MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Mohon Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Mohon Maaf Zahir Batin

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Hari Raya


Psssttttt pinjam Mr. A punya ucapan raya jer... takpe kot yang penting ikhlas.
Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

Pertama sekali Tahniah!!! Mrs. A ucapkan buat owner blog kerana telah berjaya mencapai 7 juta page views a.k.a PV. Terima kasih juga sebab invited Mrs. A join segmen ini sebagai tanda support Mrs. A pun turut serta gitewww...

KLIK
Setelah Mrs. A belek-belek blog Sayidah, pendapat Mrs. A tentang blog pinkish beliau adalah nice dan cantik susun aturnya cuma satu jer... kalau boleh besarkan sedikit lagi font sebab orang sejenis Mrs.A ni berpinau sikit nak baca font comel halus cenggitu. Just my 2cents.

Segmen ini berlangsung dari 5 Jun hingga 5 Julai 2018 as for today date 13 Jun sempat lagi kalau readers yang nak join tu. Oh! ya untuk lain-lain syarat penyertaan sila klik banner untuk ke blog penganjur segmen.

Mrs. A join Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom
Turn The Boys Shopping Raya

Turn The Boys Shopping Raya

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Turn The Boys Shopping Raya.


Oleh kerana time pergi Mitsui Outlet aritu The boys tak jumpa bebaju yang mereka berkenan kekdahnya malam tadi The boys pun pergilah shopping kat Parkson Grand Seremban, Prima jer... Mrs. A pun ikutlah tumpang sekaki ngeh! ngeh! ngeh!

Eh! Aryssa mana tak ikut ke? Actually Aryssa dah selamat pulang ke kampung last Sunday. Mrs. A hantar Aryssa jer sorang balik dulu cos Nenek nak minta tolong Aryssa pasang curtain dan buat kuih kekdahnya. 

Gerak dari rumah lebih kurang pukul 8.30 malam sampai Seremban Prima dekat-dekat nak pukul 9.00 ingatkan jalan clear. Hurm... tak juga otw nak masuk parking tu berdedai aje kereta. Tapi mujurlah we all dapat parked bebetul depan pintu belakang shopping mall cos kebetulan ada kereta nak keluar time we all sampai. Fuh! selesai satu masalah. 

Bershopping dengan The boys ni biasalah terus aje kepada tujuan iaitu ke baju-baju bahagian lelaki terus, takde maknalah uols nak menyinggah ke tempat lain ya... hew! hew! hew! Mrs. A ingatkan nak pi tengok kasut nan hado! ha!

shopping raya
Sementara queue nak bayar tu moh! le kita wefie seketul
shopping raya
Rambang mata si Along tak tahu nak amik mana satu
shopping raya
Tu... perunding imej The boys sedang memilih jeans untuk Adik

shopping raya
Kalau The boys shopping pendapat Mrs. A tak laku.
Nyampah!  #adaakukesah lagi senang tak yah pening kepala nak fikir
shopping raya
Haish! dia buat perangai lagi. Time semua dah settle bayar.  Dia pulak kata nak satu lagi terpaksalah ibu layankan.
Babah dan Along dah melaju ke kereta.
Alhamdulillah dalam masa lebih kurang satu jam lebih aje dah settle The boys shopping bebaju depa.  Total damage lebih kurang RM600 okaylah tu kot takdelah over dari bajet. Lagi satu yang paling penting Along dan Adik happy sudah. Takdelah asyik duk nyanyi, bila nak beli, bila nak beli lagiks! Cuma samping baju melayu Adik belum beli lagi tahun lepas punya dah kecik katanya. Takpelah itu nanti kita pi cari kat bazar Ampangan jer... kata babah.

Kenapa kalau setakat shopping kat Seremban ni we all suka jer pilih Parkson Grand, Seremban Prima? Actually Mrs. A pun takde jawapan yang spesifik cumanya bagi Mrs. A banyak pilihan yang menarik yang berkenan di hati dan sesuai dengan selera the A's family. Dah cuba pergi lain-lain shopping mall kat Seremban ni tapi akhirnya datang ke sini jugak muahahahaaaa.... Lagipun Aeon tu tiap-tiap hari Mrs. A singgah situ mungkin dah jemu kot muahhhaaaaa....

Okay settle sudah The Boys Shopping Raya kiranya jadilah raya ni ngeh! ngeh! ngeh!

[Epilog sebelum keluar rumah malam tadi].

Mrs. A : Eh! baju/ seluar ni kan awak dah pakai pi Mitsui aritu.
Mr. A : Biarlah! apa pulak salahnya kan dah basuh.
Mrs. A: Ek eleh!. kalau saya tu boleh pulak awak cakap balik-balik baju tu, kalau dia takpe.

Hurm... lelakilah sangat  #whatever
Jalan-Jalan Mitsui Outlet dan Berbuka Puasa Di Royale Chulan, Seremban

Jalan-Jalan Mitsui Outlet dan Berbuka Puasa Di Royale Chulan, Seremban

Bismillahhirrahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Jalan-Jalan Mitsui Outlet dan Berbuka Puasa Di Royale Chulan, Seremban.


Tak sangka cuti hari Wesak dapat jalan-jalan ke Mitsui Outlet Park, di KLIA Sepang bukan itu sahaja dapat juga berbuka puasa di Royale Chulan, Seremban hew! hew! hew! alhamdulillah terima kasih Babah a.k.a Mr. A. Yang sebenarnya tak plan pun tengahari tu bila Adik tanya kat babah dia, bila nak beli baju raya dia dengan Along, terus babah kata siaplah kita keluar kejap lagi pastu buka kat luar.

Mrs. A yang tengah tidur-tidur ayam terus bangun sambil bersorak yeay!!!! kah! kah! kah! macam bebudak dapat gula-gula. Nampak tak, nampak tak betapa excitednya sejenis mak-mak bila dapat keluar together-gether.

On the way ke Mitsui tu hujan lebat sangat we all ikut exit KLIA yang dari Nilai tu alhamdulillah jalan clear. Oleh kerana hari hujan so babah turunkan we all dulu sementara dia pi parked kereta. Sementara menunggu babah tu we all pun pakat-pakat snap gambar nak post IG #ootd giteww....

Jalan-jalan Mitsui Outlet
#ootd
Actually ini adalah 1st time Mrs. A sekeluarga ke Mitsui Outlet dah banyak kali ajak Mr. A gi sini tapi dia tak layan. Tak tahu kenapa time Wesak day tu dia setuju pula nak ke sini mungkin juga selepas Mrs. A bercerita tentang family adik dia yang Alang (b.i.l) tu ke sini. "Awak tahu aritu Alang family gi Mitsui N kata best sebab tengah sales, dia beli baju raya complete set tau kat Mitsui". Hahahaa... membawang sangat ko Mrs. A hoi!

Mitsui Outlet
Babah dah selamat parking jom wefei sekeluarga
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Tengok-tengok jer... 
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Sya cantik tak yang ni? Hish!! jaranglah ibu katanya
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Lepak jap tunggu babah
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Muka happy setelah berjaya mempauuu ibu

Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Singgah kat outlet Clarks tengah sales. Mrs. A berkenan yang sandal hitam tu bila suruh salesman pi cari size katanya ini saja size yang tinggal huhuhuu.... hampa takde hasil
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Bye! bye! Mitsui. Tak lama pun kat Mitsui ni cos nak balik berbuka di Seremban. Time nak balik tu pun masih hujan lagi tapi renyai-renyai jer..
Plannya nak beli baju raya Adik dengan Along tapi takde hasil depa dua tu banyak yang tak berkenan dari berkenan haish! suka hatilah nanti beli kat Parkson jer...kata babah. Tapi sebaliknya Mrs. A dengan Aryssa pula yang membeli di PDI yang sedang sales dan banyak yang menarik perhatian we both.

Timing just nice sampai Seremban dalam pukul 6.30 petang so terus ajelah ke Royale Chulan, Seremban cos Mr. A dah booking awal-awal.

Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Table untuk 5 orang kat tepi sudut privasi tapi jauh nak ambil makanan
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Along senyum jer... bila Adik kena sound dengan babah
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Jalan-jalan dulu melawat kawasan
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Yang ni Mrs. A tak sempat nak cuba pun. Perut dah fulled
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Kambing golek. Tapikan ntah ler... tak kena dengan citarasa Mrs. A
Suka kalau dia provide daun salad sekali tapi takde la pulak
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Citarasa authentic ha..
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Tulah buat fiil lagi kan dah kena sound pastu merajuk
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Ni jer... yang Adik amik haish! oppsss... ini first round dia
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Yang ni Mrs. A punya
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Selfie sementara menunggu waktu berbuka
Mitsui Outlet dan Royale Chulan
Last sebelum balik Aryssa dan Mrs. A melarikan diri sekejap nak bergambar kat sini.
The boys dah selamat pergi ke kereta
Alhamdulillah seronok dapat berbuka bersama-sama kat luar. Total harga untuk Mrs. A sekeluarga tu dalam tiga ratus lebih sekali-sekala oklah selalu-selalu tak dapeklah nak nolong ngeh! ngeh! ngeh! Food pula bagi pendapat Mrs. A okay lorrr.... pilihan memang banyak tapi tak semua rasanya sedap. Rasanya mana-mana tempat pun sama. 

Itu saja kisah Jalan-Jalan Mitsui Outlet dan Berbuka Puasa Di Royale Chulan, Seremban. Selamat berpuasa hari ke 23 Ramadhan dear readers.
Girls Day Out: Shopping Raya

Girls Day Out: Shopping Raya

As Salam and greetings to dear readers.

Girls Day Out: Shopping Raya


Siapa girls yang dimaksudkan tu? Actually dua orang jer... ngeh! ngeh! ngeh! iaitu Aryssa dan Mrs. A. Aryssa tu dalam seminggu ni sibuklah duk nyanyi kat Mrs. A nak pi beli baju raya. Nak pilih color sendiri katanya cos color tema babah dah belikan. Babah beli color tema ikut suka hati dia jer... time discus dulu tu belum dimuktamadkan lagi tapi time Mrs. A dan kids balik kampung dia pi beli kain sensorang dia. 

Hai...lah babah sabar yolah. Mrs. A okay jer... cuma Aryssa yang ada berbunyi sedikit. Tapi bila Mrs. A kata "syukurlah Aryssa babah dah belikan tu daripada dia buat tak tahu lagi la haru". Ialah syukur katanya cuma tulah dia minta Mrs. A belikan satu lagi color baju kurung moden yang dia nak.

Shopping raya

Dah tentulah ini girls day out so bolehlah pergi mana-mana tempat yang heaven untuk girls muahhahaaa... Mula-mula Mrs. A ajak Aryssa ke Senawang dulu cos nak beli tudung raya. Dah lama teringin nak beli tudung Ariani tapi tulah tak berkesempatan. Dari tahun lepas kot time tengok Fazura pakai shawl cantik-cantik dalam citer Hero Seorang Cinderella terus suka dengan semua shawl dia tu  ke sebenarnya yang tukang pakai tu dah memang cantik.

Eh! tak jugaklah time tengok Mira Filzah pakai dalam citer Rahsia Hati Perempuan pun Mrs. A suka jugak huhuhuhu.... nak dijadikan cerita lagi Fiday nite tu keluar pula iklan kat tv CTDK sedang mempromosikan shawl Ariani koleksi hari raya hah! lagilah tak boleh jadi ni haruslah Mrs. A nak pi Ariani lagipun sekarang ini ada sale promosi sempena hari raya. Kekdahnya esoknya tu Aryssa dan Mrs. A pun pi la Ariani.

Ariani Senawang
Adeh!!! sumer cantik-cantik tak tahu mana nak pilih
 Ariani Senawang

Ariani Senawang
Punyalah leka memilih Aryssa snap pun tak perasan
Ariani Senawang
Peace yo! happy dah dapat shawl yang berkenan 'Roselle' namanya
Ariani Senawang
Cantik tak? Yang ni 'Eliza' sis kata Adik promoter tu
Actually ini 1st time Mrs. A datang ke butik Ariani di Wisma Jakel, Senawang ni. Dulu selalu jer... ke Jakel dengan gang lunch, time tu Jakel masih lagi di Seremban 2 dan walking distance jer dari office. Bila Jakel dah berpindah ke Wisma Jakel di Senawang ni susahlah sikit, tak sempat kalau nak pergi time lunch hour hu.hu..hu...

Time nak balik tu carpet pulak tengah buat happy hour hahaha... dugaan betul tapi mujur tak tergoda.

Shopping raya
Carpet kak cepat kak beli... happy hour saya bagi harga tak masuk akal ni kuat loud hailer Mamat carpet tu
Aryssa laju jer... tak sabar nak pi Parkson pula 
Walaupun kat Ariani ada jugak menjual baju raya tapi Aryssa tak nak. Dia nak pergi beli kat Tewah je di Parkson Seremban Prima. Bila Mrs. A tanya kenapa tak nak beli sini aje senang. Takpelah ibu mahal katanya. Adoiii!!! nak nanges Mrs. A dengar.

Pada mulanya Mrs. A pun plan nak beli sepasang baju kurung kat Tewah tu tapi bila tengok-tengok takde yang berkenan la pula. Tapi yang pasti Aryssa dapat beli sepasang baju kurung color pilihan hati. Kemudian singgah Parkson pula nak beli baju jalan-jalan bak kata Aryssa. Bertambah-tambah happy Aryssa kat Parkson pun dia dapat beli lagi dua pasang baju jalan-jalan. Okay sudah! cukup Aryssa moh le kita balik, lagipun bulan puasa tak syiok nak berjalan lama-lama. Unfortunately satu gambar pun tak snap mood puasa der...

Oh! ya time kat Arini tu Mrs. A dapat note book dan kipas tangan percuma.

Ariani note book
Suka 'note book' Ariani soft aje color dia
Ait!!! gambar note book aje? Hurm... kipas tangan tu Aryssa dah amik so gambar kipas tangan tak sempat nak snap.

Itu jer... kisah Girls Day Out: Shopping Raya. Selamat berpuasa hari ke 21 Ramadhan dear readers.
Mystery Giveaway By Flavnesz

Mystery Giveaway By Flavnesz

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Mystery Giveaway By Flavnesz. 


Today barulah sempat nak buat post GA ini. Yessss... Mrs. A suka misteri itu pasal yang Mrs. A join tu, muahahahaaa... 

Syabas Mrs. A ucapkan kepada Flavnesz aka Hanis kerana berani mencuba untuk organize GA. Untuk pengetahuan Hanis dan juga readers Mrs. A sehingga sekarang masih belum berani nak organize GA walaupun Mrs. A dah berblog bertahun-tahun lamanya. Ntah bila nak datang beraninya tak tahulah harap-harap tak lama lagilah, macam Hanis dah pun ada istilah 1st time gitewww...

KLIK
Ist impression Mrs. A sewaktu pertama kali singgah di blog Flavnesz lama dah dulu ialah 'Suka blog ni entry dia menarik, nanti nak singgah lagi' Selepas tu Mrs. A memang selalu singgah dah cuma kadang-kadang komen dan kadang-kadang tak tahu nak komen apa ngeh! ngeh! ngeh!

Kalau tak salah Mrs. A dah beberapa kali juga Flavnesz bertukar-tukar template tapi template yang ini paling 'cool' sebab apa Mrs. A rasa macam tu cos ada tiga colum at the end of the post yang menjadikannya macam separator so nampak kemas dan teratur. Just my 2cent.

Oh! ya jom readers kita join Mystery Giveaway By Flavnesz sambil support rakan blogger lagipun syarat-syarat penyertaan tersangatlah mudah.

Kalau nak join macam Mrs. A sila klik banner di atas.
Dodol Ongah #penanganpenganan

Dodol Ongah #penanganpenganan

Bismillahhirrahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Dodol Ongah #penanganpenganan


Siapa suka dodol atau penganan? Kita gang! sep sket! Orang kampung Mrs. A biasa panggil dodol ni penganan. Time kekecik dulu memang Mrs. A pun panggil penganan tapi sekarang ni seiring dengan perkembangan masa, zaman berubah, umur pun dah dewasa dari penganan dan panggil dodol ngeh! ngeh! ngeh!

Last Saturday Mrs. A balik kampung. Time jalan-jalan di bazar Ramadan kat Lubok China tu terjumpa pulak satu gerai ni ada jual Dodol Ongah. Dalam hati cakap eh! ni la dodol yang Kamarul jual tu. Dia duk promosi kat grup FB. Kamarul adalah kawan sekampung Mrs. A time kekecik dulu tapi bila dah besar tak berapa nak kawan dah hew! hew! hew!

Pada mulanya Mrs. A macam fifty-fifty jer... nak beli ke tidak cos time tu tangan dah penuh dengan macam-macam juadah. Tapi syukurlah Mrs. A decided membelinya kalau tak serius rugi.

Dodol ongah
Mrs. A suka yang keras macam ni yang cair kurenggg...
Haish!... sesampai rumah aje tak sabar tau nak tunggu waktu berbuka cos teringin sangat nak merasa Dodol Ongah ni muahahaaaa... macam bebudak. Ha! nak tahu tak apakah juadah pertama Mrs. A time berbuka tu? Yesss.... tidak syak lagi dodol tulah yang Mrs. A makan dulu. Alhamdulillah serius sedap uols!!! Mrs. A suka. Memang recommendation sangat. In Sha Allah nanti nak repeat beli lagiks!

Rupanya time Mrs. A beli itu. Dodol Ongah tu baru sahaja memulakan operasi mereka menjual di tepi jalan.

Dodol ongah
FB pages - DODOL ONGAH - Penganan
Dodol Ongah

Kepada peminat-peminat dodol aka penganan kalau nak rasa Dodol Ongah Den ni bolehlah jalan-jalan cari makan ke gerai Dodol Ongah ni. Gerai ini mula buka dari jam 4.00 petang hingga 1.00 pagi. Gerai Dodol Ongah ni kalau dari Linggi dan Rembau, lokasinya adalah sebelah kiri jalan sebelum sampai ke Pekan Lubok China. Jika dari Lubok China menghala ke Linggi, sebelum simpang tiga  untuk ke Astana Raja, Kota, Rembau sebelah kanan.

Kalau nak tahu lebih details bolehlah contact no 010-5455508. Mrs. A sekadar berkongsi di blog manalah tahu kalau ada peminat dodol yang nak cari dodol sedap. Ikhlas cakap Dodol Ongah ni memang sedap. Kalau tak sedap seganlah pulok rasanya Mrs. A nak share kat blog. Akhir kata selamat berpuasa hari ke 19 Ramadhan readers.
MRS.A my blog my stori ©