MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Pejabat Pos Jusco Seremban 2

Pejabat Pos Jusco Seremban 2

Lunch hour today dah plan nak pergi renew car lesen Mrs. A yang dah tamat tempoh bersamaan dengan tarikh birthday Mrs. A iaitu 30052015. Hiks! dah 10 hari berlalu rupanya. Alhamdulillah tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh lesen itu tamat tempoh. Sempat jugaklah Mrs. A balik kampung dan ke sana ke sini di area Seremban ni patutlah rasa macam ada benda tak kena rupanya memang tak kenalah lesen Mrs. a mati daa... [next time dont do it agains].

Tapi apa yang Mrs. A nak kongsi ni adalah kisah di Pejabat Pos time Mrs. nak renew lesen tu. Sesampai aje nak amik angka giliran tapi rosak dengan note sila ambil angka giliran anda di kaunter no. 2. Okay gi ke kaunter no 2 dapat no giliran 132. Tapi tak tahu sekarang no berapa? Tak lama tu terdengar kaunter no 1 panggil no 106. Hah! no 106 baru, gila kentang punya ramai lagi nak sampai turn Mrs. A. tapi bila melihat sekitar pejabat pos tu orang takdelah seramai beratus orang tu, elok jer.. semua orang duduk kat tempat duduk yang tak berapa kerat tu.

Terus Whatsapp one of my gang lunch minta tak payah tunggu coz memang lambatlah nih jawabnya. Di samping itu tak lupa juga message bos. Inform dia yang Mrs. A lambat coz renew lesen di Pejabat Pos dan orang ramai, ngeh!ngeh!ngeh!

Sebelum ini memang kawan-kawan Mrs. A pernah bagi tahu service Pejabat Pos tu memang slow giler walaupun orang tak berapa ramai servicenya tetaplah hai! slow yang teramat-amat. Kalau tak percaya cer baca kat FB Pejabat Pos Jusco Seremban 2 memang tak jumpa comment puji-pujian punyalah. Yang banyak rungut-rungutan aje. Walaupun dah banyak komplen yang diajukan tapi service tetap slow tak berubah laju pun walaupun ada service pos laju. ngeh!ngeh!ngeh! Bila nak berubah pun tak tahulah? Manager Pejabat Pos sepatutnya ambil aduan pengguna tu secara serius dan buat penambahbaikkan bukannya di pandang sepi. 

Walhal bila dah sampai ke turn kita tu cepat aje prosesnya. Macam time Mrs. A renew lesen tu bagi IC dan lesen yang dah tamat tempoh tu kemudian prosesnya lebih kurang tujuh ke lapan minit aje siap.


My lesen untuk tempoh 2 tahun

Sekarang tempoh minimum renew lesen adalah dua tahun dan maksimum lima tahun. Bagi tempoh dua tahun bayarannya adalah RM60.00 tapi sebab renew kat pejabat pos kena bayar comission 2.00 dan GST 12 sen total after rounding jadinya RM62.10. Lima tahun tak tanya pulak berapa RM? ngeh!!.ngeh!!ngeh!!

Renew lesen punya pasal terlewat sikit masuk office. Moral of the story jangan amalkan selalu renew lesen time lunch hour office yang jadi tak berapa lunch hour di Pejabat Pos Jusco Seremban 2.

The End.



Bowling Update

Bowling Update

Okay last week Mrs. A dah promised nak update citer bowling selepas selection tu. Sebelum hari pertandingan tu sempat jugaklah Mrs. A and the gang gi practice dulu. Huhuuhuuu practice!! uols al-maklumlah bowling bersama company ni semua bowlers hebat-hebat uols. Terdapat ramai wakil Maksak hah! hebat tak hebat tu. Memang tipis sangat harapan nak menang. Takpe adat bertanding pasti ada kalah menang yang penting semangat perjuangan. Amboi! dah macam kempen pilihanraya pulak gaya bahasanya ngeh! ngeh! ngeh!..

Takpe dik! kalah pun takpe asalkan menang gaya muaaahhaaaaaaa...

Selepas penat training kita makan. Walaupun dah agak lewat tapi makan tetap makan. Mrs. A dan adik sorang ni jer...pulang dulu yang guys tu still continue lagi practice depa.

We-fei

Akhirnya Saturday 06062015 Pertandingan Bowling Piala Pusingan Pengarah pun tiba juga. Pertandingan ini diadakan di Ampang Superbowl Seremban Prima. Organizer kata pukul 9.30 pagi semua mesti dah get ready. Hurmmm... Mrs. A ingatkan diri inilah yang lambat. Rupanya masih ada ramai  lagi yang lambat. Tapi memang sesuatu yang tidak patut berlakulah coz Tuan Pengarah dah sampai dulu dari kebanyakkan peserta. Tapi mujurlah dia ok jer...

Selain dari Ampang Superbowl Seremban Prima, ada dua lagi tempat di bandar Seremban ini yang kita boleh berbowling. Satu di Aeon Seremban 2 dan satu lagi yang terbaru iaitu di Mydin Mall Seremban 2. Tetapi for those yang memang kaki bowling mereka selalunya akan choose Ampang Superbowl kat Seremban Prima ni.

Inilah dia Team HQ 2.

Merah sangatlah Makngah!
  
Souvenir  yang semua peserta dapat

Event yang bagus untuk beramah mesra semua daerah dan HQ berkumpul

Sambil main sambil alert coz ada lucky draw


Hadiah-hadiah yang banyak unfortunately satu pun Mrs. A tak dapat huaa..huaa..huaaaa..........


Lebih kurang pukul 2.00 petang barulah pertandingan berakhir sepatutnya boleh habis lebih awal tetapi ada sedikit masalah teknikal contoh macam lane Mrs. A banyak kali pin kena reset coz pin rongak. Si adik manis lagilah lane dia langsung tak boleh pakai kekdahya Team dia terpaksa menunggu sesiapa yang dah habiskan game barulah Team dia boleh main di lane yang dah habis tu.

Syabas dan thumbs up Mrs. A ucapkan kepada organizer kerana berjaya menganjurkan pertandingan bowling nih! dengan meriahnya. Apa yang Mrs. A dapat tahu dari peserta yang menang hadiah tu, hadiah-hadiah memang menarik sangat. Untuk kategori individu yang Top 5 tu semua hadiah best-best katanya. Hadiah merupakan personal belonging contoh branded wallet, branded belt dan lain-lain lagi. Takpe yang kalah boleh cuba lagi tahun depan, In Sha Allah [kata-kata semangat ditujukan untuk diri sendiri] Ngeh! Ngeh! Ngeh!..

The End.


Klinik Haiwan Senawang

Klinik Haiwan Senawang

Koko??? Apakah, siapakah Koko?? Nak tau detail baca sini. Tak nak baca takpe... teruskan bacaan anda dengan entry ni jer. Tuesday  morning 09062015 time Mrs.A nak gi kerja dah perasan Koko moyok jerr... kat sangkar dia tak seperti biasa dan tak seperti Lilo yang seperti biasa bising dan becok minta simpati suruh buka pintu sangkar untuk kebebasanlahkan. Tapi tak bolehlah Mrs. A nak gi kerja nanti kalau bebaskan dia pergi rumah orang lain marah pulak orang pastu ada banyak musuh, mereka tu toddler lagi hiks!

Petang time Mrs. A dah balik kerja serius tengok Koko jalan pun tak betul bila Lilo ajak dia bergurau dia marah dan boo layan. Kemudian Mrs. A bagi makan pun dia makan sikit aje dan tak bergaduh berebut dengan si Lilo macam biasa. Sekonyong-konyongnya Lilo makan seekor diri. 

Pastu Mrs. A tanyalah kengkawan kat grup whatsapp apa agaknya yang tak kena dengan si Koko tu kengkawan Mrs. A kata maybe dia demam sejuk agaknya tu cuba selimutkan. 
Klinik Haiwan
Koko
Mungkin ada benarnya dia sejuk, dia demam kot coz bila Mrs. A selimutkan dia senyap aje dan meneruskan tidurnya. Tengok jam dah pukul 10.00 malam huhuuuhu... dah malam sangat nak bawa gi klinik. Lagipun klinik haiwan yang kat Senawang tu Mrs. A tak tahu operation hours plus takde pengalaman bawa gi klinik situ yang biasa bawa cat gi jumpa veterinar ni ibu mertua Mrs.A. 

Wednesday morning 10062015 time nak gi kerja tengok Koko macam ok sikit. Tapi memang dah plan lepas kerja petang ni nak bawa Koko gi klinik walaupun ada appointment dengan Yun Nam tapi Mrs. A postponed demi Koko yang dikasihi. Koko bertahan ya  petang nanti kita gi jumpa doktor. Sesampai office Mrs. A pun jumpalah sorang rakan office yang selalu pergi klinik haiwan yang kat Senawang tu operation hours klinik tersebut katanya sampai ke malam hingga sepuluh malam kalau weekdays alhamdulillah oklah cenggitu.

Petang tu sharp 5.15 petang terus aje Mrs. A caaa alip but. Semangat sangat nak bawa Koko gi klinik rungsing pun ya mengenangkan si Koko yang sakit tak ketahuan sakit sebenarnya. Sampai rumah tengok Koko nak keluar rumah sambil jalan terhuyung-hayang menuju ke longkang hiks! dia nak melepaskan hajat rupanya. Alahai! carrier takde la pulak tu... nak kena beli carrier dulu ni. Memula Mrs. A bawa jer dia duk kat seat depan mujur dia elok jer... behave. Pergi pet shop kat Ampangan tempat yang sama Mrs. A beli cage dia dulu. Memula nampak carrier besar gedabak jer... alamak tak sessuai la. Kecik sikit ada tak sowang kata ada sowang kata takde huk aloh! mana satu betul ni. Tapi yang betulnya memang ada yang kecik cuma tak siap pasang lagiks! Mrs. A pun rembat jer.. yang kecik pastu suruh dia pasang. Kemudian terus drive ke Senawang.

Klinik Haiwan
No 14, Jalan Matahari 1/1, Taman Matahari Heights, 70450 Seremban, NSDK
No Tel: 06-678 8680      No Fax: 06-678 8675

Klinik Haiwan
Koko seat still aje time on the way nak ke klinik
Klinik Haiwan
Koko time tunggu giliran tetiba doktor panggil Puan ...... sambil tersengih tengok Mrs. A tengah snap-snap
Doktor: Kenapa dengan dia puan?? 
Mrs. A: Dia moyok aje doktor tak main gurau-gurau macam biasa. 
Doktor: Adik-beradik lain dia ada tak? Makan nak tak?
Mrs. A: Ada sekor je tapi yang tu elok aktif macam biasa. Dia makan tapi sikit jer.. 
Doktor: Ibu dia ada? 
Mrs. A: Dia takde ibu. My kid amik bawa balik dari sekolah
Doktor: Oh! Okay
Pastu bila doktor pegang Koko marah dan jerit-jerit [jerit suara kucingler...] 
Doktor: Amboi! marah dia, hurrmmm badan dia pun panas. 
Handsome doktor ni dalam hati Mrs. A [Hoi! Mrs. A sempat pulak ko gediks! ya] ngeh!ngeh!ngeh! 
Doktor: Sambil patahkan pil dan bagi Koko. 
Mrs. A: Pil apa tu doktor?
Doktor: Itu ubat cacing, saya kena bagi dia injection (vaksin)  ya puan. 
Sambil sediakan injection dan inject kat tengkuk Koko. Apa lagi menjerit kuatlah si Koko tu. 
Doktor: Okay dah siap. 
Mrs. A: Hah! dah siap doktor cenggitu jer sambil terngannga sikit macam tak percaya.
[Kesian ko Mrs. A tulah tak pernah bawa cat gi klinik] selalu sendiri jer...yang jadi doktor. 
Doktor: Puan lain kali kalau ada masa bawa adik beradik dia tu pulak ya kita kena bagi dia vaksin sebab dia kecik lagi.
Mrs. A: In Sha Allah doktor

Menurut doktor mungkin dia dapat jangkitan sebab dia bercampur gaul dengan kucing-kucing lain kat luar rumah. Mungkin ada benarnya coz semenjak kids duduk kampung Koko dan Lilo bebas aje kat luar rumah. Tak masuk cage sangat coz pada kebanyakkan masa tiada orang kat rumah Mr. A kata bebaskan aje dia letak makanan dia banyak-banyak. Mrs. A ikut jer... sebab tak naklah kering si Koko dan Lilo tu berlama-lama dalam sangkar sementara menunggu we both balik kerja.

Klinik Haiwan
Operation Hours time bulan puasa
Kat Klinik Haiwan Senawang ni ada jugak service lain-lain contoh kalau kita nak balik kampung tak tau mana nak tumpangkan cat kita boleh biar dia duk sini dengan bayaran tertentu harga sehari tak pasti la pulok anyway boleh calling-calling tanya sendiri. Perasan tak gambar kat atas time Koko tengah tunggu giliran tu ada cat dalam cage satu atas satu bawah. Yang atas tu baru lepas kena kasi so kena boarding sehari. Yang cage bawah tu sakit need to boarding jugak.

Klinik Haiwan
Koko senyap terus selepas kena injection [on the way nak balik]
Klinik Haiwan
Hiks! kat resit siap Pet's Name: KOKO
Alhamdulillah pagi tadi 04062015 Mrs. A tengok Koko dah sihat gayanya. Harapan Mrs. A Koko pulih dan sihat cergas sambil bergurau senda seperti waktu dia sihat. Risau dan runsing bila haiwan kesayangan kita sakit. Pencinta haiwan pasti setuju dengan apa yang Mrs. A rasa.

The End.



Mobile Friendly Test

Mobile Friendly Test

Walaupun Mrs. A dah tahu benda ni dah lama. Tapi biasalah Mrs. A selalu jer... ketinggalan bot. Sajalah nak share Mobile Friendly Test ni. baru jer buat.

Tadaaa...

Mobile Friendly Test


Andai kata ada readers yang sewaktu dengan Mrs. A yang ketinggalan bot ni boleh ler... try click di sini, Mobile Friendy Test ataupun click banner kat atas.

Just my two cent.



Wordless Wednesday #40

Wordless Wednesday #40

acakebyhajahlelawati

Bowling

Bowling

Pagi Isnin 25052015 bila Mrs. A sampai aje kat cubicle tengok ada borang penyertaan pertandingan bowling yang telah siap diisi dengan nama Mrs. A oleh En. bos. Amboi! bos kemain confident macamlah tak ramai orang yang nak masuk.

Kemudian Mrs. A pun telitilah Terma & Syarat yang disertakan. Penyertaan terbuka kepada semua kakitangan tak kiralah tetap ke, sambilan ke, sementara ke, kontrak ke ataupun praktikal semua boleh. Okay yang ni kawtim.

Lagi syaratnya penyertaan 22 pasukan adalah mengikut Bahagian dan Daerah berikut yang "berikut" ini punya syarat tu yang tak berapa nak boleh tulis je nama sesuka hati En bos hoi! mesti En Bos terlepas pandang ni. Kemudian Mrs. A pun jumpa En Bos dan bagitau dia syarat untuk HQ tu hanya ada 2 pasukan aje satu khas untuk management iaitu HQ I dan HQ II (gabungan) yang gabungan ni satu pasukan hanya perlu 4 orang sahaja tetapi yang nak mainnya lebih dari empat orang. Huhuuuhuuu... kekdahnya uols.... satu selection untuk memilih siapa yang layak akan diadakan. Amboi! kemainkan susah jugak nak masuk pertandingan boling Piala Pusingan Pengarah yang pertama kali diadakan ini.

Tapi Mrs. A okay jerr... layannnzzzz..... selection telah diadakan pada 28052015 bertempat di Ampang Superbowl, Seremban Prima, Masa 8.30 malam.

Jom layan gambar.

Aqil Hayyi dengan gaya balingannya yang tersendiri

Memerhatikan pihak lawan

Aryssa???  kenapa bola belum sampai pin dah kosong

Oh! tidak ini bukanlah calon-calon yang menyertai selection tu ngeh!ngeh!ngeh! Aryssa dan Adik accompany Mrs. A. Mrs. A amik 2 frame untuk they both play game. Along dan babah tak ikut they both pergi kenduri. Bila balik rumah heboh adik bercerita dengan babahnya yang dia menang pastu siap minta belanja atas kemenangan tu.

Okeh! yang ini barulah calon-calon sebenar yang telah menyertai selection tersebut. Lima orang calon wanita dan empat orang calon lelaki. Of courselah lebih ramai lelaki yang terpilihkan dah! tentu-tentu tenaga depa lebih (wiiwiwiwiw alasan standard) cuma sorang jer.. calon wanita yang berjaya melayakkan diri.


Di antara urusetia pertandingan yang datang bagi support

Inilah calon-calonnya, 5 orang wanita [kredit photo to tudung merah]

2 daripada 4 calon lelaki yang lelaki 3 dari kiri tu urusetia bukan calon tu yg over lebih [kredit photo to tudung merah]

Kemudian setelah tamat selection we all pun dijemput pulak untuk menjamu selera di NKI Bistro kat ground floor nun di bawah sana. Kesian Aryssa tak dapat nak makan kat Subway coz dah closed. Takpelah lain kali ya Aryssa.

Wefie...





Siapa yang terpilih??? Takpe itu kita tunggu entry selepas pertandingan sebenar nanti ya. Pertandingan Bowling Piala Pusingan Pengarah tu akan diadakan pada Saturday 06062015 Masa 9.00 pagi ditempat yang sama. In Sha Allah. Tunggguuuu......






Empat Puluh Tahun

Empat Puluh Tahun

Alhamdulillah pada 30 Mei 2015 yang lalu genaplah usia Mrs. A empat puluh tahun mengikut kalender Masehi. Takde maknalah nak rahsia-rahsiakan umur ni biarlah bagitau aje dengan bangganya bak kata my kids barulah rare ibu. Mrs. A pernah terbaca ada seorang ustaz tu share kat FB dia tapi tak ingatlah nama ustaz tu, katanya orang perempuanlah yang paling ramai tidak menulis tahun dalam kebanyakkan biodata mereka (biodata kat internet) Macamlah bila depa tak tulis tahun tu usia mereka tak bertambah katanya. 

Ialah ustaz Mrs. A tak nafikan tu, tapi Mrs. A tak macam tu yer.. ngeh!ngeh!ngeh! Tak kisahlah tua pun tualah asalkan sihat dari segi fizikal dan rohani itu adalah lebih penting. Hurmmm... dah 4 series rupanya Mrs. A ni sekejap aje masa berlalu macam sedar tak sedar aje. 

Babah dan kids belikan Mrs. A kek aiskrim, we all sambut among we all aje. Pastu kek yang lebih tu bawa balik kampung dapatlah emak Mrs. A merasa sama.

Thank you Mr. A belikan kek aiskrim yang sedap sangat. [this year ada tulis wishes compare to last year ;-) ]

Hiks! siap dengan 4 batang lilin bagai tu

Okay! thank you babah, Along, Aryssa dan Adik, touching ibu tau

Apsal macam tercekik jer tu, asyik-asyik wat muka control macho haish!!

Peace! no war

Terima kasih buat my other half kerana masih mengingati birthday isteri mu ini, terima kasih ketiga-tiga permata hati ibu kerana sentiasa ingat akan birthday ibu, terima kasih juga kepada kawan-kawan disayangi yang wish birthday kat FB, WhatsApp dan Instagram dan juga yang wish face to face. Amin....semoga diperkenankan kesemua doa-doa kalian hendakNYA.

Syukur Alhamdulillah Thank You Allah.


MRS.A my blog my stori ©