Jemputan Kahwin Di Slim River, Perak Dan Tersinggah Tanpa Sengaja Di Cameron Highlands - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Jemputan Kahwin Di Slim River, Perak Dan Tersinggah Tanpa Sengaja Di Cameron Highlands

15 Disember 2016

Jemputan Kahwin Di Slim River, Perak Dan Tersinggah Tanpa Sengaja Di Cameron Highlands

As Salam and greetings to dear readers.

Jemputan Kahwin Di Slim River, Perak Dan Tersinggah Tanpa Sengaja Di Cameron Highlands amboi! ko Mrs. A panjangnya title poyo pun ada jugak title tu muaahahhaaaaaa.... Puas fikir apa title nak letak nih! dapatlah title tu tak kisahlah panjang pun panjanglah lagipun bukan selalu Mrs. A buat title post poyo pepanjang cenggitu.

Jemputan kahwin di Slim River, Perak tu adalah side Mr. A iaitu sedara-mara m.i.l nama kampungnya adalah Kg. Balun ngeh!ngeh!ngeh! kelakar pada Mrs. A nama kampung tu tapi dah memang cenggitu namanya.

Time pergi tu konvoi tiga kereta m.i.l naik kereta s.i.l n family, Along (b.i.l) n family sekereta dan family Mrs. A sekereta. Janji jumpa kat Jiboi but then as usual takde maknanya A's family sempat dengan masa yang ditetapkan tu kekdahnya jumpa kat highway aje RnR Seremban. Breakfast kat sana dah kenyang barulah gerak.

tersinggah tanpa sengaja di cameron highlands
Trademark nih! wefie-wepot on the way to ke mana-manalah mesti ada 
Alhamdulillah traffic lancar sepanjang highway PLUS ke Slim River tu. Time sampai tu orang belum ramai yang datang. Serius Mrs. A memang tak kenal langsung sedara-mara m.i.l yang kat sini.

cameron-highands
Ahli-ahli konvoi 
cameron-highlands
Lagi.... ahli-ahli konvoi
Actually m.i.l pun baru aje dapat contact balik time Raya Haji hari tu. Time tu m.i.l n family s.i.l dan jugak family Along menjejak kasih ke Kg. Balun tapi time tu A's family tak dapat join cos Mr. A tak sihat so tak laratlah nak drive jejauh. This time barulah A's family dapat berkenal-kenalan dengan sedara-mara m.i.l yang telah berjaya dalam jejak kasih time Raya Hari tu semoga ukhwah ini tidak akan terputus lagi.

Ramai betul sedara-mara kat sini rumah pun dekat-dekat aje dari jalan masuk sampailah ke hujung jalan tu semua adik-beradik depa jer...

Walaupun ini majlis kenduri kahwin tapi yang lawaknya Mrs. A tak jumpa pun pengantinnya. Asyiklah duk bertemu mesra dengan sedara-mara m.i.l pastu masuk dalam rumah salah seorang tu terus lepak buat macam rumah sendiri sampaikan pengantin bersanding, tepung tawar pun Mrs. A tak amik port sangat.

As usual Qehna a.k.a jurukamera  memang rajin snap sana sini situ
Kemudian dah dekat-dekat nak balik tu buat acara sendiri selfi-selpot kat pelamin.

S.i.l and her nieces
Jurukamera kata "Mama dengan Makngah buat muka comel tau"
Pastu jurukamera pulak nak bergambar dengan Mrs. A.
"Makngah buat macam ni tau, iyolah Qehna
Hurmmm... bilalah Opah nak habis borak ni. Kita tak sabar nak gi Cameron nih!
 

Lebih kurang dalam pukul 2.30 petang cenggitu konvoi pun minta diri nak gerak balik. Tetapi yang sebenarnya bukan balik terus pun. Ketua konvoi (s.i.l n family) buat plan nak singgah kat Cameron Highlands. Mulanya Mrs. A tak nak join cos esok tu kerja da... tapi dah Mr. A n kids nak join Mrs. A layankan ajelah.

Adoi... lama betul dah tak pergi Cameron Highlands berbelas tahun ke puluh tahun ntah. Itulah last pergi time tu muda remaja lagiks! Ini sampai dah beranak tiga. Anak pun dah muda remaja gitew ha! cer bayangkan lama ke tak lama tu? Tapi yang pasti tak banyak perubahan pun sama jugak macam dulu-dulu.

Tapi pergi time ini paling best cos dapat singgah minum teh dan bergambar riang-ria kat ladang teh.

pahang
Gigih we all menuruni tangga nan curam
pahang
demi views yang cantik kata kau!
malaysia
View belakang mesti nampak tau!
malaysia
Camnilah cara selfi-selpot kat ladang teh muaahhaaaaa
ladang teh
Amboi! three Einstein ni pun selfi-selpot jugak!
Cenggini ha! cara petik daun teh...
Dah! jom..jom..jom... Maksu panggil tempat dah dapat nak minum
Lebih kurang setengah jam kat ladang teh tu, tet..tet..tet... WhatsApp masuk kat grup copek naik tempat dah dapat nih! Lalu we all pun berdedai-dedailah naik untuk menikmati teh segar dari ladang katanyer....

Dah settle order ke? ni tempat awak.
Rabaklah poket laki aku huhuuhuuu... [dalam hati]
Nampak tak tu "Every time is a tea time"
Setelah puas menikmati tea breaks. Konvoi pun gerak ke satu destinasi lagi. Unfortunately oleh kerana dah lewat petang tak dapatlah nak petik strawberry ha... cos ladang strawberry dah tutup. Jadinya we all singgah kat pasar malam Brincang jer,,,. Kat pasar malam ini pun ada jual strawberry gak. So beli ajelah strawberry pasar malam penjual tu kata ini fresh dari ladang tadi baru petik ma....

Fuyyo... kat pasar malam pun sempat bergambar ha!

Kaklang Qehna n Along
Setelah puas membeli-belah sayur-sayur dan buah-buahan. Konvoi pun nak gerak balik pada mulanya depa plan nak makan kat area pekan Brinchang tu. Tapi Mr. A tak setuju crowded katanya semak kepala. Jom kita keluar dari sini dulu nanti nak turun bukit tu gegelap susah kata Mr. A. Hurmmm... betul jugak tu lalu konvoi pun bersetuju untuk meneruskan perjalanan.

Ada benarnya apa yang Mr. A cakap tu sepanjang perjalanan turun tu gelap gelita dahlah jalan sempit dan bersimpang-siur memang kurang selamat. Ada jugak sekali dua Mr. A nak tersasar ingatkan jalan tu lurus sebab takde apa-apa tanda divider pun takde. Dahlah pulak Adik pening nak muntah katanya tapi mujurlah tak muntah. Alhamdulillah kereta we all takde yang muntah cos semua tidur kecuali driver ler...

Tetapi kesian kat kereta S.i.l ada dua orang muntah banyak pulak tu kata m.i.l penuh-penuh bag plastik dengan muntah depa eeeiii uuuu s.i.l pun nak termuntah katanya geli dengan muntah dan bau muntah tu choiii... kesian sungguh.

Kereta Along pun selamat tiada yang muntah. Traffic time balik tu agak macet hadoi!!! stressed lambat betul sampai Seremban lebih kurang pukul 12.00 tengah malam baru sampai. Dah tu pulak belum tamat lagi tu pi dinner pulak dulu kat Imani Seafood tempat pilihan Mr. A. Ha!! rabaklah lagi poket ko Mr. A oiii.... hurm... takpelah the more you give the more you get back. In Sha Allah.

Ni Mrs. A nak pesan ha! kepada sesiapa yang nak pi Cameron Highlands yang balik hari tu pergilah time hari masih awal pagi janganlah petang baru nak naik cos nanti takdelah jadi macam we all dah gulap-gulita turun dari bukit tu dengan takde lampu jalan, dah tu pulak dengan ada bunyi-bunyian yang agak menyeramkan. m.i.l kata tu bunyi burung diam aje jangan tegur haish! seriau uols. Jangan tegur, jangan pandang belakang muuahhhaaaaaa.... Sepanjang perjalanan turun tu memang baca ayat kursi aje dah tu pulak on CD Yasin. Barulah tenteram rasa hati dan perasaan.

Kelentang-kelentung lebih kurang 1.30 pagi barulah sampai rumah. Kemudian bagi kekucing makan dulu lauk-pauk dinner tadi banyak meriah depa dengan ikan yang berekor-ekor. Alhamdulillah esoknya tu Mrs. A berjaya pergi kerja seperti biasa. Nampak tak! nampak tak! mental aje yang kita perlu control, kalu mental kata boleh tak penat mana pun. then boleh aje.

Okay! itu sahaja nak shared citer Jemputan Kahwin Di Slim River, Perak Dan Tersinggah Tanpa Sengaja Di Cameron Highlands.

Credit photo to WhatsApp group Anakcucuopahatok

13 ulasan:

  1. Waaaaa gigih Mrs. A & konvoi diva menuruni ladang teh berbaju kurung disinari terik mentari.. hehehehehe

    BalasPadam
  2. TER ?? hahaha~ saya pun selalu TER tu sis.. dan memang alasan kukuh nya tak sengaja.. hee~

    BalasPadam
  3. Hihi amboi, tersinggah ye? :p Rasa macam dah lama pulak tak naik Cameron hehe.

    BalasPadam
  4. tesinggah tu tak tahan.. lawa nya view tu.. selamt pgntin baru buat psangan pengantin

    BalasPadam
  5. hehehe sm kes cm mama sy... nk g ipoh bla blk tersinggah CH kononnya... mana pic penantinnya? ole2 CH utk sy? ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah mana pengantin pun Mrs. A tak jumpa ngeh!ngeh!ngeh!
      Hahaha stoberi + cekelat jer.. tu pun dah kesut

      Padam
  6. Waktu akak pergi sini.. Jalan sesak tak kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sesak pun tapi banyak jugaklah kereta yang mendakinya

      Padam
  7. amboi.. tersinggah tanpa sengaja.. hahaha..
    tapi saya pernah jadi macam tu.. dari penng baru balik dari knduri dalam pukul 4 petang, tetiba rasa nk makan stoberi.. terus merempit ke cameron! padahal esok kerja.. hahaha.. dah la pkul 4 ptg baru bertolak dari penang.. nasib baik moto laju.. eh... hahahaha

    BalasPadam
  8. WAH MRSA MAKAN KENDURI TERUS JLN2 BERCUTI KE CH..BESTNYA

    BalasPadam
  9. alang-alang kan. Sambil menyelam minum air. best sambil2 tu dpt jalan2

    BalasPadam
  10. lama dh tak ke CH.. skrg dh tak sejuk mcm dulu.. selfie sakan heehehe.. gaya jari tu LOVE mrs A hehe

    BalasPadam
  11. sambil pergi kenduri terus dpt naik cameron ye, pakai baju kurung pun baju kurang la..hihii

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©