Ogos 2019 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Ogos 2019
Road To KSR Mini Karnival - pt 2

Road To KSR Mini Karnival - pt 2

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Road To KSR Mini Karnival - pt 2. Okay sambung lagi kisah road to KSR mini karnival Mrs. A. Kali ini Mrs. A telah turut serta dalam selection netball untuk mewakili team HQ pula. Oleh kerana ramai sangat yang berminat untuk mewakili team HQ kekdahnya pengurusan KSR telah mencadangkan supaya diadakan inter game HQ iaitu di antara Wing A vs. Wing B. Apakah itu Wing A dan Wing B? Maksudnya bangunan office ni terbahagi kepada dua iaitu Wing A dan B so sesiapa yang department mereka duduk di Wing A dikira wakil Wing A dan begitu jugalah sebaliknya untuk Wing B.

Masing-masing nampaknya bersetuju dengan cadangan tersebut dan sambutan memang sangat menggalakkan. Sebelum inter game tu Wing A adalah dua tiga kali telah turun training bersama team coach. Team coach tu kira team campur-campurlah sesiapa yang berminat nak join boleh je turun ha gittew...

Road To KSR Mini Karnival - pt 2

Kejadian pada 05072019 training malam di Center Court, Paroi.
Road To KSR Mini Karnival - pt 2
Dah habis training wajib bergambar dulu sebelum pulang
Road To KSR Mini Karnival - pt 2
Macam-macam perangai macam-macam gaya ngeh! ngeh! ngeh!
Road To KSR Mini Karnival - pt 2
Agak-agak uols siapakah di antara semua tu master mind untuk pose-pose nih! muahahaaaaa....
Pada 12072019 tu we all bertukar tempat training pulok! kali ni di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi a.k.a KOMBES.

Road To KSR Mini Karnival - pt 2
Pukul 9.00 malam baru boleh on spotlight kata petugas tu sambil sound we all. "kan sebolah tu! surau bolum habis Isyak lagi tak dapek nak on pukul 8.45 doh! kato ea." Baik Tuan kami ngerti muahhaahaaha....
Road To KSR Mini Karnival - pt 2
Training bersama team KPJ dan Felix
Kemudian selepas tu we all start training petang pulak di Center Court, Paroi cos join training bersama team netball Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang akan menyertai Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (MALA) 2019 di Melaka katanya. Haish! eloklah tu MPS road to MALA dan Mrs.A pulak road to KSR mini karnival.

Road To KSR Mini Karnival - pt 2
Haish! ni je muka-muka yang rajin training ha! kalau petang memang macam-macam sikit depa tu tau 26072019
Itu kisah training team Wing A kiranya team Mrs. A lettew. Tapi kalau team Wing B pula lain kisahnya. Apa yang Mrs. A difahamkan mereka training pada setiap petang Selasa dan Khamis 4.00 hingga 5.00 petang. Untungler... depa tu bos-bos sporting bagi kelonggaran untuk training di waktu kerja. 

Setelah masing-masing begitu bersemangat training maka hari yang ditunggu-tunggu pun tiba iaitu hari selection untuk wakil team HQ. Selection tersebut telah diadakan pada 07082019 bertempat di Center Court. Paroi bermula jam 4.30 petang. Pada mulanya Mrs. A mencadangkan diadakan 4 set games. Tapi boleh pulak mereka tak setuju katanya otai-otai tak larat nak bermain lama-lama. Kekdahnya diadakan dua set sahaja iaitu 10-3-10 [10 minit masa bermain rest tiga minit sambung lagi 10 minit] dan sekali lagi 10-3-10 settle.

Adooiii! la tak puas tau main, nak selection pun susah hahahhaaa... Kekdahnya yang lain-lain dah biasa main tu lepas tu pulun main lagi dengan team coach yang datang petang tu ha barulah mereciks peluh lepas tu. Eh! poyo la ko Mrs. A oiii!!!

Road To KSR Mini Karnival - pt 2
Wing A yang turun selection
Road To KSR Mini Karnival - pt 2
Wing B dan Wing A bergambar bersama we are HQ team ngeh! ngeh! ngeh!
Ha! cer tengok tu ramaikan team HQ yang nak jadi wakil team untuk vs. dengan daerah-daerah. Itu pasallah Pengurusan KSR minta diadakan selection terlebih dahulu.

Jeng..jeng...jeng... nak tahu tak siapa yang telah berjaya mewakili team HQ? Hurmmm... to be continue ya... kisah Road To KSR Mini Karnival muahahhaaaa.....



Perlawanan Persahabatan Bola Sepak PBPBNS dengan BH Massa

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak PBPBNS dengan BH Massa

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak PBPBNS dengan BH Massa. Perlawanan persahabatan tersebut adalah di antara Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Negeri Sembilan (PBPBNS) dengan BH Massa. Actually PBPBNS ini baru sahaja ditubuhkan dan Mr. A adalah salah seorang wakil yang telah dilantik sebagai AJK oleh persatuan. Mulanya Mrs. A ingatkan Mr. A main-main jer... Saturday tengahari time Mrs. A tengah masak, Mr. A cakap "esok saya ada friendly match dengan TV3 ada Abu Bakar Atan sekali tau datang". Hahahha... yo yo ooo jer... awak ni kata Mrs. A pulak. Betul la tak caya esok jom turun padang Rahang katanya.

Hurm... last weekend memang takde ke mana-mana pun dedua hari tu Mrs. A kena memasak lunch. Sunday tu awal betul dah siap masak al-maklumlah ex-player NS ni order nak makan awal cos petang nak beraksi di padang katanya muahhahaaaa... Mrs. A pun layankan ajer... Awal petang tu Mr. A keluar dulu cos dia kena pergi meeting terlebih dahulu di wisma PBNS. Aryssa, Adik dan Mrs. A keluar dah lewat petang dalam pukul 4.45 cenggitu.

Sudah agak lama Mrs. A tak singgah ke padang Rahang a.k.a Rahang Square ni ntah bila ia bertukar wajah pun Mrs. A tak perasan. Rumput di padang Rahang ni dah ditukar ke rumput sintetik kemudian dah ada grand stand jugak. Wah! terbaik gittew...

#pbpbns
Mr. A bergambar bersama Abu Bakar Atan
#pbpbns
Old friend Satwan Singh (Setiausaha PBNS sekarang) and Mr. A
#pbpbns
Sebelum memulakan perlawanan, sesi warm-up and chit-chatting
#pbpbns
Ahli-ahli Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Negeri Sembilan (PBPBNS) bergambar bersama pihak Pengurusan dan lain-lain official yang terlibat
#pbpbns
PBPBNS vs. BH Massa
#pbpbns
1st eleven kata Satwan Singh. Comel-comel sangat dah semua yang berjersi kuning tu ngeh! ngeh! ngeh!
 #otaimasihberbisa
#pbpbns
Semangat betul yang No 23 tu hiks!
Agak-agak readerslah siapa yang menang dalam perlawanan persahabatan pada petang itu? ngeh! ngeh! ngeh!

#pbpbns
Dua orang supporter yang begitu excited pada petang tu muahhahaaaa....
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak PBPBNS dengan BH Massa pada petang itu berjalan lancar cuaca pun sangat baik. Walaupun di awal-awal tu ada tanda-tanda macam nak hujan tapi tak hujan pun cuma drizzling aje itu pun sekejap sangat. Masa perlawanan mereka pun takdelah ikut sangat 45 + 45 tapi tambah lagi selepas tu dalam 30 minit ialah ramai bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan yang turun petang tu so semua mereka dengan sportingnya turun bermain.

Di separuh masa pertama PBPBNS lead dah 3 kosong tapi tulah bila sampai di separuh masa kedua BH Massa bermain laju so apa lagi tak terkejar yeop! hahhahaa... akhirnya BH Massa berjaya menyumbat gol sehingga 7 manakala PBPBNS pulak hanya mampu menambah 2 gol sahaja. Kekdahnya keputusan pada petang itu adalah 7 BH Massa berbalas 5 PBPBNS. Okaylah tu walaupun dah otai-otai tapi masih berbisa gittew...


Giveaway-01 by Ematunz

Giveaway-01 by Ematunz

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com. Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.

Klik gambar dibawah untuk join:
Mrs. A join giveaway

Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw


Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat. 

Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.

Mrs. A join giveaway

Mrs. A join giveaway

Mrs. A join giveaway

Mrs. A join giveaway

Mrs. A join Giveaway-01 by Ematunz


AIDIL ADHA 1440H

AIDIL ADHA 1440H

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

AIDIL ADHA 1440H. Hari raya Aidil Adha 1440H pertama kali mak Mrs. A buat menu sate gara-gara terjebak dengan besan Kelantan beliau hiks! Buat sate ni kekdahnya taklah susah sangat cumanya leceh banyak step nak kena buat.

aidil-adha
Adik sedang menolong Paksu siang daging dan ayam, Along pulak tukang perati jer... haish!
aidil-adha
Ini bahan-bahan perapannya bawang merah 1kg, serai, halia, lengkuas dan bawang putih lain-lain kena letak air gula dan campur sedikit gula kabung
aidil-adha
Dah perap lebih kurang tiga-empat jam proses mencucuk pun bermula
aidil-adha
Dah settle cucuk inilah hasilnya ayam tiga ekor dan daging 3kg
Dah habis cecucuk tu we all tak bakar pun simpan terus dalam fridge ialah plannya nak makan untuk pagi raya so pagi besok tu selepas subuh barulah b.i.l a.k.a Paksu memulakan tugas sebagai pembakar sate ngeh! ngeh! ngeh!

aidil-adha
Adik menolong Paksu membakar sate, subuh sepieiiii... dah bakar dah
Bila dah siap bakar 1st trip tu semua rasa dulu jeng...jeng...jeng... alhamdulillah sedap ada rasa sate gitteww.... 

Hari raya Aidil Adha tahun ini Mrs. A sekeluarga tak balik Jiboi pun selepas solat raya tu macam tahun-tahun sebelum ni. Because m.i.l dan adik-beradik Mr. A datang beraya ke kampung. Ini gara-gara Mrs. A lahhh.. jugak ngeh! ngeh! ngeh! pergi post gambar Adik sedang mencucuk sate kat grup WhatsApp family terus bila Along abang ipar Mrs. A tengok. Pagi raya tu katanya kat grup WA sate ada lagi tak? Orang Jiboi on the way nak pi beraya Lubok China ni hahahaa... 



aidil-adha
Haish! malu-malu pulak mak Limah tu borak dengan besan jiboinya a.k.a mak Bedah
aidil-adha
Sate ayam yang dah siap bakar tu
Time family Jiboi datang tu Mr.A dengan Along anak sulung Mrs. A takde kat rumah pun depa kat masjid pi tolong korban ada 5 ekor lembu korban yang nak kena sembelih. Tapi m.i.l dah siap-siap call Mr. A kata dia on the way nak datang raya Lubok China ialah manalah tahu kot-kot selisih jalan la pulok! haru-biru-celaru pulak jadinya nanti. Family Jiboi datang 2 kereta je family Along dan Alang yang lelain tu beraya kat the other side so terlepas la konvoi ke kampung Mrs. A. Unfortunately Mrs. A langsung tak snap-snap gambar haish! langsung tak ingat time tu ralat sungguh rasanya. Dua gambar kat atas ni pun Along abang ipar Mrs. A yang snap blurrr pun blurrlah at least ada jugaklah dua ketul.


aidil-adha
Ni je ha rupanya gambar raya Aidil Adha yang ada snap sendiri-sendiri je
AIDIL ADHA 1440H. Tingkatkan pengorbanan, suburkan keikhlasan. Maaf zahir dan batin.



Road To KSR Mini Karnival - pt 1

Road To KSR Mini Karnival - pt 1

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Road To KSR Mini Karnival - pt 1. Okay meh! sini Mrs. A nak sambung lagi kisah road to KSR mini karnival yang akan diadakan penutupnya pada 05102019 nanti. Bagi pertandingan bowling yang Mrs. A turut serta itu Alhamdulillah telah pun berjalan dengan lancarnya pada 03082019 yang lalu.

Tempat kejadian pertandingan bowling KSR mini karnival tersebut adalah di Ole-ole Ampang Superbowl, Seremban Prima. Roll of bermula lebih kurang pukul 2.00 petang. Cara permainan adalah tiga games untuk setiap orang. Satu team terbahagi kepada 4 orang. Team A dan Team B, macam yang Mrs. A dah pernah cerita sebelum ni. Markah dikira mengikut jumlah pointer kedua-dua team, iaitu Pointer Team A campur pointer Team B. So you have to work as a team, takde makne individualistik di sini hokeh! ooopsss!

Road To KSR Mini Karnival - pt 1.
Road To KSR Mini Karnival - pt 1
Team B HQ (syaratnya 2 lelaki dan 2 perempuan)
Road To KSR Mini Karnival - pt 1
Kredit photo to Is
Sesiapa yang follow IG Mrs. A mesti dah tahu team mana yang menjadi johan kans... ehem! ehem! Pada hari kejadian tiada sebarang hadiah disediakan cuma ada souvenir aje untuk semua peserta. Hadiah-hadiah akan diberikan sewaktu hari penutup karnival nanti iaitu pada 05102019.

Kalau tengok gambar ni macam we all aje yang bertandingkan actually haruslah ramaikan dari kesemua daerah. Tapi tulah tak rajin nak up-load gegambar dari FB. Semua daerah sporting dan nampak friendly sangat cos baju kebanyakkan ada tema ikut team masing-masing termasuklah team HQ. Rasanya baju team HQ paling gempak cos depan belakang ada tulis siap nama lagiks! Beribu-ribu terima kasih Mrs. A ucapkan buat Pengurus team HQ dahlah shantik bertambah-tambah awesome kerana sudi sponsor baju untuk team HQ eh!

Road To KSR Mini Karnival - pt 1.
Road To KSR Mini Karnival - pt 1
My crosslane partner hiks! Actually mereka base di HQ tapi telah diimport oleh Daerah Rembau
Road To KSR Mini Karnival - pt 1
Yeay! we are the champion #teamhq
Road To KSR Mini Karnival - pt 1
Alhamdulillah dapat kumpul 5 point sebab Johan
Naib johan adalah milik Daerah Seremban, tempat ketiga Daerah Port Dickson dan tempat keempat adalah Daerah Rembau masing-masing dapat kumpul 4 mata, 3 mata dan 2 mata untuk daerah masing-masing. Kesemua mata akan dikumpul sehinggalah tamat kesemua acara dan permainan yang dipertandingkan. Lagi banyak johan dapatlah kumpul lebih banyak mata untuk daerah masing-masing.

Supaya tak lupa pointer Mrs. A tiga empat tahun akan datang so meh! tepek sini ngeh! ngeh! ngeh!
Road To KSR Mini Karnival - pt 1
Pointer HQ A tu tak clear sangat sebab Mrs.A besarkan
Alhamdulillah event berjalan dengan lancar dan happy-happy nampaknya semua peserta. Dah petang dah time tu lebih kurang pukul 5.30 petang so perut pun dah lapar. Kekdahnya Mrs. A pun singgah makan dulu sebelum pulang.

Road To KSR Mini Karnival - pt 1
Makan di TCRS as requested by Aryssa.
Thank you Aryssa cos teman ibu pergi membowling merangkap photographer jugak. Tamat kisah bowling untuk road to KSR mini karnival.

Di kesempatan ini juga Mrs. A nak ucapkan selamat hari raya Aidil Adha buat readers blog picisan Mrs. A. Sesiapa yang membuat korban tu Mrs. A doakan semoga korban kita semua diterima olehNYA. Today Mrs. A amik annual leave so lepas kids balik sekolah plan nak balik kampung dah. So blog pun akan bercuti jugak ngeh! ngeh! ngeh! Buat readers yang balik kampung tu berhati-hati di jalan raya ingatlah orang yang tersayang dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing

Road To KSR Mini Karnival - pt 1.Later Mrs. A continue kisah netball pula ya!




Traditional Funeral Flowers | Little Flower Hut

Traditional Funeral Flowers | Little Flower Hut

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Traditional Funeral Flowers | Little Flower Hut. 

One way to show your concern and sympathy to the bereaved family for the loss of a loved one is by sending or by giving the gift of flowers. Funeral flowers are appropriate for this sad situation. There are plenty of choices for Flower Delivery and your Florist can help you pick the best type of traditional funeral flowers to convey and express your condolences and sympathy. Here are the most appropriate types of flowers traditionally used for the funerals.

Little-flower-hut

  •  Lilies
Lilies are one of the universal flowers that can be used for about any occasions. Moreover, this flower is also a traditional funeral flower because it symbolizes restored innocence. Its colour, beauty, and endurance also make it an ideal flower to use on funeral basket, casket sprays, and standing sprays. The flower shop has appropriate design created by the florist for this purpose.
  •  Gladioli
Symbolic of strength, moral integrity, and good character, the flowers of Gladioli are also ideal for funeral flowers. A flower arrangement of Gladioli offers a message of honour and tribute to the deceased person and conveys message of sympathy to the family left behind.
  • Chrysanthemums
To other countries like Spain, France, and Hungary, the only flower they have for funerals is the flower of Chrysanthemums. This flower is also widely used in Asia to symbolize grief. In Singapore, the online florist creates beautiful designs and arrangements of funeral flowers using chrysanthemums to show positive tribute to the deceased person.

little-flower-hut

  •    Carnations
Carnations are a very popular choice when it comes to funeral flowers. The pink ones symbolize loving remembrance and memories while the white carnations speak of purity and love. Sending or giving a florist delivery of Carnations in appropriate design is a thoughtful way of expressing sympathy and condolences to the family. 
  •    Peace Lily Plant
The flower of Peace Lily Plant symbolizes harmony and peace, as well as innocence after death. It is best given as plant in pot or planter. 
  •    Orchids
The flowers of Orchids are used widely for funeral flowers and sympathy flowers. The white Orchids symbolize eternal love while the pink and violet ones speak of mourning.

These traditional funeral flowers are suitable for special Flower Delivery of funeral flowers. They are symbolic of the peace and rest and eternal love that the family wishes for as they face the grief and as they mourn for the loss of a love one. 




Road to KSR Mini Karnival

Road to KSR Mini Karnival

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Road to KSR Mini Karnival. Kat office Mrs. A sekarang ini musim demam bersukan telah melanda macam-macam jenis sukan dan permainan ada, pilih aje mana-mana nak tapi tulah sesiapa ahli KSR yang nak join tu kena ha bayar seploh hengget. Hurm... takpelah seploh hengget pun sploh hengget la Mrs. A okay jer...

Oleh kerana KSR tidak menghadkan berapa banyak jenis sukan atau permainan yang ahli hendak turut serta so kekdahnya Mrs. A telah melibatkan diri dalam dua jenis permainan iaitu bowling dan satu lagi tak lain dan tak bukan semestinyalah netball.

Cara sukan dan permainan dimainkan adalah mengikut base office masing-masing. As for Mrs. A  wakil HQ lah cos base Mrs. A adalah di HQ. Buat mereka yang duduk di Daerah pula haruslah mewakili Daerah masing-masing ha gitteww..... Daerah-Daerah yang terlibat adalah Daerah Seremban, Daerah Port Dickson, Daerah Rembau, Daerah Tampin, Daerah Jempol, Daerah Kuala Pilah dan Daerah Jelebu.

Road to KSR mini karnival untuk bowling tu ramai sangat yang berminat nak wakil HQ huhuhuu... kekdahnya organiser decided supaya mengadakan selection terlebih dahulu. Biar fair and square, nanti harapnya takdelah yang masih tidak berpuashati sebab tak dapat main lawan daerah-daerah. So Mrs. A pun tak terkecualilah kan gigih tau pi selection bowling kat Mydin S2.

We all bersaing di frame yang sama
Gang netball jugak
Ha! cer teka Mrs. A berjaya tak?

Actually ada lagi sheets keputusan ni tapi yang ni pointer yang hebat-hebatlah #hebatlahsangat
Untuk bowling setiap daerah termasuk HQ mesti hantar dua team. Satu team empat orang. Kena pilih 5 lelaki dan tiga perempuan. Team A 3 lelaki 1 perempuan dan Team B 2 lelaki dan 2 perempuan. Kalau tengok list tu lelaki yang terpilih dah tentulah yang no 1 hingga 5 walaupun pointer 5 dan 6 sama tapi ikut rule yang mata games terakhir akan dipilih sebagai penentuan. So yang terpilih adalah no 5 tu. Tiga orang perempuan wakil HQ yang terpilih adalah no 12, no 13 dan no 16. Hehehehee muka ada senyum. Alhamdulillah Mrs. A terpilih untuk wakil HQ bagi team bowling.

Hari kejadian pertandingan bowling tu adalah esok. Tolong doa-doakan team HQ menang ya. InSyaAllah. Okaylah Road to KSR Mini Karnival to be continue. Kisah netball pulak later dan jugak keputusan bowling tu.




MRS.A my blog my stori ©