2025 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: 2025
Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2024

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2024

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2024. Entry penghargaan ini sebagai tanda terima kasih Mrs. A kepada tujuh blogger yang selalu meninggalkan komen di My Blog My Stori  Pengomen 2023 SINI ๐Ÿ˜

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2024.

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar

Mrs. A juga turut ingin mengucapkan terima kasih kepada readers dan semua blogger yang sudi singgah dan pernah singgah di blog Mrs. A ini. Semoga hubungan kita di alam maya kekal manis-manis selalu.

Sememangnya posting Mrs. A di tahun 2024 sangatlah merudum, walaupun ada banyak cerita yang hendak diblogkan sebagai kenangan di masa akan datang tapi tulah masa untuk menulis itu seakan menemui jalan buntu. Haish! doakan pada tahun 2025 ni Mrs. A rajin menulis ya InsyaAllah.

Terima kasih kepada pengomen tegar sepanjang tahun 2024.



 
Selamat Tahun Baharu 2025

Selamat Tahun Baharu 2025

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Tahun Baharu 2025. Rasanya masih belum terlambatkan untuk Mrs. A mengucapkan selamat tahun baharu 2025 dan salam 7 Rejab. Pada cuti tahun baharu kali ini Mrs. A tak ke mana-mana pun sekadar bermalas-malasan di rumah sambil melayan K-Drama di Netflix. Alhamdulillah heaven betul rasanya ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ

Memang pada 1 Januari 2025 itu Mr. A pun tiada planning ajak ke mana-mana Mrs. A pun suka aje sebabnya asyik berjalan ke sana-sini lotih den ha gittewww... Adik dan Aryssa pun tiada permintaan nak keluar jalan-jalan. Along selalunya memang jarang nak keluar bersama mak/pak dia nih! almaklumlah dah bujang teruna lebih suka keluar bersama kawan-kawan dia.

Selamat Tahun Baharu 2025.

Selamat Tahun Baharu 2025.
Credit photo to SAINS

Soalan klise bila tahun baharu menjelma apa azam tahun baharu? ngeh! ngeh! ngeh! sejujurnya Mrs. A tiada azam yang khusus. Azam di alam pekerjaan adalah hendak datang 10 minit awal sebelum pukul 8.00 pagi. kah! kah! kah! jujur cakap pada 2 Januari 2025 tu tak tercapai pun azam tu tapi masih lagi boleh dibanggakan sebabnya berjaya thumb print sebelum pukul 8.00 pagi Alhamdulillah. Walaupun nampak remeh-temeh tapi kepada Mrs. A dan sewaktu dengan kawan-kawan office yang kehadiran tak berapa nak punctual ni eh! ๐Ÿ˜ itu adalah suatu kepuasan peribadi.

Azam dari segi blogging pula tak berani nak menjanjikan apa-apa sebabnya berdasarkan pengalaman tahun-tahun sudah semakin berazam untuk rajin berblog semakin ke laut dalam pula jadinya. Huhuuuhuuu sedih! ๐Ÿ˜ข Jadinya Mrs. A mengambil pendekatan mengikut arah angin sajo.

Pada tahun 2025 ini umur Mrs. A pun dah berubah di pangkalnya menjadi tut tut. Azam dari segi kehidupan peribadi pula nak menjadi hamba Allah yang lebih baik dan sayangkan diri-sendiri lebih dari tahun-tahun sebelumnya. 

Okaylah itu sahaja nak luah rasa. Selamat tahun baharu 2025 dear readers dan rakan-rakan blogger sekelian semoga tahun 2025 ini kehidupan kita akan lebih diberkatiNYA.




MRS.A my blog my stori ©