#MyTravelokaEscapade: Perkara Yang Ingin Mrs. A Lakukan Di Korea Sekiranya Menang Contest Dari Traveloka - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: #MyTravelokaEscapade: Perkara Yang Ingin Mrs. A Lakukan Di Korea Sekiranya Menang Contest Dari Traveloka

23 Disember 2016

#MyTravelokaEscapade: Perkara Yang Ingin Mrs. A Lakukan Di Korea Sekiranya Menang Contest Dari Traveloka

As Salam and greetings to dear readers.

#MyTravelokaEscapade: Perkara Yang Ingin Mrs. A Lakukan Di Korea Sekiranya Menang Contest Dari Traveloka. Walaupun Mrs. A baru saja pulang dari bercuti tapi masih rasa belum puas bercuti lagi. Siapa suka pergi bercuti? Di tambah pula kalau percutian itu ada pihak yang nak taja. Ha..ha..hai!! tipulah kalau ada yang kata tak nak tu kannsss...

Mrs. A memang nak dan suka sangat kalau percutian Mrs. A ditaja oleh TRAVELOKA. Ha! itu pasallah gigih Mrs. A nak join contest You Need A Holiday lah Traveloka Online Contest. 

 You Need A Holiday lah Traveloka Online Contest
You Need A Holiday lah Traveloka Online Contest
Dalam contest ini terdapat 10 destinasi pilihan tetapi kena pilih satu destinasi sahaja. Tak dapeklah nak pilih dua, tiga, empat, limo, onam yo... banyak cantik muka. 

#MyTravelokaEscapade
Mrs. A pilih South Korea with my begging captions:-
"Dear Traveloka please make my dream comes true"
Tak perlu banyak fikir lagi Traveloka macam tahu-tahu aje Mrs. A nak pi South Korea sebab masukkan South Korea dalam 10 destinasi pilihan tu. Wooohooooo.... semestinya Korealah yang Mrs. A pilih. Mrs. A jadi obses semua benda yang berkaitan dengan Korea semenjak jatuh cinta dengan KDrama 'Boys Over Flower" beberapa tahun yang lalu. to be exact dalam tahun 2009 kot. Semua berkaitan Korea Mrs. A follow. Ni ha! throwback gambar the F4 

Google Image: Dramafever.com
Rentetan dari itu Mrs. A memang dah menyimpan angan-angan nak pergi bercuti ke Korea dalam erti kata lain Korea ini memang salah satu destinasi dalam wishlist Mrs. A. Kemudian ditambah lagi dengan kepopularan variety show Running Man kalau ada peluang nak jugak tengok penggambaran Running Man yang katanya tanpa skrip tu (mungkin sekarang hanya mimpi sebab no more Running Man in year 2017).


Google Image: runningmankoreawikia.com
Selepas itu bila tengok pulak KDrama cerita sejarah macam Jang Ok Jung tu suka nak cuba baju tradisional Korea yang dipanggil Hanbok tu nampak cantik-cantik jer... teringinlah nak cuba pastu selfie. 

Nak pakai Hanbok macam Kim Tae Hee ngeh!ngeh!ngeh!
Google Image: thetalkingcupboard.com
Akibat banyak sangat part Running Man yang makan-makan nak jugak makan-makan Kimchi, Gimbab, Jajangmyeon (mi sos hitam), Tteokbokki (kuih/kek beras) kat negara Korea. Walaupun kat Seoul Garden Malaysia ada tapi kat Korea mestilah feel dia tu lain. Share sikit gambar makanan tu.

Atas kiri: Jajangmyeon, atas kanan: Tteokbokki, 
bawah kiri: Gimbab, bawah kanan: Kimchi
Credit Image: maangchi.com
Okay! itu adalah antara sebab-sebab kenapa Mrs. A teringin nak pergi bercuti ke Korea. Meh! sini nak cerita pulak #MyTravelokaEscapade: Perkara Yang Ingin Mrs. A Lakukan Di Korea Sekiranya Menang Contest Dari Traveloka.

Pertama nak pergi Gyeongbokgung Palace.

Google Image
Google Image
Tidak lengkaplah percutian seseorang itu ke Korea sekiranya dia tidak melawat Gyeongbokgung palace ha! begitu sekali perumpamaannya. Jadi memang menjadi keutamaan pada Mrs. A nak pergi ke Gyeongbokgung Palace ini.

Gyeongbokgung ini adalah istana bekas peninggalan dari Dinasti Joseon. Istana ini merupakan istana utama dan terbesar pada zaman pemerintahan Dinasti Joseon. Gyeongbokgung Palace kaya dengan senibina tradisional Korea dan senibina ini masih dikekalkan sehingga sekarang untuk tatapan anak muda Korea dan juga para pelancong dari seluruh dunia.

Antara yang unik dan menarik di Gyeongbokgung Palace ini adalah upacara pertukaran pengawal a.k.a Royal Guard Changing Ceremonies. iaitu apabila Royal Guard ini hendak bertukar shift maka akan diadakan Royal Guard Changing Ceremonies ini. Macam mana gayanya tu tak tahulah Mrs. A itu pasalah nak kena pergi sini. Lagipun pelancong dibenarkan untuk merasai sendiri pengalaman memakai costume Royal Guard tersebut

Yang sebenarnya kalau kita ke Gyeongbokgung Palace sambil itu kita boleh juga ke Gwanghwamun Square yang terletak di hadapannya sahaja. Siapa tengok KDrama City Hunter mesti tahu tempat ini.

Kiranya tempat kedua yang Mrs. A nak visit adalah Gwanghwamun Square 

Kenal tak siapa ini? Adegan ini di Gwanghwamun Square
Google Image

Mungkin sesetengah orang fikir tiada apa yang menarik di sini tapi Mrs. A okay aje kalau buat lawatan sejarah tu.

#MyTravelokaEscapade: Perkara Yang Ingin Mrs. A Lakukan Di Korea Sekiranya Menang Contest Dari Traveloka. Perkara ketiga yang Mrs. A ingin buat adalah melawat ke Namsan.

Namsan merupakan sebuah gunung yang terdapat di tengah-tengah kota Seoul. Di sekitar Namsan tu terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati diantaranya di bahagian kaki gunung adalah Namsangol Hanok Village ianya merupakan sebuah perkampungan tradisional orang-orang Korea.

Google Image
Manakala di puncak gunung Namsan atau dikenali juga Namsan Mountain terdapat N Seoul Tower iaitu menara telekomunikasi Seoul ala-ala KL Tower kot. Untuk pergi ke Namsan Mountain ini hanya boleh naik bas, cable car dan berjalan kaki sahaja kereta tidak dibenarkan.

Pemandangan N Seoul Tower (satu siang, satu malam)
Google Image
Pad-Lock Love
Google Image
Di sini jugaklah yang terdapatnya kunci-kunci cinta tu. Hurmm... pasangan kekasih bolehlah kot layan ni.

Perkara keempat yang Mrs. A ingin buat adalah bermain ski di Vivaldi Park Ski World. Seperti yang kita sedia maklum Korea adalah negara empat musim. Seandainya berpeluang ke Korea ketika winter ha! ini adalah salah satu aktiviti yang Mrs. A nak buat iaitu bermain ski. Walaupun Mrs. A tak tahu berski tapi takpe bukan semua orang tahu lagipun ada sesi pembelajaran kepada mereka yang tak tahu berski tu. Selain berski Mrs. A pun nak naik cable car jugak.

Google Image
Google Image
Google Image
Vivaldi Park Ski World ini dikatakan juga adalah the most visited ski resort di Korea selama 8 tahun berturut-turut. Ianya juga adalah ski resort terbesar di Korea dan juga paling dekat dengan Seoul. Di sini juga kita boleh bermain ski pada waktu malam. Ini adalah satu-satunya ski resort yang boleh bermain ski pada waktu malam.

Perkara kelima yang Mrs. A teringin nak lakukan adalah naik Hangang River Cruise sambil menikmati pemandangan indah dari atas kapal sambil menyusuri Han River. Kalau naik cruise di waktu malam pemandangannya sangat cantik.

Google Image
Selain naik cruise di Han River ini terdapat lagi pelbagai aktiviti riadah, naik basikal berjogging kalau kena musim boleh jugak tengok upacara bunga api macam dalam cerita The Legends of the Blue Sea tu Heo Joon Jae (Lee Min Ho) tengok bunga api dengan Sim Chung (Jun Ji Hun). haish!! KDrama lagi.....

Kemudian perkara keenam yang ingin Mrs. A lakukan adalah naik roller coaster kayu di taman tema Everland. Actually di Korea ada dua taman tema yang terkenal iaitu Lotte World dan Everland. Mrs. A lebih teruja nak ke Everland sebab dari survey yang Mrs. A buat banyak fakta mengatakan permainan di Everland lebih thrill dan lebih menarik untuk orang dewasa.


T-Express Everland
Google Image: en.wikipedia.org
Actually di Everland ini ada macam-macam lagi permainan yang menarik ialah kalau dah namanya pun taman tema rasanya dari pagi sampai ke malam pun belum tentu dapat habiskan semua permainan kat situ.

Perkara ketujuh yang Mrs. A ingin lakukan dan cuba adalah makan nasi goncang di Nami Island. Bersiar-siar seharian di Nami Island itu sudah semestinyalah sesambil tu menikmati pemandangan yang cantik dan suasana romantis. Amboi! ferfiling romantis sangat bila bercerita pasal Nami Island ni tau!!

Google Image
Google Image
Ha! inilah dia rupa nasi goncangnya. Kenapa dipanggil nasi goncang? Kerana sebelum kita makan nasi tu perlu digoncang-goncangkan sehingga bergaul mesra barulah sedap dimakan. Sebab itulah kot disediakan bekas bertutup ala-ala box sebegitu rupa supaya mudah untuk kita menggoncangkannya, shake-shake uols.

Perkara kelapan yang Mrs. A ingin lakukan adalah membeli souvenir di Namdaemun Market. Pusat perniagaan tradisional Korea terbesar dan wajib dikunjungi kepada sesiapa yang datang ke Seoul. Lagipun kat sini katanya harga barangan berpatutan. Hurmmm... kalau  nak beli souvenir memang sesuai tempat ini.

Namdaemun Market
Image by KTO
Perkara kesembilan yang Mrs. A ingin lakukan adalah bersolat di Seoul Central Masjid, Itaewon. Amboi kemain verrrrangan tu. Dah alang-alang sampai ke masjid tu adalah lebih afdal kalau kita bersolat sunat jugak.

Seoul Central Mosque, Itaewon
Google Image: en.glish.visitseoul.net
Menurut sumber fakta sejarahnya masjid ini adalah yang pertama dibina di South Korea dan dibina pada tahun 1974. Tanah tapak masjid telah didermakan oleh kerajaan Korea pada ketika itu. Beberapa buah negara islam telah membiayai kos pembinaan masjid berkenaan.

Itaewon juga terkenal dengan makanan halalnya. Kalau dah sampai sini wajiblah cuba makan Kimchi, Gimbab, Jajangmyeong haish! macam-macam Korean food halal mesti nak cuba kalaulah Mrs. A berjaya sampai ke Itaewon ini.

Google Image

Image: FB Pages Murree Muslim Food
#MyTravelokaEscapade: Perkara Yang Ingin Mrs. A Lakukan Di Korea Sekiranya Menang Contest Dari Traveloka.

Kesemua perkara dan tempat yang Mrs. A senaraikan di atas tu adalah agenda wajib yang ingin Mrs. A lakukan di South Korea sekiranya menang contest dari Traveloka.

Mrs. A memang suka dan teruja sangat-sangat nak pergi bercuti ke Korea lagi best kalau percutian tajaan. Al-maklumlah peminat tegar KDrama bila tengok cerita-cerita KDrama memang menghayati sangat setiap gerak langkah dan tempat-tempat yang hero dan heroin dalam cerita tu pergi dan buat. Kemudian mulalah ferfeeling nak buat jugak muaaaahhaaaaa....

So dear Traveloka please make my dreams come true terbangkanlah Mrs. A ke South Korea because I need a holiday lah.



10 ulasan:

  1. best tempat fave kita ni. btw gud luck

    BalasPadam
  2. wahhh bestnya kalau dpt menang percutian ke sana.. all the best MRS A

    BalasPadam
  3. Waaaaa memang gigih Mrs. A study nak ke South Korea.. In shaa Allah ada rezeki tak ke mana.. Semoga Mrs. A antara yang berjaya.
    Good luck!

    BalasPadam
  4. Ramainya pilih korea...All the best MRS A, mantoppp ni point.

    BalasPadam
  5. tengok entry Mrs. A mie terus rasa cam nak terbang gi Korea..

    BalasPadam
  6. ala kak...cakap je laa nak g korea nak jumpa lee min ho kan senang cerita nnt traveloka boleh arrange kan hehehehe


    btw selamat berjaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhhahhaaaaa.... kans... pandai Anies

      Thanks.

      Padam
  7. sampai korea lee min ho pun tah ke mana, hihii..lg syiok main salji dari jumpa artis tu kan hahaha

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©