Team Raya Seremban - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Team Raya Seremban

13 Julai 2017

Team Raya Seremban

As Salam and greetings to dear readers. 

Team Raya Seremban.

Team raya Seremban adalah team beraya side Mr. A. Tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelummnya cos hanya pada 3 Syawal barulah Mrs. A berkesempatan berhari raya ke Jiboi iaitu rumah parents in law Mrs. A huhuuhu... maafkan anakanda ayah dan bonda tidak pulang di 1 Syawal seperti selalu. Kisahnya klik SINI

Alhamdulillah emak dan abah punya reaksi adalah seperti biasa tidak kelihatan pula muka sentap mereka atau apa-apa yang sewaktu dengannya [dalam hati mereka hanya Allah yang tahu ooopppsss]. Time ini juga Aryssa tak nak ikut. Dah puas Mrs. A pujuk marah pun ada. Kesudahannya biarkan ajelah asalkan babahnya okay.

Sebelum tu share seketul gambar team raya Jiboi amik dari WhatsApp group family.

Team Raya Seremban
The in-laws di pagi 1 Syawal 1438 H. Mr. A and Ateh beraya side wife memasing hiks!
Back to cerita team raya Seremban. Time we all sampai di Jiboi tu ada Kaklong and family, ada S.i.l and family jugak, rupanya mereka pakat-pakat nak pi konvoi raya dan tengah tunggu family Alang sampai. Lalu A's family pun apa lagi joinlah sekaki.

Haish! seperti biasa kalau food ni mesti Mrs. A terlepas pandang nak snap-snap gambar. Walaupun time tu macam-macam juadah hari raya ada, yang dimasak oleh my sister in law. Kenapa my s.i.l yang masak??? Cos m.i.l Mrs. A baru aje discharge dari HTJS sehari sebelum raya akibat demam denggi. Itu pasallah s.i.l kena take over tugas-tugas utama di dapur. Mujur s.i.l pandai dan cekap bab-bab tu untung hubby dia. Kalau Mrs. A tak tahulah apa akan terjadi dengan dapur tu muahahhahaaa...

Sebelum konvoi gerak ke destinasi pertama. Team gegurl sempat wefie-wepot terlebih dahulu ngeh! ngeh! ngeh!

Team Raya Seremban
Nieces - Kehna and KakNgah
Team Raya Seremban
The biras and nieces
Team Raya Seremban
Ferfeeling retis katanya
Team Raya Seremban
dan..dan lagi ferfeeling retis katanya
Destinasi pertama yang team raya Seremban beraya adalah rumah PakNgah di Mambau. Time tu PakNgah dan MakNgah nak pi open house bila tengok we all datang mereka pun jemput masuk takpelah open house tu petang-petang nanti pun boleh katanya.

PakNgah adalah abang kepada f.i.l kiranya bapa sedara Mr. A le... kalau A's family datang 1 Syawal kebiasaanya masih ramai anak-anak dan cecucu Pak/MakNgah ada kat rumah. Tapi pada 3 Syawal tu cuma ada PakNgah dan MakNgah aje yang lain-lain dah pi beraya kat masing-masing punya pihak sebelah pula kata PakNgah. Tidak bergambar pun, seganlah orang tua uols nak diajak bergambar huhuhuuu..... macam tak sessuai pula lagipun ada orang lain yang datang beraya tak berapa lama selepas team raya Seremban nak gerak ke destinasi lain pula.

Selepas ke Mambau team raya Seremban seterusnya pergi beraya ke Rantau pula betul-betul kat pekan Rantau iaitu rumah sebelah stesen minyak Shell. Kali ini rumah family kak Ros dan abang Kadir pula. Kak Ros adalah cousin Mr. A. Kat rumah kak Ros dan abang Kadir team raya Seremban bergambar sakan ini sebab tuan rumahnya sporting habis siap bukakan lampu katanya bagi gambar terang lagipun time tu kena tunggu hidangan utama sedang prepared muahahhahhaaa....

Team Raya Seremban
The gegurls kan suka bergambar ada pun sorang je the boy yang tu Abang Long S

MakNgah pun nak jugakkk....
Kemain Along rilex habis
Aiitt..aiittt... teringin nak ada baby ker...?
Setelah kenyang perut dan habis berfoya-foya di rumah kak Ros dan abang Kadir destinasi ketiga yang team raya Seremban tuju adalah ke rumah Pakteh. PakTeh juga adalah abang kepada f.i.l rumahnya terletak di Taman Tuanku Jaafar. Alhamdulillah Pakteh ada di rumah.

Sesampai aje terus Makteh bertanya kat Mrs. A. "Pakteh kau sibuklah tanyo apsal agak ea dak Asai [panggilan manja Mr. A hiks!] tak datang deh satu hari ghayo aritu, selalu camni dah sampai deh dah ni???" Belum sempat Mrs. A nak jawab Mr. A dah jawab dulu "kereta ada problem sikit time tu". Dalam hati Mrs. A yang problem tu keta aku bateri kong, keta dia okay jer... namun begitu tetap jugaklah Mrs. A pun sambung bohong sunat sambil mengiyakan "a'ah Makteh keta bateri kong pulak tu yang tak dapat datang satu hari raya aritu". Sambil we both berpandangan sesama sendiri huhuhu...

Selepas rumah Pak/Makteh destinasi seterusnya rumah keempat adalah ke rumah Mak Anjang iaitu rumah arwah Pak Anjang adik f.i.l rumah mereka pun sama di Taman Tuanku Jaafar juga tapi fasa yang berlainan.

Kemudian rumah kelima masih lagi di taman yang sama iaitu Taman Tuanku Jaafar rumah Pak Noh pula tapi wife dia we all panggil Maksu. Time ni dah petang sangat ingatkan dah nak terus pulang eh! tidak lagi uols.

Ketua konvoi kata iaitu Along my b.i.l yang sulung terlanjur dah raya nih habiskan aje semua rumah waghih kodim kito. Last sekali rumah Pak Kutai dan Mak Dah yang ini abang f.i.l rumah mereka adalah di Kampung Panchor nun jalan nak ke Kuala Pilah sana.

Puas betul beraya dengan team raya Seremban tapi itulah f.i.l pun sporting dia layankan aje asalkan dia selesa nak bersolat. [m.i.l tak ikut pun ialah diakan baru discharge belum 100% pulih dari denggi]. Solat Asar bersolat di rumah Pak Noh dan maghrib pula di rumah Pak Kutai dan Mak Dah. Kenapa panggil pak Kutai pun Mrs. A pelik pernah juga tanya Mr. A tapi tak ingat pulak apa jawapan dia.

Salute dengan kesemua tuan-tuan rumah yang Mrs. A pergi beraya tu walaupun we all beraya secara terjah aje tetapi juadah yang mereka hidangkan kesemuanya jenis heavy takdelah setakat kuih kering. Ada mee karilah, roti canailah, nasi himpit, lontong, mee hoon, mee goreng haish!!! pendek kata memang pesta makan-makan sungguh aka makan sampai lebam pada 3 Syawal tu. Ialah lagipun mereka memang dah agaklah kan hari raya mesti sanak-sedara datang beraya nak-nak lagi puak Jiboi ni memang suka datang konvoi huhuhu....

Okay itu je nak citer kisah team raya Seremban pada 3 Syawal 1438H yang lalu. Last sekali nak share juga gambar puan blog bersama other half nya.

Team Raya Seremban
Senyum tau jangan nak control macho sangat

The End.

16 ulasan:

  1. Sakan dia beraya...seronok kan raya...boleh jumpa ramai ramai

    BalasPadam
  2. hehehe meriah ceria semua orang ^^

    BalasPadam
  3. meriahnya raya, seronok jumpa ramai2

    BalasPadam
  4. meriahnya raya bila beraya dgn keluarga tercinta kan ...

    BalasPadam
  5. meriah raya Mrs A hehehe.. raya thn ni dpt kumpul semua yg beraya umah MIL pun pulang jugak raya ke 2 😁😁 slmt hari raya diucapkan

    BalasPadam
  6. Baca entry ini terasa kemeriahan dan keceriaan raya di N9

    BalasPadam
  7. salam syawal Mrs A...sakan naa raya tu hehe

    BalasPadam
  8. tempoh hari teraya dekat Seremban... Dapat la beraya beberapa rumah member.. itu pun yang balas msj dan sudi terima kehadiran kami sekeluarga.

    BalasPadam
  9. jemput join segmen shawal.. :)

    http://www.mohdnoorshawals.com/2017/07/segmen-bloglist-bulan-zulkaedah-1438h.html

    BalasPadam
  10. selamat hari raya
    selagi syawal masih ada..

    BalasPadam
  11. Tu diaaaa....team Soromban dah start beraya habih semua rumah sedara ditinggalkan jejak hihi...

    Tp itulah sebenarnya objektif beraya ye MA. Berziarah. Gambar bawah tu kalau MA duk atas riba baru sweet sweet ah ....

    BalasPadam
  12. Seronom beraya bila dapat berkumpul dan ziarah menziarahi..

    BalasPadam
  13. tahun depan turn beraya di kampung saya di negeri sembilan..hehe

    BalasPadam
  14. seronok dapat jalan raya ramai2 macam tu kan

    BalasPadam
  15. suki pun penah gi umah kwn di kg jiboi tu

    BalasPadam
  16. nama pun raya kan... mana yg x meriah ;-)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©