September 2013 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: September 2013
Kesian "Along"

Kesian "Along"

Kesian "Along"

Monday last week time aku amik my kids Along dah macam tak berapa sihat masa aku sampai dia tengah tidur. My Mil kata dia batuk tak henti-henti lepas makan ubat tu yang dia dapat tidur. Rileks sekejap dalam 10 minit aku pun bawa anak-anak aku balik. Sepatutnya malam tu ada tuisyen tapi they all tak pergilah coz Along demam. Sampai rumah aje dia terus mandi dan tidur.

Malamnya badan dia bertambah panas makan pun aku suapkan lepas tu makan ubat. Ubat tu pun actually stok ubat demam yang ada kat rumah je. Kesian sangat aku tengok Along time ni dia kata dia sejuk badan dengan kaki mengigil tapi bila aku rasa badan dia panas sangat. letak cool fever pun tak jalan. Dah lah hubby aku takde time ni. Huh! takut aku rasa sms dia suruh balik cepat. Lepas hubby aku balik dia pulak take turn jaga Along. Apa berlaku lepas tu aku pun tak pasti coz aku dengan adik dah masuk tidur.

Esoknya ingatkan Along dah ok, tapi panas dia datang balik. So aku pun EL. Adik dengan Aryssa je yang pergi School. Dalam pukul 10.30am we all bawa Along gi klinik.

Otw to klinik 



Kat klinik pun dia tak larat asyik nak baring je. Doktor bagi Along MC 2 hari. High fever temperature dalam 39 deg. C. Time ni Along rajin sangat makan ubat ikut time. Yelah dia pun tak sabar nak sihat semula kot. Esoknya demam dia dah kebah dia dah aktif sikit coz mulut ibunya ini dah mula leter as usual. Sekarang Along dah sihat cuma batuk dia aje masih ada lagi sikit-sikit. Syukur alhamdulillah.



Sports Day 2013

Sports Day 2013

Sports Day 2013

Sports day anak-anak aku Sabtu lepas (21.9.2013). Actually dah banyak kali event nih sekolah they all tangguh. Sebab-musababnya taklah aku tahu sangat maybe sekolah plan nak habiskan UPSR dulu. Yelah UPSR lebih priority dari sportlah!kan.... Semua anak-anak aku sama rumah sukan iaitu rumah biru aka Dol Said.
Aerobic dengan lagu hindi bhole curiya

Khemah rumah biru aka Dol Said

Memang sekolah sengaja bagi adik-beradik sama rumah bagi memudahkan ibubapa untuk menghantar sekali sekiranya terdapat latihan rumah masing-masing. Time sportday aritu aku yang hantar kebiasaanya babah they all hantar lagipun time ni babah  tak berapa  nak sihat kedemamman la pulak...Lepas dah hantar lebih kurang pukul 7.00am aku balik semula. Tak rajin ler..aku nak gi awal sangat. Aku bagitau anak-anak nanti pukul 10 ibu datang dengan babah.


Medal Aryssa Naib Johan lari menjungjung pundi kacang

Medal Along Naib Johan "Perbarisan antara rumah sukan" 

Bukan semua acara sukan dijalankan hari Sabtu. Ada sesetengah acara sekolah dah buat dulu time hari-hari biasa. Mungkin nak save time la jugak. Contoh macam acara yang anak pompuan aku masuk "lari menjunjung pundi kacang" acara tu dah dijalankan dulu. Aryssa n the gang dapat tempat kedua bila tengok pingatnya tu yang aku tahu. Acara punya nama bikin aku ketawa hahahaaaaa... time ibu dulu takde acara ni Aryssa.

Pepagi lagi anak-anak aku dah bangun tak payah susah-susah kejutkan. Semangat betul they all nak gi bersukan. Along dia masuk perbarisan je. Kesian dia tak terpilih sewaktu pemilihan final. Memula dia bagitau masuk 3 acara. But then final day selection dia bagitau tak terpilih coz masa tu dia dah penat. Takpelah Along tahun depan cuba lagi. At least masuk perbarisan pun dapat pingat juger...

Cuma Adik punya acara je hari sports day tu. Agak aku acara balapan je sekolah buat time tu coz nak jimatkan masa. Aku dengan hubby sampai dalam pukul 10.15am. Dalam hati aku harap-haraplah acara Adik belum start lagi. Thank you Allah memang tak start lagi. Sesampai je aku terus pi cari they all cari kat khemah rumah biru aka Kasturi. Aku nampak adik tengah berjalan beriring-iringan dengan teacher nak pi amik air milo rupanya. Dia kata lepas habis Aerobik nanti baru acara dia start. Terserlah muka happy dia nampak ibu n babah.

50 meter pass baton

Adik pelari keempat


We all tak tunggu sampai habispun bila acara Adik dah tamat je we all gerak balik. Kesian adik dia tak menang pelari ketiga tak berapa nak laju lagipun baton jatuh waktu passing kat adik. Takpelah adik adat bertanding ada kalah ada menang. Tahun depan boleh cuba lagi.

Walaupun dalam surat diberitahu waktu ni sekolah ganti iaitu habis dalam pukul 1.00pm. Tapi ramai juga parents yang dah gerak balik. Lagipun babahnya demam tak larat dah cuaca panas.




Mohsin Chalet 3D2N Girls Day Out (part 2)

Mohsin Chalet 3D2N Girls Day Out (part 2)

Mohsin Chalet 3D2N Girls Day Out (part 2)

Sesampai je KB Airport aka Sultan Ismail Petra Airport we all terus naik van yang dah sedia menunggu untuk ke Kuala Besut Jetty. Perjalanan lebih kurang dalam 1 jamlah jugak. Memula driver van kata dalam 45 minit tapi bila dihitung-hitung adalah dalam 1 jam. Mungkin jugak sebab we all nih tak sabar nak tengok laut tu yang asyik dok tanya bila nak sampai? bila nak sampai? dah macam kanak-kanak pulak tanya banyak-banyak kali.

mohsin chalet
 Dalam van otw to Kuala Besut Jetty

mohsin chalet
Kak Pah n Didie takde dalam gambar (Didie amik gambar Kak Pah mana ek?)
Bila sampai je Kuala Besut Jetty pun dah ada orang tunggu untuk naik boat transfer ke pulau pulak. Contact person ni semua adalah orang-orang Mohsin Chalet. Untuk rekod berhati-hati dengan manusia-manusia penipu yang suka ambil kesempatan. Make sure contact person adalah orang yang sama yang telah diberitahu oleh package yang kita amik. Memang banyak kes penipuan nantilah aku citer. 

mohsin chalet

mohsin chalet

Boat transfer dari Kuala Besut Jetty ke Mohsin Chalet dalam half hour tak silap aku. Tapi tak rasa sangat we all seronok je...almaklumlah semua muka-muka suka naik speedboat. Hah! walaupun ditengah lautan ni tapi Celcom tetap ada coverage coz aku sempat calling-calling hubby aku report duty time nih! Jangan jeles ye yang bukan Celcom tu memang tak berapa nak ade line. Cuma kena berhati-hatilah takut HP tercampak dalam laut pulak nanti. nngeh...ngeh..ngeh...

mohsin chalet
Ya...ya...saya kat dalam boat ni otw ke pulau
Bila dah hampir sampai pulau kena tukar boat daa...coz speedboat tak boleh sampai ke pantai. Speedboat untuk air yang dedalam ye setakat jejejak kaki nih! speedboat tak main kekdahnya. Bila dah jejak pantai pulau perhentian kecil yang sebenar-benarnya we all terus mencari Mohsin Chalet tak jauh pun dari pantai tapi tetap kena jalan dalam 5 minit walking distance kot. Officenya kat Cafe di atas bukit. Didie n sapa ek teman dia gi amik kunci tak ingat dah! yang lain-lain tunggu je kat Dorm yang we all nak duduk tu. Lepak-lepak sambil pilih-pilih katil memasing dan oleh kerana time ni tea break. So for the tea break kena pi kat Cafe kat atas bukit. View dari sini cantik.

mohsin chalet
Dah jejak pantai

mohsin chalet
Boat satu lagi

mohsin chalet
Tea break ni inclusive dalam package
Mohsin Chalet 3D2N Girls Day Out will be continue...
Malaysia Day Xtvt

Malaysia Day Xtvt

Malaysia Day Xtvt

Walaupun time ni cuti dikira panjang tapi we all lepak kat rumah aje. Saturday xtvt mengemas rumah, Sunday gi wedding then Malaysia day gi jenjalan nak cari bedsheet. Babah tak cuti kena gi site kat Bentong. Tinggallah anak-anak dan aku. Tak kisah pun "yeke tak kisah?" dah terbiasa gi jenjalan dedekat ni without my hubby. Pepagi sebelum hubby aku kuar dia ada bagi duit suh gi beli bedsheet Aryssa. carilah kat giant ke the store ke katanya. Dalam hati aku ade ke nak cari bedsheet kat situ tak sessuaii...dalam fikiran aku MK ler...


Aku plan sendiri nak gi MK then nak gi JJ. Tak bagitau anak-anak dulu nanti they all teruja lebih. kekejap tanya, kekejap tanya kot-kot datanglah malas nanti tak jadi pegi pulak haru-biru jadinya. Hari ni dahlah aku kena masak ketam. Coz babah dah beli ketam masa hari Sabtu anak-anak nak makan ketam lagi. Tak silap aku baru je makan ketam hari Selasa sebelum ni tapi itu Mak Mertua aku yang masakkan hehehheeee... Adoii...nak bersihkan ketam ni yg aku bercinter... Ntah apa ler..yang sedap sangat si ketam ni... bukan banyak isi pun susah nak makan adeler... Sesudah anak-anak lunch then only aku bagitau Ibu nak gi MK. Pegi siap amboi laju je they all siap. Dalam pukul 4.30 we all pun gerak ke MK.

Masa aku tengah sesurvey sempat pulak they all deduduk tetidor kat display bed tu
Memula plan nak beli bedsheet Aryssa je.. tapi Adik dgn Along kata they both nak juga. Kesian pulak aku tgk. Tengok budget dulu. Sampai MK sesurvey nak cari sama macam yg we all pernah beli dulu. Jumpa tapi lain sikit. Bila tengok harga oh! takdelah mahal mana bukan setakat bedsheet Adik dengan Along je boleh, bedsheet ibu pun boleh ni. They all pilih corak ikut suka.

Along choosed Batman, Aryssa & Adik angry bird. pink for Aryssa blue for Adik
Tapi bila sampai rumah bedsheet ni tak serupa dgn yg we all pernah beli dulu. Huhuuuhuuu... ralat sikit aku. Tapi anak-anak aku ok jer...takpelah Aryssa nanti ibu beli lagi yg puashati punya.

Lepas tu we all gerak ke JJ misinya nak beli McFlurry Oreo yang Adik nak. Biasalah anak-anak kalau minta buat sesuatu mesti nak upah. Oklah McFlurry Oreo aje pun. Aku pun nak gi Elianto nak kutip voucher. Sepatutnya voucher ni aku dapat time aku beli barang Friday lepas tapi boleh pulak staff Elianto tu blur. tak tahu pasal promotion sendiri dimaafkanlah maybe branch tak tahu lagi. coz sms dari Elianto yang aku dpat pun Friday morning kata ade promotion beli RM100 leh dapat voucher. Thanks to my friend coz we all bayar sekali tu yang dapat.

Along & Adik ok je Aryssa tak puashati coz dia nak makan kat McD

Bila nampak Dairy Fresh dah nak Waffle pulak jagung pun nak. Mujur tak nampak Big Apple. Time tengah tunggu kat Dairy Fresh nampak pulak slot games sempat pulak main game. Anak-anak zaman sekarang banyak betul pilihannya.

Wedding@Mambau & Wedding@K.Sawah

Wedding@Mambau & Wedding@K.Sawah


Wedding@Mambau & Wedding@K.Sawah

Hari Ahad we all pegi 2 wedding. Kedua-dua wedding nih sedara-mara side hubby. Memula gi Mambau yang kahwin ni adalah cucu kepada tuan rumah. Pakngah & Makngah. Secara detail cucu keberapa dan anak kepada siapa tidaklah aku tahu sangat kui..kui..kui…coz yang aku agak rapat tu adalah dgn PakNgah dan Makngah iaitu bapa/mak sedara hubby.

Pengantin kat Mambau Huda & Zam
Kebetulanlah pulak nama pengantin pompuannya sama Huda namanya. Kat Mambau ni Huda & Zam yang dekat Kuala Sawah pulak Huda & Niza.



 
Goodies purple for adult. Angry Birds utk anak-anak

We all sampai awal dalam 12.30 macam tu. Sesampai je sesalam tuan rumah dan emak pengantin then terus je menjamu selera. Lauk-pauk adalah dimasak secara gotong-royong ada rendang daging, kari kambing, ayam golek, gulai tempoyak dedaun + petai masakan orang negori semilan, kerabu manga errrmmm semuanya sedap. Ada jugak tempat aiskrim untuk kekanak. Dewasa pun boleh juga. Anak-anak aku kemain lagi makan aiskrim nih sampai tiga empat round.


Sesedang elok je we all habis makan pengantin lelaki pun sampai untuk berarak. Dapat ler…menengok pengantin bersanding dan berarak. My sister & parents inlaws pun ada tapi they all lewat sikit. Lepas settle kat sini we all plan nak gi sesame wedding yang satu lagi. Aku ingat 2 keta je rupanya my brother inlaw pun ada joint sekali. So we all gi 3 keta ke wedding kat Kuala Sawah. 





Wedding yang kat Kuala Sawah nilah dalam entry sebelum ni yang aku kata  kahwin dgn orang kampung dan sedara kepada my MIL. Side Kuala Sawah adalah anak buah kepada FIL aku. Pusing-pusing, corner-corner situ-situ jugak bersaudara kekdahnya.

We all sampai lambat kebanyakkan tetamu dah pulang. Pengantin pun dah jenjalan kesana kemari nak amik gambar pun tak sempat. Caterer, pelamin & all in sama macam kat side perempuan masa kat kampung aku tu dari Mazima Ent. Senawang mari daaa…. 
Angah Ita again sama pulak color baju we both

My Biras & BIL

My SIL

Husband

Goodies from K.Sawah
The end kisah Wedding@Mambau & Wedding@K.Sawah
Mohsin Chalet 3D2N Girls Day Out (Part 1)

Mohsin Chalet 3D2N Girls Day Out (Part 1)

Mohsin Chalet 3D2N Girls Day Out (Part 1)

This time aku nak citer pasal percutian bersama kawan-kawan office lama masa aku kerja kat Leighton Co. di Menara Multi Purpose KL . Walaupun aku dah tak kerja kat sana lagi tapi aku tetap keep in touch dgn beberapa orang kawan kat sana kira Buddies aku ler…kekdahnya. Sungguhpun holiday nih last year tapi masih segar lagi dalam ingatan aku. Tempat percutiannya Perhentian Island. Untuk pengetahuan Perhentian Island terbahagi kepada 2 pulau. Perhentian Island Kecil dan juga Perhentian Island Besar. Tapi yg aku pergi ni Perhentian Island kecil.

Mohsin chalet
Aku dua dari kiri. peace yo!
Mohsin chalet
Dapat gak amik gambar dgn penyu for real.
Yang organize holiday ni namanya Didie dialah yg rajin kumpulkan kengkawan dan contact-contact, email-email tanya sesiapa yg berminat. Price surelah yg reasonable thats whyler.. mendapat sambutan. Package yg we all amik tu 3Days 2Nights Fullboard Package to Mohsin Chalet, Long Beach, Pulau Perhentian Kecil. Rate: RM280 per person. Date: 28-30 April. Oleh kerana we all ramai maka sessuai amik accommodationnya Dorm. Yang pergi ni pun girls dewasa aje maka tak kisah sgtlah camne keadaannya. Bukanlah maknanya tak selesa pun takpe. Selesa tu penting cuma kalau bawak anak-anak tu kena perlu lebih memilih tahap keselesaannya itu.

Package is inclusive of; Speedboat transfer return from Kuala Besut Jetty; 2 nights stay at Mohsin Chalet (Dorm is attached with Aircon + bathroom,); 2 Breakfast, 1 Lunch, 2 Dinner, 1 Coffee Break; 1x snorkelling trip by boat inclusive snorkelling equipment + life jacket.

We all amik flight dari KL to KB coz majority preferred travel by flight. Flight ticket RM181. Hah! Kenapa Kota Baharu coz from KB to Kuala Besut Jetty adalah lebih dekat dari Airport kat KT. Tambah lagi RM50 (Return Airport Transfer) So all together Expenses: RM280 + RM181 + RM50.

Depart dari LCCT lebih kurang 1.30pm sampai KB 2.30pm. Dari KB Airport transfer dah sedia menunggu untuk ke Kuala Besut Jetty. 

Mohsin chalet

Mohsin chalet

mohsin chalet

mohsin chalet

Mohsin Chalet 3D2N Girls Day Out will be continue. :-)



Ge-gajet

Ge-gajet

Ge-gajet

Ini aku nak citer pasal gajet. Anak-anak aku telah berjaya memujuk Babah they all untuk membeli gajet. Bermula dengan anak pompuan aku tu katanya guna duit raya dia, tak cukup Babah top up la sikit. Pada mulanya yang pompuan sorang tu jer...beli. Hari Khamis, lepas amik aku kat office we all pun gi Terminal 1 misi mencari gajet untuk Aryssa.

Terserlah muka happy Aryssa
Oleh kerana pergi dengan hubby aku maka jawabnya terus ajelah menuju ke tempat tujuan takde maknanya nak sesurvey dulu. Aryssa pulak memang dah tahu jer.. apa yg dia nak beli, coz dia biasa main gajet cousin dia dan dah memang berkira-kira nak membelinya. Aku ni pulak blur je...patutnya aku pun amik tahu dulu. Ini main hentam jer... ermmm...biarlah asalkan they all puashati yg membayar pun bukan aku. So takleh ler...nak cakap lelebih. Pesanan aku nanti kongsi main sesama ye.

So berjayalah Aryssa mendapat gajet pada petang Khamis 5.9.2013 lepas dan berjanji akan kongsi main sesama Along dan adiknya. Harga dalam RM280 wifi + 3G. Gajet tu dah ada byk game pun dalamnya jugak bebenda lain.

Along dengan Adik waktu nih! dia 2 orang punya tak beli lagi
Sampai rumah aje terus cas 4 jam katanya. Tak sempat 4 jam pun dah main dah. Janji tinggal janji dia sorang je conquer tab tu. Dah! gegaduh la pulak dgn Along dan Adiknya. Babah pulak memujuk 2 orang lagi tu nanti dia kirim minta Uncle Melis beli. Coz dapat murah tapi kena tunggu la jauh tu kat Penang nak kena pos ekpress.

Hah! ni satu lagi perangai hubby aku yg tak sabar punya orang. Katanya dah contact Melis kawan dia tu. Dalam next week Melis post. Gaya citernya macam dah confirm je. Tapi tidaaakkk.... rupa-rupanya masa hari Sabtu waktu they all keluar pegi beli sarapan sempat melencong ke tempat lain dulu.

Time they all kuar rumah tak silap aku dlm pukul 9 pagi tapi baliknya punyalah lambat dekat pukul 11 lebih baru balik. Perut aku pun dah keroncong, bila masuk pintu je tgk memasing ada carry barang
sorang satu. oh!... patutlah lambat pi beli gegajet rupanya. Ermmmm...tak tahu nak kata apa Isthighifar ajelah.

Memasing dgn gajetnya
Tapi pandai pulak tu Babahnya belikan ibunya ini washing machine coz washing machine lama dah problem tak mahu buang air sendiri kalu nak buang airnya kena sendiri buangkan godek-godek salur kat belakang mesin tu barulah air keluar.


Ini ibu punya huhuuuuuhuuu...
Sekarang my kids dah lupa pasal PSP they all. Takpelah biar ibu aje main dgn PSP ni. PSP pun jadilah.


The End - Ge-gajet -
Wedding Invitation

Wedding Invitation

Wedding Invitation

Semalam Ahad 8.9.2013 aku pergi wedding kawan satu kampung. Dulu masa kecik-kecik rumah aku kat sebelah rumah kawan ni. Actually yang aku kawan adalah kakak pengantin. Aku panggil Angah Ita, dengan kakak dia yg Rohai pun aku kwn, abg dia Din pun aku kwn gak. bukanlah maknanya pengantin tu aku tak kawan hahhhaaa.... Maksud aku yg aku rapat adalah dgn kakak2 dan abg pengantin. Lagipun pengantin tu jauh beza umurnya dgn aku dia lebih rapat dgn adik aku. Tapi adik aku tak balik pulak time ni. Tapi bila dah sekampung tu satu familylah friends emak/abah we all pun friends ler...kekdahnya.

Seronok sangat dapat jumpa kengkawan lama kira mcm jejak kasihlah time ni. Tapi sayang aku tak pulak banyak bergambar almaklumlah majlis orang lagipun kawan lelaki takut pulak aku nak amik gambar takut bininya marah la pulok nanti.

Huda & Niza. Kawan sekampung yg pompuan.
Family yg pengantin pompuan ni sebenarnya ada kena mengena dgn my mother inlaws tapi masa ni they all tak datang coz ada komitmen lain. Nak dijadikan cerita pengantin lelaki tu adalah anak buah my father inlaws tapi side pengantin pompuan tak tahu. Next week kenduri side lelaki, they all nak surprisekan. Insyallah majlis next weektu  aku pun nak gi jugak. Sure side pengantin pompuan terkejut tgk ada muka aku lagi.

Angah Ita

My mother n the gang and my kids 

Rakan sebaya Liza

Aryssa

Rohai

Kak Ani all the from Pinggiran Putra Serdang... Apalah yg mak aku rancak sgt borak tu
K.Ani dulu kekecik duduk kampung sekarang dah pindah duduk Selangor parents dia pun dah takde.

MRS.A my blog my stori ©