MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Wedding@Mambau & Wedding@K.Sawah

Wedding@Mambau & Wedding@K.Sawah


Wedding@Mambau & Wedding@K.Sawah

Hari Ahad we all pegi 2 wedding. Kedua-dua wedding nih sedara-mara side hubby. Memula gi Mambau yang kahwin ni adalah cucu kepada tuan rumah. Pakngah & Makngah. Secara detail cucu keberapa dan anak kepada siapa tidaklah aku tahu sangat kui..kui..kui…coz yang aku agak rapat tu adalah dgn PakNgah dan Makngah iaitu bapa/mak sedara hubby.

Pengantin kat Mambau Huda & Zam
Kebetulanlah pulak nama pengantin pompuannya sama Huda namanya. Kat Mambau ni Huda & Zam yang dekat Kuala Sawah pulak Huda & Niza.



 
Goodies purple for adult. Angry Birds utk anak-anak

We all sampai awal dalam 12.30 macam tu. Sesampai je sesalam tuan rumah dan emak pengantin then terus je menjamu selera. Lauk-pauk adalah dimasak secara gotong-royong ada rendang daging, kari kambing, ayam golek, gulai tempoyak dedaun + petai masakan orang negori semilan, kerabu manga errrmmm semuanya sedap. Ada jugak tempat aiskrim untuk kekanak. Dewasa pun boleh juga. Anak-anak aku kemain lagi makan aiskrim nih sampai tiga empat round.


Sesedang elok je we all habis makan pengantin lelaki pun sampai untuk berarak. Dapat ler…menengok pengantin bersanding dan berarak. My sister & parents inlaws pun ada tapi they all lewat sikit. Lepas settle kat sini we all plan nak gi sesame wedding yang satu lagi. Aku ingat 2 keta je rupanya my brother inlaw pun ada joint sekali. So we all gi 3 keta ke wedding kat Kuala Sawah. 





Wedding yang kat Kuala Sawah nilah dalam entry sebelum ni yang aku kata  kahwin dgn orang kampung dan sedara kepada my MIL. Side Kuala Sawah adalah anak buah kepada FIL aku. Pusing-pusing, corner-corner situ-situ jugak bersaudara kekdahnya.

We all sampai lambat kebanyakkan tetamu dah pulang. Pengantin pun dah jenjalan kesana kemari nak amik gambar pun tak sempat. Caterer, pelamin & all in sama macam kat side perempuan masa kat kampung aku tu dari Mazima Ent. Senawang mari daaa…. 
Angah Ita again sama pulak color baju we both

My Biras & BIL

My SIL

Husband

Goodies from K.Sawah
The end kisah Wedding@Mambau & Wedding@K.Sawah
Mohsin Chalet 3D2N Girls Day Out (Part 1)

Mohsin Chalet 3D2N Girls Day Out (Part 1)

Mohsin Chalet 3D2N Girls Day Out (Part 1)

This time aku nak citer pasal percutian bersama kawan-kawan office lama masa aku kerja kat Leighton Co. di Menara Multi Purpose KL . Walaupun aku dah tak kerja kat sana lagi tapi aku tetap keep in touch dgn beberapa orang kawan kat sana kira Buddies aku ler…kekdahnya. Sungguhpun holiday nih last year tapi masih segar lagi dalam ingatan aku. Tempat percutiannya Perhentian Island. Untuk pengetahuan Perhentian Island terbahagi kepada 2 pulau. Perhentian Island Kecil dan juga Perhentian Island Besar. Tapi yg aku pergi ni Perhentian Island kecil.

Mohsin chalet
Aku dua dari kiri. peace yo!
Mohsin chalet
Dapat gak amik gambar dgn penyu for real.
Yang organize holiday ni namanya Didie dialah yg rajin kumpulkan kengkawan dan contact-contact, email-email tanya sesiapa yg berminat. Price surelah yg reasonable thats whyler.. mendapat sambutan. Package yg we all amik tu 3Days 2Nights Fullboard Package to Mohsin Chalet, Long Beach, Pulau Perhentian Kecil. Rate: RM280 per person. Date: 28-30 April. Oleh kerana we all ramai maka sessuai amik accommodationnya Dorm. Yang pergi ni pun girls dewasa aje maka tak kisah sgtlah camne keadaannya. Bukanlah maknanya tak selesa pun takpe. Selesa tu penting cuma kalau bawak anak-anak tu kena perlu lebih memilih tahap keselesaannya itu.

Package is inclusive of; Speedboat transfer return from Kuala Besut Jetty; 2 nights stay at Mohsin Chalet (Dorm is attached with Aircon + bathroom,); 2 Breakfast, 1 Lunch, 2 Dinner, 1 Coffee Break; 1x snorkelling trip by boat inclusive snorkelling equipment + life jacket.

We all amik flight dari KL to KB coz majority preferred travel by flight. Flight ticket RM181. Hah! Kenapa Kota Baharu coz from KB to Kuala Besut Jetty adalah lebih dekat dari Airport kat KT. Tambah lagi RM50 (Return Airport Transfer) So all together Expenses: RM280 + RM181 + RM50.

Depart dari LCCT lebih kurang 1.30pm sampai KB 2.30pm. Dari KB Airport transfer dah sedia menunggu untuk ke Kuala Besut Jetty. 

Mohsin chalet

Mohsin chalet

mohsin chalet

mohsin chalet

Mohsin Chalet 3D2N Girls Day Out will be continue. :-)



Ge-gajet

Ge-gajet

Ge-gajet

Ini aku nak citer pasal gajet. Anak-anak aku telah berjaya memujuk Babah they all untuk membeli gajet. Bermula dengan anak pompuan aku tu katanya guna duit raya dia, tak cukup Babah top up la sikit. Pada mulanya yang pompuan sorang tu jer...beli. Hari Khamis, lepas amik aku kat office we all pun gi Terminal 1 misi mencari gajet untuk Aryssa.

Terserlah muka happy Aryssa
Oleh kerana pergi dengan hubby aku maka jawabnya terus ajelah menuju ke tempat tujuan takde maknanya nak sesurvey dulu. Aryssa pulak memang dah tahu jer.. apa yg dia nak beli, coz dia biasa main gajet cousin dia dan dah memang berkira-kira nak membelinya. Aku ni pulak blur je...patutnya aku pun amik tahu dulu. Ini main hentam jer... ermmm...biarlah asalkan they all puashati yg membayar pun bukan aku. So takleh ler...nak cakap lelebih. Pesanan aku nanti kongsi main sesama ye.

So berjayalah Aryssa mendapat gajet pada petang Khamis 5.9.2013 lepas dan berjanji akan kongsi main sesama Along dan adiknya. Harga dalam RM280 wifi + 3G. Gajet tu dah ada byk game pun dalamnya jugak bebenda lain.

Along dengan Adik waktu nih! dia 2 orang punya tak beli lagi
Sampai rumah aje terus cas 4 jam katanya. Tak sempat 4 jam pun dah main dah. Janji tinggal janji dia sorang je conquer tab tu. Dah! gegaduh la pulak dgn Along dan Adiknya. Babah pulak memujuk 2 orang lagi tu nanti dia kirim minta Uncle Melis beli. Coz dapat murah tapi kena tunggu la jauh tu kat Penang nak kena pos ekpress.

Hah! ni satu lagi perangai hubby aku yg tak sabar punya orang. Katanya dah contact Melis kawan dia tu. Dalam next week Melis post. Gaya citernya macam dah confirm je. Tapi tidaaakkk.... rupa-rupanya masa hari Sabtu waktu they all keluar pegi beli sarapan sempat melencong ke tempat lain dulu.

Time they all kuar rumah tak silap aku dlm pukul 9 pagi tapi baliknya punyalah lambat dekat pukul 11 lebih baru balik. Perut aku pun dah keroncong, bila masuk pintu je tgk memasing ada carry barang
sorang satu. oh!... patutlah lambat pi beli gegajet rupanya. Ermmmm...tak tahu nak kata apa Isthighifar ajelah.

Memasing dgn gajetnya
Tapi pandai pulak tu Babahnya belikan ibunya ini washing machine coz washing machine lama dah problem tak mahu buang air sendiri kalu nak buang airnya kena sendiri buangkan godek-godek salur kat belakang mesin tu barulah air keluar.


Ini ibu punya huhuuuuuhuuu...
Sekarang my kids dah lupa pasal PSP they all. Takpelah biar ibu aje main dgn PSP ni. PSP pun jadilah.


The End - Ge-gajet -
Wedding Invitation

Wedding Invitation

Wedding Invitation

Semalam Ahad 8.9.2013 aku pergi wedding kawan satu kampung. Dulu masa kecik-kecik rumah aku kat sebelah rumah kawan ni. Actually yang aku kawan adalah kakak pengantin. Aku panggil Angah Ita, dengan kakak dia yg Rohai pun aku kwn, abg dia Din pun aku kwn gak. bukanlah maknanya pengantin tu aku tak kawan hahhhaaa.... Maksud aku yg aku rapat adalah dgn kakak2 dan abg pengantin. Lagipun pengantin tu jauh beza umurnya dgn aku dia lebih rapat dgn adik aku. Tapi adik aku tak balik pulak time ni. Tapi bila dah sekampung tu satu familylah friends emak/abah we all pun friends ler...kekdahnya.

Seronok sangat dapat jumpa kengkawan lama kira mcm jejak kasihlah time ni. Tapi sayang aku tak pulak banyak bergambar almaklumlah majlis orang lagipun kawan lelaki takut pulak aku nak amik gambar takut bininya marah la pulok nanti.

Huda & Niza. Kawan sekampung yg pompuan.
Family yg pengantin pompuan ni sebenarnya ada kena mengena dgn my mother inlaws tapi masa ni they all tak datang coz ada komitmen lain. Nak dijadikan cerita pengantin lelaki tu adalah anak buah my father inlaws tapi side pengantin pompuan tak tahu. Next week kenduri side lelaki, they all nak surprisekan. Insyallah majlis next weektu  aku pun nak gi jugak. Sure side pengantin pompuan terkejut tgk ada muka aku lagi.

Angah Ita

My mother n the gang and my kids 

Rakan sebaya Liza

Aryssa

Rohai

Kak Ani all the from Pinggiran Putra Serdang... Apalah yg mak aku rancak sgt borak tu
K.Ani dulu kekecik duduk kampung sekarang dah pindah duduk Selangor parents dia pun dah takde.

Open House lagi.... PKNNS punya

Open House lagi.... PKNNS punya

Open House lagi.... PKNNS punya 

Oleh kerana kita masih lagi di bulan Syawal walaupun dah hampir sampai ke penghujung, tapi jemputan open house masih ada lagi... Selasa 3 September Owner of the building pulak yang wat open house. kebetulan waktunya lunch hour. Memula plan nak gi lunch kat JJ jer...tapi survey menu mcm best je lagipun cuaca mendung tu yg keputusan makan kat open house jelah... open office yg betulnya hehheeeee...

Makanan yang memula aku amik


Konsep open housenya santai je.. tapi meriah dengan gerai-gerai makanan yang disediakan. Tetamu yang hadirpun terasa dialu-alukan coz setiap gerai ada tukang sambutnya. 


Karaoke pun ada

Gerai "Cendol Songkok Tinggi" my favorite cendol


Ermmmm... rasanya inilah penutup open house yang aku pergi kot. Syawal pun dah nak berakhir beberapa hari jer..lagi.
Potluck Hari Raya Aidilfitri 2013

Potluck Hari Raya Aidilfitri 2013

Potluck Hari Raya Aidilfitri 2013

Pagi Isnin, 2.9.2013 Office tempat aku kerja ade wat potluck sempena aidilfitri. Tiada paksaan nak joint ke tak nak joint. Makanan pun terpulang kepada individu. tu nak bawa apa-apalah. TQ pada orang yg rajin nak buat & organize potluck nih! Masa organizer tanya aku nak bawa apa. Dia pun tunjuk senarai apa yg dah ada. Ermmm...aku pun fikir apa yg senang. Kek coklat jelah..itu pun order dari biras aku. 

Sabtu sebelum tu ada gak aku plan nak bawak cookies yg aku buat sendiri. Favorite anak-anak aku biskut cornflakes tapi bila tgk cornflakes dah! tinggal kotak je... tak jadilah. Malas pun ye gak...

Potluck nih! terbahagi dua sebenarnya. Almaklumlah company nih terbahagi kepada 2 wing iaitu Wing A dan Wing B. Aku duduk kat sebelah Wing A so potluck tu jadinya 2.9.2013. Sebelum tu Wing B dah buat potluck lebih awal, Jumaat sebelumnya. Masa Wing B buat aku tak tau ler...camne meriahnya coz aku tak joint. Walaupun diaorang ade ajak tapi malu la pulok aku nak joint dgn tangan kosong.








The end - Potluck Hari Raya Aidilfitri 2013 -

Itu ini petang Ahad

Itu ini petang Ahad

Itu ini petang Ahad

Petang Ahad, 1 September '13 hujan lebat. Aku bagitau dengan anak-anak nanti Ibu nak pegi rumah Mama pukul 5. Soalan lazim akan ditanya oleh anak-anak aku. Babah pun ke bu? Kali nih! Babahnya dah sedia jawab Babah tak ikut ade keja nak kuar dgn uncle Cicoi. Aku ok jer...no hal sendiri drive then ikut time sendiri.  

Anak-anak hepi dpat kuar. Plan pukul 5 tak menjadi coz hujan lebat dan tahap kemalasan yg tinggi hahhaaa... Lagipun anak-anak aku syok tengok Iron Man 3. Walaupun Iron Man 3 dah lama kuar kat pawagam tapi we all baru je tgk. setelah mereka paksa Babahnya order kat Astro First. Aku pun setuju sebab nak tengok Robert Downey JR.

Tony Stark & Mark 42 yeke M42 nih? hahahaa...
Dah! habis Iron Man 3 barulah aku siap lebih kurang pukul 6.20 ptg we all gerak. Pegi Giant Ampangan dulu coz nak beli Waffle. Upah coz tolong urut ibu. kui..kui..kui..anak-anak zaman sekarang punya demand. Anak-anak aku suka je makan Waffle kat sini. Tak tahulah aku apa yang sedap sangat. Masing-masing order ikut flavor memasing. Satu Waffle harga RM2.50. Pastu nak kaya ball jugak.

Sempat posing sambil tunggu Waffle
Anak pompuan aku biasanya ade je dgn aku. Tapi Along dgn adik akan melawat kawasan. Pasti ade je dia 2 orang nih! nak beli selalunya mainanlah. Kalau mainan aku susah sikit nak bagi walaupun guna duit diaorang sendiri. Time ni diaorang nak beli BDaman. Sure mak tak bagi Nyah! diaorang dah ada mainan nih! bukan satu sorang 2 lagi tu. Dah tu harga RM9.90. satu. kalau tak pernah ada oklah. No..no..no... siap aku buntang2 mata lagi masa ni...

Begini ler..rupanya mainan tu. Tapi ini bukan diaorang punya

Mainan nih! biasanya tak siap lagi. so kena pasang sendiri

Muka sedih si adik tak dapat BDaman
Mujur Waffle pun dah ready, so tanpa berlengah dan buat tak tahu aku pun ajak diaorang gerak ke destinasi seterusnya. Rumah biras aku nak amik kek yang aku tempah untuk Potluck kat office besoknya.
MRS.A my blog my stori ©