Happy 7th Blogiversary - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Happy 7th Blogiversary

22 Ogos 2020

Happy 7th Blogiversary

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Happy 7th Blogiversary to Mrs. A my blog my stori. Apo ko bondo blogiversary tu hahahaa... Dari apa yang Mrs. A baca blogiversary maknanya terma yang digunakan sebagai ulang tahun kelahiran untuk sesuatu blog ha gittewww... Hari ini genap 7 tahun sudah Mrs. A menulis blog. Happy 7th blogiversary to Mrs.A my blog my stori walaupun kau sendu tapi Mrs. A tetap sayang dan bangga dengan kau love unconditionally eeecewaaahhhh.... hahhahaaa.

Happy 7th Blogiversary.
Happy Blogiversary

Pada hari ini 22 Ogos 7 tahun yang lalu entry pertama Mrs.A sebagai seorang blogger [SINI] bila baca balik kelakar pun ada ngeh! ngeh! ngeh! nampak sangat ayat-ayat seorang blogger yang belum matang. Time tu Mrs. A guna ganti nama aku. Rasanya dah dua tiga kali jugak bertukar ganti nama sepanjang 7 tahun Mrs. A berblog ni dan sehingga hari ini Mrs.A adalah yang paling serasi InSyaAllah tak akan bertukar kot dalam masa terdekat ini.

Sama jugak macam blogger-blogger lain header blog pun dah beberapa kali juga Mrs. A tukar sayangnya Mrs.A tak keep track pulak setiap kali Mrs. A bertukar header. Ada dua ke tiga je yang masih ada tapi kat dalam laptop ni jumpa dua, rasanya ada satu lagi tapi gambar tu dalam pc kat office la pulak.

Happy 7th Blogiversary 

Happy 7th Blogiversary
Di awal berblog header suka letak gambar sendiri 
Happy 7th Blogiversary
Pernah guna header ni juga rasanya yang ni sebelum header sekarang
Selama 7 tahun berblog banyak jugaklah ilmu blog yang Mrs. A dah kutip contohnya macam SEO, size gambar harus kecil dan sebaik-baiknya tuliskan title text dan alt text, post setting kena tulis label;permalink; search des. dalam post tak bagus kalau letak banyak sangat link, broken link kena cek berkala dan remove. Mrs. A sekadar ambil tahu sahaja dan praktikkan serba sedikit tak ambil serius sangat kalau kena keluar modal lagilah Mrs.A kedekut muahhhaaaa....

Pernah juga ada pengalaman kena reject dengan Google Adsense gara-gara excited sangat kesudahanya hampa. Kisah Mrs.A bersama GA takdelah  manis sangat 4 kali apply barulah mendapat response itu kisah pada April 2015 Mrs.A masih ingat cause siap buat post tapi post tu Mrs.A dah revert to draft. Sorrrrry.... Apply kali keempat dapat response positif time apply tu url blog Mrs.A adalah mymaziah ntah apa Mrs.A punya bebal belum approve sepenuhnya lagi dah pi tukar kepada mrsablogstori terus tidak berapa lama selepas tukar tu dapat email dari GA tak dapat nak review url mymaziah tak wujud katanya. Ha mendapat padan muka ngko Mrs. A. Tapi sekarang GA dan Mrs.A dah comolot semula tiberrr.... hahhaaaa...

Lain-lain keseronokkan berblog selama 7 tahun ini bagi Mrs A adalah dapat berkenalan dengan rakan-rakan blogger walaupun sekadar di alam maya itupun suatu kepuasan juga. Selain daripada itu boleh join segmen, giveaway, blogger contest, review, advertorial dan macam-macam lagilah pernah juga Mrs.A menang dan bertuah ada yang dapat duit, ada dapat voucher dan ada jugak yang dapat hadiah. 

Tahukah readers dan rakan blogger sekalian walaupun Mrs.A dah berblog selama 7 tahun tapikan sekali pun Mrs.A belum pernah menganjurkan apa-apa segmen mahupun giveaway dek kerana risaunya tak boleh nak commit. Pernah Mrs.A tanya LZ yang dah ada pengalaman anjur giveaway bila dia jawab susah jugak haish! lagilah Mrs.A tak nak mencuba takut tak boleh nak commit cause Mrs. A kalau buat sesuatu mesti all out. Cuma pernah sekali Mrs.A bagi hadiah buat 7  orang pengomen tegar blog Mrs.A [SINI] itupun dah fening Mrs.A memikirkan nak bagi hadiah apa terutamanya untuk WP yang lelaki itu.

Walaupun sekarang ini telah wujud pelbagai media sosial IG, FB, Tiktoks, Youtube tetapi Mrs. A rasa sangat serasi dengan platform blogger. Blog adalah satu medan untuk Mrs. A meluah rasa dan berkongsi cerita. Haish! susahlah nak cerita hanya blogger yang loyal sahaja faham kot. Rasa macam dah panjang lebar kisah Happy 7th Blogiversary Mrs. A ni dikesempatan ini juga Mrs.A dengan rendah diri memohon ampun maaf seandainya sepanjang 7 tahun Mrs.A berblog ini ada mengguris mana-mana perasaan readers samada di dalam entry blog mahupun sewaktu singgah komen-komen di blog rakan-rakan blogger. Mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Happy 7th Blogiversary to Mrs. A my blog my stori kalau nak baca lagi kisah aku seorang blogger boleh klik [SINI]







24 ulasan:

  1. Happy 7th Blogiversary Mrs A..tahniah dah comolot dgn GA semula..hehe..
    semoga terus sukses!!

    BalasPadam
  2. hepi 7th blog anniversary mrs A ittewww., semoga trus maaju n maju., aminn

    BalasPadam
  3. selamat ulang tahun blog mrsA moga semakin gigih terbitkan n3 ug osem selalu

    BalasPadam
  4. Happy 7th Blogiversary Mrs A.

    BalasPadam
  5. Tahniah
    Semoga terus aaktif mengentri

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.Syukur.Terus berkongsi di blog ya Mrs A.Eh blog Mrs A dah darjah satu la.

    BalasPadam
  7. tahniahhhh!!!!!

    keep on blogging tauuuu

    BalasPadam
  8. Happy 7th Blogiversary to Mrs. A. Teruskan berblog

    BalasPadam
  9. tahniah... semoga terus berjaya..

    Memang blog lebih best dari mana2 sosial media lain.
    KIta boleh meluah apa je.
    Tak de siapa nak marah.

    BalasPadam
  10. Tahniah dan good luck kak. Happy anniversary too. :)

    BalasPadam
  11. Happy 7th Blogiversary Mrs A..Teruskan

    BalasPadam
  12. Keep it up Mrs A!
    You always get my support.. Tiber haha

    BalasPadam
  13. Wah! Big Seven! Bukan semua orang boleh sampai sejaoh ni... syabas!

    BalasPadam
  14. Selamat atas 7 tahun blognya.. Mrs. A!

    BalasPadam
  15. Happy Happy Happy 7th Blogiversary Mrs A.

    Tahniah :)

    BalasPadam
  16. Happy 7th Blogiversary blog Mrs.A. Lama juga dah 7 tahun tu. Teruskan berblogging kak :)

    BalasPadam
  17. selamat ulang tahun. dah 7 tahun. lamanya. saya masih budak2 haha

    BalasPadam
  18. Tahniah Mrs A, Happy 7th blogiversary.

    BalasPadam
  19. wowww tahniahhh! happy 7th blogiversary!

    BalasPadam
  20. Tahniah Mrs. A. Datang sini klik iklan

    BalasPadam
  21. Happy 7th Blogiversary Mrs A..
    Semoga terus berblog..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©