Balik Kampung Makan Buah Durian dan Rambutan - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Balik Kampung Makan Buah Durian dan Rambutan

10 Julai 2018

Balik Kampung Makan Buah Durian dan Rambutan

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Balik Kampung Makan Buah Durian dan Rambutan

Friday petang mak Mrs. A dah calling-calling tanya balik kampung ke tidak? Mulanya Mrs. A macam malas nak balik cos Saturday morning tu Adik ada taklimat di sekolah dan sebelah petang pula ada jemputan ke open house di Taman Tuanku Jaafar. 

Tapi macam tak sampai hati nak hampakan hati emak tersayang beria benar dia suruh balik makan durian katanya. Durian dah mula gugur dan juga buah rambutan dah masak. Hurm... serius touching iols. Jadinya Sunday dalam tengahari Mrs. A & kids pun balik kampung dan malamnya selepas maghrib balik semula ke Seremban.

Emak Mrs. A memang faham yang anaknya ni suka sangat makan serawa durian dengan pulut, dengan roti pun layan juga tapi lebih suka dengan pulut. Biasanya emak Mrs. A akan buat dengan portion yang banyak cos Mrs. A akan makan berulang-ulang kali bukan Mrs. A sorang aje cecucunya pun sama.

Serawa in the making satu periuk besar gitew.... pakej tapau bawa balik Seremban hehehe...
Adeh! tengok gambar tu dah rasa nak makan lagi ha kah! kah! kah!
Tak berapa lama setelah sampai kat kampung tu. Mrs. A dan Aryssa pun pi la jalan-jalan cari durian. Actually Mrs. A jarang jalan-jalan kat area bawah ni (area pokok-pokok buah) kalau bukan musim buah. Al-maklumlah banyak nyamuk nanti tergaru-garu gatal huhuhuu... tapi sebab durian punya pasal nyamuk jer... pun. Apa ada hal!!!

Melaju Aryssa nak pi cari durian

Hasil petang tu dapatlah dalam dua bakul ni
Sambil kutip-kutip durian tu terperasan pulak ayam-ayam ni dah besar kejadiannya. Tiga empat bulan lepas mak Mrs. A dah membela ayam untuk makan sendiri. Time Mrs. A ikut beli dulu ayam-ayam ni kecik lagi sekor harga dia dalam 3 hengget tak silap. Sekarang ni dah besar kekdahnya dah banyak kali juga dijadikan rendang. Ayam-ayam ini daging dia dah pejal sebab dibagi makan jagung dan lebih-lebih nasi so kalau buat rendang memang sedap dah rasa macam ayam kampung giteww...

Hai!!! cik yam dah besar gedompol awak ya...
Adeh! sakit tengkuk den
Rambutan merah yang dah masak meranum. Tapi tulah kena jaga-jaga cos monyet rajin datang mencuri.
Tahun ini buah-buah kat kampung Mrs. A memang menjadi, berbeza dengan tahun lepas apa pun takde tu yang buah durian pun jadi mahal tu. Tapi tahun ini sana, sini, situ semuanya berbuah terutama sekali buah durian dan rambutan. Buah-buah tu kalau nak berjual kat kampung tu memang tak laku ler.... dah satu kampung masing-masing ada pokok durian dan juga pokok rambutan. Itulah macam semalam adik Mrs. A WhatsApp kata jiran sebelah bagi durian walhal durian we all pun ada banyak. Katanya takpelah rumah we all ramai yang tukang makan ngeh! ngeh! ngeh!

Alhamdulillah syukur semoga rezeki tersebut mendatangkan pahala amal jariah buat arwah abah Mrs. A kerana pokok- pokok ini dahulu arwahlah yang menanamnya. Al-fatihah buat arwah abah Mrs. A Azalli bin Hj Juri.

16 ulasan:

  1. Bestnya bila ada banyak pokok buah..kat kampung SA hanya rambutan dan manggis jer berbuah,,durian macam merajuk x nak berbuah dah..ada pun x menjadi sebab di gugurkan dek monyet..eh kat mana kampung mrs A ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat Linggi Lubok China sempadan Melaka - NS

      Padam
  2. Ya Allah, sodapnya durian and rambutan. Nak sket 😂

    BalasPadam
  3. Sekarang dah musin buah2an tempatan.
    Musim buah tahun ni memang menjadi.

    BalasPadam
  4. Puas hati dapat makan durian hasil kampung..
    Alhamdulillah LZ dapat juga makan durian orang belanja semalam, hehehe

    BalasPadam
  5. campakkanlah sebiji durian utk sy ni haaa da lama x mkn durian sob sob...

    BalasPadam
  6. jealous gila ada pokok durian
    puas makan
    nak beli mau beribu kalau satu bakul tu
    hahaha

    BalasPadam
  7. Memang meriah betul musim buah kali ini.. Merata-rata buah durian menjadi.. Memamng terasa banyaklah sebab ada peniaga dah mula jual longgok.. Agaknya timbang dah tak jalan kot..

    BalasPadam
  8. Bestnyaaaa. Kita nak makan durian kena beli. Huaaa

    BalasPadam
  9. memang puas hati la makan segala buah tempatan pd musim ini..

    BalasPadam
  10. Sedapnye serawa durian tu kak! Bestnye ade kampung.

    BalasPadam
  11. waaaa.. terbaek.. durian n rambutan febret ejulz. hehe

    BalasPadam
  12. Mak rindulah tu dengan anak cucu .....Dia tau anak dia suka serawa doyan. Emak emak mmg gitulah kan .... nampak benda kegemaran anak, teringat kat anak....

    Bersih dusun doyan tu MA senang nak cari doyan....
    Bab nak makan buah mmg tak de hal, tapi kalau kena petik tu yg jadi hal hihi

    Jariah utk arwah jugak tu. Banyak pahala yg arwah dpt kat sana

    BalasPadam
  13. kalau dekat memang dah pergi jadi tukang makan gak

    BalasPadam
  14. bestnya.. tahun ni durian memang menjadi..

    BalasPadam
  15. pueh hati dapek mkan durian kek dusun sendiri.. merah2 rambutan tu haa. goram den

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©