PKPB Di Daerah Seremban dan Banjir Kilat - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: PKPB Di Daerah Seremban dan Banjir Kilat

4 November 2020

PKPB Di Daerah Seremban dan Banjir Kilat

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

PKPB Di Daerah Seremban dan Banjir Kilat. Wah! lamanya Mrs. A tak bermonolog di blog. Ntahlah! apa kes mood merudum takde motivasi nak menulis kot. Bukan setakat di blog di lain-lain social media Mrs. A pun sama jer... sendu. Today paksa jugaklah menulis up-date seorang Mrs. A. Tiada apa yang menarik pun sajalah nak share esok daerah Seremban dah kena PKPB. 

PKPB di Daerah Seremban. 

PKPB
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat #PKPB

Hurm... tak tahulah nak suka ke nak sedih ke yang pasti Mrs. A kena bekerja seperti biasa essential services lah katakan. Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran pun dah siap sediakan format surat pengecualian PKPB so staff yang rasa-rasa berkeperluan kenalah print out sendiri. Mana yang rasa-rasa susah nak print out sendiri mintalah tolong kengkawan ha! gitttewww.... PKPB kali nih! takdelah haru-biru atau pun huru-hara sangat macam yang sebelum ini. Alhamdulillah pengalaman telah mengajar kita apa erti PKPB eeececewahhh!!! muahhhaaaaa...

Belum pun bermula PKPB di daearah Seremban ni satu lagi trajedi telah melanda rakyat Negeri Sembilan iaitu banjir kilat. Pagi tadi hujan lebat sangat lama pulak tu tapi Mrs. A tak sedar pun officemate yang cakap. Haish! teroks punya Mrs. A tidur tak hengat dunia. Patutlah Mrs. A tengok porch kat luar rumah tadi basah ingatkan hujan biasher-biasher jer... rupanya hujan luar biasa yang telah menyebabkan banjir kilat.

Banjir Kilat di Daerah Seremban.

banjir-kilat
Banjir kilat di Seremban 04112020 banyak kawasan terlibat di antaranya Mambau, Kuala Sawah, Rantau, Bolsom, Dato' Mansor, Dusun Nyior dan lain-lain lagi

Tumpang simpati kepada sedara mara sebelah Mr. A yang terlibat secara langsung dengan banjir kilat nih! iaitu keluarga PakNgah dan cousins Mr. A di area Kg Mambau dan Kuala Sawah. Trajedi sungguh! habis dalam rumah digenangi air mujurlah kereta sempat diselamatkan  ke atas jalan raya so tak kena air. Kalau tak bertabahlah nak pergi service kereta. Menurut salah seorang cousin Mr. A tu dia pun tak sempat nak selamatkan apa-apa nak gerak dari rumah bawah ke rumah atas pun air dah paras leher Allahhuakbar! dugaan sungguh. Tapi mereka tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa katanya. 

Didoakan mereka yang terlibat dalam kejadian banjir kilat ini tabah dan banyak bersabar. Pasti ada hikmah disebaliknya. Walaupun Mrs. A tak terlibat secara langsung tapi tumpang sedih dan simpati. Mrs. A tahu ada insan-insan budiman yang membantu. Mrs. A ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang telah membantu samada dari segi wang ringgit mahupun masa dan tenaga. Semoga kalian semua dilimpahi rahmat dan rezeki selalu hendakNYA. InSyaAllah. 

Okay itu sahaja nak share kisah PKPB Di Daerah Seremban dan Banjir Kilat.




24 ulasan:

  1. Oh ada baca dalam whatsapps.
    Harap tiada terkorban.

    BalasPadam
  2. Walau cuma bajir kilat tetap namanya banjir kan MrsA. Bahaya atau risikonya tetap ada. Moga dipermudahkan semua urusan mangsa yang terlibat.

    BalasPadam
  3. Tu dia..Dah macam tenggelam dalam teh susu. Semoga semuanya tabah dan kuatkan semangat.

    BalasPadam
  4. Harap2 banjir kilat tu dah berlalu pergi.

    BalasPadam
  5. semoga di permudahkan urusan dan tabah dalam menghadapi dugaan

    BalasPadam
  6. Terbaca juga dekat twitter. Semoga semua yang terlibat kuat dan tabah hadapi dugaan ni.

    BalasPadam
  7. hah seremban plak kena PKPB..stay safe..oh ada banjir juga ye...kt hulu langat pn ada banjir..umh pakcik husband air naik..smoga mereka tabah hadapi dugaan ni

    BalasPadam
  8. Semoga bertabah pada mereka yang terksesan

    BalasPadam
  9. family saya baru je balik dari jelebu, terus dengar PKPB kat seremban.. nasib baik sempat balik..

    BalasPadam
  10. innalillahi wainnalillahirajiun., semoga dipermudahkan mangsa banjir dan mangsa covid semua., aminn

    BalasPadam
  11. Bertabahlah pada mereka yang terkena. Banjir kilat ni, air memang naik laju. Kadang kita dengan kelam kabut lagi, tau mana satu nak selamatkan, dengan dokumen penting lagi, anak-anak lagi, kalau berlaku waktu malam. Pengalaman sendiri dulu.

    BalasPadam
  12. Penang pun dah starts pkpd :( hope covid ni cepat terhapus :(

    BalasPadam
  13. Semoga dipermudahkan segala urusan Mrs A dan semua yang terlibat dengan banjir kilat di daerah Seremban tu

    BalasPadam
  14. semoga kita tabah dgn segala ujian yg mendatang..kami di sini dah 3 minggu berPKPB..life as usual..take care!

    BalasPadam
  15. semoga dipermudahkan segala urusan dlm menghadapi bencana alam n PKPB ini.

    BalasPadam
  16. Semoga dipermudahkan urusan Mrs A. Rumah parent Fizah kat Rasah Jaya. Dah lama tak balik. Rindu dengan diorang :(

    BalasPadam
  17. Hati-hati bekerja ye Mrs. A. Take care

    BalasPadam
  18. Terkejut juga dengar berita Seremban banjir kilat. Naik sampai tenggelam kereta tengok kat berita. Bermacam dugaan masa PKPB ni.

    BalasPadam
  19. Semoga dengan PKPB ni dapatlah meredakan keadaan pandemic yang kita hadapi.
    Appreciate mereka yang dlm essential service seperti Mrs A. yang kena keluar bertugas.

    BalasPadam
  20. Ya Allah..smga d permudah.. kwsan tmn bukit markisa kena jgk ke?

    BalasPadam
  21. Allah.. Semoga mereka yang terlibat diberikan kesabaran dan kekuatan melalui ujian ini..

    BalasPadam
  22. Semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan Allah. Aamiin..

    BalasPadam
  23. teruk jugak la kan banjir di seremban tu.
    sib baik la rumah mak mertua aida x terjejas. if not, camne la kami yg jauh ni nak ke sana.
    pkpb plak tu.
    now kes positif covid pun di nismilan bukan main-main byk! menakotkan.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©