Actually dalam dilema nak publish ke tidak cerita open house & open office ini selain asyik-asyik citer berhari raya jer... macamlah dia seorang je pergi beraya tukan bimbang juga ada yang muntah hijau muahhhahhaaaa...
Time tu Mrs. A masih bahasakan diri 'aku' tak macam sekarang Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh! Actually Mrs. A pun dah tak ingat sejak bila boleh bertukar dari 'aku' kepada Mrs. A. Tapi kalau dari tidak kepada berhijab boleh baca
SINI
|
Ooopsss... ini gambar gang lunch tiada kena mengena dengan cerita muahhhahaaa. We all sengaja bergambar memanfaatkan prop hari raya Aildilfiri yang di buat oleh Dept Corporate Comm. company |
Kesimpulannya inilah dia kisah Throwback Open House & Open Office 2017.
7 Syawal bersaman 1 Julai.
Open House rumah ex-lady bos di Taman Tuanku Jaafar. Walaupun Puan U dah tak bekerja di company yang Mrs. A masih lagi bekerja sekarang ini. Tapi dia selalu aje mengajak Mrs. A serta keluarga setiap kali dia mengadakan open house. Cuma tahun ini Mrs. A pergi bersama kids je Mr. A tak dapat join cos dia ada program open house bersama rakan-rakan politiknya di Rantau.
|
Sembunyi di sebalik sebiji gelas |
|
Khusyuknya makan tak sedar ibu snap |
|
Sebelum pulang wajblah berswafoto dulu bersama Puan U |
Kata puan U
"thanks for coming and I minta maaf banyak-banyak tau. Alhamdulillah I dapat panggilan haji tahun ini doakan my husband and I dapat haji mabrur ya".
"Alhamdulillah semoga Puan dan husband selamat pergi dan selamat kembali. Sampai sana jangan lupa lambai I tau puan, I pun nak ke sana juga", balas Mrs. A.
Masih cerita open house lagi kali ini di rumah bapa saudara Mrs. A yang we all panggil Pak Busu dan Mak Busu. Open house ini waktu malam pada 21 Syawal bersamaan 15 Julai yang lalu. Walaupun depa ajak seluruh ahli keluarga iaitu adik-beradik Mrs. A dan emak tapi mereka semua tak dapat datang kekdahnya Mrs. A sekeluarga ajelah yang wakilkan.
Lagipun rumah Pak/Mak Busu ini dekat aje dengan rumah Mrs. A iaitu di Kampung Jiboi Baru. Meriah tau open house mereka ini giler... tak meriah tokey Cendol Songkok Tinggi tu.
|
Tengah-tengah adalah Mak Busu |
|
Pak Busu iaitu adik kepada arwah abah Mrs. A
|
|
The cousins tapi Aryssa tak kiralah hehehe |
|
Tudung pink tu yang cousin Mrs. A bersama husband and her kids |
|
Open house yang paling banyak cookies Mrs. A suka.... paling rare ada buah manggis fresh dari ladang tapi sayang lupa pula nak snap |
Esoknya tu sebelah petang 22 Syawal bersamaan 16 Julai lagiiiii... open house kali ini ada dua rumah dedua rumah tu rumah kawan Mr. A satu di Taman Tuanku Jaafar Golf Club dan satu rumah lagi Rahang.
Rumah yang di TTJ Golf Club tu kebetulanlah pula wifenya kawan-kawan semasa kecil emak dan mak-mak sedara Mr. A iaitu sekampung di Kampung Paya Luas, Perak. Huk aloh! keciknya dunia. Plannya m.i.l nak datang beraya juga konvoi dengan we all unfortunately time nak keluar adalah pula sedara mara datang so tak dapeklah nak nolong.
|
Orang kampung m.i.l katanya |
Kemudian rumah kedua pada hari itu adalah di Rahang taman tu namanya tak ingatlah apa tapi dekat aje dengan restoren Wadi Ar-Raudhah. Hah! yang ini pula kawan Mr. A abang Ben Bakern tu pula kakak dia yang sekampung dengan Mrs. A pi mai pi mai tang tu juga kekdahnya. Takde mood nak snap-snap dah petang bangat seh!
|
Huwaaaaa.... time up-load gambar ni teringin la pulak namapk kuah kacang sedappppp |
|
Mr. A sedang amik food |
|
Along snap pun dia tak sedar |
Okeh! habis cerita open house kita sambung lagi cerita open office pula. Eh! tahun ini bos sebenar Mrs. A takde buat open houselah. Hurm mungkin tak sempat kot.
Actually open office company Mrs. A ini ada banyak peringkat tapi Mrs. A cuma pergi yang peringkat HQ aje sebab dekat (Mrs. A kan duk HQ) dan jimat minyak muahhahhaaa... Kalau nak diikutkan ada peringkat Seremban, Rembau, Jelebu, Port Dickson, M&E hah! itu yang Mrs. A ingatlah rasanya macam ada lagi yang lain-lain.
Open office peringkat HQ ini diadakan pada 23 Syawal bersamaan dengan 17 Julai. Timenya adalah dari pukul 12.00 tengahari sehinggalah pukul 4.00 petang. Kali ini tak perlu bawa apa-apa aka 'say no to pot luck' cos top management menggunapakai wang keraian yang telah diperuntukkan buat mereka untuk staf marhaen hah! gitu. Okey lettew habis tu ko dapat duit keraian tu untuk apa tak kan makan sorang kot oopsssss laser tau.
Jom layan gambar sekitar majlis dari phone Mrs. A.
|
Booth Cendol Songkok Tinggi |
|
Kuih - muih |
|
Ketupat palas dan rendang huhuhu tak makan pun time tu sekarang baru rasa rugi |
|
Suka tudung berbulu kakak ni hasil jahitan dia sendiri |
Walaupun ada pelbagai hidangan makanan tapi kalau dah namanya Mrs. A mesti akan cari nasi juga kah..kah..kah... nasi beriyani yang Mrs. A makan dulu itu pasal bila dah kenyang food lain dah tak hairan. Tamat kisah open office sendiri.
Okeh! akhir sekali open office dan acara perasmian bangunan pejabat yang berjaya Mrs. A serta officemate penuhi undangan adalah daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang NS. Kononya nak pergi sekali dengan encik bos tapikan mujurlah tak jadi cos encik bos dot..dot..dot... kekdahnya Mrs. A and the gang aje ke sana. Majlis ini agak protokol kena RSVP tekau!
Undangan terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan Negeri Sembilan, ada juga yang dari Putrajaya most of them lawyer ler.. kot. Ada ramai VVIP semestinyalah ada YABDSU Haji Mohamad bin Haji Hasan selain itu hadir juga peguam negara iaitu Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Majlis dimeriahkan dengan persembahan tarian daripada kumpulan kebudayaan Negeri Sembilan sambil makan we all disajikan juga dengan nyanyian lagu-lagu raya.
Meh! belanja gambar agains from my phone cap ah yam jer....
|
We all jer wakil dari SAINS bos-bos tak dapat hadir |
|
1st time makan benda alah nih! tapai pulut campur ais-krim. hurm.. yummy kena dengan selera Mrs. A |
|
Sempat snap gambar DSU nak ajak wefie seremmm.... |
|
Bergambar bersama Kak L PA Dato' LA |
|
Apa ntah motif gambar ni. Oh nak bagi tau we all parking jauh depan IPK kot muahhhaaaaaa.... |
Alhamdulillah majlis berakhir dengan meriah terima kasih Kak L atas jemputan terima kasih juga ukhwah.
The End kisah Throwback Open House & Open Office 2017