....

Huh! ada aje alasan mereka-mereka itu. Mrs. A masih lagi rasa demotivated ntah iya ke tidak tu depa buat bagi rasional. Tapi yang penting Mrs. A dah luahkan apa yang Mrs. A rasa so lepas ni kalau Mrs. A berperangai tak seperti kebiasaan tu faham-fahamlah si Z ya!

Esok nak MC 2 hari lepas tu nak EL lepas tu MC balik lepas tu nak EL lagiiiiii.... muahahhhaaaaaa
#sisguraujer



11 ulasan:

  1. MC jgan x MC Mrs. A. Hahaha. Pening jugak ya hal kerja ni. Semoga Mrs.A remotivated balik lepas ni dan dipermudah segala urusan.

    BalasPadam
  2. Rasa macam ditikamkan...sebelum bersungguh.Bila hari kejadian jadi kerang mati.....aduh sakitnya tu di mata yang melihat dan hati yang sedih.Sabar ya kak...

    BalasPadam
  3. mmg ada spesies mcm tu. sy pn selalu gak mkn hati dgn org mcm ni tp diam je laa..sabar je laa sis. lg pn kita bkn keje utk dia kn?

    BalasPadam
  4. Semoga segala urusan tu dapat diselesaikan dengan cara terbaik yer. Aamiin...

    BalasPadam
  5. Biasalah tu.....dlm office mmg macam macam akan berlaku. Kadang tu kalau kita tak berani nak bersuara mmg duk situlah kita sampai menapouse hahaha....so mmg kena berani menegakkan hak gitu. Awak dah buat yg betul MA... Moga ada sinar harapan nanti....den doakan yor....

    Salam 2019 MA

    BalasPadam
  6. Alahai begitulah politik office .bertabah ye Mrs a mma doakan Selepas no bertambah lagi murah rezeki di tempat kerja. Setiap yg berlaku adahikmahnya

    BalasPadam
  7. Jangan biar rasa itu melemahkan semangat. Harap semuanya selesai dengan baik.

    BalasPadam
  8. kdg2 terasa gak semangat tu sudah hilang namun tetap ku teruskan kembali..

    BalasPadam
  9. semoga top-top meletop ambil tindakan diatas aduan Mrs A dan rakan2...bila hati bengkek, nak kerja pun rasa tak best..

    BalasPadam
  10. Nasib baik ada #sisgurau je.. Ingatkan Mrs A buat betul-betullah mc, El, Mc tu.. :)
    Harapnya adalah tindakan dari top-top-meletop tu..

    BalasPadam
  11. ejulz sendiri pun dah malas nak fikir sgt golongan2 camni.. buat sakit hati je.. hehehe

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©