Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Hantar Aryssa Dan Menginap Di Homestay Tok Ani. Hantar Aryssa ke mana tu? ๐๐๐ Alhamdulillah rezeki Aryssa dapat sambung belajar di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Walaupun jauh redhokan ajelah mak/pak Aryssa oiii! sebabnya Aryssa happy aje nak ke sana walaupun jauh gittewww...
Turut sama menghantar Aryssa adalah family s.i.l kekdahnya 2 kereta sahaja. Hasil perbincangan Mr. A dan adiknya maka yang tolong cari dan booking Homestay Tok Ani ini adalah s.i.l Mrs. A. S.i.l lebih maklum area Penang ini sebab dulu dia study di UITM Permatang Pauh berdekatan aje dengan Politeknik Seberang Perai. Lagipun dia masih contact lagi kawan-kawan Penang dia so dia roger-roger ajelah kawan dia gittewww.. Mrs. A tak tahu apa pun just follow aje. ๐
We all gerak sehari awal iaitu Sabtu tengahari. Haruslah awal, jauh uols from Seremban to Permatang Pauh kurang lebih 5 jam driving. Aryssa akan mendaftar asrama esoknya tu Ahad 14082022 pukul 2.30 - 4.30 petang. Okay jom layan gambar Homestay Tok Ani
Hantar Aryssa Dan Menginap Di Homestay Tok Ani.
|
Dining table |
|
Bilik utama |
|
Bilik air di bilik utama |
|
Bilik kedua adeh!! dah serabai don't care ๐๐๐ |
|
Ada swimming pool depan rumah |
S.i.l pilih supaya menginap di Homestay Tok Ani ini kerana lokasinya yang berdekatan dengan Politeknik Seberang Perai. Pada mulanya we all planning nak check-in pukul 12.00 tengahari tetapi terlewat sampai disebabkan bertolak lambat lebih kurang pukul 5.00 petang barulah check-in. Sebelum tu lebih kurang pukul 11.30 pagi owner dah calling-calling s.i.l jadi ke tidak ambil satu unit 2 bilik tu. Haruslah jadi kan...... lagipun we all dah bayar deposit dua hari sebelum tu.
Secara keseluruhannya Mrs. A okay je dengan Homestay Tok Ani ini. Persekitarannya yang bersih dan terjaga. Cuma owner kena buat penambahbaikkan sedikit untuk bilik air di dalam bilik utama tu lubang untuk air keluar kecik so bila kita mandi air akan bertakung dan kena tunggu pulak untuk air clear. Paip di sinkinya pun tak keluar air ke owner memang sengaja tak bagi guna paip yang di sinki sebab dah ada paip satu lagi yang pada pemahaman Mrs. A sesuai untuk ambil air sembahyang.
Di dalam setiap bilik ada air-cond tetapi air-cond yang di hall tu tak sejuk. Dah puas pilih terpaling sejuk pun still tak sejuk mujurlah ada kipas jugak. Oh! ya ketika Mrs. A check-in ramai juga tetamu lain yang check-in. Parking agak limited memang susah nak parking lagipun jalan masuk ke Homestay Tok Ani ni boleh dilalui oleh satu kenderaan aje pada satu-satu masa a.k.a jalan kecik ditepi bendang.
Tapi view di depan Homestay Tok Ani ni memang menarik kalau nak bergambar.
|
S.i.l |
Hantar Aryssa Dan Menginap Di Homestay Tok Ani. Homestay Tok Ani ada FB pages boleh search dan juga WhatsApp 011-33606078.