Bowling - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Bowling

2 Jun 2015

Bowling

Pagi Isnin 25052015 bila Mrs. A sampai aje kat cubicle tengok ada borang penyertaan pertandingan bowling yang telah siap diisi dengan nama Mrs. A oleh En. bos. Amboi! bos kemain confident macamlah tak ramai orang yang nak masuk.

Kemudian Mrs. A pun telitilah Terma & Syarat yang disertakan. Penyertaan terbuka kepada semua kakitangan tak kiralah tetap ke, sambilan ke, sementara ke, kontrak ke ataupun praktikal semua boleh. Okay yang ni kawtim.

Lagi syaratnya penyertaan 22 pasukan adalah mengikut Bahagian dan Daerah berikut yang "berikut" ini punya syarat tu yang tak berapa nak boleh tulis je nama sesuka hati En bos hoi! mesti En Bos terlepas pandang ni. Kemudian Mrs. A pun jumpa En Bos dan bagitau dia syarat untuk HQ tu hanya ada 2 pasukan aje satu khas untuk management iaitu HQ I dan HQ II (gabungan) yang gabungan ni satu pasukan hanya perlu 4 orang sahaja tetapi yang nak mainnya lebih dari empat orang. Huhuuuhuuu... kekdahnya uols.... satu selection untuk memilih siapa yang layak akan diadakan. Amboi! kemainkan susah jugak nak masuk pertandingan boling Piala Pusingan Pengarah yang pertama kali diadakan ini.

Tapi Mrs. A okay jerr... layannnzzzz..... selection telah diadakan pada 28052015 bertempat di Ampang Superbowl, Seremban Prima, Masa 8.30 malam.

Jom layan gambar.

Aqil Hayyi dengan gaya balingannya yang tersendiri

Memerhatikan pihak lawan

Aryssa???  kenapa bola belum sampai pin dah kosong

Oh! tidak ini bukanlah calon-calon yang menyertai selection tu ngeh!ngeh!ngeh! Aryssa dan Adik accompany Mrs. A. Mrs. A amik 2 frame untuk they both play game. Along dan babah tak ikut they both pergi kenduri. Bila balik rumah heboh adik bercerita dengan babahnya yang dia menang pastu siap minta belanja atas kemenangan tu.

Okeh! yang ini barulah calon-calon sebenar yang telah menyertai selection tersebut. Lima orang calon wanita dan empat orang calon lelaki. Of courselah lebih ramai lelaki yang terpilihkan dah! tentu-tentu tenaga depa lebih (wiiwiwiwiw alasan standard) cuma sorang jer.. calon wanita yang berjaya melayakkan diri.


Di antara urusetia pertandingan yang datang bagi support

Inilah calon-calonnya, 5 orang wanita [kredit photo to tudung merah]

2 daripada 4 calon lelaki yang lelaki 3 dari kiri tu urusetia bukan calon tu yg over lebih [kredit photo to tudung merah]

Kemudian setelah tamat selection we all pun dijemput pulak untuk menjamu selera di NKI Bistro kat ground floor nun di bawah sana. Kesian Aryssa tak dapat nak makan kat Subway coz dah closed. Takpelah lain kali ya Aryssa.

Wefie...





Siapa yang terpilih??? Takpe itu kita tunggu entry selepas pertandingan sebenar nanti ya. Pertandingan Bowling Piala Pusingan Pengarah tu akan diadakan pada Saturday 06062015 Masa 9.00 pagi ditempat yang sama. In Sha Allah. Tunggguuuu......






3 ulasan:

  1. salam. hee semoga berjaya mak puan Mrs A . ,;p

    BalasPadam
  2. seronoknya ... mesti meriah kan :)

    BalasPadam
  3. Bestnya kalau pandai main bowling T-T Nad asyik masuk longkang je ahaha

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©