MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Mewarna Roadshow - HPM 2014

Mewarna Roadshow - HPM 2014

Jumaat (21.2.2014) petang time balik dari mengaji Adik cakap, Ibu esok Aqil nak pergi pertandingan mewarnalah kat Giant Senawang. Pertandingan mewarna apa tu??? blurrr..blurr...je aku tanya. Cikgu bagitau katanya sesampai jer...rumah dia pun tunjuk kertas yang cikgu bagi tu, oooo pertandingan mewarna sempena Hari Pengguna Malaysia 2014 (HPM) rupanya. Oklah esok kita pergi.... bukan main happy lagi si Adik & Aryssa.

Bila aku tengok flyer tu pertandingan ni ada 3 kategori, kategori A umur 4 - 6 tahun, kategori B darjah 1-3, dan kategori C darjah 4-6.  So adik boleh masuk kategori B dan Aryssa kategori C. Sorry kepada Along cos hari yang sama dia kena pergi sekolah ada klas teknik menjawab exam al-maklumlah Along tahun ni ada UPSR.

Dalam pukul 10.20am we all gerak dari rumah. Pendaftaran pukul 10.30am start pertandingan pukul 11.00am, tapi satu yang aku tak faham walaupun pukul 11.00am dah mula mewarna tapi sesiapa yang datang selepas tu still penganjur terima lagi. Kawan-kawan adik & Aryssa pun ada patutlah beria ajak pergi. Apa-apa pun bagus juga untuk experience bukan untuk anak-anak jer...untuk aku pun. Aku tengok parents yang datang dengan preparation yang kaw-kaw, siap bawa table melukis dengan segala bagai tools fuh! memang tak challenge ler...dengan we all yang sesajer...jer..je...

Aryssa tak habis-habis dgn peace dia. Sebelah yang baju purple tu kawan dia satu sekolah. Sebelah belakang tu siap bawa drawing table lagi.

 Gambar berbeza-beza bagi setiap kategori.

Adik & Aryssa lain-lain kategori cos ikut age memasing. Sebelah dia yang baju kekotak kawan dia. Disebabkan Aqil tak bawa pensel warna. Purposely cos dia plan nak share dgn Aryssa terpaksalah aku belikan masa tu jugak. Tempat duduk diasingkan ikut kategori. habih camno nak share.

Concentrate habis maklumlah color baru.

 

Masa aku chit-chat dengan sorang adik penganjur tu mereka tak sangka sambutan seramai ni... ingatkan takde orang katanya. Aku pun tak sangka ramai pulok ingatkan dua tiga kerat je..

Kebanyakkan yang menang chinese. Aku tak hairanlah, cos why??? Sesiapa yang ada kat tempat kejadian sure setuju cos they all punya preparation memang datang untuk menang. Most of the chinese yang datang memang dalam keadaaan yang bersiap sedia untuk ke pertandingan kekdahnya dengan table drawingnya, dengan pensel warna bukan setakat yang 24 batang jer...macam anak-anak aku tu. Semua jenis pensel warna ada dari yang halus, yang gemuk, yang 12 batang, 24 batang hinggalah yang ke 50 batang satu warna jer... ada 6 batang. Aku tengok sendiri ye warna kuning jer...dah 6 batang. Siap bawa kusyen bagi anak-anak dia duduk dengan selesa. kesian anak aku duduk atas lantai jer...

Ada sorang kakak ni kata, mana yang ade drawing table dgn segala bagai tools ni memang pergi kelas art. They all memang belajar cara-cara mewarna dan melukis dengan betul, cara nak tonjolkan objek dibelakang dengan ton color dan permainan warna. oohhhohoh...no wonder la...patutlah mereka tu siap tambah lukisan lagi yang tak ada diadakan contoh lukisan asal takde pokok tapi mereka tambah pokoklah, tambah awanlah, mataharilah sampaikan lukisan tu memang totally different dari yang asalnya.

Dari observation aku masa tu memang bangsa they all bijak melabur pada tempat yang betul hantar anak-anak pergi kelas art. Then pergi pertandingan. Taklah duk bz belikan anak i-Pad, PSP, Tab, i-phone dan segala macam gajet yang tak nampak pulangannya. Maka lekalah duk update facebook, twitter dan segala bagai. huhuuuuuhu...peringatan untuk diri sendiri.

Memang yang menang tu cantik-cantik belaka cara mereka color tahap dewasa cantiknya. Tapi takpelah penyertaan tetap akan diberi sijil peringkat kebangsaan (post ke rumah), walaupun tak dapat hadiah. Hadiah adalah berupa hamper sumbangan Giant. Pertama hingga ketiga hamper + sijil penyertaan. 10 hadiah saguhati + hamper. Tapi isi hamper tu berbeza-bezalah takkan sama jer pulak tak adillah.

Actually ada 12 pertandingan sempena dengan HPM 2014 ni for more info sila ler...visit www.mypengguna.com

Oklah jom layan gambar we all menjamu selera kat food court Giant.




Otai masih berbisa

Otai masih berbisa

Nilah dia muka-muka pemain yang hadir masa tu dengan jersi terbaru - Gambar amik dari FB group STAD BATCH 92 

Selepas reunion ex-stad aritu Mr A dah! rajin pulak main bola. Ahad lepas 16.2.2014 game dekat KBS, Paroi. Seperti biasa team dia X-Stad. Team X-Stad yang ni most of them dari batch 90an. Game ni di antara X-Stad vs. Alamanda. This time aku datang sebab kesihatan mengizinkan. Last week pun ada game juga tapi sayang aku tak dapat joint my kids jer.. joint. 

Lagipun game kat KBS ni best cos banyak variety, cth anak-anak bebas nak main kat play ground, if nak jogging pun boleh then ada Astaka selesa untuk menonton. This time lebih ramai ex-Stadian yang datang so boleh ler...say hi! and tetanya khabar.

antara supporters dari kaum kerabat ngeh!ngeh!ngeh!

Last week yang games aku tak joint tu ex-Stad vs. Veteran Maybank kat padang Rahang square. Ermmm tapi aku pelik nape takde satu photo pun kat FB group tak dapat nak tengok camne kejadianya masa tu. Pelik memang pelik time aku tak datang pulak takde photo langsung ke aku yang tak jumpa. Sebelum tu my friend Ezza ada msg suh datang cos Aroz kata nak datang jumpa kengkawan. Sorry... aku tak dapat datang friends. Ezza yang selalu amik photo pun takde upload pape... huhuuuuhuhuu...

Jom layan gambar. Actually ada byk gambar STADIAN tapi tak bestlah nak upload cos bukan aku punya camera. Macam 3 kat atas tu aku amik dari FB group.(credit to Hasba Nizam).

break  time 1st half

sepupu sepapat

my biras & puteri Batrisya
siyesnya tgk photo holiday je pun
  


Sowi Along... takde photo cos blurr Aryssa sabotaj kekdahnya amik tapi pandang tempat lain


Harap-harap jadilah nak lawan Superlawak FC sure lagi ramai yang datang. Tunggu....


Kompleks Belia dan Sukan, Paroi. Jom! Riadah

Kompleks Belia dan Sukan, Paroi. Jom! Riadah

Petang Sabtu aritu (8.2.2014) aku gi KBS Paroi, saja layan my kids sesambil tu dapatlah joging. KBS ni dekat jer...dengan rumah we all dlm 4km jer kot cuma aku jer...yang tak berapa nak rajin datang. Biasanya my kids gi dengan babah they all but jejulung kalinya ni gi dengan aku.

Peace yo! jom kita gi kat playground

Kejap ibu...tali kasut terbukak..ko nih! Sha memacam la...

Go! adik u can do it... adoi... susah la...nak sampai yg ke3 ibu. ngeh!ngeh!ngeh! dah banyak kali try tak jugak...sampai ke3nyer...

Kemudian Sha pulak tunjuk skill. tapi... Sha... apa cer...??? kaki ko cecah tanah baik tak payah! kata adiknya

Masa kat rumah Aryssa kata nak jogging nak kuruskan badan. Aku kata bagus nanti kita lari sesama. punyalah susah aku nak ajak dia lari...sudahnya aku yang lari 3 laps hokeh!...meninggalkan Aryssa yang kekejap stop, kekejap stop adeh!!! tak dapek la.. ibu nak tunggu cegitu gayanya.

Gaya Aryssa sebelum berlari, peace yo!

 Muka tensen mengajak Aryssa jogging

Then dia kembali ke tempat mainan juga...



Sementara itu Along & Adik dah jumpa kengkawan satu sekolah tu yg duk beria main bola. Bukan main lagi "gaya" si Along mengelecek bola.



Kepada sesiapa yang tak pernah datang KBS lagi boleh ler try datang sini seronok semua ada dan yang penting FOC. Kalau yang berbayar tu murah aje pun fee nya dalam RM5 1 jam. Contoh gelanggang netball. Tahun lepas masa aku aktif netball company punya grup we all buat training kat sinilah. Boleh call dulu for booking (06-7625796) then baru bayar.

Nak rasa main bola kat padang rumput fieldturf ha...kono la datang yo...kek Soromban ni hanyo ado di Paroi ni ajo. Nak tahu lebih lanjut leh baca kat www.n9kini.com.

Selain tu macam-macam ada gelanggang futsal, gim, tenis, sepak takraw, trek balapan, gelanggang skateboard dll.

My kids favorite place for riadah.

Klinik Kesihatan Linggi

Klinik Kesihatan Linggi

Macamana cecuti u olls??? We all huhuuuuu... Friday tak kemana duk rumah je... membuat routine semasa cuti ler...kekdahnya. Tengahari the boys gi solat Jumaat. Aryssa n me tidur pepetang layan Astro First citer PAKU. 

Then Saturday we all balik kg + Monday aku on leave (3.2.2014) itupun last minutes cos emak aku minta tolong hantar pi klinik. Mujur aku takde kerja urgent so dapatlah aku hantar Pn Halimah gi klinik amik results check-up dia 2 minggu lepas. Oleh kerana kg aku ni..sempadan Melaka NS. mudah jer...nak gi klinik NS ke Melaka ke. My mom prefer gi Klinik sebelah NS memang dah sejak dahulu lagi. rerekod dia pun ada kat sana. Staf kat situ pun dah kenal klinik mesra warga emas katanya itu berdasarkan apa yang tertulis kat sana yang aku sempat baca. Yalah kot! mesra warga emas aje...ke??? Tak berapa nak emas camno tu??? Lepas bfast aku pun gerak sampai lebih kurang 9.15am then emak aku letak kad dia kat tempat kad tak lama tu dpt no giliran.

Terkejut yang amat aku giler cepat tu... Tapi.....................   itu baru cek berat, & tekanan darah ghupernya belum masuk untuk consultan room yang jumpa Doktor/ Pegawai Perubatan lagi. ngeh!ngeh!ngeh!...so kena tunggu lagi da....


Kononya nak amik rambutan. tapi....cer tgk kat atas pokok jer...dah tinggal kulit daaa..dasar monyet punya monyet. Emak aku dah tak larat nak halau memonyet tu... Itulah nasib we all dapat saki baki jer...

Tompok ni actually kucing Angah aku tapi dia dah bagi kat Emak aku cos kat kg byk cik T. Time ni aku nak tidur si Tompok datang tumpang tidur sama.



CNY tapi...

CNY tapi...

Emak..emak... walaupun cina yang raya tapi emak aku masak macam hari raya melayu hokeh!!!!! Hahhaaaaa.... sesampai jer... as usual aku tanya mak masak apa mak??? takde pape gilah tengok kat dapur tu... bila tengok jer... aku dengan anak-anak berpandangan sesama sendiri sambil ketawa amboi! nenek macam hariraya la...

Ada nasi himpit dengan kuah kacang dan juga rendang daging. ermmmm yummy. Sedap seperti selalu. Masakan terbaik didunia tentulah masakkan dari air tangan ibu kita sendirikan...kan..kan...

Angah & famili dah balik on Friday tu yang mak aku dah ajak they all gi pasar bebeli apa yang patut. My kids n aku sampai on Saturday ready to eat jer...

Tuisyen

Tuisyen

Now a days tuisyen ni dah macam satu keperluan ye..idok? Macam aku memanglah susah nak ajar anak sendiri bukannya aku tak cuba, muhasabah diri dan segala macam usaha aku dah try memang a big no pada aku. So kekdahnya aku hantar jer... they all pi tuisyen. Anak-anak zaman sekarang memang bz juger kekdahnya tak macam zaman aku dulu masa sekolah rendah takde makna tuisyennyer.. paling gah pun sekolah tambahan yang diadakan oleh geguru kat sekolah FOC lagi. Tapi ok jer... but now everything is money.

My kids dah start pi tuisyen since last year. Alhamdulillah memang banyak kebaikannya dari pemerhatian aku. Results Along sebelum dan selepas pergi tuisyen memang berubah walaupun tak banyak sedikit pun tetap berubah ke positif. Aryssa punya results sebelum dan selepas memang ketara sangat. Banyak positifnye, alhamdulillah harap berterusan. As for adik last year dia hehangat tahi ayam jer...kejap je pi tuisyennyer... pas tu dah malas nak gi. Tak kisahlah dia pun baru tahun satu. Ingatkan this year pun adik takyah tuisyen tapi beria-ria pulok dia nak, so layankan ajelah.


Tempat tuisyen yang aku hantar ni owner dia aku dah kenal since Along pre-school, cos she the founder together with her hubby. Tak sangka pulak as times goes by we all bertemu kembali setelah Along berumur 11 tahun sekejap aje masa berlalu. Actually memang aku dah survey tetempat lain but aku prefer this tempat. Kenapa aku pilih tempat tuisyen ni? Antara faktornya adalah masa tuisyen untuk all my kids tu adalah hari yang sama. Walaupun my kids berbeza tahap tapi tempat tuisyen ni manage to provide for 3 of them in the same day. Harga reasonable. Pilih aje samada per package ataupun per subject. As for me aku pilih package cos practical & relevant. Lagipun aku dah kenal Pn Zaharah ni so aku percaya dan comfortable dengan dia. Lagi satu faktor jarak tempat tuisyen tak jauh dari rumah tapi tetaplah kena berhantar dan berjemputnya.

Along, Aryssa & Adik tuisyen every Monday & Friday. Masanya 8.15pm hingga 10.15pm. If ada di antara hari-hari tu PH akan ditukar ke hari lain, of coslah dengan persetujuan all parents. Contoh this Friday CNY holiday so tukar ke hari Rabu, before this Thursday but this year sudah tukar cos Thursday Pn Zaharah ada one by one tutor.

Bila aku fikir-fikirkan time aku ajar Along, Aryssa & Adik terlintas difikiran macamanalah Pn Zaharah tu  manage dengan karenah they all huh! haish!!! menguji kesabaran tahap tinggi tu....cos sometimes aku give up, nangis pun ada. Mungkin itu adalah bidang dia dan dia memang belajar secara profesionalnya. 

So biarlah expert yang buat and got paid.

KIK

KIK

Tables susun ikut teamwork memasing

Yesterday & day b4 aku telah menghadiri course KIK or ICC in English. KIK is stand for Kumpulan Innovatif & Kreatif in English pulok Innovative & Creative Circle. Lebih kurang 38 orang telah terpilih untuk mengikuti course ni. Sebelum ni management level dah dulu pergi then we all yg bebiasa pulok kena pegi.

Company tempat aku kerja ni telah memilih Ascenda Consulting Sdn Bhd sebagai consultant yang ajar we all. Facilitator ni namanya Ms Janice dia ni memang dasyat arrr...pada akula ada six-sigma master black belt tu gila ko tak dasyat. Course ni memang tak mengantuk langsung cos kebanyakkan masa we all kena buat projek. 

According tu Ms Janice tujuan KIK for my company bukan untuk masuk competition ya tapi akan buat projek yang terpilih nanti. So cara dia ajarpun lebih kepada kisah benar macamana nak pilih projek dan menjayakan projek tu. Ada 3component penting dalam KIK ni, satu SQCDS, dua teamwork & tiga saintifik/ problem solving. SQCDS tu nak senang ingat guna QCDSS, Q quality, C cost, D delivery, S service, S safety. Teamwork adalah kumpulan yang ditugaskan untuk menyelesaikan sesuatu masalah tu, kiranya teamwork ni adalah Superman penyelesai masalah. Saintifik tu pulak cara penyelesaian sesuatu masalah tu memang saintifik cos ikut piawaian KIK. Kalu nak citer semua tak habih la panjang tu 2 hari punya kisah. Kekdahnya if nak tahu lebih lanjut kena la pi course ni.


Closing speech by Dist. Mngr merangkap KIK fasilitator kat Com. ni

Last day course pepagi sementara belum ramai yang sampai sempat aku posing

Dapat souvenir towel from Ms Janice


MRS.A my blog my stori ©