Cerita Cuti Tahun Baharu Cina 2017 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Cerita Cuti Tahun Baharu Cina 2017

31 Januari 2017

Cerita Cuti Tahun Baharu Cina 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Sebelum bercuti sempena cuti tahun baharu cina last week Mrs. A dah bagitau nak pergi wedding invitation. Alhamdulillah planning nak pergi kedua-dua invitation itu dimakbulkan olehNYA. Ini nak shared cerita cuti tahun baru cina 2017 Mrs. A and family.

Actually kedua-dua wedding tu bertempat di kampung Mrs. A iaitu area Lubok China. Oleh kerana orang kampung dah tentulah emak Mrs A pun saling kenal dan dijemput sama. Kekdahnya Mrs. A and family pergi bersama-sama dengan emak.

cuti tahun baru cina
Sama tak muka "emak" dengan Mrs. A? ngeh! ngeh! ngeh!
Saturday 28.01.2017 tu Mrs. A gerak dari Seremban agak lewat jugaklah lebih kurang pukul 11.00 pagi. Walaupun janji dengan emak pukul 11.00 tu sepatutunya dah sampai kampung tapi itulah janji capati nampak gayanya. Hurm... itulah banyak benda remeh-temeh yang dibuat terlebih dahulu itulah jadinya. Nak mesin kainlah, kids nak basuh kasutlah haish! patutnya itu hari lain aje buat.

Di awal perjalanan agak down jugak bila mana exit sahaja tol Seremban lalu terlihatlah barisan kereta yang berdedai-dedai. Huhuhuuu...nangis sekejap dalam hati. Alamak jalan jem hah! pukul berapalah baru kita sampai kampung nanti nih!? anak-anak oii!! Itulah siapa suruh ibu lambat kata Aryssa. 

Lalu Along mencadangkan we all ikut jalan lama. Mrs. A pun ikut jugaklah cadangan Along tu. Keluar semula ikut exit Senawang untuk ikut jalan lama. Sambil we all berdoa supaya janganlah jalan lama pun jem jugak. Alhamdulillah thank you Allah jalan lama okay lancar dan selamat sampai ke kampung lebih kurang pukul 12.15 tengahari. Ambil emak Mrs. A yang memang dah bersiap dan terus gerak ke Kampung Semin rumah kawan Mrs. A  dan jugak emak dia kawan emak Mrs. A sempena wedding adik perempuan dia.

Okay jom layan gambar.

CNY
Kiri dan kanan Mrs. A tulah kawan-kawan sekolah rendah Mrs. A they both cousin.
Yang kahwin ni adik perempuan yang baju merah
 Eh! apsal outfit ko lain dari gambar yang 1st tu Mrs. A oiii!!?? Muahhahhaahhaaa.... actually gambar 1st tu adalah gambar Sunday punya wedding invitation.

CNY
Bergambar bersama pengantin yang berbusana merah. Selamat Pengantin baru ya...
CNY
Food time ni sedap nak tambah lagi tapi malu kah..kah..kah...
CNY
Along dah makan awal sebab tunggu ibu lama benar boraknya.
Apa yang membuatkan Mrs. A excited nak pergi wedding ini tujuannya adalah nak jumpa kawan-kawan lama sebab we all planning nak jumpa kat sini. Ambil kesempatan sempena CNY ramai yang balik bercuti di kampung. Unfortunately time Mrs. A sampai kawan-kawan Mrs. A tu tak sampai-sampai lagi. Haish! lama iol tunggu kekdahnya takde rezeki nak jumpa lettew.

CNY
Mereka datang lambat time nih! Mrs. A dah balik [kredit photo WA group]
End of story on Saturday. On Sunday 29.01.2017 pulak ada lagi satu wedding invitation yang ini memang sekampung punya wedding. Semalam tu kampung sebelah. 

Oleh kerana majlis diadakan secara catering kekdahnya tetamu datang makan aje sambil salam cangkuklah kans!! Emak Mrs. A kata pukul 11.30 nanti barulah kita gerak ya... Inipun sama jugak Mrs. A over excited cos nak jumpa kawan-kawan lama. Yang kahwin ini adalah anak saudara lelaki kepada kawan Mrs. A dan jugak cucu kepada kawan emak Mrs. A.

CNY
Sukanya mak-mak orang tu. Pengantin belum sampai katanya jom arrr kita jadi pengantin.
CNY
Happy sangat dapat jumpa dua orang nih! tuan rumah nih! dah lama giler tak jumpa.
Tudung merah adalah mak saudara kepada tudung hitam but we all sebaya.
CNY
Tudung merah itu adik kepada tudung hitam. Time dia kata akak ini kitalah Ina. Hah! apa???  Ya Allah akak dah tak boleh cam muka ko dah lain sangat. Tepi sekali tudung biru cair anak Liza tu (tudung hitam) huhuuuhu  dah anak dara. Lagi dua tu emak dan Aryssa
CNY
Jumpa orang kampung yang Mrs. A kira rapat time kekecik dulu Kngah Laili
Pada mulanya nak tengok pengantin berarak tapi bila Liza kata lepas Zohor terus tak jadi. Emak Mrs. A tak mau tunggu der... nak pergi pasar Lubok ni katanya. Kekdahnya tak dapatlah Mrs. A nak tengok macam manalah rupa pengantin tu.

Eh! mana Adik dan Along? Hurm... dah besarlah katakan mereka datang sendiri bersama kawan-kawan kampung tak mau arrr... join ibu dengan nenek tu. Wedding yang ini best sangat cos dapat jumpa ramai abang-abang dan kakak-kakak time kecik-kecik dulu masing-masing dah beranak-pinak ada jugak yang dah ada cucu. Muka memanglah dah tak berapa nak cam tapi mujurlah masing-masing main tegur aje itulah yang seronoknya tiada istilah sombong dan poyo gitew...

Okay itu sahaja Mrs. A nak shared Cerita Cuti Tahun Baru Cina 2017 semoga ukhwah yang terjalin akan berterusan hingga ke Jannah.

9 ulasan:

  1. seronok melihat suasana di kampung.(^_^)

    BalasPadam
  2. Wah, bling2 semuanya.
    Seronok jumpa kawan2 lama kan.

    BalasPadam
  3. CNY tu aida balik senawang, dari bukit katil ke situ 3 jam !!!
    dari pedas-linggi ikut jln dalam, mrs.A.
    kta byk jugak, tapi gerak la.
    kat highway tak gerak !!!

    BalasPadam
  4. merahnya pengantin...


    barakahllhulakuma...semoga berbahagia hgga ke syurga aminnn

    BalasPadam
  5. CUTI RAYA CINA MERIAH DGN KENDURI KHWIN N DPT JUMPA KWN N SDRAMARA

    BalasPadam
  6. Salam perkenalan. Blogwalking di sini. :)

    BalasPadam
  7. Seronok ye A dapat jumpa kawan lama. Tapi saya jarang dapat peluang pergi kenduri kawen jiran sekampung. Kalau kebetulan balik kg. selalunya tak bawak baju kurung tu yg malas nak pergi tu

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©