Bid Farewell to MY - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Bid Farewell to MY

20 Januari 2026

Bid Farewell to MY

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Bid Farewell to MY. Kisah campak belakang 9 Januari 2026. Mrs. A join jamuan farewell rakan sekerja di wing sebelah. MY tender resignation setelah 12 tahun bekerja di syarikat ini, tempoh lamanya bekerja tu lebih kurang sama dengan Mrs. A. Bila Mrs. A bertanya kenapa berhenti jawabnya ringkas nak tumpukan perhatian kepada seorang anaknya yang agak istiwewa.

Walaupun kawan-kawan yang sama jabatan telah memujuk namun MY nekad nak berhenti juga. Jika sudah begitu kata tuan badan kami rakan sekerja hanya mampu mendoakan yang terbaik buat beliau serta keluarga. Bak kata salah seorang yang rapat dengan MY kerjaya sebagai juruukur bahan itu harap diteruskan walaupun sudah tidak bekerja di sini lagi. Mana tahu ada rezeki teruskan secara freelance InsyaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. 

Bid Farewell to MY. 

Farewell to MY
MY vs MA 😊

Jamuan farewell MY itu diadakan di rooftop. Kehadiran adalah ramai dari wing sebelah sana. Manakala dari wing Mrs. A selected only. Rakan-rakan sekerja di wing sebelah sana hanya invite yang rapat dan yang dah kenal MY lama sahaja. Ialah nanti main hentam kromo menjemput ada pulak isu dan bunyi-bunyi yang tak diingini. Walau apa pun kekangannya alhamdulillah majlis farewell berjalan lancar walaupun suasana sedikit sedih dan ada esak tangis gittewww... ialah dah nama majlis pun farewell takkan bergumbira pulak kan...

Bid Farewell to MY. 

Farewell to MY
Ucapan sepatah dua kata dari mereka yang berhajat dan pengacara majlis

Farewell to MY
Gojesrian #ganglunchmrsa bergambar bersama MY

Petang Jumaat tu sebelum balik Mrs. A ke surau dulu nak solat asar rezeki terserempak dengan MY lagi. Pada waktu tu MY dah selesai solat asar sedang bersiap nak balik rumah dah. Selain Mrs. A ada lagi dua orang rakan sekerja MY bagi kami cenderahati. Haish! dia pulak yang memberi segan kita 🙈

Farewell to MY
Cenderahati dari MY ☝
Alhamdulillah Mrs.A terus guna selapas solat asar petang tu 😍

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Semoga ukhwah sentiasa terjalin walau di mana kita berada. Mrs. A doakan MY sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Allah SWT jua. 




7 ulasan:

  1. moga Allah permudahkan semua urusan MY

    BalasPadam
  2. Cantik tasbih tu...
    Semoga dipermudahkan urusan MY dan ada rezeki lain utknya

    BalasPadam
  3. rare ni buat majlis farewell kat rooftop. selalu buat kat dalam opis je :D
    semoga dipermudahkan urusan buat MY

    BalasPadam
  4. waahhh farewell kat rooftop! moga dipermudahkan urusan MY & moga ukhwah terus sampai bila2 kan Mrs A!

    BalasPadam
  5. Lain mcam farewell kat rooftop tu... apa pun moga dipermudahkan segala urusan buat semua..

    BalasPadam
  6. besar pengorbanan MY demi anak tersayang... semoga segalanya dipermudahkan buat MY selepas ni... aminnn

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©