Kenduri Doa Selamat Sempena Bang Long Mendapat Kerja - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Kenduri Doa Selamat Sempena Bang Long Mendapat Kerja

9 Disember 2016

Kenduri Doa Selamat Sempena Bang Long Mendapat Kerja

As Salam and greetings to dear readers.

Kenduri doa selamat sempena Bang Long mendapat kerja. Kenduri ini diadakan di Jiboi, rumah parents in-laws Mrs. A. Bang Long ini adalah nephew Mr. A anak sulung kepada Along iaitu abang Mr. A dan b.i.l Mrs. A lah kan....

Bang Long jugak merupakan cucu sulung kepada Opah dan Atoknya (mil/fil) dan lagi satu fakta sulungnya Mama dan Papa dia pun merupakan anak sulung. Haish! meants to say semuanya sulunglah dan dah semacam satu mitos jugak biasanya yang sulung ini akan menjadi kesayangan keluarga. Betul ke idok? Sama-samalah kita fikirkan ya.. tak pun lu pikir la sendiri.

Bang Long merupakan lulusun PUO, di Perak tu dalam bidang apa ntah tak pastilah pulak Mrs. A. Cuma yang pasti dia seorang engineer yang bersangkut paut dengan kapal. Lama jugaklah Bang Long tanam anggur lebih kurang setahun lebih kot.

Mungkin disebabkan itu jugaklah apabila family tahu Bang Long dapat kerja dan akan belayar semua excited. Dah tu pulak tempoh masa belayar tu dijangka setahun kontraknya. Alahai! setahun kemudian baru dapat berjumpa Bang Long semula In Sha Allah.
dang-fong-glory
Inilah kapal yang Bang Long akan naik nanti katanya
Kenduri doa selamat sempena Bang Long mendapat kerja itu diadakan lebih kurang seminggu sebelum dia belayar. Kebetulanlah pulak time tu Mrs. A balik kampung jadinya hari kejadian tu Mrs. A sampai lewat sikit. Dah habis pun acara baca Yasin tinggal nak menjamu selera aje belum.

Kenduri itu sesama keluarga aje jemputannya side sebelah biras Mrs. A dan side family Mr. A di Jiboi.

Amboi! masing-masing kusyuk tengah ambil makanan
Duduk sederet tu kaum-kerabat Kaklong (my biras)
Sotong goreng tepung by S.I.L sedap hingga menjilat jari
Alhamdulillah kenduri doa selamat tu berjalan lancar. Semua pun happy tapi tetap ada touchinglah sebab tak dapat nak jumpa Bang Long dalam masa setahun ini. Dear family setahun itu tak lama okeh! pejam celik, pejam celik dah setahun.

Kemudian on Thursday 01122016 tibalah masa untuk Bang Long belayar. Satu lagi yang best menjadi yang sulung hah! semua kaum-kerabat konvoi menghantar Bang Long ke jeti penumpang Port Dickson, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia.

sempena-bang-long-dapat-kerja
Tu dia empat biji kereta ngalahkan orang nak pi Mekah
Bang Long bergambar bersama cousins & his siblings
Bang Long bersama Mr.A. Ko mana Mrs. A hoi!?
Mrs. A tak ikut pun konvoi tu cos hari bekerja da... Sorry ya Bang Long, Mak Ngah ko nih! tak dapat pergi tapi Mak Ngah hantar wakil ajelah Namun begitu doa yang baik-baik tetap ada dan sentiasa ada buat Bang Long. In Sha Allah.

Sekeluarga bergambar bersama ketua jabatan laut kat situ
Walaupun Bang Long jauh di tengah lautan sana tetapi dia rajin jugak menghantar WA up-date aktiviti dia. Nah! belanja gambar.

Bang Long tolong jangan kecam Mak Ngah sebab kongsi gambar ni di blog
Bang Long sekiranya Bang Long terbaca post ini. Ingatlah keluarga sentiasa sayangkan Bang Long, kerjalah rajin-rajin, jujur sentiasa dan paling penting amanah dalam bekerja. Biarlah bermula dari bawah tiada apa yang salahnya. Sesungguhnya bukan senang nak senang ingat tu. Lagi pula alam perkerjaan tidak sama sekali sama dengan alam belajar. Semoga tercapai apa yang Bang Long cita-citakan.

Okay, itu saja nak share kisah Kenduri Doa Selamat Sempena Bang Long Mendapat Kerja.





10 ulasan:

  1. wow.. siap kenduri.. hehe tahniah..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah... berkat kesabaran dan usaha dpt kerja yg selari dgn bidang nya =)
    tahniah bang long. Keje elok2 ye.. Seronok kenduri blh berkumpul dgn kaum kerabat.!

    BalasPadam
  3. Tahniah bang Long..seronoknya jadi pelaut belayar merata.

    BalasPadam
  4. tahniah
    mesti best keje atas kapal besar tu kan?

    BalasPadam
  5. hi saya datang singgah sini sambil follow :)

    BalasPadam
  6. tahniah,, keje baik baik, sungguh sungguh :-)

    BalasPadam
  7. Tahniah bang long. Jumpa lagi tahun depan. Heee. :)

    Sotong goreng tu sedapnyaaa.

    BalasPadam
  8. wahhh tahniahhh... lama tu baru dapat jumpa...beraya ats kapal laa nampak nyer ye nnt...

    BalasPadam
  9. Sekejap masa berlalu Mrs. A, hari tu macam masih baru abg long masuk akademi sekarang dah belayar..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©