MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Kucing ku bukan kucing-kucing ku - sakit mata

Kucing ku bukan kucing-kucing ku - sakit mata

Kucing ku bukan kucing-kucing ku - sakit mata

Kesian.......kesian..kesian... itulah perasaan aku pada kekucing ni. Mata meka sakit, actually tiga ekor tu bukanlah kucing aku, tapi kekucing ni suka jer...menebeng kat rumah aku. My kids kata kucing ni neighbor sebelah punya, cos my kids pernah nampak kekucing ni ada time dikurung kat dalam sangkarnya. Kucing aku sekor jer...Midnite tu pun kucing datang so we all jadikanlah kucing angkat. Aku dah pernah blogkan pasal Midnite tak lama dulu. Nak tau kisah search sendirilah ya.

Memula memang aku tak layan langsung datang jer aku suruh my kids halau keluar, tapi lelama give-up. Pintu dan tingkap tak boleh nak buka langsung haiishhh... rimas dan haru-biru betul. Bila time we all nak makan ke, time aku nak masak ke, time siang ikan/ayam haishhhh.... mengiau-ngiau kelibang-kelibut tak tentu arah macam beruk kena belacan gayanya. Dah tu makanan kucing aku si midnite tu habis they all makan. Kekadang tu Midnite tak dapat nak makan beri laluan kat depa makan. Huh! baik hati la sangat ko Midnite yer... pas tu ko bising miau..miau...miau (hoi!aku lapar la..tadi tak dapat makan) kenalah pulok aku bagi si Midnite ni makanan yang lain.

kucing-kucingku
Meh! sini kau Vet mau letak obat ko punya mata. My kids namakan dia KITIKI. Amboi!  Midnite  kemain lagi ko rileks jap lagi turn ko pulak.
Si warna kuning putih ni yg memula sakit mata dulu, memula sebelah jer...then aku buat tak reti jer..lepas dua tiga hari dah kena dedua belah, adoyai! kesian betul aku tengok, mata dia banyak taik mata dan berair-air, risau pun ada gak takut buta la pulok dia nanti. Tu yang tengahari tadi aku beli ubat mata tapi manusia punya.     ngeh..ngeh..ngeh...Masa chit-chat dengan kakak cat lover kat ofis aku pun bagitau ler...pasal kucing aku sakit mata then aku nak letak ubat mata yang aku beli tadi. Dia pulak cakap tak sessuai... lor letak kat mata kucing. ermmm...serba salah la.. pulak aku. 

Terus aku pi google kat internet cari info pasal kucing sakit mata. Dapatlah tau serba sedikit then ada satu ubat tu aku rasa samalah macam ubat mata manusia yang Doc. pernah bagi aku. Balik rumah geledah peti ais mujur ada, memang betul serupa nama dan rupa bentuk tubenya.

kucing-kucingku
Ha.. ni ler ubatnya aku guna yg tube tu jer... letak kat tepi bawah kelopak mata depa. sama kekdahnya macam masa aku sakit mata. Yang titis tu aku tak letaklah tak confident.
kucing-kucingku
Adoi...tolong! jangan apa-apakan aku tidaaakkkkk jangan.  Mungkin itulah dia cakap kot if dia boleh berkata-kata.
Amik turn, Kitiki ko first cos mata ko paling teruk. Memula aku bersihkan mata dia, aku suruh my kids amik kapas dan basahkan lap-lap kat mata dia yang banyak taik dan berair tu.. tapi Kitiki ni duk diam jer... tak meronta pun mungkin katanya "bagus buat lagi...buat lagi...lega sikit sejuk n selesa sket". Bila dah bersih aku pun sapukan ointment tu time ni dia reronta tapi takdelah tahap extrem slow-slow jer... under control. Arysaa yang pegangkan then siap cakap sabar ya, sabar ya Kitiki then berdoa agar Kitiki sembuh. Hahhaaaa..hahhaaa memang Aryssa sungguhlah ko ingat dia faham ke Nak oii...
kucing-kucingku
Ni masa mata dia dah dibersihkan.. Oiii... buka mata la...  Vet nak sapu ubat ni
kucing-kucingku
Ni dah lepas sapu ointment, tertidur la pulak kat  Vet Aryssa ni ha...


Okeh! turn si Comel pulok... sama gak kekdahnya memula aku bersihkan mata dia then aku sapukan ointment tu kat bawah kelopak mata dia.

kucing-kucingku
Time ni Vet Aqil Hayyi pulak sedia untuk berkhidmat. "Apa pulak manusia ni  nak buat kat aku ni...tidakkkk....tolong... jangan sakiti daku"  maybe tulah antara dialog dia
kucing-kucingku

Mata Comel cuma sakit sebelah kiri jer... tengok tu macam kenyit matalah pulok gayanya.

Last sekali turn si Midnite. Mata Midnite macam baru nak kena sebelah kiri jugak... tapi Midnite ni rileks jer... dia siap memain lagi bila aku nak sapu.

kucing-kucingku

Malam ni baru sekali sapu jer... Esok petang nak tengok perkembangannya camna, better or worst. 

Harapan we all sekeluarga semoga dengan sedikit usaha menyapu ubat tu kekucing ni akan segera sembuh matanya. Bagi tempoh dalam tiga empat hari lagi, aku ada cakap dengan hubby tolong belikan ubat mata kucing kat pet shop. Tengoklah nanti kita bawak gi jumpa Vetlah katanya. Kengkawan tolong sekali ya...doakan agar mata meka sembuh. 
Netball

Netball

Yea..yea..yea.. now dah dapat main netball semula. Ahad (23.2.2014) lepas aku joint team netball ex-Stad.  this is 1st times trainingnya. Actually they all dapat idea ni dari team football ex-Stad. Bila tengok team football macam seronok aje every weekend ada games n xtive sangat lately. Then timbul ler cadangan untuk menubuhkan team netball ni. Since memang aku minat netball pun tu yang aku joint tu, kekdahnya orang mengantuk disorangkan bantal so joint ajelah. Yang berusaha tu terima kasih sesangat expecially to Zila & Kak Hamidah.

Untuk yang pertama kali ni training diadakan kat padang STAD. Teruja betul aku cos dah lama sesangat tak menjejakkan kaki kat sekolah. Sempat le juger aku melihat-lihat, amboi! setelah lebih 20 tahun memang dah banyak sangat yang berubahnya. Namun padang masih sama cuma dah ada Astaka dan stor jer...kat dalam kawasan padang ni zaman aku dulu takde.

Posing + gaya harus adoooo... sebelah Mrs. A adalah Izan sebelah lagi sorang Zila salute kat dia from KL to Seremban.

Yang berusaha lagi sorang Kak Hamidah (baju merah) dia senior dari aku tapi tak pastilah tahunnya. Laterlah aku tetanya.

 Yang berdiri cekak pinggang tu (baju biru gelap) Kak Rosemah paling senior setakat ni. If korang perasan akak ni pernah masuk Master Chef tau ha...kau hade????

Amboi! adik bukan main lagi dengan 100 plusnya kalah orang yang main. Tshirt putih (no 16) Hasba yang berusaha juger...& orang kuat Football team ex-Stad.

 Muka-muka yang hadir waktu tu...walaupun tak ramai tapi seronok cos dapat gak aku lepas gian nak  main netball. Dah lama aku nak cari team nak main setelah team company tempat aku kerja STOP bermain netballnya.

Along jurukamera yang rajin amik gambar waktu tu..TQ Along merakam sweet moment

Aryssa dengan taglinenya hiks..hiks..hiks..

*********************************************************************************

2nd time training (1.3.2014). This time tempatnya kat Paroi Centre Court tempat ni advantage tak panas cos gelanggang tertutup. Inilah juga tempat yang aku selalu practice last time kekira 6 bulan lepas la kot masa company tempat kerja aku team netballnyer xtive giler.

throwback - gambar masa lawan SYABAS. 
Hiks..hiks..hikss... te ingat masa zaman ke xtifan dulu. 

Oklah sambung balik citer training kat Paroi Centre Court ni... Aku ingatkan aku yang paling lambat cos time tu susah yang amat mencari parkingnya, full house disebabkan ada event kat bekas tapak Kem Paroi tu  Sambutan Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Negeri Sembilan. Ghupernya ada lagi yang lambat da... time aku sampai dalam 5.20pm training time yang diwar-warkan adalah pukul 5.00pm. Aku & Usna sama sampainya kak Hamidah & Ida dah sampai lebih awal.

This time lebih kurang orang yang sama juger yang hadir last week. I thot more cos kat FB group macam meriah jer... harap-harap next week more to come. Court ni telah dibooking oleh Shila 2 jam katanya (5pm-7pm) harganya RM30.00. Terkejut aku cos last year harganya RM20.00. 2014 harga sudah naik lagi RM10.00 ya.

 Usna si WD. This time Along tu muka terselit sikit tu tak rajin amik gambar. Kena suruh baru amik cos dok leka main dengan cousins dia. Kat atas para penonton itu adalah Halimahtun and kids.



As usual amik gambar harusss.... bagi we all. Ini selepas habis training banyak betul phone yang Hasba kena amikkan gambar.

Tukar position pulak yer...

Setelah 2 kali training, ini pendapat ikhlas aku ler... ramai yang dah lupa rules & regulations netball. Main pakai hentam jer...so pada mereka yang tahu tu ade sedikit annoying ler... Dari pengalaman aku yang diajar oleh coach rules & regulations adalah basic yang wajib diketahui untuk mereka-mereka yang hendak bermain. So u ollss pleasesssss.... google yer...the rules & regulation netball jangan bagi alasan dah tak ingat lagi. 

Aku pun bukanlah pandai sangat tapi at least aku tahu basic. Tapi aku rasa aku masih tak layak lagi nak coaching itu pasal aku tak banyak cakap pun. Lagipun aku ni siapaler... nak tunjuk ajarnya kak Ton hoi!!. Cadangan aku lebih baik sekali dua next training invite coach professional mengajar.

Itulah apa yang aku rasa. If ada sesapa yang baca tulisan aku ni tak setuju, harap maaf hendaknya.

Ok will be update anytime for the next training tungguuuu.......

Mewarna Roadshow - HPM 2014

Mewarna Roadshow - HPM 2014

Jumaat (21.2.2014) petang time balik dari mengaji Adik cakap, Ibu esok Aqil nak pergi pertandingan mewarnalah kat Giant Senawang. Pertandingan mewarna apa tu??? blurrr..blurr...je aku tanya. Cikgu bagitau katanya sesampai jer...rumah dia pun tunjuk kertas yang cikgu bagi tu, oooo pertandingan mewarna sempena Hari Pengguna Malaysia 2014 (HPM) rupanya. Oklah esok kita pergi.... bukan main happy lagi si Adik & Aryssa.

Bila aku tengok flyer tu pertandingan ni ada 3 kategori, kategori A umur 4 - 6 tahun, kategori B darjah 1-3, dan kategori C darjah 4-6.  So adik boleh masuk kategori B dan Aryssa kategori C. Sorry kepada Along cos hari yang sama dia kena pergi sekolah ada klas teknik menjawab exam al-maklumlah Along tahun ni ada UPSR.

Dalam pukul 10.20am we all gerak dari rumah. Pendaftaran pukul 10.30am start pertandingan pukul 11.00am, tapi satu yang aku tak faham walaupun pukul 11.00am dah mula mewarna tapi sesiapa yang datang selepas tu still penganjur terima lagi. Kawan-kawan adik & Aryssa pun ada patutlah beria ajak pergi. Apa-apa pun bagus juga untuk experience bukan untuk anak-anak jer...untuk aku pun. Aku tengok parents yang datang dengan preparation yang kaw-kaw, siap bawa table melukis dengan segala bagai tools fuh! memang tak challenge ler...dengan we all yang sesajer...jer..je...

Aryssa tak habis-habis dgn peace dia. Sebelah yang baju purple tu kawan dia satu sekolah. Sebelah belakang tu siap bawa drawing table lagi.

 Gambar berbeza-beza bagi setiap kategori.

Adik & Aryssa lain-lain kategori cos ikut age memasing. Sebelah dia yang baju kekotak kawan dia. Disebabkan Aqil tak bawa pensel warna. Purposely cos dia plan nak share dgn Aryssa terpaksalah aku belikan masa tu jugak. Tempat duduk diasingkan ikut kategori. habih camno nak share.

Concentrate habis maklumlah color baru.

 

Masa aku chit-chat dengan sorang adik penganjur tu mereka tak sangka sambutan seramai ni... ingatkan takde orang katanya. Aku pun tak sangka ramai pulok ingatkan dua tiga kerat je..

Kebanyakkan yang menang chinese. Aku tak hairanlah, cos why??? Sesiapa yang ada kat tempat kejadian sure setuju cos they all punya preparation memang datang untuk menang. Most of the chinese yang datang memang dalam keadaaan yang bersiap sedia untuk ke pertandingan kekdahnya dengan table drawingnya, dengan pensel warna bukan setakat yang 24 batang jer...macam anak-anak aku tu. Semua jenis pensel warna ada dari yang halus, yang gemuk, yang 12 batang, 24 batang hinggalah yang ke 50 batang satu warna jer... ada 6 batang. Aku tengok sendiri ye warna kuning jer...dah 6 batang. Siap bawa kusyen bagi anak-anak dia duduk dengan selesa. kesian anak aku duduk atas lantai jer...

Ada sorang kakak ni kata, mana yang ade drawing table dgn segala bagai tools ni memang pergi kelas art. They all memang belajar cara-cara mewarna dan melukis dengan betul, cara nak tonjolkan objek dibelakang dengan ton color dan permainan warna. oohhhohoh...no wonder la...patutlah mereka tu siap tambah lukisan lagi yang tak ada diadakan contoh lukisan asal takde pokok tapi mereka tambah pokoklah, tambah awanlah, mataharilah sampaikan lukisan tu memang totally different dari yang asalnya.

Dari observation aku masa tu memang bangsa they all bijak melabur pada tempat yang betul hantar anak-anak pergi kelas art. Then pergi pertandingan. Taklah duk bz belikan anak i-Pad, PSP, Tab, i-phone dan segala macam gajet yang tak nampak pulangannya. Maka lekalah duk update facebook, twitter dan segala bagai. huhuuuuuhu...peringatan untuk diri sendiri.

Memang yang menang tu cantik-cantik belaka cara mereka color tahap dewasa cantiknya. Tapi takpelah penyertaan tetap akan diberi sijil peringkat kebangsaan (post ke rumah), walaupun tak dapat hadiah. Hadiah adalah berupa hamper sumbangan Giant. Pertama hingga ketiga hamper + sijil penyertaan. 10 hadiah saguhati + hamper. Tapi isi hamper tu berbeza-bezalah takkan sama jer pulak tak adillah.

Actually ada 12 pertandingan sempena dengan HPM 2014 ni for more info sila ler...visit www.mypengguna.com

Oklah jom layan gambar we all menjamu selera kat food court Giant.




Otai masih berbisa

Otai masih berbisa

Nilah dia muka-muka pemain yang hadir masa tu dengan jersi terbaru - Gambar amik dari FB group STAD BATCH 92 

Selepas reunion ex-stad aritu Mr A dah! rajin pulak main bola. Ahad lepas 16.2.2014 game dekat KBS, Paroi. Seperti biasa team dia X-Stad. Team X-Stad yang ni most of them dari batch 90an. Game ni di antara X-Stad vs. Alamanda. This time aku datang sebab kesihatan mengizinkan. Last week pun ada game juga tapi sayang aku tak dapat joint my kids jer.. joint. 

Lagipun game kat KBS ni best cos banyak variety, cth anak-anak bebas nak main kat play ground, if nak jogging pun boleh then ada Astaka selesa untuk menonton. This time lebih ramai ex-Stadian yang datang so boleh ler...say hi! and tetanya khabar.

antara supporters dari kaum kerabat ngeh!ngeh!ngeh!

Last week yang games aku tak joint tu ex-Stad vs. Veteran Maybank kat padang Rahang square. Ermmm tapi aku pelik nape takde satu photo pun kat FB group tak dapat nak tengok camne kejadianya masa tu. Pelik memang pelik time aku tak datang pulak takde photo langsung ke aku yang tak jumpa. Sebelum tu my friend Ezza ada msg suh datang cos Aroz kata nak datang jumpa kengkawan. Sorry... aku tak dapat datang friends. Ezza yang selalu amik photo pun takde upload pape... huhuuuuhuhuu...

Jom layan gambar. Actually ada byk gambar STADIAN tapi tak bestlah nak upload cos bukan aku punya camera. Macam 3 kat atas tu aku amik dari FB group.(credit to Hasba Nizam).

break  time 1st half

sepupu sepapat

my biras & puteri Batrisya
siyesnya tgk photo holiday je pun
  


Sowi Along... takde photo cos blurr Aryssa sabotaj kekdahnya amik tapi pandang tempat lain


Harap-harap jadilah nak lawan Superlawak FC sure lagi ramai yang datang. Tunggu....


Kompleks Belia dan Sukan, Paroi. Jom! Riadah

Kompleks Belia dan Sukan, Paroi. Jom! Riadah

Petang Sabtu aritu (8.2.2014) aku gi KBS Paroi, saja layan my kids sesambil tu dapatlah joging. KBS ni dekat jer...dengan rumah we all dlm 4km jer kot cuma aku jer...yang tak berapa nak rajin datang. Biasanya my kids gi dengan babah they all but jejulung kalinya ni gi dengan aku.

Peace yo! jom kita gi kat playground

Kejap ibu...tali kasut terbukak..ko nih! Sha memacam la...

Go! adik u can do it... adoi... susah la...nak sampai yg ke3 ibu. ngeh!ngeh!ngeh! dah banyak kali try tak jugak...sampai ke3nyer...

Kemudian Sha pulak tunjuk skill. tapi... Sha... apa cer...??? kaki ko cecah tanah baik tak payah! kata adiknya

Masa kat rumah Aryssa kata nak jogging nak kuruskan badan. Aku kata bagus nanti kita lari sesama. punyalah susah aku nak ajak dia lari...sudahnya aku yang lari 3 laps hokeh!...meninggalkan Aryssa yang kekejap stop, kekejap stop adeh!!! tak dapek la.. ibu nak tunggu cegitu gayanya.

Gaya Aryssa sebelum berlari, peace yo!

 Muka tensen mengajak Aryssa jogging

Then dia kembali ke tempat mainan juga...



Sementara itu Along & Adik dah jumpa kengkawan satu sekolah tu yg duk beria main bola. Bukan main lagi "gaya" si Along mengelecek bola.



Kepada sesiapa yang tak pernah datang KBS lagi boleh ler try datang sini seronok semua ada dan yang penting FOC. Kalau yang berbayar tu murah aje pun fee nya dalam RM5 1 jam. Contoh gelanggang netball. Tahun lepas masa aku aktif netball company punya grup we all buat training kat sinilah. Boleh call dulu for booking (06-7625796) then baru bayar.

Nak rasa main bola kat padang rumput fieldturf ha...kono la datang yo...kek Soromban ni hanyo ado di Paroi ni ajo. Nak tahu lebih lanjut leh baca kat www.n9kini.com.

Selain tu macam-macam ada gelanggang futsal, gim, tenis, sepak takraw, trek balapan, gelanggang skateboard dll.

My kids favorite place for riadah.

Klinik Kesihatan Linggi

Klinik Kesihatan Linggi

Macamana cecuti u olls??? We all huhuuuuu... Friday tak kemana duk rumah je... membuat routine semasa cuti ler...kekdahnya. Tengahari the boys gi solat Jumaat. Aryssa n me tidur pepetang layan Astro First citer PAKU. 

Then Saturday we all balik kg + Monday aku on leave (3.2.2014) itupun last minutes cos emak aku minta tolong hantar pi klinik. Mujur aku takde kerja urgent so dapatlah aku hantar Pn Halimah gi klinik amik results check-up dia 2 minggu lepas. Oleh kerana kg aku ni..sempadan Melaka NS. mudah jer...nak gi klinik NS ke Melaka ke. My mom prefer gi Klinik sebelah NS memang dah sejak dahulu lagi. rerekod dia pun ada kat sana. Staf kat situ pun dah kenal klinik mesra warga emas katanya itu berdasarkan apa yang tertulis kat sana yang aku sempat baca. Yalah kot! mesra warga emas aje...ke??? Tak berapa nak emas camno tu??? Lepas bfast aku pun gerak sampai lebih kurang 9.15am then emak aku letak kad dia kat tempat kad tak lama tu dpt no giliran.

Terkejut yang amat aku giler cepat tu... Tapi.....................   itu baru cek berat, & tekanan darah ghupernya belum masuk untuk consultan room yang jumpa Doktor/ Pegawai Perubatan lagi. ngeh!ngeh!ngeh!...so kena tunggu lagi da....


Kononya nak amik rambutan. tapi....cer tgk kat atas pokok jer...dah tinggal kulit daaa..dasar monyet punya monyet. Emak aku dah tak larat nak halau memonyet tu... Itulah nasib we all dapat saki baki jer...

Tompok ni actually kucing Angah aku tapi dia dah bagi kat Emak aku cos kat kg byk cik T. Time ni aku nak tidur si Tompok datang tumpang tidur sama.



CNY tapi...

CNY tapi...

Emak..emak... walaupun cina yang raya tapi emak aku masak macam hari raya melayu hokeh!!!!! Hahhaaaaa.... sesampai jer... as usual aku tanya mak masak apa mak??? takde pape gilah tengok kat dapur tu... bila tengok jer... aku dengan anak-anak berpandangan sesama sendiri sambil ketawa amboi! nenek macam hariraya la...

Ada nasi himpit dengan kuah kacang dan juga rendang daging. ermmmm yummy. Sedap seperti selalu. Masakan terbaik didunia tentulah masakkan dari air tangan ibu kita sendirikan...kan..kan...

Angah & famili dah balik on Friday tu yang mak aku dah ajak they all gi pasar bebeli apa yang patut. My kids n aku sampai on Saturday ready to eat jer...

MRS.A my blog my stori ©