Jun 2023 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Jun 2023
Salam Aidil Adha 1444H

Salam Aidil Adha 1444H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Aidil Adha 1444H. Selamat hari raya Aidil Adha, raya Haji dan raya Korban eh! sama la tu hahahaa... tak kisahlah apa pun raya yang digelarkan namun ianya tetap hari raya yang sama bagi kita umat islam di Malaysia.

Selamat hari raya Aidil Adha Mrs. A ucapkan buat readers my blog my stori dan juga rakan-rakan bloggers sekalian. Aidil Adha tahun ini 1444H Mrs. A memecah tradisi betul langsung tiada mengambil cuti tahunan adeh! kesian betul rasa macam looser pun iya jugak gigih bebenor nak pergi kerja tu, ko dah kenapa Mrs. A hoi muahahhaaa... Pssttt...! yang sebenarnya cuti Mrs. A di dalam sistem i-cuti sehingga Jun 2023 dah tinggal zero. Itulah yang sebenar-sebenar sebab-musababnya. Kalau nak apply manual boleh aje tapi takpelah lagipun Mr. A kata takde nak ke mana-mana. Kekdahnya simpan ajelah cuti tu untuk keperluan di masa-masa akan datang gittewww...

Sehari sebelum hari raya tu Mrs. A masih bekerja lagi. Alhamdulillah rezeki dapat menunaikan puasa sunat Arafah bersama Aryssa. Untuk juadah raya di rumah sendiri Mrs. A order aje rendang daging, kuah kacang dan dodol ada dodol cair dan dodol masak sempurna. Nasi impit tu pulak Mrs. A masak sendiri guna si Noxxa alhamdulillah mudah HP37 minit dah masak. Juadah raya tu pun we all sendiri aje yang makan memang dah boleh agak takde sapae pun nak datang beraya. 

Kebiasaanya bila tak balik kampung tu pagi-pagi raya the boys akan pergi bersolat raya di Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng, Ampangan kemudian terus pergi beraya ke Jiboi berkumpul adik-beradik side Mr. A di situ dah settle beraya we all akan gerak balik kampung side Mrs. A pulak.

Salam Aidil Adha 1444H. 

Aidil Adha 1444H
Sebelum gerak ke kampung kita bergambar dulu. Temanya pokok dek kaulah! ๐Ÿ˜‚ 

On the way nak balik kampung tu jalan jem jugaklah tapi masih bergerak perlahan. Sampai di kampung lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Sewaktu Mrs. A sekeluarga sampai Along dan family Alang dah sampai duluan. Family Alang sampai malam sebelum raya dan Banglong pulak sampai pagi-pagi raya tu. Family Angah sampai setengah jam selepas we all sampai. Family maksu (adik bongsu Mrs. A) beraya di Jeli Kelantan kampung husbandnya.

Mrs. A dan husband tak ke mana pun duk lepak-lepak aje kat rumah mak. Sementara anak-anak Mrs. A pulak Along dan Adik pergi menjengok ke masjid tempat orang kampung adakan ibadah korban.

Aidil Adha 1444H
Gotong-royong mengorbankan 4 ekor lembu. Wakil family we all adalah Alang seorang je... anak-anak Mrs. A datang sekejap je melawat kawasan hahahaa...

Aidil Adha 1444H
Juadah biasa hari raya di rumah emak ku sayang ๐Ÿ˜

Kemudian selepas asar bila hari dah redup tu Mrs. A dan Kakngah pergi ziarah kubur.

Aidil Adha 1444H
Al-Fatihah buat arwah abah Azalli bin Hj Juri

Aidil Adha 1444H
Al-Fatihah buat arwah Uwan Peah binti Katab

Aidil Adha 1444H
Al-Fatihah buat bapa saudara Razali bin Rasimin

Gambar beramai-ramai di kampung takde pulak yang rajin snap. Dah terlepas moments tu barulah terasa sedikit rugi apasallah tak snap gambar tadi. Gambar selpi-selpot adalah seketul ngeh! ngeh! ngeh!

Aidil Adha 1444H
Angah and Acik

Salam Aidil Adha 1444H. Okay itu sahaja secebis kisah di hari 10 Zulhijjah 1444H sebagai kenangan.









Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) Datang Lagi

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) Datang Lagi

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) Datang Lagi. Sukan Bekalan Air Se-Malaysia atau ringkasnya SBAM adalah sukan untuk semua operator-operator air di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak serta syarikat yang berkaitan dengan air seperti IWK dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ianya diadakan secara dwi-tahunan. Ianya adalah anjuran bersama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Ketsa) (eh! ntahlah selepas kerajaan dah tukar-tukar Mrs. A pun dah confused kementerian apa sebelum ni KeTTHA) dan Jawatankuasa Tindakan Jurutera-Jurutera Air Daerah Se-Malaysia yang JTJAD ni masih sama namanya tak tukar-tukar muaahhaaaa...

Sepatutnya ianya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020 dengan Syarikat Air Darul Aman (SADA), Kedah sebagai tuan rumah, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pada tahun tersebut umum sedia maklum dunia dilanda pandemik Covid 19 kekdahnya seluruh negara terpaksa mengharungi perintah kawalan pergerakan (PKP) dan larangan berkumpul beramai-ramai gittewww...

Okay sebelum bercerita kisah persiapan syarikat tempat Mrs. A berkerja ke SBAM Kedah 2023 a.k.a 'Road to SBAM Kedah 2023' sengajalah Mrs. A nak recap kisah-kisah SBAM yang Mrs. A pernah turut serta sebelum ini. SBAM pertama Mrs. A  adalah mini SBAM Melaka ketika itu Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sebagai tuan rumah iaitu pada tahun 2011. Masa tu my blog my stori pun belum wujud lagi muahahhaaa... mujurlah ada FB so dapatlah imbas gambar-gambar kenangan di situ.

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) Datang Lagi.

SBAM Melaka 2011
Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
Registration times ๐Ÿ˜‡ Mrs. A yang belakang tu masa ni belum berhijab lagi 

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
Last day sebelum pulang ke Seremban team netball dah kalah so pergi support team bowling yang berjaya masuk final dan menang tapi lupa tempat ke berapa ntah! huhuhu...

Selepas SBAM Melaka 2011 kemudian muncul pula SBAM Perak 2016 tak pastilah SBAM sebelum 2016 tu ada ke tiada yang pasti Mrs. A tak turut serta gittewww... Kisah SBAM Perak 2016 pulak [SINI] unfortunately itu sahaja yang Mrs. A blogkan kisah day 1 hingga day last tiada uols! aduh terasa sedikit kekesalan di situ. Tapi nak share jugaklah beberapa photo SBAM Perak 2016.

SBAM Perak 2016
Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
Sebelah pagi sebelum mula Tuan Pengarah (previously) datang melawat team netball

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
Happy menang game pertama grouping

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
SAINS vs team mana ntah! lupa daaa....

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
Team SAINS keseluruhan

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
Netballers

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
Last day

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
Haruslah bergambar di sini tanda pernah sampai gittewww....

Okay itu je recap kisah SBAM Perak 2016 ngeh! ngeh! ngeh!

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) Datang Lagi. Kemudian pada tahun 2018 SBAM datang lagi kali ini tuan rumahnya adalah SAJ Ranhill a.k.a SBAM Johor 2018. Tidak mahu sesal kemudian SBAM Johor 2018 memang full kisahnya from day 1 till day 4 Mrs. A blogkan ๐Ÿ˜Š[SINI]

Sekarang ini bahang SBAM Kedah 2023 dah mula terasa semenjak awal bulan Jun yang lalu. Kelab Sukan & Rekreasi (KSR) syarikat serta AJK-AJK terlibat dah busy mencari player untuk team masing-masing. Selection untuk games yang dipertandingkan pun telah selamat diadakan. 

Untuk SBAM Kedah 2023 ini Mrs. A pun pada mulanya dalam dilema sungguh samada nak main bowling ataupun nak main netball huhuuuhuu... Okaylah itu nanti Mrs. A sambung kisah Road to SBAM Kedah 2023 doakan Mrs. A rajin menulis.
Ziarah Officemate Di Mawar Medical Centre Seremban

Ziarah Officemate Di Mawar Medical Centre Seremban

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Ziarah Officemate Di Mawar Medical Centre Seremban. Last Friday sewaktu lunch hour rushing ke Mawar Medical Centre Seremban menziarahi officemate Mrs. A yang sedang diuji sakit di blog Mrs. A namakan Kak Y sahaja. Mrs. A pergi berdua dengan seorang lagi kakak iaitu Kak N. Mrs. A gelarkan mereka akak-akak PA [SINI]

Sebelum ini dah beberapa kali Kak Y mengadu sakit di sebelah bahagian badan punggung hingga ke kaki sebelah kanan. Beliau memang tidak boleh angkat berat-berat dan melasak atau terlalu aktif bergerak. Sakitnya bertambah teruk seminggu dua yang lalu akhirnya beliau mengalah dan ikut nasihat doktor itupun beliau memilih untuk menjalani rawatan secara suntikan terlebih dahulu. Mohon readers dan rakan-rakan blogger mendoakan untuk officemate Mrs. A kak Y dikurniakan kesembuhan sepenuhnya selepas menjalani suntikan tersebut tanpa perlu menjalani operation.

Ziarah Officemate Di Mawar Medical Centre Seremban.

Mawar Medical Centre Seremban
Syafahallah Kak Y

Menurut kak Y petang dalam pukul 3.00 petang Friday tu beliau akan menjalani rawatan suntikan tersebut. Sebanyak 9 tempat yang akan disuntik. Sebelum pulang Mrs. A ajak kakak-kakak PA bergambar ๐Ÿ˜ mulanya kak Y keberatan tapi Mrs. A insist sambil cakap kat dia alah kak I nak nak up-date status nih! muahhhaaahaa... akhirnya dia setuju jugak.

Nama sakit Kak Y tu adalah prolapse disc saraf terkoyak hasil google translate ๐Ÿ‘‰ "Cakera prolaps (hernia) berlaku apabila gentian luar cakera intervertebral tercedera, dan bahan lembut yang dikenali sebagai nukleus pulposus, pecah keluar dari ruang tertutupnya". Menurut kak Y dia sebelah kaki kanan dia ni selalu rasa kebas-kebas nak pijak sakit dan sakit tu terassampai ke tulang pinggul sebelah kanan. Sebab-musabab punca dia jadi macam tu tak sempat pulak Mrs. A nak tanya huhuuu... 

On the way nak balik office tu haruslah lunch dulu ๐Ÿ˜Š Bagi menjimatkan lunch hour yang hanya dua setengah jam aje tu Mrs. A dan kak N pun lunch sahaja di cafe hospital, satu-satunya cafe yang ada di situ. Harga agak pricey tapi alhamdulillah sedap berbaloilah dengan harga tu.

Mawar Medical Centre Seremban
Menarik ID nya

Mawar Medical Centre Seremban
Mrs.A pilih nasi lemak ayam sambal dengan air honey lemon hot 
Kak N pilih kuew-tiaw goreng dan jus durian belanda

Alhamdulillah urusan pada hari Jumaat itu dipermudahkan olehNYA. Selamat sampai office dalam pukul 3.00 petang sekali-sekala lewat masuk takpe kan eh! hahahhaaa... Didoakan kak Y dikurniakan kesembuhan sepenuhnya dan tidak sakit selepas itu. Aaamiiin...Ya Mujib.




 


Family Lunch Out Di Restoren Casa Lagenda S2

Family Lunch Out Di Restoren Casa Lagenda S2

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Family Lunch Out Di Restoren Casa Lagenda S2. Tengahari Isnin sebelum Along balik ke IKTBN Mr. A ajak lunch di tempat favorite beliau iaitu di Restoren Casa Lagenda S2. Dahulunya Restoren Casa Lagenda ini dikenali sebagai Restoren City Park Oriental tapi telah ditukar nama, sejak bila tak ingat pulak Mrs. A. Dari dahulu hingga sekarang tak pernah jemu dengan menu yang lebih kurang sama aje we all order ngeh! ngeh! ngeh![SINI]

Semalam dapatlah lunch dengan kehadiran semua family kecil Mrs. A ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Aryssa dah seminggu ada di rumah sebab cuti study weeks dah balik Penang pun dia semalam 06062023. Along pulak dapat pulang bermalam lagi minggu ni sempena cuti Birthday YDP Agong. Itu yang complete tu alhamdulillah syukur.

Family Lunch Out Di Restoren Casa Lagenda S2.

Family Lunch Out
Tunggu main course tak sampai lagi ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰#jenahakstimasamnyonya

Family Lunch Out
Eh! ada satu lagi menu pucuk keledek tertinggal keretapi ๐Ÿ˜ž

Ermmm.... walaupun pucuk keledek belum sampai anak-anak dah mula makan dah! lagipun depa bukannya suka sangat makan sayur-sayuran yang suka pucuk keledek tu ibu dan babah jer...๐Ÿ˜‹

Family Lunch Out
๐Ÿ’•us

Dah tujuannya memang nak lunch out di Restoren Casa Lagenda S2 so selepas selesai makan we all pun terus pulang ke rumah lagipun petang tu dalam pukul 4.00 petang dah nak hantar Along pulang ke IKTBN Alor Gajah. Kalau nak lunch ke sini kena sampai sebelum pukul 2.30 petang sebabnya 2.30 petang hingga 6.00 petang restoren tutup. Buka semula selepas pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam gittewww...



Jalan-Jalan Cari Makan - Yahala Restoren, Chulan

Jalan-Jalan Cari Makan - Yahala Restoren, Chulan

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Jalan-Jalan Cari Makan - Yahala Restoren, Chulan. Kisah campak belakang 07052023 Mr. A ajak outing ke KL. Mulanya dia ada planning sendiri nak pergi majlis kahwin anak somebody di D'Tempat ntah macam mana tak jadi pulak. 

Itu yang dia tukar planning ajak Mrs. A dan Adik jalan-jalan cari makan di KL sambil tu beraya di rumah kawan dia di Wangsa Melati. Bila Mrs. A kata eh! bolehlah singgah Ariani jugak ni ada sales by 1 free 1 dia okay kan aje yesszaa... I likes ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ

Ini pertama kali bagi Mrs. A dan Adik makan di Yahala Restoren, Chulan. Sebelum ini Mr. A selalu ajak makan nasi arab di [SINI]. Yahala Restoren ada jugak cawangan di Ampang. Yang di Taman Melati, Yahala Express tu tak tahulah sama ke tidak foundernya tapi logo lebih kurang sama. 

Jalan-Jalan Cari Makan - Yahala Restoren, Chulan.

JJCM
Dari luar nampak biasa-biasa sebelah dalam nampak mewah

JJCM
Lamb Sidr

Mrs. A tak tahu nak pilih apa tanya waiter apa yang best dia pilih signature dish yang ni ๐Ÿ‘† Lamb Sidr. Sewaktu waiter datang nak serve lamb sidr ni ia diletak dalam bekas yang diberi nama Tanjia. Itu yang bila ditanya this is yours? laju je Mrs. A jawab no sebabnya dalam menu takde pulak dengan periuk tanjia tu sekali muahahhaaaa kemudian bila waiter serve dari tanjia tu sambil ketuk-ketuk bontot periuk tu baharulah rupanya sama macam dalam menu. Alhamdulillah pilihan yang tepat sedap rasanya Mrs. A suka walaupun sebenarnya nasi arab is not my favorite food.

Jalan-Jalan Cari Makan - Yahala Restoren, Chulan.

JJCM
Pilihan Adik chicken apa ntah nama menu ni


JJCM
Menu pilihan Mr. A pun tak ingat namanya apa

JJCM
Menu Mr. A tu bersekali dengan roti ni

JJCM
Baklava

Sebelum ini dah pernah makan Konafa di Wadi Hadramawt kat Yahala ni Mrs. A cuba pulak baklava ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
JJCM
Satu lagi dessert Mr. A yang nak ni Banana Split

JJCM
Sementara menunggu food kita wefie dulu ๐Ÿ˜

Pendapat Mrs. A food di sini lagi sedap dan hiasan dalamannya cantik. Ada juga tempat untuk VIP kat situ ada shisha jugak. Menurut si tukang bayar harga di Yahala lebih murah dari yang we all selalu pergi sebelum ini.

Selepas habis makan tu we all pun pergi beraya rumah kawan Mr. A tak caya tengok gambar tu ๐Ÿ˜

JJCM

JJCM

Kemudian on the way nak balik Seremban ajak Mr. A singgah Ariani konsep stor di Jalan Bunus sebabnya terjebak dengan promosi beli satu percuma satu ngeh! nghe! ngeh! lagipun Mrs. A belum pernah ke situ lagi kiranya ini 1st time la. Okay next time boleh datang lagi ajak Aryssa sekali hiks!

JJCM
Day last tak banyak pilihan dah

Lamanya pilih tapi satu beg je kata Mr. A muahahhaaaa.... Alhamdulillah weekend yang penat tapi happy ๐Ÿ˜Š


MRS.A my blog my stori ©