MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Salam Jumaat : Yang Mana Lebih Baik???

Salam Jumaat : Yang Mana Lebih Baik???

As Salam and greetings to dear readers.

Yang mana lebih baik? 

Ada segolongan orang yang kuat beribadat tapi 'berakhlak buruk' dan ada segolongan orang yang tidak beribadah langsung tapi 'berakhlak baik'. Yang mana lebih baik?

"Wahai Syeikh, Manakah yang lebih baik, seorang muslim yang kuat beribadah tetapi akhlaknya buruk dan seorang yang tidak beribadah langsung tapi amat baik akhlaknya!!" tanya seorang pemuda.

"Subhanallah!! kedua-duanya baik", ujar Syeikh sambil tersenyum...

"Mengapa boleh jadi begitu desak??" desak pemuda tadi.
manakah yang lebih baik?
Google image
"Kerana orang yang tekun beribadah itu boleh jadi  nanti akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia bersebab ibadahnya... dan kerana orang yang baik perilakunya itu boleh jadi nanti dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNYA."

"Jadi siapa yang lebih buruk??" desak si pemuda tadi.

Airmata mengalir di pipi Syeikh "KITA... wahai anak muda", ujar beliau.

"KITAlah yang selayaknya berakhlak buruk sebab kita seringkali menghabiskan waktu menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri". "Padahal kita akan dihadapkan di depan Allah dan ditanyakan tentang diri kita. Bukan tentang orang lain!!"

Yang mana lebih baik?

RENUNGKAN...
Si Koko Pula Kena Spay a.k.a Kasi

Si Koko Pula Kena Spay a.k.a Kasi

As Salam and greetings to dear readers.

Si Koko pula kena Spay a.k.a Kasi. Kalau sebelum ini Mrs. A neuter si Kuning tapi kali ini Mrs. A perlu kasikan si Koko pula. Si Koko dah sampai masa heat dia dah! asyiklah tergedik-gedik berlari-larian ke depan ke belakang pantanglah dengar si Bengkok (bukan kucing Mrs.A) mengiau mulalah si Koko tu pi lari keluar nak menggoda lettew!

Si Bengkok tu kucing yang tidak diketahui siapa pemiliknya tapi selalu jer... lepaking kat rumah Mrs. A. Mrs. A gelarkan si Bengkok cos ekor dia bengkok sikit kat hujung lebih kurang sama pulok dengan si Kuning rasanya itulah biological father si Kuning muaahhaaaaaa.....

Spaying-cat
Koko masih belum sedar sepenuhnya time Mrs. A datang nak ambil dia
Agak berbeza sedikit jangka masa sedar Koko dengan Kuning. Time Koko dia dah jaga sewaktu Mrs. A ambil cuma masih lemah dan tak berapa larat nak jalan kalau jalan pun terhuyung-hayang macam orang mabuk todi gitew. Kuning pulak langsung tak sedar masih lagi ketiduran time tu.

Seperti Kuning apabila sampai di rumah Mrs. A kurung dia dulu dan pagi esoknya baru bagi makan. Dalam tengahari Adik telah bebaskan Koko dari sangkarnya. Pada fikiran dia Koko telah sedar sebagaimana Kuning dahulu. Unfortunately Koko hilang sehari semalam. Huhuuhuu... time ni sedih bercampur marah dengan Adik.

Tetapi esok petang time Mrs. A balik dari kerja Mrs. A telah menjalankan operasi mencari sendiri sambil panggil-panggil nama Koko [rasanya satu taman dah boleh tahu fiil Mrs. A yang suka jalan-jalan sambil jerit-jerit nama-nama kekucing Mrs. A bila mana kekucing Mrs. A hilang dari radar ngeh!ngeh!ngeh!]

Syukur alhamdulillah hasil pencarian berjaya. Mrs. A jumpa Koko di simpang jalan kira-kira 200 meter dari rumah. Dia mengiyau-ngiyau sambil pandang Mrs. A "tolong... angkat Koko... tak larat nak jalanlah"  kata dia muuahaaaa... okay tipu. Dia memang tak gerak pun duduk jer situ lalu Mrs. A pun angkat dia bawa balik rumah, bagi makan special iaitu wet food favorite dia. Mujur dia berselera makan dan minum.

Dua tiga hari selepas itu dia duduk rumah aje dan tak cergas mana pun. Tapi itu normal proses recovery memang ambil masa. Satu yang Mrs. A notice selepas Kuning dan Koko kena kasi kedua-dua mereka kena selsema. Hurmm... selepas ini kalau Mrs. A nak neuter/ spay yang lain-lain tu Mrs. A akan minta ubat selsema siap-siap.

Sekarang ini Koko dan Kuning cergas dan aktif seperti sebelum kena kasi. Pada mulanya Mrs. A ingatkan mereka akan kurang aktif dan tidur sahaja. Tetapi itu hanyalah di awal-awal proses sahaja mungkin pada waktu itu saki-baki ubat bius masih ada dalam badan mereka.

Spaying-cat
Hi!! kalau snap gambar kita belanjalah ayam goreng. Muka tak puashati time makan tapi disuruh berswafoto
Kekdahnya cakap-cakap yang kata apabila kucing telah kena kasi mereka akan jadi malas dan lembab itu adalah tidak semuanya benar. Mungkin bergantung kepada spesis kucing juga. Ini terbukti dengan Kuning dan Koko yang suka aje bergurau-senda sambil berlari-lari dalam rumah sampai kadang-kadang Mrs. A terpaksa hantar mereka duduk luar dek kerana habis semua benda jatuh dikerjanya.

So far Koko dah bertambah gebu-gebas dan Kuning pulak sama aje tiada apa yang berubah dari segi fizikal. Okay! itu saja citer Si Koko Pula Kena Spay a.k.a Kasi.



GIVEAWAY PLANNER 2017 BY @PAPERNPLANNER

GIVEAWAY PLANNER 2017 BY @PAPERNPLANNER

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A mulakan entry tahun baru dengan turut serta dalam Giveaway Planner 2017 By @Paperplanner.

Wah! LZ buat giveawaylah. Sebagai tanda support Mrs. A pun menjoinkan diri untuk turut serta dalam Giveaway Planner 2017 by @Paperplanner.

Mangsa tag Mrs. A adalah SUKI // REENRI // CHERRY BLOSSOM

Untuk syarat-syarat dan terma sila KLIK BANNER berikut.

Giveaway Planner
KLIK BANNER
Pendapat Mrs. A mengenai blog Whateverapa-apasahaja. Blog yang mempunyai susun atur yang menarik dan tidak terlalu serabut. Owner blog yang friendly kerana rajin menjawab komen. Sekiranya beliau tepek gambar, gambar-gambarnya jelas dan cantik. 

Jom turut serta Giveaway Planner 2017 By @Paperplanner.

Tarikh Tutup Penyertaan: 07.01.2017 (12.00 malam)


Happy New Year 2017

Happy New Year 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Happy New Year 2017 Mrs. A ucapkan buat readers blog yang dikasihi dan disayangi. Terima kasih buat mereka yang selalu singgah di blog picisan ini. Tanpa kalian sendulah blog ini. Eeececewah! kemain ayat tak boleh blah!

Biasa kalau new year mesti akan dengar soalan cliche. Apa azam tahun baru? Dah set goal untuk tahun baru? Azam tahun lepas tercapai dah ke? Muahhaaaaa.... seriously Mrs. A tak terfikir dan tak tahu apa azam tahun Mrs. A untuk tahun 2017. Hurm... sedihlah ko nih! Mrs. A.

Buat masa sekarang Mrs. A rasa apa gunanya setting goal kalau tak dapat nak capai apa yang di set kan itu. Kekdahnya just gone with the flow.

Happy New Year 2017 Clipart_6
Hi!! happy new year everybody
Pssstttt... tapi betul ke ada cakap-cakap yang kata mereka yang jenis ini takde matlamat hidup.

Happy New Year 2017.


Comot Si Kucing Kampung Yang Sakit Buasir

Comot Si Kucing Kampung Yang Sakit Buasir

As Salam and greetings to dear readers.

Actually Comot ni bukanlah kucing Mrs. A. Comot adalah kucing mak sedara Mrs. A yang tinggal kat kampung. Kesian sangat dengan Comot si kucing kampung yang sakit buasir ini. Dubur dia tu dah terkeluar panjang bila dia nak membuang dia akan mengiau-ngiau kuat bila kita dengar dan tengok pun kesian sangat.

Last weekend Mrs. A balik kampung walaupun tiada orang di kampung kerana turn 'mereka' pulak bercuti ke Langkawi. 'Mereka itu' adalah family Kakngah, family Adik, emak dan mak-mak sedara Mrs. A. 

Weekend sebelum tu mak sedara Mrs. A tu dah bagitau nanti depa nak pi Langkawi macam manalah kekucing ni nak makan. Bila dengar macam tu Mrs. A pun offer diri takpe biarlah iol yang jaga dan bagi kekucing tu makan sementara uols pi bercuti tu.

Haish! ntah sejak bilalah si Comot ini dah merana sakit buasir tu lupa pulak nak tanya mak sedara Mrs. A tu. So kekdahnya Monday 26122016 tu bila Mrs. A nak balik Seremban. Mrs. A pun bawaklah Comot sekali cos plan nak bawa Comot pi klinik.

Comot-si-kucing-kampung
Tu nampak tak bontot dia ada bulat merah macam telur. Gambar ni dalam kereta Along snap, otw nak balik Seremban
Monday tu tak dapat bawa Comot pi klinik cos klinik tutup. Tuesday petang barulah Mrs. A dapat bawa Comot pi klinik. Sekarang ini tak perlu pergi jauh-jauh ke Senawang lagi cos klinik tu dah ada branch di Ampangan iaitu Klinik Haiwan Ampangan namanya yeaaaa....  I likes cos dekat aje dengan rumah Mrs. A naik kereta 5 minit dah sampai.

Klinik Haiwan Ampangan yang bestnya tak busy macam yang di Senawang tu so bila Mrs. A sampai aje terus register kemudian Comot terus dapat jumpa doktor. Lalu Mrs. A pun bagitaulah masalah Comot yang kena buasir tu hahhahhaaa... ingat term buasir tu salah tapi betullah tu memang kucing pun ada sakit buasir.

Kalau kat klinik Senawang ada doktor handsome kat klinik Ampangan ini pulak ada doktor cantik. ngeh!ngeh!ngeh! sempat aje ko perati Mrs. A oii. Bila doktor check bontot Comot katanya " Oh! ini ambil masa sikit, saya nak bersihkan yang terkeluar ni dulu pastu saya akan cuba masukkan balik". Lalu doktor suggestkan Mrs. A pergi mana-mana dulu nanti dia call bagitau perkembangan.

Lalu Mrs. A dan Aryssa pun pi Giant sedang membeli-beli tu dapat call dari doktor cantik. Katanya Comot tu perlu buat surgery cos bila dia cuba masukkan balik tak boleh. Mrs. A pun setuju ajelah habis tu camno? Doktor kata lusa baru boleh ambil Comot Wednesday morning dia buat surgery then dia nak monitor dalam sehari so Thursday baru boleh ambil Comot.

Comot
Nama kita Comot. Sekarang bontot kita dah takde buasir lagi
Yesterday petang lepas habis kerja terus aje Mrs. A ambil Comot. Doktor kata dia buat surgery tu kat perut dia ni sambil tunjukkan perut Comot dari situ dia tarik masukkan usus Comot yang terkeluar tu dan jahitkan biar tak terkeluar lagi. Macam mana jahitkan tu tak tahulah pulak Mrs. A. Tak kisahlah janji Comot pulih seperti sediakala.

Comot si kucing kampung
Atas: Area perut yang kena surgery tu
Bawah: Tut... dia yang dah macam normal kembali
10 hari lagi Comot kena pergi klinik semula untuk buka jahitan. Semalam doktor bagi ubat jugak untuk keraskan tahi dia. Ubat tu Mrs. A kena bagi Comot sehari sekali. Mrs. A pun tanyalah kenapa jadi macam ni. Doktor kata antara sebabnya adalah berak cair yang dah lama dan berpanjangan, bila dia berak cair, dia teran usus dia bergetar kalau dah selalu sangat itu yang terkeluar.

Oh! ingatkan berak keras yang sebabkan buasir. Macam manusia biasanya berak keras selalu yang sebabkan buasir tapi haiwan lain pulak.

Maknanya Comot tak boleh balik kampung lagi. Sementara ini Comot jadilah kucing bandar ya... tinggal dengan A's family.

bil klinik haiwan Ampangan
Itulah cost untuk surgery tu huhuhuuu... sakit itu mahal harganya
Alamat Klinik: Klinik Haiwan Ampangan, No. 52-B-2, Jalan Cempaka, Bandar baru Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Contact No: 019-6896912/ 018-3660854

Waktu Operasi: Ahad - Khamis: 9.00 pagi - 6.00 petang.

Jumaat: 9.00 pagi - 12.00 tengahari /  3.00 petang - 6.00 petang

Cuti: Sabtu

Waktu rehat: Ahad - Khamis: 1.00 petang - 2.00 petang/ Jumaat: 12.00 tengahari - 3.00 petang

Actually klinik ini dekat aje dengan self service laundry yang Mrs. A selalu pergi dulu. Dekat jugak dengan Talk Com Pet Shop. Senang kata lorong yang sama.

Okay! itu sahaja kisah Comot Si Kucing Kampung Yang Sakit Buasir. Harapan Mrs. A semoga Comot segera sembuh dan boleh balik kampung berjumpa dengan tuan sebenar dia.

MENANG Giveaway Syukur Selalu 2016 Pembaca Blog Hasrul Hassan

MENANG Giveaway Syukur Selalu 2016 Pembaca Blog Hasrul Hassan

As Salam and greetings to dear readers. 

Alhamdulillah Mrs. A menang Giveaway Syukur Selalu 2016 Pembaca Blog Hasrul Hassan. Nak tahu pasal GA ni boleh klik SINI 

Yang sebenarnya dari malam tadi Mrs. A dah terbaca post HH berkenaan keputusan pemenang GA tersebut. Bila baca tu macam ya ke tidak nih! sebab HH letak pemenang tempat kedua Maziah Azalli amvoiiii kemain dia full name lagiks nama iol diletaknya.

Apa-apa pun Mrs. A suka..suka..suka...

giveaway
Baru sekejap tadi bila Mrs. A check email alhamdulillah memang betullah Mrs. A yang menang Giveaway Syukur Selalu 2016 Pembaca Blog Hasrul Hassan tu.

Dear HH, Mrs. A dah email tau details seperti yang diminta.

Akhir kata nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada HH sebab Mrs. A terpilih sebagai salah seorang pemenang.

Terima kasih HH sebab anjurkan Giveaway Syukur Selalu 2016 Pembaca Blog Hasrul Hassan
Bercuti Ke Langkawi : Homestay

Bercuti Ke Langkawi : Homestay

As Salam and greetings to dear readers.

Pada awal bulan hari itu iaitu 9 hingga 12 Disember Mrs. A sekeluarga dengan izinNYA telah berpeluang bercuti ke Langkawi. Tak tahu bilalah dapat up entry becuti ke Langkawi tu huhuuhhu... In Sha Allah nanti adalah tu. Tapi entry ini Mrs. A nak share homestay yang Mrs. A sekeluarga stay tu.

Meh! sini layan gegambar homestay tu

Perdana Beach Private Residence
Sepanjang 4 hari tu Mrs. A & family stay kat sinilah Perdana Beach (Private Residence)
Perdana Beach Private residence
Balkoni yang menghadap swimming pool
Swimming pool for adult. Pagi-pagi takde orang swimming pun
Hall yang cosy. Time ini Adik tengah tengok final apa ntah time tu dah lupa
Meja makan tapi apsal penuh dengan phone ngeh!ngeh!ngeh!
Kitchen yang complete dengan utensil yang banyak. Nak memasak boleh sangat
Coffee/ tea set pun ada
Homestay ini ada dua bilik tidur. Sesuai sangat untuk Mrs. A sekeluarga. Kedua-dua bilik ada bilik air sendiri.

Sepatutnya kids tidur kat sini tapi Along jer.. yang setia  from day 1 hingga balik.
Bathroom untuk bilik utama ada bath tub. Lorrr... nampak pulak si photographernya
Hurm... unfortunately bilik yang Mrs. A tidur tiada gambar la pulak. Actually dah snap tapi gelap Kemudian Mrs. A delete then terlupa pulak nak snap lagi sekali. Cuma tinggal gambar bathroomnya sahaja.

Bathroom ini 2 pintunya dari bilik boleh dari kitchen boleh.
Bagi Mrs. A sepanjang 4 hari tinggal di homestay ini memang puashati sangat. Semua kemudahan ada seperti Air-conditioning, Astro, Narita pun ada banyak itu pasal yang Adik tidur depan TV aje tu dengan babahnya, towel pun sedia ada lebih dari cukup. Paling best ada washing machine. Lepas mandi laut terus basuh baju-baju basah. Selesa sangat macam tinggal kat rumah sendiri. 

Okay itu sahaja nak cerita kisah homestay, Bercuti Ke Langkawi : Homestay

Nama tempat ini: Perdana Beach Private Residence, Kuala Melaka, 
Mukim Padang Matsirat, Langkawi

Contact Person : Kak Sue 010-3066244


MRS.A my blog my stori ©