MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Lari Jangan Tak Lari - Ep 3

Lari Jangan Tak Lari - Ep 3

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Okay sambung lagi cerita lari jangan tak lari Mrs. A bersama Adik dan Aryssa. Kejadian ini adalah pada petang Saturday 23032019 yang lalu. Oleh kerana Georgian Charity Run itu hanya akan berlangsung pada 13 April 2019 nanti [In Sya Allah] jadinya sepanjang sebelum tarikh itu Adik asyiklah duk nyanyi kat Ibu suruh pi training berlari-larian. Haish! macam-macamlah si Adik ni. Tapi tulah dalam nak tak nak Mrs. A dan Aryssa pun layankan jugaklah sebab macam seronok jerrr.... ngeh! ngeh! ngeh!

Finally pada petang Saturday another #roadto3km tersebut Mrs. A telah berjaya menghabiskan larian sebanyak 3.2km iaitu sebanyak 8 round uols. Yeayyyyy.... berjaya akhirnya pada percubaan kali yang ke empat sebenarnya ni.

Dah tamat 8 round tu wajiblah mencari air dulu tapi bismillah lah dulu hahahaaaa....
Sesi warm-up sebelum lari. Sempat pulak Aryssa snap
Mrs. A lari ikut cara Mrs. A jer... takdelah nak berlumba-lumba dengan si Adik tu uiiiiii mana nak larat kejar si Adik yang muda belia tu. Tapi walaupun begitu Aryssa masih belum berjaya mengalahkan ibu dia yang dah veteran ni hiks!. Come on Aryssa you are still young! eh! tetiba hahahhaaaa....

Walaupun 'timing' Mrs. A teruk iaitu lebih kurang 26 minit [lebih kepada berjalan laju] tapi Mrs. A dah cukup berpuashati sebabnya Mrs. A ni bukanlah seorang pelari long distance pun Mrs. A ni kalau berlari di zaman sekolah dahulu kala lebih kepada pelari jarak dekat iaitu 100 meter dan 200 meter jer... a.k.a. sprinter, kalau long distance ni memang totally out. Tapi tulah ni sengaja nak mencabar diri sendiri dan beralih arah pula kepada running, marathon!? lambat lagi kot

Lately ni memang Mrs. A dah terminat pulak berlari-larian ni [tak sedar diri dah veteran] di antara faktor penyebabnya adalah bila tengok kawan-kawan yang join acara marathon tu nampak macam meriah dan seronok jer... bila tengok IG @edansyah bertambah-tambah excited. Tetiba macam nak beli kasut Asic #Metaride haish! overrrr ko Mrs. A hoi!!! hahahaa..! #veranganitupercuma.

Last sebelum pulang petang tu sempatlah we all makan-makan waffle dahulu.

Heaven lepas berlari dapat makan waffle flavor favorite masing-masing
Oh! ya nak bagitau jugak ni actually sebelum berlari-larian yang ini, sebelum tu pada Saturday minggu sebelumnya Mrs. A ada juga berlari-larian bersama Adik time tu nak testlah berlari sebelah pagi tapi hancus cuaca panas sangat dapat 5 round je. Time ni Aryssa pulak tak ikut katanya mengantuk nak sambung tidur sebab malam tu dia ada training silat.

Adehhh!!! panas sangat Dik oiii!! jom ler.. kita pulang.
Cer tengok bebayang Mrs. A tu clear sangat dek cahaya matahari walaupun baru pukul 8.00 pagi
Hurmm... bilalah nak mula berlari lagi ni sebab cuaca petang-petang hujan sekarang ni. Adik pulak cuti sekolah ni tetap meneruskan aktiviti dia dengan cousin dia pulak. Dah dua hari pagi-pagi asyik duk berulang ke KOMBES tak hairan dengan ibu dah al-maklumlah ada gang lain huhuhuhuuuu...

Okay tu sahaja kisah Lari Jangan Tak Lari - Ep 3




Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke - 7

Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke - 7

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan bowling Alumni STAD adalah annual event yang Mrs. A rajin dan suka untuk turut serta. Mrs.A ni takdelah terror sangat pun berbowling ngeh! ngeh! ngeh! tapi sajalah nak support event Alumni dan jugak support kawan-kawan committee batch Mrs. A yang begitu komited organize event ni walaupun mereka tu tak dibayar gaji pun dalam erti kata lain lebih kepada sukarela sahaja.

Paling excited yang sebenarnya nak berjumpa dengan kawan-kawan sekolah Tunku Ampuan Durah bukan selalu dapat jumpa. So setahun sekali tu bila peluang menjelma haruslah diambil kesempatan dengan sebaik-baiknya. Kiranya dah 7 tahun usia event ni Mrs. A start joint pun event yang ke 2 [SINI] dari blog guna ganti nama aku dah bertukar ke Mrs. A dari kepala "boleng" kepada berhijab alhamdulillah moments yang sangat indah untuk dikenang-kenang.

Eh! panjangnya intro hahahaaa.... okay sambung citer Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke - 7 yang telah pun berlangsung pada Saturday [16032019] lepas di Ampang Superbowl, Seremban Prima. Mrs. A nikan ntah bila la nak dapat top 3 ke top 2 ke tak pun juara ke amvoiii!!! hahahaaa tak tahulah!? Kali ni Mrs. A dapat top 7 lagiiii....

Top 7 kategori keseluruhan woman.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Program. KP tu sama batch dengan Mrs. A dulu dia committee biasa tahun ni dah jadi KP.
Walaupun cuma 3 team aje batch 92 pada tahun ini, tetapi sambutan daripada batch 92 tetaplah  sentiasa mendahului daripada lain-lain batch.

Team Batch 92 tapi seorang yang muda lagi tu anak yang tudung belang tu sebab ada seorang tu last minit terpaksa tarik diri.
Nama team pun we all masih gunapakai nama yang sama macam tahun-tahun sudah iaitu '92 King, '92 Princess dan '92 Queen.

Jommm... layanz gambar.

Kali ke 7 nih! Along, Aryssa dan Adik semua ikut jadi supporter ibu. Time ni pagi lagi kita breakfast dulu.
Yang tengah tu tak main pun tapi sengaja dia datang nak jumpa kawan-kawan. Thanks for coming cikgu Nony.
Kononnya Mrs. A nak bergambar dengan team '92 Queen tapi semua tu '92 Princess ngeh! ngeh! ngeh!
Suasana di awal pagi sementara menunggu pertandingan bermula
Suasana di awal pagi sementara menunggu pertandingan bermula

Suasana di awal pagi sementara menunggu pertandingan bermula
Walaupun Mr. A tak memboling tapi dia tetap datang memberikan sokongan. Baju belang tu tak dapat main kali ni sebab tangan baru lepas operation
Banner untuk tahun ini cantik dan kena color dia
Sementara menunggu keputusan dan penyampaian hadiah Adik dan
Aryssa pun nak main jugakkk. Haruslah ibu belanja dua frames untuk mereka dan kawan-kawan
As usual last sekali batch '92 bergambar dengan hadiah dan lucky draw masing-masing tapi ada juga yang terlupa luck draw mujur tak kena kidnap.
Kemudian setelah majlis selesai, perut pun dah lapar. Batch '92 sepakat nak pergi lunch di TCRS kat ground floor di Seremban Prima tu aje. Actually all committee Alumni pun lunch kat situ juga tapi we all tak sama meja dengan they all.

Gambar kena snap dengan paparazi
Mujurlah Mrs. A duk sebelah paparazi so tak dapatlah dia nak snap gambar muka Mrs. A huhuhuuuu.....
Alhamdulillah we all semua happy sangat semoga ukhwah yang terjalin akan kekal hingga ke Jannah. Tamat kisah Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke - 7. In Sya Allah panjang umur dikurniakan rezeki jumpa lagi di tahun hadapan.





Lari Jangan Tak Lari - Ep 2

Lari Jangan Tak Lari - Ep 2

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Lari jangan tak lari episod 2. Alhamdulillah petang semalam Mrs. A bersama Aryssa dan Adik berjaya merealisasikan plan untuk berlarian-larian lagi di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi. Gigih tau petang semalam Mrs. A dari office sharp balik on time pukul 5.15 petang gittew.

Sampai kat rumah lebih kurang pukul 5.40 petang mujurlah jalan clear cumanya time tu ada rintik-rintik di atas cermin kereta hahahaaa.... Sesampai aje kat rumah Adik dan Aryssa dah get ready. Mrs. A pulak terus pi tukar baju dulu. Sekejap aje Mrs. A bersiap cos dah siap-siap solat asar kat office.

Kemudian berdesuplah ke Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Haish!!! tak tau pulak gate depan closed ni mesti gara-gara besi longkang dah terkeluar tu kot, terlajak ke depan kena patah balik ikut pintu belakang. Walaupun time tu ada rintik-rintik hujan tapi we all meneruskan jugak hasrat hati nak berlari-larian tu.

1st thing 1st wajiblah warm-up dulu al-maklumlah umur-umur macam Mrs. A ni jadikan warm-up itu satu kewajipan demi kebaikkan diri-sendiri juga. Janganlah tetiba ko terus meluncur membuat aktiviti lasak, takut pulak terkejut urat-urat tu nanti muahahhaaaaa....

lari-jangan-tak-lari
Wefei setelah tamat berlari-larian sebanyak 6 pusingan
Petang semalam pun masih tak kesampaian lagi target untuk berlari 3km cuma mampu 2.4km jer... Lagipun petang semalam hujan turun melebat selepas we all berlari 6 pusingan tu. In Sya Allah plan nak sambung berlari-larian lagi this Sunday morning. Semoga menjadi kenyataanlah harapnya.

Sementara menunggu hujan reda tu we all pun bergambarlah dulu.

Aryssa
Diantara we all bertiga Aryssa paling last. Anyway good job Aryssa cuba lagi next time kalahkan ibu ya...
Aryssa

Aryssa-Mrs.A
Adik nikan snap gambar pun annoying tau. Sabar yolah Aryssa dengan ibu.
Alhamdulillah malam tu tiada yang sakit-sakit pun badan atau kaki masing-masing kalau tak! sure kena "bahan" dengan Mr. A a.k.a babah.

Okay setakat itu sahaja kisah Lari Jangan Tak Lari episod 2. Oh! ya lagi satu nak habaq lepas dah lari tu jangan lupa cooling down pulak!. Jadikan amalan juga barulah cara yang betul bersukan berlari-larian.


#roadto3km


Segmen bloglist March to June 2019 by zzzyy.blogspot.com

Segmen bloglist March to June 2019 by zzzyy.blogspot.com

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Petang ni Mrs. A terasa nak join segmen la pulak... iaitu Segmen bloglist March to June 2019 by zzzyy.blogspot.com

Mula-mula haruslah tepek banner dahulu.

segmen
Segmen bloglist March to June 2019 by zzzyy.blogspot.com
Syarat-syarat untuk turut serta di dalam segmen ini adalah mudah sahaja:-

  1. Follow blog zzzyy.blogspot.com
  2. Follow IG Shirven
  3. Buat entry bertajuk Segmen bloglist March to June 2019 by zzzyy.blogspot.com
  4. Tinggalkan link entry kat ruang komen di blog beliau. Semua penyertaan akan tersenarai dalam bloglist blog beliau.
  5. Jika penyertaan melebihi target 30 orang, some mystery little gift will be given.

Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 15 Mac 2019.

Readers yang berminat untuk turut serta Segmen bloglist March to June 2019 by zzzyy.blogspot.com sila klik banner di atas untuk ke blog penganjur.




Lari Jangan Tak Lari

Lari Jangan Tak Lari

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Petang semalam Mrs. A melayan Adik nak praktis berlari-larian di Kompleks Belia dan Sukan Paroi sempena Georgian Charity Run 13 April nanti. Hah! lari jangan tak lari. Pada mulanya Mrs. A tak terfikir pun nak turut serta dalam charity run tu. Tapi bila Adik kata we all dah layak untuk daftar kategori family terus Mrs. A macam rasa nak join.

Sebelum berlari-larian posing dulu
Siap set timing jumlah langkah tu ngeh! ngeh! ngeh!
Sempena dengan Georgian Charity Run tersebut sekolah telah memberikan setiap pelajar kad kutipan untuk meminta sumbangan ikhlas. Nak tak nak mereka kena kutip dan target sekolah untuk setiap murid adalah RM150 seorang.

Kad Kutipan Sumbangan Ikhlas
Bila ditanya kenapa RM150 seorang, jawab Adik cikgu kata. "Pelajar sekolah ada lebih kurang 1000 orang so darablah 150 x 1000 dapatlah 150k jumlah tu cukuplah nak beli van". Oh! logik dan boleh diterima alasan tu ngeh! ngeh! ngeh!

Alhamdulillah Adik telah berjaya melepasi target tu so dah layak untuk mendaftar kategori family. To be exact Mrs. A yang tolong kutipkan ha! mintak sumbangan kawan-kawan office. Syukur alhamdulillah semua kawan-kawan office Mrs. A pemurah-pemurah belaka. Terima kasih buat semua yang telah menyumbang semoga menjadi amal jariah buat kalian semua.

Lari jangan tak lari Mrs. A pada petang tu lebih kurang 1.2km jer... tak dapek capai target 3km lagiks! huhuhu... Adik pun bila dia tengok Mrs. A dah stop lari dia pun sama tak lari dah. Haish!!! dah lama tak mengaktifkan diri buat permulaan ni okaylah tu kot.

Next Wednesday kita sambung lagi praktis lari






Selamat Hari Wanita Sedunia

Selamat Hari Wanita Sedunia

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Walaupun dah petang tapi tetap jugak nak buat post ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia buat readers blog picisan Mrs. A yang bergelar wanita dan yang sebenar-benarnya wanita bukan tiruan ahaks!

Selamat Hari Wanita Sedunia



Georgian Charity Run 2019

Georgian Charity Run 2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Petang semalam time Mrs. A balik kerja excited betul Adik bercerita tentang Georgian Charity Run 2019 ini. "Ibu nanti 13 April ada charity run kat sekolah Aqil semua dijemput hadir. Cikgu cakap, ada jugak orang luar negara bu.... Nanti kita joinlah sekeluarga ajak babah jugak". Hahahaa... tergelak Mrs. A dengar sambil cakap "yolah dik! kau ingat babah ko tu larat ke nak lari. Ibu ni pun lutut dah kondem ha!".

Pada awal-awal tahun aritu sewaktu pendaftaran pelajar baru pihak sekolah Adik dah war-warkan tentang Georgian Charity Run 2019 iaitu pihak sekolah akan menjadi penganjurnya. Georgian Charity Run  2019 ini adalah peringkat kebangsaan dan sekolah mengangarkan seramai sehingga 5000 peserta akan turut serta. Cuma time tu tarikhnya sekolah tak confirm lagi. Tapi semalam baru je Adik cakap tarikh larian dah confirm iaitu pada 13 April 2019. Matlamat Georgian Charity Run ini adalah untuk "Pembangunan SMK King George V menjelang 2025".

Di antara objektifnya pula adalah:
  1. Pembelian van untuk kegunaan aktiviti sekolah
  2. Memupuk sikap prihatin dan bertanggungjawab dalam kalangan semua warga SMK KGV dengan turut sama melibatkan diri dalam setiap aktiviti sekolah.
  3. Mewujudkan hubungan yang mesra antara warga sekolah, ibubapa dan komuniti.

fun-run
Georgian Charity Run 2019
fun-run
Map
Kepada mereka yang suka dengan acara larian jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan sijil di peringkat kebangsaan.

Kategori:

  • Bawah 12 tahun (Lelaki & Perempuan) : 3km [RM20]
  • Bawah 15 tahun  (Lelaki & Perempuan) : 5km [RM20]
  • Bawah 18 tahun  (Perempuan) : 5km [RM20]
  • Bawah 18 tahun (Lelaki) : 7km [RM20]
  • Terbuka (Lelaki & Perempuan) : 7km [RM70]
  • Alumni (Lelaki & Perempuan) : 5km [RM100]
  • Keluarga : 3km [RM150] - 3 orang (parent + kid)

Hadiah:

  • Hadiah wang tunai untuk kategori terbuka (L&P)
  • JOHAN : RM300 + Medal + Trofi
  • NAIB JOHAN : RM200 + Medal + Trofi
  • KETIGA: RM100 + Medal + Trofi
  • T-shirt + Medal Finisher + sijil untuk semua pelari kategori Terbuka, Alumni dan keluarga
  • 2000 helai T-shirt untuk pendahtaran awal B12, B15 & B18
  • 200 helai T-shirt untuk penamat setiap kategori B12, B15 & B18 
  • Semua peserta dapat sijil Peringkat Kebangsaan

DATELINE : 31 Mac 2019

Buat readers yang berminat untuk turut serta boleh WhatsApp nombor berikut :- 
  • 0176162048
  • 0126208576
  • 0126978422
  • 0193455233.

Penganjur bersama Georgian Charity Run 2019 adalah Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK KGV.


Kredit: Portal Rasmi SMK KGV




MRS.A my blog my stori ©