Cermin Belakang Kereta Pecah Retak Seribu - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Cermin Belakang Kereta Pecah Retak Seribu

25 Julai 2018

Cermin Belakang Kereta Pecah Retak Seribu

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Cermin Belakang Kereta Pecah Retak Seribu.

Adoii... tak tahulah apa, siapa dan bagaimana cermin belakang kereta Viva Mrs. A boleh pecah retak seribu. Petang lepas Zohor time nak balik kampung [21072018] kids angkatlah beg masing-masing nak masukkan dalam boot kereta tiba-tiba.... Aryssa bagitahu 'ibu... cermin belakang pecah ke cuba ibu tengok?' Lalu Mrs. A pun pi la tengok. [kereta parking seberang jalan depan rumah]

Cermin belakang kereta pecah
Huwaaa.... memang pecah retak seribu kiri-kanan dah jatuh bertaburan pun.
Dear kids tak jadilah kita nak balik kampung ni cermin dah pecah. Kids pula macam tercengang-cengang tak percaya cos dah over excited nak balik kampung ha! huhuhu... kesian depa.

Kemudian Mrs. A pun calling-calling Mr. A, dialognya lebih kurang cenggini:-

Mrs. A: Hello! saya rasa tak dapatlah nak balik kampung.
Mr. A: Kenapa? 
Mrs. A: Cermin belakang viva pecah retak seribu. 
Mr. A: Laaa... camne boleh jadi camtu. Tahu ke siapa yang buat?
Mrs. A: Ntah tak tahula... tak nampak sesapa pun. Dah get ready nak balik tetiba tengok cermin dah retak seribu.
Mr. A: Oklah 

Kids: Ibu!... babah cakap apa? Babah kata oklah.

Sambil tu Mrs. A calling-calling juga emak Mrs. A bagitahu tak dapat nak balik kampung disebabkan kejadian itu ler...

Tapikan..... selang beberapa belas minit kemudian Mr. A call semula [hahahaaa... I knew it, dah faham sangat dah fiil Mr. A ni] katanya, boleh tu balik kampung In Sha Allah sempat. Tadi saya dah call Ah Sam [workshop tempat we all selalu hantar kereta] nak tukar cermin tu sekejap jer.. siap. Kejap lagi saya balik amik keta hantar tukar cermin. 

Dipendekkan cerita alhamdulillah petang itu finally tercapai juga hasrat kids dan Mrs. A nak balik kampung cumanya lambat sikit dari masa yang sepatutnya.

Sehingga ke hari ini misteri cermin belakang kereta pecah retak seribu masih tidak diketahui siapakah yang punya angkara. Tapi pada hari kejadian memang ada kontraktor potong rumput di kawasan taman Mrs. A tu nak kata batu terpelanting kena cermin kereta pun Mrs. A tak berani nak tuduh-tuduh. Hanya Allah yang tahu. Bersangka baik ajelah cos we both malas nak fikir. Lagipun alhamdulillah cermin pun dah berjaya diganti.

Next time Mrs. A oiiii.... ko janganlah parked kereta seberang jalan. Parkinglah di depan rumah sendiri. Tapi tulah kalau Mr. A nak keluar/masuk kereta dia leceh arrr...

13 ulasan:

  1. tak apalah..redha je. tapi kalau berulang kenalah ambil tindakan. apa pun syukur takde sesiapa cedera dan dapat jugak balik kampung

    BalasPadam
  2. kemungkinan besar daripada batu yang diterbangkan mesin rumput.

    BalasPadam
  3. Dugaan nak balik kg ye Mrs A.

    Kami pernah kena juga camtu, while driving. Ada batu jatuh dari lori terus retak seribu cermin depan pulak tu. Mujur tinted so the glass tak berterabur. Syukur w/pun Dia bagi ujian tapi ujian yang tak memudharatkan. Bayangkan cermin tu bersepai kena mata etc... Nauzubillah.

    BalasPadam
  4. Zumal rasa pun mungkin akibat batu terpelanting masa orang mesin rumput

    BalasPadam
  5. salam mrs a..
    kes sama dgn kakak ipar yaya ni..mcm ni la jadinya.cermin kete blkng retak seribu gitu.rasanya bukan org buat.smada kena serpihan btu akibt org potong rumput tu atau dek kerna cuaca terlalu panas..pun bole jadi sebab..so sbb tu skrng kami pun kalau park kete kt tgh panas akn bukak sikit cermin kete smua bg ada aliran udra keluar msuk.jadi xlah terlalu bhang dlm kete tu..huhu.nasib kos nya xterlampau mhal nk tuka.dlm 300++ je kt klang. =)

    BalasPadam
  6. sy pun rs mcm zumal ckp... org mesin rumput n batu terpelanting kena cermin... sy dah beberapa kali cermin kereta kena mcm tu smpi naik fobia kalu jumpa org mesin rumput tepi jln time kite tgh drive

    BalasPadam
  7. ala kesiannya kete dia..yg penting dpt blk kg kan

    BalasPadam
  8. Allah.. Dugaan sungguh.. Mujur boleh tukar cermin baru cepat.. Dapatlah balik kampung kan sis..

    BalasPadam
  9. Nasb sedar seblum balik kpg, if dh dlm pjalanan, mslh lagi kan

    BalasPadam
  10. Dugaan.. tapi mcm mana boleh retak yer.. sama ada terkena batu atau pun cuaca panas sangat, tekanan dlm kereta..

    BalasPadam
  11. Allah.. kesian.. kene berjaga2 lepas ni..

    BalasPadam
  12. Masalah Cermin Kereta, Nak buat tuntutan insurans.

    Cari Pakar Cermin Kereta Wind Auto Windscreen Sdn Bhd.

    Lokasi di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Port Klang

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©