Januari 2024 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Januari 2024
Family Days Out

Family Days Out

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Family Days Out. Kisah campak belakang 21012024 planning lunch bersama dengan adik Mrs. A sekeluarga di Yahala. Tujuan sebenarnya adalah nak menjemput Aryssa di rumah adik Mrs. A iaitu maksunya. Tapi tukar sedikit planning tu jumpa terus di Yahala sebabnya depa nak pi muzium dan galeri bank negara dulu.

Family Days Out.

Family days out
Sambil order sambil wefie ๐Ÿ˜

Alhamdulillah family kecil Mrs. A cukup kuorum waktu ini begitu juga dengan family maksu. Aryssa sedang semester break tapi dah nak habis pun minggu ni ngeh! ngeh! ngeh!. Itu yang dia minta izin nak  jalan-jalan melepak dua tiga hari di rumah maksunya di Puchong. Sambil tu maksunya bawalah dia pergi taman tema di Berjaya Times Square dan juga Muzim Bank Negara.

Family days out
Kenangan katanya snap gambar buat frame. Talia seronok naik bumper car

Dulu masa mereka anak-anak umur Talia tu rajin jugaklah Mrs. A bawa depa datang ke Berjaya Times Square ni. Depa paling suka main bumper car. Ingat jugak Aryssa lagi tu hehehee... bila Talia main bumper car tu dia pun cakap masa kakngah Sha kecik-kecik suka naik ni jugak tapi sekarang dah terlebih umur hahahaaa...

Family Days Out
Ini gambar mereka di lorong duit muzim bank negara

Mrs. A yang berkira-kira nak pergi muzium bank negara lagi-lagi bila baca entry di Blog Sal tapi rezeki Aryssa yang sampai dulu. Hurm... ibu mampu tengok gambar-gambar yolah.

Sambung cerita lunch di Yahala. Waktu ini Mrs. A tak snap pun gambar makanan sebabnya leka borak dengan adik Mrs.A dan melayan Talia borak ngeh! ngeh! ngeh! lagipun dah selalu makan di sini lebih kurang sama aje menu yang Mrs. A pernah order [SINI] Setelah hampir 3 jam lepak di Yahala we all pun berpisah ke tujuan masing-masing. Maksu sekeluarga nak ke Klang. Sementara we all pula nak pergi tengok wayang di tempat favorite Mr. A tak lain tak bukan KLCC ๐Ÿ˜

Family Days Out.

Family Days Out
Sebelum pulang kita bergambar dulu✌

Family Days Out
Puteri Talia

Selepas itu terus gerak ke KLCC. Kononnya nak tengok Anak Perjanjian Syaitan tapi dah terlepas showtime lagipun masa tu ada satu showtime sahaja. Jadinya we all nonton cerita Sijjin filem Indonesia diadaptasi dari filem Turki. 

Filem Sijjin ini kisah seram tapi bukanlah cerita hantu ianya lebih kepada kisah sihir manusia. Pendapat Mrs. A tentang filem ini menarik juga banyak plot twist so kena tengok sampai habis baru boleh tahu siapa yang sebenar-benarnya yang jahat itu. 

Family days out
Sebelum wayang mula harus wefie

Okay itu sahaja kisah family days out. 


 

Mrs. A Join Giveaway Sampul Raya Rare 2024

Mrs. A Join Giveaway Sampul Raya Rare 2024

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Join Giveaway Sampul Raya Rare 2024. Salam Jumaat dear readers pejam celik dah Jummat ketiga di tahun 2024. Jika pada Jumaat lepas Mrs. A join giveaway SR pada Jummat ketiga ini pula Mrs. A ingin memenuhi jemputan untuk menyertai Giveaway Sampul Raya Rare 2024 daripada kerajaan kelapa iaitu permaisuri Cuya ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š 

Tanpa berlengah lagi jom lerrr... tepek banner seperti di bawah sebagai tanda penyertaan.

Mrs. A Join Giveaway Sampul Raya Rare 2024.

Mrs. A Join Giveaway
KLIK

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Januari 2024. Kepada readers yang ingin turut serta boleh klik banner di atas untuk ke blog penganjur dan perlu mematuhi beberapa syarat mudah yang telah ditetapkan oleh kerajaan coconuts ๐Ÿ˜‰

Pssstt! permaisuri Cuya ni Mrs. A nak bagitahu yang Mrs. A dah follow tau IG dan TT permaisuri.
IG Mrs. A pula @mrsablogstori dan TT @archikdgreat. Mana tahu ada rezeki dapatlah Mrs. A sampul raya rare 2024 gitttewww...๐Ÿ˜

Mrs. A Join Giveaway Sampul Raya Rare 2024
Wordless Wednesday - #jjcm seafood

Wordless Wednesday - #jjcm seafood

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - #jjcm seafood

Wordless Wednesday
Tigergrouper fish

Wordless Wednesday
Oyster

Wordless Wednesday
Sabahwhiteshell

Wordless Wednesday
Canadian lobster

Wordless Wednesday
Crab

Wordless Wednesday
Glass shrimp

Enjoy the little things, for one day you may look back and realize they were the big things.

Wordless Wednesday - #jjcm seafood
Mrs. A Join Giveaway Perfume SR

Mrs. A Join Giveaway Perfume SR

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Join Giveaway Perfume SR. Sekejap aje dah Jumaat kedua di tahun 2024. Harapnya sempena hari Jumaat yang barakah ini adalah rezeki Mrs. A untuk menang Giveaway Perfume SR ini ya eh! ๐Ÿ˜‡

Okay tanpa berlengah lagi moh! lerrr kita tepek banner Giveaway Perfume SR sebagai salah satu daripada syarat-syarat penyertaan.

Mrs. A Join Giveaway Perfume SR
KLIK

Cantik bannernya mesti bau perfumenya pun wangi. Bertuahnya kalau dapat hehehee lagipun Mrs. A ini memang peminat perfume gittewww...

Selain itu terdapat beberapa lagi syarat mudah penyertaan yang perlu dipenuhi seperti berikut:-

1. Follow blog SR (https://syaznirahim.com)
2. Buat 1 post di blog tuan/puan bertajuk Giveaway Perfume SR
3. Copy banner di atas, dan letak sebagai gambar pertama di post pada syarat (2).
4. Tinggalkan link post tuan/puan di post ini.
5. Boleh join dari semua blog yang tuan/puan ada, tapi perlu ikut syarat (2), (3) dan (4).

Okay kepada readers dan blogger yang ingin turut serta boleh klik banner di atas untuk ke blog penganjur. Jom sama-sama kita support SR mana tahu ada rezeki dapat perfume heheheee...





Mrs. A Kena Sabotaj

Mrs. A Kena Sabotaj

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Kena Sabotaj. Aduh! hangat pulak hati kita. Pagi tadi Mrs. A nak confirmkan takwim Mesyuarat Pengurusan Kanan (SMC) dengan PA KPE sebabnya takwim Mesyuarat Lembaga Pengarah (BOD) telah  confirm dengan pejabat Pengerusi syarikat. 

Bila Mrs. A tanya kak N ok tak cadangan takwim SMC tu, dia pun jawab "ok tapi yang Mesyuarat BOD pada 29 Februari tu hari Khamis bukannya Selasa macam takwim yang you cadangkan tu". Ha! yeke? terkejut beruklah Mrs. A lagipun Puan dari Pejabat Pengerusi Syarikat tu takde pulak komplen apa-apa muahahhhaaa.... teruslah Mrs. A mohon untuk check semula kalender yang Mrs. A guna sewaktu buat takwim tu.

Mrs. A Kena Sabotaj. 
Mrs. A Kena Sabotaj
Mrs. A kena sabotaj dengan kalender tu ๐Ÿ‘†

Kemudian Mrs. A pun checklah semula tarikh dan hari tu guna kalender yang sama sewaktu Mrs. A buat takwim. Eh! betullah ni 29 Februari Selasa. Untuk kepastian lagi Mrs. A pun minta member sebelah Mrs.A check pada kalender kuda dia. Sesungguhnya yang betulnya 29 Februari tu hari Khamis uols! Haish! sah Mrs. A kena sabotaj dengan kalender kat atas tu ๐Ÿ‘† kalender tu yang salah Mrs. A tak salah.๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ

Tak puas hati lagi tu Mrs. A minta member sebelah check apa yang tak kena dengan kalender tu. Kemudian dia pun jumpa dua tarikh missing iaitu takde 17 haribulan dengan 26 haribulan. Adoila! naya pak karim naya Mrs. A ha! kah! kah! kah! sapelah yang buat kalender ni QC dia boleh lulus pulak tu. Mrs. A pun tak ingat mana dapat kalender tu yang officemate bagi ke? yang Mrs. A amik kat depan pejabat free supplier bagi huhuhuuu... 

Selepas kecoh-kecoh mengomel sendiri dan selepas tempoh bertenang, Mrs. A pun WhatsApp Puan Pejabat Pengerusi bagitahu dia yang takwim tu ada kesilapan teknikal sambil forward sekali gambar kalender sebagai bukti. Bagi cadangan jugak nak tukar tarikh 27 Februari Selasa atau proceed je 29 hari Khamis. Mujurlah sekejap aje Puan Pejabat Pengerusi dah reply proceed aje tarikh 29 Februari tu hari Khamis pun boleh! Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar syukur selesai mudah aje dengan izinNYA.

Phewww! lega Mrs. A mujurlah Kak N dapat detect awal kalau tak Mrs. A dah distribute kepada semua Ketua Jabatan dan juga pejabat B.O.D. Next time kalau nak buat takwim kena check betul-betul dengan dua tiga kalender hahahaaa... ada jugak hikmah di sebalik kejadian ni. Okay itu sahaja kisah Mrs. A kena sabotaj maaflah kalau tajuk tu mengundang annoyed ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆngeh! ngeh! ngeh!



Semoga Berjaya Aqil Hayyi Calon SPM 2023

Semoga Berjaya Aqil Hayyi Calon SPM 2023

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Semoga Berjaya Aqil Hayyi Calon SPM 2023. Hari ini dah hari ketiga ujian lisan Bahasa Melayu untuk calon SPM 2023, esok dah last day. Anak Mrs. A  Aqil Hayyi a.k.a Adik dah selamat menjalani ujian lisan BM pada hari Isnin yang lalu. Bila ditanya Adik macam mana boleh jawab tak? Hurm...bolehlah jawabnya. Aduh! jawapan pun sabar yolah ibu mendengarnya. 

Anak-anak yang nak SPM ibu pulak yang terlebih berdebar. Rasanya bukan Mrs. A sorang aje yang rasa macam tu semua mak/pak pun samakan ๐Ÿ˜Š Walaupun ini bukan pengalaman pertama Mrs. A ada anak yang hendak ambil peperiksaan SPM tapi tetap jugak berdebar-berdebar lebih kurang aje debarnya sewaktu Along dan Arysaa.

Semoga Berjaya Aqil Hayyi Calon SPM 2023.

Semoga Berjaya Aqil Hayyi
Adik sewaktu nak pergi graduation day pada 9 Disember 2023 yang lalu ๐Ÿ˜

Pada minggu hadapan akan bermula pula ujian lisan Bahasa Inggeris kemudian ujian mendengar dan seterusnya pada 30 Januari 2024 akan bermulalah ujian bertulis untuk Adik dan semua calon SPM 2023. 

Adik ini seorang yang pemalu jika nak dibandingkan dengan Along dan Aryssa. Sifat pemalu dia bertambah-tambah lagi apabila pada kebanyakkan masa persekolahannya adalah secara online disebabkan pada ketika itu dunia dilanda pandemic Covid 19. Sejujurnya Adik agak sukar untuk menghadapi pembelajaran secara PDPR tapi apakan daya terpaksa jugak melaluinya. 

Dari tingkatan 1 hingga ke awal tahun tingkatan 4 Adik bersekolah di SMKKGV tapi entah di mana silapnya di pertengahan tahun tingkatan 4 tu Adik beriya-iya minta ditukarkan sekolah. Puas Mrs. A dan babahnya pujuk tapi dia berkeras juga nak pindah akhirnya kami turutkan sahaja kehendak Adik. Alhamdulillah bila dah pindah sekolah tu rajinlah dia nak ke sekolah kalau tak tu dalam seminggu mesti ada sehari dia tak nak ke sekolah.

Sewaktu Along dahulu dia pergi tuisyen ke rumah guru yang mengajar. Aryssa pulak lebih suka tuisyen online di MC+ untuk Adik pulak ada yang dia pergi tuisyen ke rumah guru yang mengajar dan paling special guru-guru tuisyen dia datang mengajar ke rumah. Sebagai ibubapa tetaplah kita akan usahakan yang terbaik untuk anak-anak selebihnya terserahlah kepada anak-anak.

Mrs. A percaya semua ibubapa mengharapkan keputusan yang baik untuk anak-anak masing-masing begitu jugalah Mrs. A. Akhir sekali Mrs. A ingin kongsikan doa dari grup WhatsApp. 

"Ya Allah, mudahkanlah urusan anak kami ini pada hari peperiksaan dan hari-hari seterusnya sehingga selesai peperiksaan. Kurniakan mereka kesihatan baik yang berterusan, selamatkan perjalananan mereka ke dewan peperiksaan, lindungi daripada halangan dan rintangan."

Ya Allah, mudahkan setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka, lancarkan penulisan mereka, ingatkan apa yang mereka lupa dan bantu mereka untuk menjawab dengan tepat dan betul. Kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada mereka."

"'Ya Allah... tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu semata-mata. Terimalah doa kami... Aamiin...Aamiin..Aamiin... YaRabbal A'lamin."

Semoga Berjaya Aqil Hayyi Calon SPM 2023. Walau apa pun keputusan SPM Adik ibu tetap akan menerimanya dengan hati yang terbuka.


Mrs. A Join Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor

Mrs. A Join Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Join Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor. Actually dari minggu lepas Mrs. A dah terbaca giveaway by blog Roziah Muhammad Nor ini cuma masa tu tidak berkesempatan nak buat entry penyertaan. Okay takpelah hari ini Isnin masih sempat lagi sebab tarikh tutupnya pun masih panjang ๐Ÿ˜Š

Sebagai tanda sama-sama meraikan 12 tahun sudah usia blog beliau Mrs. A pun tak nak ketinggalan untuk turut serta. Okay mula-mula kita tepek banner.

Mrs. A Join Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor.

Mrs. A Join Giveaway
KLIK

Kemudian perlu ikuti beberapa syarat penyertaan yang dikehendaki oleh Puan Blog Roziah Muhammad Nor. Kalau nak turut serta dan ketahui 8 hadiah yang menanti kepada mereka yang bertuah boleh klik banner di atas untuk ke blog penganjur.

Mrs. A Join Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor.

Salam Jumaat - Bacaan Yasin & Tahlil

Salam Jumaat - Bacaan Yasin & Tahlil

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat - Bacaan Yasin & Tahlil. Jumaat 05012024 penghulu segala hari yang pertama di tahun 2024. Alhamdulillah pagi tadi dikurniakan rezeki masa olehNYA dapat Mrs. A turut sama di dalam majlis bacaan Yasin dan tahlil di surau ibu pejabat. Sudah agak lama Mrs. A tidak menyertai bacaan yasin serta tahlil secara fizikal di surau kerana pada kebanyakkan masa majlis bacaan yasin diadakan secara online.

Seingat Mrs. A sejak PKP bermula seiring dengan itu majlis bacaan yasin di syarikat diadakan pada kebanyakkan masanya secara online pada setiap Jumaat. Syarikat pula telah menetapkan mereka yang mengetuai bacaan yasin tersebut di pilih secara bergilir-gilir mengikut setiap daerah, unit dan juga jabatan.

Alhamdulillah pada pagi Jumaat pertama di tahun 2024 ini giliran bacaan yasin diketuai oleh seorang kakitangan di ibu pejabat. Majlis bacaan Yasin dan tahlil di surau ibu pejabat pagi tadi boleh dikuti secara fizikal kepada mereka yang berkelapangan mahupun secara online kepada mereka yang berada di luar ibu pejabat dan juga di daerah-daerah. 

Salam Jumaat - Bacaan Yasin & Tahlil.

Salam Jumaat
Sebelum mula harus snap gambar dahulu ๐Ÿ˜Š

Salam Jumaat
Jemaah wanita yang hadir di surau

Salam Jumaat
Nun di sana jemaah lelaki yang hadir di surau

Semoga Allah memberkati majlis bacaan yasin dan tahlil kami pagi tadi. Alhamdulillah setelah selesai majlis turut diadakan jamuan ringkas secara pot luck. Tapi sayang terlupa pula seorang Mrs. A nak snap gambar tadi ngeh! ngeh! ngeh!

Salam Jumaat dear readers dan selamat berhujung minggu.



Terima Kasih Kepada Tujuh Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2023

Terima Kasih Kepada Tujuh Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2023

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Terima Kasih Kepada Tujuh Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2023. Seperti tahun-tahun sebelum ini di awal-awal tahun Mrs. A sukalah nak buat post penghargaan kepada rakan blogger yang suka meninggalkan komen di hampir setiap posting Mrs. A. 

Terima Kasih Kepada Tujuh Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2023.
Terima kasih kepada tujuh pengomen tegar

Mrs. A suka blogger yang membaca isi kandungan sesuatu posting dan meninggalkan komen dengan ikhlas. Sebabnya kadang-kadang ada juga blogger yang touch and go eh! tiberrrr...

Kepada readers dan rakan blogger yang tidak tersenarai tetaplah juga Mrs. A hargai dan berbanyak-banyak terima kasih Mrs. A ucapkan kerana sudi singgah di My Blog My Stori yang biasa-biasa aje ini.

Baiklah untuk tahun 2024 ini Mrs. A nak buat pemberian hadiah sedikit kepada tujuh orang rakan blogger yang tersenarai di atas. Mohon Dear Anies, Nohas, Nur, Kak Paridah, NA, Mr Hanafi dan Puan Hazel emailkan alamat kepada Mrs.A di my.maziah@gmail.com. untuk Mrs. A postkan hadiahnya ya.

Semoga ukhwah yang terjalin di alam maya akan terus mewangi hingga ke Jannah. Sayang semua kerana Allah.

Terima Kasih Kepada Tujuh Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2023


Selamat Tahun Baharu 2024

Selamat Tahun Baharu 2024

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Tahun Baharu 2024. Masih belum terlambat lagikan untuk up-post selamat tahun baharu 2024 ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Selamat tahun baharu 2024 Mrs. A ucapkan kepada readers my blog my stori dan juga rakan-rakan blogger yang dikasihi. Pada 1 Januari 2024 Mrs. A sekeluarga sekadar pergi menjemput Aryssa di KLIA. Aryssa balik dari Penang sempena semester breaks lebih kurang sebulan. Kemudian atas permintaan Aryssa juga we all pergi lunch di Yahala.[SINI]

Pada cuti sekolah dan cuti hari bekerja  di hujung tahun 2023 Mrs. A memang tiada plan bercuti ke mana-mana sebab utamanya adalah cuti Mrs. A dah habis ada pun tinggal sehari sahaja kah! kah! kah! dan lagi alasan kuatnya adalah si Adik anak bongsu Mrs. A nak ambil SPM kekdahnya si Adik tu memang kena pergi sekolah sebab ada kelas tambahan dan jugak kena bertuisyen gittewww.

Alhamdulillah rezeki dapat keluar makan-makan pada 1 Januari itu pun dah terhibur ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ Di sebabkan flight Aryssa delayed so lambatlah jadinya. Kalau ikut waktu ketibaan sebenar pukul 12.20 tapi none hado pukul 2.30 petang barulah Aryssa sampai.

Selamat Tahun Baharu 2024. 

Selamat tahun baharu 2024
Alhamdulillah dah selamat mendarat ๐Ÿ˜Š

Selamat tahun baharu 2024
On the way to Yahala

Gigih tau nak ke Yahala tu masing-masing sabar dengan perjalanan yang agak jauh tu hiks! Actually Mr. A pun ada janji nak jumpa dengan gang dia di Yahala gittewww... Sampai pun dah petang kira brunch bukan lunch ๐Ÿ˜‡ 

Selamat tahun baharu 2024
Tak sempat nak snap properly dah kena potong

Selamat tahun baharu 2024
Lamb Mazmout

Selamat tahun baharu 2024
Yang ni tak ingat apa namanya ๐Ÿ˜‹

Selamat tahun baharu 2024
Spageti Seafood

Selamat tahun baharu 2024
Fruit pancake dessert 

Elok aje Mr. A selesai makan kat meja we all. Kawan-kawan dia pun sampai. Mr. A pun pindah ke meja satu lagi

Selamat tahun baharu 2024
Ntah! apalah yang disembang lama betul

Selamat tahun baharu 2024
Oleh kerana Along tak jadi ikut dia minta tapaukan aje ha! nampak tak kat kerusi sebelah Adik tu ada 2 pack take away satu lamb sidr satu lagi kunafa cheese ๐Ÿ™Œ๐Ÿ™Œ๐Ÿ™Œ

Selamat tahun baharu 2024
Craving satisfied katanya ✌

Kemudian we all terus aje pulang semula ke sarang di Seremban al-maklumlah dah penat. Syukur alhamdulillah trafik Utara ke Selatan lancar yang jem tu lane sebelah Selatan ke Utara ngeh! ngeh! ngeh! Okay itu sahaja kisah selamat tahun baharu 2024. Jangan tanya apa azam tahun baharu sebabnya azam tahun lepas kononya nak rajin up-date blog pun belum tercapai lagi huhuhuhuuu...




MRS.A my blog my stori ©