MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Happy Birthday Along

Happy Birthday Along

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Happy Birthday Along.

Happy sixteen birthday Along ibu doakan semoga berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat. Pada tahun ini kebetulanlah pulak tarikh birthday Along sama dengan tarikh Deepavali heheheee... Along malu-malu aje bila Mrs. A ucapkan happy birthday kat dia. Pastu dia kata alahai sama pulak birthday Along dengan Deepavali adoiii!!! tak cantiklah katanya. Hurm... apa yang tak cantik Along hai! eloklah tu semua orang cuti sambut birthday anak ibu ni terus berderai ketawa we all.

Tiada celebration yang luar biasa pun sekadar potong kek birthday sahaja.

Happy-birthday-along
Happy birthday Along
Happy-birthday-along
Ice-cream cake by Babah beli kat Bakers Cottage 
Sekejap aje dah 16 tahun umur Along, masa terasa sangat cepat berlalu. Mrs. A yakin semua ibubapa pastilah inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka begitu jugalah dengan Mrs. A. "Along semoga dengan bertambah usia akan menjadi lebih matang, bijak serta menjadi hamba Allah yang taat segala perintahNYA". 

Happy Birthday Along.
Happy Deepavali & Happy Holiday

Happy Deepavali & Happy Holiday

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Happy Deepavali & Happy Holiday

Happy Deepavali buat semua kaum hindu yang akan merayakan sambutan Deepavali esok tak kira di mana jua anda berada. Actually tak tahu nak citer pasal apa tapi by hook or by crook nak jugak up-date blog picisan Mrs. A ni. So kasi chancelah Mrs. A mengarut ya muahahhaaaa....

Ha! Mrs. A rasa today mesti ramai yang ambil kesempatan bercutikan? Mrs. A tak ambil cuti pun al-maklumlah cuti tak berapa banyak yang tinggal lagipun Mrs. A nak cuti pada 7 November nanti. Tulah kadang-kadang Mrs. A pun pelik jugak dengan member-member kat office ni walaupun mereka selalu aje bercuti tapi cuti mereka tu still banyak gak lagi haish! kekadang tu terfikir gak Mrs. A depa tu apply ke tak, ke tipu-tipu apply.

Ini bukannya benda baru pun tapi yang sebenarnya memang ada je berlaku. Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedas. Sesungguhnya manusia yang tidak jujur itu memang wujud waima dikalangan kawan-kawan sekalipun. Walaupun tua tapi kalau dah tak jujur tu tak jujurlah jugak. Eh! tetiberrrr... muahahahahahaaaa haish! apalah yang ko dah mengarut ni Mrs. A oiii!!!

Okaylah back on track citer Happy Deepavali and Happpy Holiday. Sebelum lunch tadi sempat Mrs. A selfie-selpot kat prop Deepavali yang Dept. Corporate Communication buat. Penat depa buat so manfaatkanlah seadanya ha gitewww...

Happy Deepavali & Happy Holiday
Peace!
Happy Deepavali & Happy Holiday
Happy Deepavali dan juga happy holiday Mrs. A ucapkan
Happy Deepavali dan happy holidays readers. Beruntungnnya menjadi rakyat Malaysia yang pelbagai kaum semua perayaan kita sambut. 
LAZADA 11.11 Shopping Festival - The Biggest One Day Sale Is Here!

LAZADA 11.11 Shopping Festival - The Biggest One Day Sale Is Here!

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

LAZADA 11.11 Shopping Festival - The Biggest One Day Sale Is Here!

Masa untuk bershopping datang lagi yiiihaaaa..... tak lain tak bukan semestinya di LAZADA 11.11 Shopping Festival - The Biggest One Day Sale Is Here! Sebelum tu Mrs. A nak ucapkan terima kasih kepada Lazada kerana buat kesekian kalinya menganjurkan lagi contest untuk para blogger kali ini dengan title 11.11 Blogger Contest di mana setiap blogger yang turut serta akan dihadiahkan voucher bernilai RM30 dan hadiah lain untuk 100 blogger terawal.

LAZADA 11.11 Shopping Festival ini akan berlaku sehari sahaja iaitu pada 11 November 2018 so readers dan kaki shopping online don't forget to mark your calendar ya... Okay tak mau citer panjang lagi meh sini Mrs. A nak share apa yang dah Mrs. A add to cart kat dalam akaun Lazada Mrs. A.

1. Lancome Miracle Eau De Parfum 100ml

LAZADA 11.11 Shopping Festival - The Biggest One Day Sale Is Here!
Dah lama Mrs. A kehabisan stok my all time favourite smell iaitu si Miracle by Lancome ni ialah sekarang ini harga 100ml pun mahal derrr... itulah bila ternampak harga yang mampu beli dengan reviews yang baik-baik aje dari customer Lazada terus Mrs. A masukkan dalam wish list. Barang kedua yang Mrs. A plan nak beli adalah:-

2. Set Baju Kurung Songket

LAZADA 11.11 Shopping Festival - The Biggest One Day Sale Is Here!
Ha! kenapa baju songket? Macam nak kahwin pulak hahaha... nak tau tak kenapa Mrs. A pilih songket sebabnya tema annual dinner company tahun ini adalah 'songket'. Oleh kerana Mrs. A takde baju songket tapi nak pergi dinner tu dan nak juga mengikut tema so perlulah membeli sepasang baju songket. Cari punya cari terjumpalah yang berkenan di hati seperti gambar kat atas tu. Hurmmm.. cantik tak? Hiks!!! Barang ketiga yang Mrs. A nak beli adalah untuk emak Mrs. A iaitu:-

3. Telekung SK

LAZADA 11.11 Shopping Festival - The Biggest One Day Sale Is Here!
Actually dah lama Mrs. A plan nak bagi emak Mrs. A telekung SK tapi tulah tak berkesempatan. Bila Mrs. A tengok telekung SK yang ini siap ada tulis Telekung Mama lagi pastu dapat pula free gift totebag ha memang sesuai sangat kalau nak dijadikan hadiah. Tak fikir panjang dah terus add to cart. Lagi satu barang yang Mrs. A teringin nak adalah:-

4. Make-up Sponge

LAZADA 11.11 Shopping Festival - The Biggest One Day Sale Is Here!
Haippp! tak payah arrr nak ketawa sangat tau expecially yang lelaki tu. Ha kalau nak tahu bagi orang perempuan walaupun ini hanyalah sejenis sponge tapi ia sangat berguna tau untuk make-up seluruh muka bagi meratakan BB Cushion dan sewaktu dengannya (adik-beradik bedak) supaya bedak tu nampak sekata dan wajah lebih flawless ha gitewww...

Semoga add to cart Mrs. A akan berjaya sehingga proses check out la..laa lala...lala...

LAZADA 11.11 Shopping Festival - The Biggest One Day Sale Is Here!


Counting days LAZADA 11.11 Shopping Festival - The Biggest One Day Sale Is Here!
Jemputan Kahwin Di AU1 Taman Keramat Permai

Jemputan Kahwin Di AU1 Taman Keramat Permai

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Jemputan Kahwin Di AU1 Taman Keramat Permai.

Last Sunday Mrs. A pergi jemputan kahwin anak kepada cousin emak Mrs. A. Pengantinnya itu Mrs. A tak kenal pun huhuhuhu.... nama jer... sedara-mara tapi tulah tak berapa nak rapat. Zaman sekarang kebanyakkannya memang cenggini kot sedara-mara tapi tak kenal sedeh! campur kesiankan sejenis macam ni. #ingatanuntukdirisendiri

Plannya Angah yang akan bawa emak, we all janji nak konvoi tapi tulah tetiba Angah WhatsApp dia tak jadi pergi sebab BangNgah kurang sihat. Adik bongsu Mrs. A pulak dah memang ada kat K.L janji tunggu kat Petronas, Kg Pandan jer... So jadinya Angah minta Mrs. A yang bawa emak kesian emak nak pergi sangat jumpa sedara-mara dia. Kekdahnya Sunday morning tu kena balik kampung dulu ambil emak pastu barulah pergi jemputan kahwin tu. Rumah pengantin tu kat AU1, Taman Keramat Permai. Mrs. A tahu tempat ni so tak susah pun nak cari sebab dulu time duduk K.L Mrs. A stay kat AU3 Menara Rajawali.

Tapi tulah perancangan Allah memang cantik kebetulanlah pula anak Mrs. A si Adik memang tak nak pergi sebab dia nak pergi hari sukan sekolah dia. Walaupun pada mulanya Mrs. A kata tak payah pergi hari sukan tapi Adik berdegil nak pergi juga. Haish!!! lantak ko lah dik. Lagipun eloklah tu sebab nenek nak naik kereta kita. Jadinya Sunday morning tu Mrs. A hantar Adik pergi stadium, time balik minta tolong anak sedara yang fetching pastu hantar kat Jiboi.

Sebelum pulang haruslah bergambar dulu. Tapi tulah dedua driver tak bergambar la pulek!

jemputan-kahwin-au1
Tuan rumah lelaki tulah cousin emak. Ayah depa adik-beradik
jemputan-kahwin-au1
Zoom dari jauh jer..
jemputan-kahwin-au1
Emak dan cousinnya a.k.a Mak Ngah Ramlah kakak tuan rumah
jemputan-kahwin-au1
Hai lah Busu (adik emak) kenapa tak senyum
jemputan-kahwin-au1
Eh! haruslah ada gambar tuan blog #makkauhijau
Actually time Mrs. A sampai tu hujan turun sangat lebat tapi syukurlah sekejap aje lepas tu berhenti terus cuaca panas kembali. Time nak balik tu dah tak hujan itu yang sempat bergambar tu. Alhamdulillah dapat memenuhi undangan dan juga dapat buat mak happy. Lama we all kat sini tunggu emak berborak dengan sepupu-sepapat dia al-maklumlah bukan selalu dapat berjumpa. Ha! lagi satu nak habaq food dia sedap rupanya orang-orang kat situ gotong-royong masak sendiri tak guna catering pun. Terbaiklah! ingat kat kampung jer... ada gotong-royong masak sendiri ni rupanya kat AU1 ni pun ada jugak. Buat pengantin baru tu selamat pengantin baru Mrs. A ucapkan later jangan lupa datang rumah mak Limah tau kenal-kenalkan orang baru tu.

Okay itu sahaja citer Jemputan Kahwin Di AU1 Taman Keramat Permai semoga berbahagia till Jannah.
Kena Bom Dengan Zumal

Kena Bom Dengan Zumal

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Kena Bom Dengan Zumal

Excited Mrs. A bila pagi ni tengok ada blogger yang bom blog Mrs. A. Dah lama sangat blog ni tak kena bom. Sejarah kena serangan bom baca [SINI]

Terima kasih Zumal sebab meluangkan masa mem bom blog Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh!

Kena Bom Dengan Zumal
Kena bom dengan Zumal
Zumal adalah seorang blogger dari negeri Perlis Indera Kayangan. Sesiapa yang belum pernah singgah blog Zumal apa kata terjah sekarang di blog DUNIA ZUMAL banyak kisah-kisah menarik yang beliau suka kongsi.

Kena Bom Dengan Zumal terima kasih daun keladi Mrs. A ucapkan lain kali boleh buat lagi hiks!
Menang Voucher LAZADA - Beli apa tu?

Menang Voucher LAZADA - Beli apa tu?

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Menang Voucher LAZADA - Beli apa tu?

Ha! ingat tak baru-baru ni ada Lazada Shopathon Blogger Contest. Alhamdulillah rezeki Mrs. A tersenarai sebagai salah seorang pemenang. Mrs. A dapat voucher bernilai RM300.00 [SINI] Menang Voucher LAZADA - Beli apa tu? Ha! nilah Mrs. A nak cito apo yang diboli tekau... Menang voucher kali ini kebanyakkan barang yang Mrs. A beli adalah untuk diri sendiri. Ntah kenapa tetiba pentingkan diri sendiri je tak nak share pulok dengan kids huhuhuu...

1. GAMOGEN

menang-vouvher-Lazada
Menang voucher Lazada - beli Gamogen untuk Mr. A

Mrs. A beli Gamogen untuk Mr. A. Selalunya beli Gamogen ni bila time balik kampung iaitu beli kat outlet Gamat Healin Masjid Tanah, di Seremban ni Mrs. A tak pastilah kat mana ada outlet Gamat Healin ni last time ada je kat banggunan office ni tapi closed tak tahu pindah mana. Mr. A consume Gamogen ni dah lama jugak la setahun dua dah kot. Katanya sesuai dengan dia.

2. Elastic Knee Support

Sejak begitu aktif bernetball lutut Mrs. A ni memang onn and off sakitnya, walaupun Mrs. A memang dah ada knee support tapi yang biasa-biasa aje itu yang memang berkira-kira nak membeli knee support yang agak canggih. Bila melintas aje knee support yang macam gambar kat bawah ni terus melaju aje Mrs. A order. Lagipun bila baca reviews customer kata 'good'.

knee-support
Menang voucher Lazada - Rasa macam size L okay tapi kalau beli M better kot

knee-support
Menang voucher Lazada - beli ini der...
Mrs. A dah pakai dah pun alhamdulillah suka. Bila pakai ni confident sikit nak melasak tu dan tak berapa rasa sakit bila semangat tu kuat nak bermain hahahaaa... #stubborn

3. Gel Amani

Gel Amani penawar sakit lutut ngeh! ngeh! ngeh! kisah lutut lagi. Okay Gel Amani ni yang sebenarnya bukan sahaja untuk sakit lutut, sakit-sakit sendi lain pun boleh guna dan ternyata berkesan untuk Mrs. A sekeluarga. Mr. A pun suka gak Gel Amani ni, dia selalu guna sapu kat belakang dia yang lenguh-lenguh tu. Adik pun sama bila dah aktif bersukan malam-malam sakit itu ini so sapulah gel Amani ni. In Sha Allah dengan izinNYA baik.

Mrs. A-gel-amani
Menang voucher Lazada - repeat beli Gel Amani lagi
Gel Amani ni dah banyak kali Mrs. A repeat order beli kat Lazada. Kiranya kat rumah Mrs. A tu memang selalu ada jer... stok Gel Amani al-maklumlah masing-masing aktif bersukan so dah macam satu keperluan la pulek. Mrs. A suka beli kat Lazada sebab harganya lebih menarik berbanding di tempat-tempat lain.

4. M.A.C matte lipstick - velvet teddy

Yeayyy... finaly dapat jugak pakai M.A.C lipstick walaupun color velvet teddy ini bukan pilihan pertama Mrs. A tapi bila dah pakai sukalah jugak. Yang sebenarnya Mrs. A nak color Mehr tapi dah out of stock la pulek.

Mrs.A-mac-lipstick
Menang voucher Lazada - beli M.A.C Matte Lipstick (velvet teddy)
Next time nak beli lagi bila Mehr dah ada stock later muahahahaaaa....

5. Comb Mirror Set With Stand Holder

Okay last sekali barang yang Mrs. A beli adalah sikat untuk sekeluarga. Senang beli macam ni takdelah sikat Mrs. A asyik hilang dari radar jer... tapikan tulah tak sempat snap gambar lagi.

Mrs.A-comb
Menang voucher Lazada - beli comb mirror set with stand holder
Set ni ada lain-lain color jugak tapi Mrs. A choose color purple dalam set 6 in 1 tu ada jugak seketul mirror ha gitewww...

Itu sajalah barang-barangan yang Mrs. A beli hasil dari rezeki menang voucher Lazada tempoh hari. Tapi tulah delivery fee kena bayar sendiri sebab voucher tu tak termasuk cost delivery huhuhuuu...

Itu sahaja nak share citer Menang Voucher LAZADA - Beli apa tu?

Segmen Bloglist By Farah Farhana

Segmen Bloglist By Farah Farhana

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Segmen Bloglist By Farah Farhana.

Jom readers kita join Segmen Bloglist By Farah Farhana. Actually Mrs. A plan nak up-date cerita beli barang-barang guna voucher Lazada yang menang hari tu tapi ada satu dua gambar pula tak snap lagi. Boleh jer copy paste gambar dari website kansss... tapi tak naklah okayyy... sengaja bagi alasan muahahhaaaaa......

Back on track Segmen Bloglist By Farah Farhana, okay memula wajib tepek banner dulu.

Mrs. A-join-segmen-bloglist-by-farah-farhana
KLIK
Bila Mrs. A singgah kat blog Farah Farhana ini terus cakap dengan diri sendiri wah! cayalah newbie lagi dah berani anjur segmen beza sangat dengan Mrs. A yang penakut ni hahahhhaaa.... sampai sekarang tak pernah pun anjur apa-apa segmen mahupan giveaway.

Anyway sebagai tanda support Mrs. A dengan senang hati join Segmen Bloglist By Farah Farhana syarat-syaratnya sangat mudah sahaja. Kalau readers nak join sama sila klik banner untuk ke blog si cantik manis Farah Farhana.

MRS.A my blog my stori ©