Pengalaman Pertama Sertai Treasure Hunt a.k.a Explohunt - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Pengalaman Pertama Sertai Treasure Hunt a.k.a Explohunt

2 Disember 2016

Pengalaman Pertama Sertai Treasure Hunt a.k.a Explohunt

As Salam and greetings to dear readers.

Pengalaman Pertama Sertai Treasure Hunt a.k.a Explohunt. Ini adalah pengalaman yang amat manis buat Mrs. A, terasa enjoy sedari awal perjalanan iaitu dari HQ, Seremban sehinggalah ke destinasi akhir di Pantai Telok Kemang, Port Dickson.

Kenapa company gelarkan pertandingan ini explohunt? Jawabnya adalah dalam pertandingan ini ada 2 in 1 iaitu "treasure hunt" campur "explorace". Ada check point treasure hunt dan ada check point ala-ala explorace. Jumlah semua check point adalah enam.

Di antara syarat-syarat penyertaan adalah:-
  1. Satu pasukan wajib ada empat orang peserta tak kisah berapa lelaki dan berapa perempuan     (disarankan 2 lelaki dan 2 perempuan);
  2. Driver dan co-pilot wajib ada lesen memandu yang sah;
  3. Mempunyai kenderaan sendiri dan cukai jalan valid (belum tamat tempoh);
  4. Mestilah ahli kelab KRS.
  5. Yuran penyertaan adalah RM15 seorang.
Tema explohunt ini adalah lanun darat. Oleh kerana siap tema bagai haruslah ada hadiah untuk siapa yang paling mengikut temakan. Itu pasal yang team Mrs. A namanya Black Pearl dan siap dengan aksesori lanun bagai sebagai tanda support kepada pihak organizer. Cer KLIK SINI. Kalau sesiapa tak tahu Black Pearl bolehlah google kisah Pirates of the Caribbean ya.

Okay! jom kita tengok gambar pulak...

Treasure-hunt
Inilah treasure mate Mrs. A. Ini di check point 1
Explorace
Itu adalah bola-bola api. Bukan sebarang bola tu kena bawa ke mana-mana tau
Pengalaman-pertama
Ferfeeling Elizabeth Swann dalam The curse of the Black Pearl muahhahahaa
Kepada sesiapa yang dah pernah menyertai treasure hunt ataupun dah biasa masuk treasure hunt mestilah dah tahu apa itu 'TULIP'. As for Mrs. A memang tak tahu ingatkan bunga tulip ngeh!ngeh!ngeh!

'Tulip' dalam teasure hunt maknanya adalah 'panduan arah jalan'. Tulip ini sangat penting kerana itulah panduan kita ke mana arah yang harus dituju seterusnya berdasarkan clue yang diberi. Dot bulat tu adalah kita.

Macam inilah rupanya Tulip. Oleh kerana Mrs. A terlupa nak ambil gambar Tulip explohunt tu jadinya Mrs. A google jer... [Credit to rashiddi.tripod.com]
Selain dari Tulip. Odometer jugak sangat penting kegunaanya cos dengan kiraan odometer yang tepat iaitu berdasarkan kilometer (km) yang tertulis di Tulip kita boleh make sure simpang-simpang yang berkenaan adalah simpang yang betul. Ataupun jarak dari check point ke check point yang lain adalah tepat dan mudah untuk kita mengagaknya.

ini ha yang di panggil Odometer tu
Mrs. A tahu itu meter kereta jer..hiks!  inipun google jugak
[Credit to wiseGeek]  
Okay setakat itu saja general info now back tu kisah pengalaman pertama sertai treasure hunt a.k.a explohunt. Pertandingan tersebut bermula lebih kurang pukul 8.00 pagi dan dilepaskan oleh Pengarah syarikat. Sewaktu briefing telah dimaklumkan bahawa siapa nak jadi lanun dihadapan sekali kenalah gigih datang awal, rebut parking depan sekali di tempat yang dah ditentukan oleh organiser.

Untuk lebih happening biarlah gambar berbicara. Peringatan jugak post ini memang banyak gambar ya! harap jangan muntah hijau. Jangan cakap Mrs. A tak warning.

Starting point - HQ
Ha! tulah siapa suruh uols datang lambat kan dah dapat port belakang
Nah! ini borang dan Tulip uols! "Baca arahan betul-betul" pesan AJK on duty
Okay! on your mark get set go... Black Pearl!
Check Point 1 - S2 Park

Kat sini ada lima soalan kalau tak silap. Soalan adalah berkenaan dengan tempat itu. Bola-bola api itu adalah salah satu syarat dalam soalan kena bawa ke mana-mana cos ada arahan yang memerlukan lanun wajib wefie bersama bola-bola api masing-masing.

Lari... uols cepat kita tak mau yang belakang-belakang
Dalam soalan kata kena wefie satu team dengan bola-bola api bersama pahlawan kuda putih
Eh! tadi tu topi kapten kacaulah pahlawan kuda putih tak nampak. Okay! sekali lagi tadaaa....barulah nampak
Settle check point 1. Jom gerak ke check point 2 pulak. On the way to check point 2 kemain lagiks lanun Black Pearl wefie-wepot padan muka sampai tersesat.

Driver kata baca arrr...Tulip tu. Lanun kata nanti arr.... kita wefie jap
Haish! driver pun join wefie. Eiii... overnya yang belakang tu
Eh! jap-jap mata lanun tadi lupa nak pakai
Check Point 2 - Hill Park (IJM Land S2 Height)

Walaupun ada lanun Black Pearl yang tinggal kat area S2 ni tapi tetap jugak tak pasti kedudukan sebenar check point 2 itu di mana ya? Actually clue takdelah tulis terang-terangkan tempat tu cuma berdasarkan clue tu we all dah boleh agak tapi tulah derhaka kepada Tulip tu yang tersesat sekejap rugi masa dalam 20 minit.

Lorrr.... apsal ko tidur Mrs. A hoi!!
Tu dia!!! laluan pejalan kaki ke Hill Park
Adoiii... tingginya kena hiking mampuihh!! den
Wow! kat atas ni ada dinasor ghupernya
Soalan kata kena wefei dengan Triceratop
Ha! itulah Triceratop. Glamor ko Triceratop semua pun nak wefie dengan ko
Ini pun task di check point 2. Wefie bersama orang pink katanya
Ingatkan yang tadi tu dah tinggi, ada lagi tinggi kena naik sini da...
Finally Black Pearl saja-saja wefie kat sini katanya pemandangan 360 darjah paling indah
Done task di check point 2 kemudian we all pun harus gerak ke check point 3 pulak. Check point 3 adalah luar dari daerah Seremban. Berdasarkan clue di Tulip we all agak-agak tempat tu adalah di Lukut.

Check Point 3 - Kota dan Muzium Lukut, Daerah Port Dickson

Task kat sini banyak soalan sejarah. Soalan banyak, lebih kurang 10. Ditambah lagi dengan 'crossword puzzle' cluenya cerita filem P.Ramlee 20 kesemuanya kena crosskan dan tuliskan.

Sampai-sampai aje terserempak dengan  sebahagian AJK yang nak gerak ke check point lain dah!
AJK: Cepat-cepat uols lambat derrr...

Black Pearl: Alahai!!! yeke!!? kalau camtu nak jawapan ha!

AJK: Okay, jawapan dia A.


Banyaklah dia punya jawapan A. Kalau dah soalan cenggini. Tang mana datang A nyer...

Total ada sepuluh soalan berdasarkan tempat itu
Ini gambar yang Mrs. A snap sendiri
Selain dari lanun-lanun ada jugak rombongan sekolah
Tu dia hasil tinggalan sejarah
Cluenya wefie bersama meriam penghulu segala hari
Apsal lah AJK ini buat soalan sejarah??? cer buat soalan perkataan seerti kan senang
Sewaktu di check point 3 ini lama jugak lanun Black Pearl ambil masa. Tapi bukan Black Pearl sahaja ada jugak lima enam team lanun yang lain. Paling lama nak mencari crossword cerita-cerita P.Ramlee tu we all sambil cari sambil google letak aje lebih satu takut mana tahu ada yang salah. Done task di check point 3.

Lanun Black Pearl pun diberi task ke check point 4. Check point 4 ini berbeza sikit dengan check point-check point sebelumnya yang ini ala-ala explorace. Soalan ada banyak jugak iaitu 20 soalan.

Check Point 4 - Adalah sepanjang perjalanan hendak ke destinasi akhir iaitu ke Pantai Telok Kemang.

Kalau ikut Tulip ada beberapa tempat yang we all harus stop untuk mencari jawapan kebanyakkannya adalah nama shop lot. Tuliskan nama shop lot berdasarkan clue yang diberi. Contoh soalan yang Mrs. A masih ingat 'terbakar rentung jauh ke dalam'. Aiyak! apo bondo ea tu? Cari punya cari dan hasil discussion lanun sepakat jawapanya adalah nama hotel kat area situ iaitu 'Arang Inn'.

Ada masa lanun Black Pearl berlegar-legar dengan kereta aje untuk mencari jawapan tu dan ada jugak masa-masa yang memerlukan lanun turun dari kereta. Banyak kali jugak bertembung dengan lanun-lanun lain terlangak-langak mencari tempat macam Black Pearllah jugak. Itu semua demi mencari sebuah jawapan muaahahahhaaa.....

Alhamdulillah walaupun task di check point 4 agak menguji minda tapi dengan team work yang bagus Black Pearl berjaya juga menjawab kesemua soalan.

Seterusnya ke check point 5 dan 6 iaitu di pantai Telok Kemang, Port Dickson.

Okay! check, check, dah sampai di Check Point 5. Ambil soalan dulu, ada 5 soalan jer... yang sebenarnya soalan tu adalah general knowledge jer...  Lanun Black Pearl tak terfikir langsung ingatkan soalan berdasarkan tempat tu.

Punyalah perah otak fikir patutlah tak jumpa jawapan. Contoh soalan. Dalam nenas ada apa? Yang lanun punyalah lurus bendul jawab 'empulur'.  Jawapan yang betul adalah 'Sponge Bob'.

Kasi gambar satu.... Peace yo!
Kat check point  5 ni selain dari 5 soalan tu. Lanun kena pergi satu kedai kat area pantai tu dan beli alat permainan untuk membina istana pasir di check point 6 nanti.

Finally lanun Black Pearl sampai sudah ke check point akhir kat sini ada dua task. Satu kena Karaoke dan satu lagi kena buat tiga task di area berpasir di tepi pantai

Rileks lu sementara tunggu turn nak Karoks! la kau
Suspen jer tunggu lagu apa yang kena nyanyi 
Cis!! hampeh! punya lagu. Susah tekau!, lagu omputih. Markah karok! la kau team Black Pearl dapatlah 3 markah daripada 5 markah.
Ini adalah salah satu task di pantai iaitu membina istana pasir menggunakan alat mainan yang di beli tadi.
Itulah rupa istana pasir yang mampu we all bina ngeh!ngeh!ngeh!
Lagi dua task tu tiada gambarlah pulok cos itu tidak memerlukan lanun untuk wefie. Kekdahnya we all pun takdelah bawa phone. Lagipun salah satu task tu kena buat dalam air iaitu menegakkan bendera sehingga berkibar di dalam air dengan sambungan paip-paip air yang telah disediakan.

Final task adalah pilih 2 orang lanun untuk membawa bola dengan meletakkan bola tersebut di dahi dari point A ke point B yang telah ditentukan oleh AJK. Mrs. A tak buat pun we all bagi lelaki yang buat. Markah kat pantai ini adalah 30 markah daripada 100 markah kesemuanya dari kesemua check point. Task di pantai Black Pearl dapat 24/30. Terbaik uols.

Okay dah settle boleh mandi tukar baju dan lunch kambing golek kata AJK bertugas. 

Tadaaa... dah tukar baju
Sambil makan, sambil AJK buat presentation jawapan kepada soalan-soalan.
Wow! banyak yang "betul" jawapan team Black Pearl
Hadiahnya kebanyakkan hamper.
Seterusnya yang bertuah adalah Mrs. A. Ouch! ubat gigi jer...(dalam hati) sambil buat muka gitew
Akak ubat gigi akak terbalik la... Ha! yoko...
Okay! dah betulkan. Inilah hadiah lucky draw Mrs.A ngeh!ngeh!ngeh!
Jeng..jeng..jeng...keputusan keseluruhan siapa yang menang? Daripada 21 team lanun yang bertanding hanya 10 team lanun yang akan dipilih sebagai pemenang. Tempat pertama hingga ketiga akan mendapat hadiah wang tunai disamping hamper. Pertama RM500, kedua RM300 dan ketiga RM200.

Yang sebenarnya markah lanun Black Pearl adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 86 markah TETAPI apakan daya huwaaa...waaa....waaaaa... di atas kecuaian lanun markah tersebut telah di tolak sebanyak 19 markah (setiap 5 minit tolak satu markah) kerana tidak menghantar borang kuning yang terselit di celah flip board tu.

Patutlah sewaktu Mrs. A di Ladiz tengah bersiap-siap bertukar baju tu terdengar pengumuman "di minta lanun Black Pearl dan lanun (tak pasti lanun apa) menghantar borang kuning ke meja urusetia sekarang". Thats it terus Black Pearl menjunam ke tempat kelapan. There goes our money RM500. 

Hurmmm... tempat kelapan pun jadilah dari tak menang langsung. Tapi tulah AJK ni memag kejam tau bagilah markah kesian kasi lanun Black Pearl menang kategori mengikut temakan... cis! nan hado uols!
Kami juara in your dream
Inilah dia wajah-wajah sebahagian AJK yang terlibat sama. Terima kasih daun keladi tahun depan anjurkanlah lagi.

Baju AJK, corak lanun color merah bergambar bersama Pengarah
Lanun Black Pearl terima keputusan tersebut dengan kata-kata semangat "dah bukan rezeki we all". Terima ajelah. Takpelah next time kita jangan cuai lagi. Best sangat satu team dengan uols kalau ada lagi. harap kita boleh bekerjasama lagi dan menjadi satu team lagi ya!

Melalui Pengalaman Pertama Sertai Treasure Hunt a.k.a Explohunt. Sedikit tips yang Mrs. A nak share andainya kita nak menang treasure hunt adalah perlu wujudkan team yang serasi a.k.a satu kepala. 

Driver perlulah cekap memandu dan mampu membuat keputusan dengan cepat. Co-pilot pulak haruslah orang yang pandai membaca Tulip dan tahu serba-sedikit berkenaan kawasan yang akan dilalui.

Pastikan odometer kereta berfungsi dengan baik. Smartphone pulak wajib ada data lagi laju lagi bagus dan boleh wefie (khas untuk co. Mrs. A)

Kalau ada banyak soalan di satu-satu check point. Leader team patut bahagi-bahagikan task demi menjimatkan masa. Treasure mate kenalah pilih yang rajin, cergas dan tidak berkira sangat.

Adalah penting untuk mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan-soalan yang diberikan daripada sampai awal ke check point akhir tapi jawapan banyak salah.

Walaupun begitu kita tetap perlu jugak sampai ke check point terakhir dalam jangka masa yang ditetapkan.

Dan yang penting sekali just enjoy your games muahahhaaaha...

Okay itu sahaja nak share kisah Pengalaman Pertama Sertai Treasure Hunt a.k.a Explohunt.

Untuk gambar-gambar yang tiada watermark tu:-

Credits Photo to AJK KSR (FB) dan juga Ahli Lanun Black Pearl yang lain-lain (Group WhatsApp)


16 ulasan:

  1. Dah lama tak main Explorace ni hehe. Penat kan penat kan? Tapi mesti fun!

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronoknya kak, hehe sy tak sesuai ikut cmni..jenis cepat give up and suka berteduh bawah pokok

      Padam
  2. SEROMOKNYA MENCARI HARTA KARUN DITEMPAT YANG MENARIK.

    BalasPadam
  3. Lama nya explorace. Last time stdy..

    BalasPadam
  4. Wah...tahniah menang tmpt ke 8 ☺☺☺

    BalasPadam
  5. Bestnya... kakak pulak yg rasa letih dan penatnya tapi betul-betul mencabar
    Ala-ala lanun tapi sayangnya tolak 19 markah kalau tak kerana itu mungkin boleh dapat lebih atas dari no. 8.

    BalasPadam
  6. dah lama tak masuk treasure hunt..dulu2 rajin :)

    BalasPadam
  7. Fuyooo memang best main explorace ni, pecah peluh + boleh eratkan silaturrahim sekali, hahah.

    BalasPadam
  8. Wah seronoknya. Lama dah tak join aktiviti cmnie. Rindu pulak.

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Ya ahli sahaja cos we all bayar kelab punya fee setiap bulan automatik gaji dipotong.

      Padam
  10. best nyer... meriah pulak tu...
    sy personally suka aktivti mcm ni...sbb tu ada angan2 nk masuk amazing race hahahaha... hadiah bkn keutamaan tp cabaran yg selesaikan misi tu yg plg ditunggu2 ;-)

    BalasPadam
  11. Tingginya laluan pejalan kaki ke Hill Park. Kalau Reen ni, fuh.. Semput, semput.

    BalasPadam
  12. bestnya treasure hunt macam ni.tahniah! tempat kelapan pun okay apa :)

    BalasPadam
  13. wow menarik
    dulu pernah buat juga untuk department pejabat tp xbuat tema pakaian la. dari kl sampai melaka :)

    BalasPadam
  14. lama tak trasure hunt, penat tapi best

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©