Ibu Dan Anak Demam - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Ibu Dan Anak Demam

12 Februari 2020

Ibu Dan Anak Demam

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Ibu Dan Anak Demam. Last weekend Mrs. A tak ke mana-mana pun mereput je kat rumah sambil nonton movie Maleficent 2 Mistress of Evil suka citer ni cause minat kat Angie. Lagipun Maleficent 1 dulu memang Mrs. A follow so haruslah tengok yang kedua kansss... Okay berbalik kepada kisah ibu dan anak demam tu on Saturday tu we all baik-baik sahaja. Ntah macam mana petang Ahad tu  tak semena-mena air hidung tiba-tiba keluar tak dapat ditahan-tahan pastu terbersin-bersin. Time tu Mrs. A sedang kemas-kemaskan baju kat dalam almari tak tahulah kalau kat kain baju tu ada banyak habuk dan ada virus kot.

Anak yang demam tu pulak adalah si Adik. Adik pun sama jugak tiba-tiba simptom yang sama dengan Mrs..A melanda dia. Kekdahnya on Monday tu Mrs. A pakat-pakatlah dengan Adik pi klinik. So we both masing-masing tak pergi kerja dan tak pergi sekolah. Tapi keadaan Adik lebih teruk dari Mrs. A dia ada demam jugak Mrs. A cuma flu dan sakit tekak sahaja.

Ibu Dan Anak Demam.
Ibu Dan Anak Demam
Alahai kesian anak ibu duk kat luar je
Gerak pergi klinik Poliklinik Anjung Karisma di Betaria lebih kurang pukul 9.45 pagi. Sampai klinik lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi. Sampai-sampai aje aiyooyoooo ramainya umat manusia kat klinik dalam hati Mrs. A cakap ingatkan aku dan adik je yang tak sihat ghuperrrrnya ramai lagi yang lain. To kill the times Mrs. A pun ajet-ajetlah buat video masak-masak ferfeeling video creator gitttewww.... tulah bila post kat IG stories yay! or nay! sorang pun tak respon huk!huk!huk! sedehhh!

Dah terselit citer masak-masak tu nak jugaklah selit citer Mrs. A masak-masak on Saturday tu. Masak simple je selalu baca post rakan blogger Dana kisah dia masak-masak so Mrs. A nakkkk.. jugakkkk... Masak  lauk as requested by Mr. A. Memang selalu begitu kalau lauk-pauk tu biasanya Mr. A yang akan tentukan cause dia yang pergi pasar dan beli ikut selera dia. Mrs. A follow jer... cause compare siapa yang cerewet tentulah Mr. A so nak jadi mudah kita follow je yang cerewet tu ha gittewww...

Masak lauk ikan tenggiri masak kicap dengan sayur buncis.

Tenggiri masak kicap kuah tak banyak sangat
Tapi sayur buncis tu bukan Mrs. A yang masak pun muahhhaaaahhaaaa... Adik yang tolong masakkan dan dia jugak yang tolong potongkan guided by Mrs. A. Mulanya Mrs. A minta tolong Aryssa tapi tulah Saturday tu Aryssa tak tahu apa masalah dia boleh buat perangai pulak. Puas Mrs. A panggil turun mintak tolong dia tak turun-turun pun haish! sabar yolah! Mujur ada Adik rajin pulak dia nak menolong.

Kacang buncis goreng by chef Adik ikan bilis takde so rencahkan apa yang ada ajelah.
Alhamdulillah rezeki on Saturday syukuri apa yang ada itulah bahagia ececewahhh!!! Oh! ya pagi tu breakfast Mrs. A buat roti telor as requested jugak kalau ikut Mrs. A dah pi beli nasi kerabu Awe kot kat Pasar Ampangan ngeh! ngeh! ngeh!

Roti telor senang buat namanya
Eh! ni kisah apa sebenarnya ni? Hahahha... masak ke, ibu dan anak demam? dua-dua daaa... Okay berbalik kepada tajuk ibu dan anak demam settle jumpa doktor tu lebih kurang 10 minit lagi nak pukul 12.00 tengahari kalau tak silap. Mujurlah time jumpa doktor tu dia bagi dedua sekali masuk so cepatlah sikit settlenya. Time tu demam Adik agak tinggi dalam 38.9 so Adik dapat ubat demam, antibiotik, ubat flu dan jugak sakit tekak. Mrs. A pulak dapat ubat flu, demam dan sakit tekak jer... tiada antibiotik cause tak perlu doktor kata. So Adik dapat MC 2 hari Mrs. A dapat sehari je but still on Tuesday tu Mrs. A tak sihat lagi so Mrs. A terpaksalah mohon EL. By the way today, we both dah beransur sihat dan dah menjalankan routine pun iaitu seorang pergi sekolah dan seorang pergi kerja.

Okay tamat kisah Ibu Dan Anak Demam. Semoga kita semua sihat-sihat sahaja hendakNYA kalau tak sihat tu cepat-cepatlah pergi klinik jumpa doktor amik ubat. Sayangilah diri kita dahulu baharulah kita mampu untuk menyanyangi orang lain ha gittewww...




18 ulasan:

  1. Nasib baik dah sihat. Jaga diri.

    BalasPadam
  2. Alhamduiillah, beransur sihat...rajin adik, tolong masak..

    BalasPadam
  3. Semoga Mrs. A dan anak beransur sihat seperti sediakala..

    BalasPadam
  4. skarang tgh musim tk sihat..cuaca pn panas...get well soon

    BalasPadam
  5. moga terus sihat hendaknya dua beranak tu ye kak... sekarang ni memang musim orang tak sihat kot... mana-mana yang demam selesam semua cepat je ke klinik takut ada masalah penyakit lain kan...

    wah-wah akhirnya mood rajin akak dah on yek... sedap nengok menu kak, akak boleh nye masak-masak...cayok-cayok kak

    BalasPadam
  6. sibbaik bapak anak x demam khanns
    . hehehe

    BalasPadam
  7. ALHAMDULILLAH SEMAKIN BERANSUR SEMBUH JADA KESIHATAN DIRI N ANAK2..SEDAP MASAKANNYA

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Mrs A, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    BalasPadam
  9. Moga semuanya baik-baik utk Mrs A dan Adik. Risau macam-macam penyakit skrg ni kan...

    BalasPadam
  10. Dalam keadaan sekarang walau slesema biasa atau batuk sikit-sikit pun dah merisaukan.

    BalasPadam
  11. Berjemaah pula yer demamnya. Moga segera sembuh.

    BalasPadam
  12. Tinggi betul suhu Adik ye. Sekarang kalau tak sihat kena cepat2 pergi check

    BalasPadam
  13. semoga diberi kesihatan yang baik buat Mrs A dan anak..
    Sedap-sedap menu tu..

    BalasPadam
  14. tinggi betul suhunya... harap ketika ni adik dah sembuh sepenuhnya

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©