Mewarna Roadshow - HPM 2014 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mewarna Roadshow - HPM 2014

25 Februari 2014

Mewarna Roadshow - HPM 2014

Jumaat (21.2.2014) petang time balik dari mengaji Adik cakap, Ibu esok Aqil nak pergi pertandingan mewarnalah kat Giant Senawang. Pertandingan mewarna apa tu??? blurrr..blurr...je aku tanya. Cikgu bagitau katanya sesampai jer...rumah dia pun tunjuk kertas yang cikgu bagi tu, oooo pertandingan mewarna sempena Hari Pengguna Malaysia 2014 (HPM) rupanya. Oklah esok kita pergi.... bukan main happy lagi si Adik & Aryssa.

Bila aku tengok flyer tu pertandingan ni ada 3 kategori, kategori A umur 4 - 6 tahun, kategori B darjah 1-3, dan kategori C darjah 4-6.  So adik boleh masuk kategori B dan Aryssa kategori C. Sorry kepada Along cos hari yang sama dia kena pergi sekolah ada klas teknik menjawab exam al-maklumlah Along tahun ni ada UPSR.

Dalam pukul 10.20am we all gerak dari rumah. Pendaftaran pukul 10.30am start pertandingan pukul 11.00am, tapi satu yang aku tak faham walaupun pukul 11.00am dah mula mewarna tapi sesiapa yang datang selepas tu still penganjur terima lagi. Kawan-kawan adik & Aryssa pun ada patutlah beria ajak pergi. Apa-apa pun bagus juga untuk experience bukan untuk anak-anak jer...untuk aku pun. Aku tengok parents yang datang dengan preparation yang kaw-kaw, siap bawa table melukis dengan segala bagai tools fuh! memang tak challenge ler...dengan we all yang sesajer...jer..je...

Aryssa tak habis-habis dgn peace dia. Sebelah yang baju purple tu kawan dia satu sekolah. Sebelah belakang tu siap bawa drawing table lagi.

 Gambar berbeza-beza bagi setiap kategori.

Adik & Aryssa lain-lain kategori cos ikut age memasing. Sebelah dia yang baju kekotak kawan dia. Disebabkan Aqil tak bawa pensel warna. Purposely cos dia plan nak share dgn Aryssa terpaksalah aku belikan masa tu jugak. Tempat duduk diasingkan ikut kategori. habih camno nak share.

Concentrate habis maklumlah color baru.

 

Masa aku chit-chat dengan sorang adik penganjur tu mereka tak sangka sambutan seramai ni... ingatkan takde orang katanya. Aku pun tak sangka ramai pulok ingatkan dua tiga kerat je..

Kebanyakkan yang menang chinese. Aku tak hairanlah, cos why??? Sesiapa yang ada kat tempat kejadian sure setuju cos they all punya preparation memang datang untuk menang. Most of the chinese yang datang memang dalam keadaaan yang bersiap sedia untuk ke pertandingan kekdahnya dengan table drawingnya, dengan pensel warna bukan setakat yang 24 batang jer...macam anak-anak aku tu. Semua jenis pensel warna ada dari yang halus, yang gemuk, yang 12 batang, 24 batang hinggalah yang ke 50 batang satu warna jer... ada 6 batang. Aku tengok sendiri ye warna kuning jer...dah 6 batang. Siap bawa kusyen bagi anak-anak dia duduk dengan selesa. kesian anak aku duduk atas lantai jer...

Ada sorang kakak ni kata, mana yang ade drawing table dgn segala bagai tools ni memang pergi kelas art. They all memang belajar cara-cara mewarna dan melukis dengan betul, cara nak tonjolkan objek dibelakang dengan ton color dan permainan warna. oohhhohoh...no wonder la...patutlah mereka tu siap tambah lukisan lagi yang tak ada diadakan contoh lukisan asal takde pokok tapi mereka tambah pokoklah, tambah awanlah, mataharilah sampaikan lukisan tu memang totally different dari yang asalnya.

Dari observation aku masa tu memang bangsa they all bijak melabur pada tempat yang betul hantar anak-anak pergi kelas art. Then pergi pertandingan. Taklah duk bz belikan anak i-Pad, PSP, Tab, i-phone dan segala macam gajet yang tak nampak pulangannya. Maka lekalah duk update facebook, twitter dan segala bagai. huhuuuuuhu...peringatan untuk diri sendiri.

Memang yang menang tu cantik-cantik belaka cara mereka color tahap dewasa cantiknya. Tapi takpelah penyertaan tetap akan diberi sijil peringkat kebangsaan (post ke rumah), walaupun tak dapat hadiah. Hadiah adalah berupa hamper sumbangan Giant. Pertama hingga ketiga hamper + sijil penyertaan. 10 hadiah saguhati + hamper. Tapi isi hamper tu berbeza-bezalah takkan sama jer pulak tak adillah.

Actually ada 12 pertandingan sempena dengan HPM 2014 ni for more info sila ler...visit www.mypengguna.com

Oklah jom layan gambar we all menjamu selera kat food court Giant.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MRS.A my blog my stori ©