April 2023 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: April 2023
Mrs. A Join Life is Beautiful Giveaway

Mrs. A Join Life is Beautiful Giveaway

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Join Life is Beautiful Giveaway. Dah petang-petang Jumaat ni mood kerja pun dah kelaut ngeh! ngeh! ngeh! singgah di blog Mummy Ayu beliau sedang anjurkan satu giveaway. Eh! comellah tiffin tu ha! terus Mrs. A menjoinkan diri ๐Ÿ˜ 

Mrs. A Join Life is Beautiful Giveaway

Giveaway
Mrs. A join life is beautiful giveaway

Ha! comel tiffin tu kan..kan...kan... Okay salah satu daripada 3 syarat penyertaaan Life is Beautiful Giveaway ini adalah komen sikit berkaitan blog Mummy Ayu. 

Tak tahu nak komen apa cuma nak bagitahu yang Mrs. A inspired dengan Mummy Ayu ni dalam sehari tu boleh buat entry blog lebih dari satu. Entry yang santai dan seronok untuk dibaca. Haish! beza dengan Mrs. A ni ha! nak buat posting sehari satu pun payah nak memikirnya hu..hu..huhuu...

Tarikh tutup Life is Beautiful Giveaway adalah pada 05.05.2023
2 Syawal pergi beraya dan layan tetamu datang raya

2 Syawal pergi beraya dan layan tetamu datang raya

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

2 Syawal pergi beraya dan layan tetamu datang raya. Pada 2 Syawal dalam tengahari Mrs. A pergi beraya rumah D.A childhood friend Mrs. A. Actually ini adalah rumah emak dia yang di kampung. Tak berapa lama dulu pergi kenduri rumah dia yang di [SINI]. Pada 2 Syawal tu depa ada buat kenduri tahlil dan doa selamat teruslah dia buat open house sekali. Awal-awal lagi masa tu masih di bulan puasa D.A calling-calling Mrs. A menjemput datang pada 2 hari raya dia buat open house kat kampung kecil-kecilan aje katanya.

Dah namanya childhood friend bukan setakat D.A aje yang Mrs. A kenal family members yang lain pun Mrs. A kenal juga sama jugaklah D.A dengan family Mrs. A semua adik-beradik kenal ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜. 

2 Syawal beraya di rumah emak D.A.

2 Syawal 1444H
Sebelum pulang sempat bergambar bersama cikpuan rumah ๐Ÿ˜

Happy dan seronok dapat jumpa dengan adik-beradik D.A yang Mrs. A kenal iaitu KakNdak dan suami Abang H, Kaklong. kakcik dan anak-anak buah beliau yang dulu kecil sekarang dah besar-besar dan ada jugak yang dah berkahwin dan ada anak hahahaaa... terasa dah tua pulak eh! memang dah tua pun. Alhamdulillah yang penting sihat. Terima kasih D.A atas jemputan dah tu pulak foodnya meriah dan sedap.

Selepas beraya rumah emak D.A di Pekan Lubok China tu we all tak ke mana pun terus aje balik rumah mak Mrs. A semula malas nak keluar uols jalan sana, sini, situ trafficnya macet huhuuhuuuu.... Dah tu pulak pada 2 Syawal tu cuaca panas yaa'mat so lepak-lepak dalam rumah aje adalah pilihan terbaik. 

Pada 2 Syawal lebih kurang selepas waktu Asar tu sampai pulak segerombolan tetamu dari Jelai [SINI] iaitu bapa sedara/ pakcik Jeff/ adik emak Mrs. A bersama isteri dan anak-anak cucu menantunya. Alhamdulillah seronok sangat dapat jumpa dengan sepupu-sepapat Mrs. A serta anak-anak, isteri dan suami masing-masing. Sepupu-sepapat Mrs. A ni ramai lelaki 7 ke 6 orang pastu seorang je pompuan yang kaklong tu hehehee... Lama juga depa beraya tu ialah masing-masing sibuk bercerita kisah masa kecik dan juga isu semasa ngeh! ngeh! ngeh!

2 Syawal layan tetamu datang raya.

2 Syawal 1444H
Tudung kuning kakak (emak Mrs. A) baju melayu kelabu adik (Pakcik Jepp)

Sebelum depa nak balik tu Kaklong ajak semua bergambar beramai-ramai. Eh! macam dia dengar pulak bisikan hati Mrs. A nak ajak bergambar jugak ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Semoga amalan kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi akan terus menjadi amalan pada generasi seterusnya. Sama-sama doakan. Aaamiiinnn... InsyaAllah.


Corat-coret 1 Syawal 1444H

Corat-coret 1 Syawal 1444H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Corat-coret 1 Syawal 1444H. Corat-coret 1 Syawal Mrs. A sekeluarga seperti tahun-tahun sebelumnya akan pulang beraya ke kampung Mrs. A di Kg. Hj Sulaiman, Panchang, Linggi Lubok China. Kampung Mrs. A ni dalam daerah Rembau bersempadan dengan Melaka kiranya kalau nak ke pekan tu yang paling dekat adalah Pekan Lubok China, Melaka gittewww... Tahun ini Mrs. A balik sehari sebelum raya. Kebiasaanya memang begitu akan balik sehari atau dua hari sebelum raya untuk menolong emak membuat persiapan akhir raya eecewah! ๐Ÿ˜Š

1 Syawal tahun ini semua adik-beradik Mrs. A beraya di kampung. Beza dengan tahun lepas adik bongsu a.k.a Maksu beraya di Kelantan dulu sebelah husband. Tahun ini dia dah balik kampung paling awal iaitu 3 hari sebelum raya. Ntah! di mana silapnya Mrs. A takde pulak snap gambar 1 Syawal tu bersama family Maksu dan Along a.k.a Paklong asyiklah duk minta depa snap gambar we all sebabnya nak gerak ke Jiboi pulak tapi tak pulak ajak bergambar bersama bengong betul! 

Tahun lepas tema dusty green [SINI] tahun ini tema kuning diraja. Meh! Mrs. A belanja gambar corat-coret di 1 Syawal. 

Corat-coret 1 Syawal 1444H. Gambar-gambar di kampung Mrs. A sebelum gerak ke Jiboi.

1 Syawal 1444H
Dalam banyak-banyak snap tu inilah gambar paling menjadi tapi Mrs. A tidur pulak ๐Ÿ˜€

1 Syawal 1444H
Tangan dihulur maaf dipinta gittewww...

1 Syawal 1444H
Tahun ni mak sedondon dengan family the A's ๐Ÿ˜

1 Syawal 1444H
Niece yang terpaling comel

1 Syawal 1444H
Panas leting ha! gigih ๐Ÿ˜… sebelum gerak ke Jiboi

Dah settle bergambar lebih kurang pukul 11.00 pagi we all gerak ke Seremban pula. Dalam group WhatsApp Jiboi dah ada yang bertanya di mana we all? Depa tunggu ni nak bergambar katanya. Tahun ini Mr. A singgah ke makam Tuan Hj Said terlebih dahulu untuk ziarah kubur arwah ibu mertuaku. Adeh! salah percaturan betullah dia ni huhuhuu... jalan dalam makam tu traffic jem uols dek ramainya sanak-sedara yang menziarah kubur sedara-mara masing-masing ada juga yang menjual bunga kekdahnya. Tahun lepas we all ziarah petang sebelum pulang semula ke Lubok China jalan clear jer.. 

Corat-coret 1 Syawal 1444H.

Alhamdulillah dah sampai Jiboi tu terus aje bersalam-salaman dan bergambar tak sempat makan/ minum uols! muahahaaahaa...

1 Syawal 1444H.
the A sekeluarga bersama Atok. Sama macam tahun lepas baju Atok sedondon Mr. A tempahkan sekali untuk abah dia ๐Ÿ˜

1 Syawal 1444H.
Seperti yang diwar-warkan tema paling banyak tahun ini hitam.
Family ateh dan along pun tema hitam. 

1 Syawal 1444H.
S.i.l sekeluarga bersama Abah

1 Syawal 1444H.
Alang (b.i.l) sekeluarga tema kuning jugak, tak janji pun ditakdirkan sama pulak temanya
dengan we all ngeh! ngeh! ngeh!

1 Syawal 1444H.
Family Along incomplete ini aje yang ada 2 orang kerja 3 orang lagi raya Serting dulu.

1 Syawal 1444H.
Abah bersama menantu-menantunya Kaklong je takde

1 Syawal 1444H.
Mr. A bersama Abah dan adik-beradiknya

1 Syawal 1444H.
Gambar beramai-ramai kuning vs hitam ๐Ÿ˜†

1 Syawal 1444H.
Girls only ๐Ÿ’›๐Ÿ’š❤

Seperti kebiasaanya sebelah petang selepas asar Mrs. A sekeluarga akan balik semula ke kampung cenggitulah we all pulang-balik-pulak balik aje syukurlah sebab dekat aje Seremban dengan Linggi Lubok China tu. Kalau sebelum ini otw ke kampung tu akan singgah beraya rumah bapa saudara Mr. A yang di Taman Tuanku Jaafar tu tapi bermula tahun lepas dah tak singgah dah sebabnya Pakteh dan Makteh dah tiada lagi dunia yang fana ini. Ada pun anak-anak beliau tapi 1 Syawal memang tiada orang kerana balik kampung masing-masing.

Oh! petang tu actually Mr. A ada surprise untuk Aryssa dan Adik sempena birthday mereka yang sama tarikh dengan 1 Syawal iaitu 22 April 2023. Pagi tadi tu sebelum gerak Jiboi Mr. A bagi duit dan mintak tolong Paksu a.k.a adik ipar Mrs. A untuk belikan kek dan KFC. Kiranya balik dari Jiboi nanti sajalah buat small celebration potong kek dan makan kepci bersama sepupu-sepapat yang ada.

Corat-coret 1 Syawal 1444H. Sambut birthday Aryssa dan Adik yang sama tarikh dengan hari raya.

Corat-coret 1 Syawal 1444H.
Tarikh lahir sama 22 April

1 Syawal 1444H.
Kek red velvet SR yang ramai suka

Alhamdulillah walaupun sekadar potong kek sahaja anak soleh dan solehah ibu/babah tetap happy katanya. Kemudian bila petang tu dah lepak-lepak di luar verandah Aryssa cakap ibu kita takde gambar berdua lagi... teruslah we all bergambar dengan stand ring light yang siap dibawanya dari rumah Seremban tu. Kemudian bila Mrs. A scroll gambar di phone gambar Mrs. A dan dan Mr. A berdua pun langsung takde hurm... sabar yolah.

1 Syawal 1444H.
Ada banyak pose tunjuk satu jelah

Sebelah malam tu pulak sebelum main bunga api Alang ajak semua bergambar katanya bukan selalu semua ahli keluarga cukup semua berkumpul macam ni. Alhamdulillah memori tercipta walaupun tema caca-merba tak kisahlah yang penting dapat bergambar.

1 Syawal 1444H.
Family sebelah Mrs. A

Corat-coret 1 Syawal 1444H. Dah-dah jom main bunga api macam-macam ada, merdeka, ace, butterfly, das eh! ntahlah tak tahu semua nama bunga api tu.

1 Syawal 1444H
Setahun sekali ๐Ÿ˜”

Alhamdulillah syukur di atas rahmat dan nikmat kurniaanya.

ูَุจِุฃَู‰ِّ ุกَุงู„َุงุٓกِ ุฑَุจِّูƒُู…َุง ุชُูƒَุฐِّุจَุงู†ِ
Fa bi`ayyi ฤlฤ`i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn
Ertnya: "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

[Surah Ar-Rahman ayat 13]

4 Syawal dah kembali bekerja

4 Syawal dah kembali bekerja

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

4 Syawal dah kembali bekerja. Aduhhh! kalau ikutkan hati memang malas jer... nak pergi kerja tapi tu lah dah namanya makan gaji kenalah ikut peraturan gitttewww... Pagi-pagi subuh tadi cakap dengan Mr. A macam malaslah nak gi kerja mata kanan saya ni sakit macam nak ketumbit jer... tapi yang kelakarnya ambil baju kerja pi iron turun bawah ke dapur masak air, buat air nescafe tapau bawa gi kerja dah tu terus bersiap. Hurmmm...percakapan tak seiring perbuatan muahahhaahaaa...

4 Syawal dah kembali bekerja.

4 Syawal 1444H
Perasan tak mata kanan Mrs. A tu ada sembab sikit ๐Ÿ˜

Keluar rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi jalan clear ya'amat. Tengok jam masih awal sempat singgah 7-E Bukit Chedang beli roti dengan semekut sebab dah boleh agak mesti kedai belakang office tutup lagi huhuhu....

4 Syawal 1444H
Nak roti flavor bilis tiada pulak. Ada semekut blackpink ๐Ÿ˜

Hari ini Mrs. A pergi office drive the blue sebabnya Along, Aryssa dan Adik nak pi beraya drive the red. Aduhh!!! kekok sikit drive the blue sebab dah lama tak driving maafkan ibu the blue dah lama tak bertegur sape.

4 Syawal dah kembali bekerja

4 Syawal 1444H
the blue yang banyak jasanya

Alhamdulillah selamat tiba di office sebelum pukul 8.00 pagi. Sunyi aje office pagi ni al-maklumlah masih ramai lagi yang bercuti raya. Haish! bertabahlah ya seorang Mrs. A. Okay siapa yang dah mula kerja tu sep sikit kita geng gittewww...


Wordless Wednesday - Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H

Wordless Wednesday - Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H. Ha! tu dia orang dah nak sambut raya Mrs. A masih nak up kisah menu berbuka puasa ngeh! ngeh! ngeh! sambung kisah  imbas kembali menu berbuka [SINI]

Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H.

8 Ramadhan 1444H/ 30032023

Wordless Wednesday
Dua lauk Mrs. A beli yang lain-lain Mr. A beli ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

9 Ramadhan 1444H/ 31032023.

9 Ramadhan Mrs. A berbuka di luar ada majlis berbuka puasa anjuran syarikat. Mr.A pun sama berbuka di luar for business katanya. Kekdahnya tinggallah adik berbuka seorang diri di rumah. Hidangan berbuka untuk Adik babah/ibu dah sediakan tapi tak teringat pulak nak snap gambar menu di rumah petang tu. 

Wordless Wednesday
Menu berbuka di majlis berbuka puasa SAINS bersama YAB MBNS

Wordless Wednesday
Salam 500 katanya Alhamdulillah dapat saguhati hariraya ๐Ÿ˜˜

10 Ramadhan 1444H/ 01042023.

Wordless Wednesday
10 Ramadhan menu masak sendiri gambar snap selepas berbuka
itu yang portion dah susut

11 Ramadhan 1444H/ 02042023.

Wordless Wednesday
11 Ramadhan menu as usual pilihan hati Mr.A

12 Ramadhan 1444H/ 03042023.

Wordless Wednesday
Menu beli di restoran Nelayan 

13 Ramadhan 1444H/ 04042023.

Wordless Wednesday


14 Ramadhan 1444H/ 05042023.

Wordless Wednesday
Cencaru sumbat selalu ada sebabnya favorite Mr. A ๐Ÿ˜‹
Adik dan Mrs. A okay jerrr....

15 Ramadhan 1444H/ 06042023.

Pada 15 Ramadhan Mr. A sponsor family Jiboi berbuka puasa bersama-sama di Hotel Royal Chulan. Alhamdulillah rezeki hampir semua family hadir. Untuk family Mrs. A sendiri Along dan Aryssa takde depa nun sorang di Penang dan Sorang lagi di Alor Gajah menuntut ilmu.

Wordless Wednesday
Ada macam-macam menu cuma ini aje yang Mrs. A sempat snap

Wordless Wednesday
Mr. A jemput jugak besan-besan f.i.l  Dua orang hadir dan dua orang lagi tak hadir
sorang yang tak hadir tu emak Mrs. A ler... dan sorang lagi bapa mertua Ateh sebab kurang sihat

Wordless Wednesday
Adik #antisosial

Wordless Wednesday
๐Ÿ’•

16 Ramadhan 1444H/ 07042023.

Wordless Wednesday
Menu berbuka beli di restoren Man Tomyam kecuali gulai telor itik.
Pulut mangganya sedap ๐Ÿ‘

17 Ramadhan 1444H/ 08042023.
Wordless Wednesday
Menu Mrs. A masak kecuali ayam gunting

18 Ramadhan 1444H/ 09042023.
Wordless Wednesday
Menu Mrs. A yang masak.
Kebiasaannya bila hari cuti Mrs. A akan main masak-masak ๐Ÿ˜

19 Ramadhan 1444H/ 11042023.
Wordless Wednesday
Time ni ada menu T20 muahhhahhaa gulai ikan krai masak tempoyak
 from Restoren Nelayan

20 Ramadhan 1444H/ 12042023.

Pada 20 Ramadhan Mrs. A dan beberapa orang officemate yang berkaitan sahaja dapat jemputan berbuka puasa dari syarikat MRSB. Alhamdulillah dengan izin Mr. A dan rezekiNYA dapat memenuhi undangan.

Wordless Wednesday
Mrs.A snap gambar dengan girls only ๐Ÿ˜Š

Wordless Wednesday
Perasan tak tempat ni hiks! betullah tu this is Royal Chulan Seremban.
Kali kedua Mrs. A berbuka di sini pada Ramadhan tahun ini.

21 Ramadhan 1444H/ 13042023.
Wordless Wednesday


22 Ramadhan 1444H/ 14042023.
Wordless Wednesday
Menu terlebih-lebih time ni huhuhuuu.

Disebabkan communication breakdown itulah jadinya Mrs. A membeli dah tu pulak Mr. A pun membeli. Pagi tu sebelum pergi kerja Mr. A bagitahu suruh beli lauk untuk berbuka sebabnya dia kena pergi mindef ada kerja mungkin tak sempat nak beli lauk berbuka. Bila balik petang tu Mrs. A masuk bilik tengok dia dah balik tapi sedang tidur. 

Mrs. A pulak tak cakap pun yang dah beli lauk. Selepas solat asar dia turun boleh pulak dia tak check bawah tudung saji tu dah tersedia lauk-pauk. Di perginya membeli lauk adoila... poning masing-masing. Nak bagi jiran sebelah takde rumah pulak. Sudahnya makan yolah sampai lebam.

23 Ramadhan 1444H/ 14042023.
Wordless Wednesday
Waktu berbuka terlupa snap ini gambar waktu bersahur ๐Ÿ˜„


24 Ramadhan 1444H/ 15042023.
Wordless Wednesday
Kalu setakat 2 ke 3 lauk aje tu maknanya Mrs. A yang masak ๐Ÿ™ˆ


25 Ramadhan 1444H/ 16042023.
Wordless Wednesday
Masak kari sardin dan sayur buncis. Ayam Mr. A beli

26 Ramadhan 1444H/ 17042023.
Wordless Wednesday
Murtabak cheese sedap banyak isi.
Waktu ni Aryssa dah berbuka sama-sama dah sampai dari Penang petang tu 

27 Ramadhan 1444H/ 18042023.
Wordless Wednesday
Menu berbuka 27 Ramadhan ada cempedak goreng ๐Ÿ˜˜

Okay itu sahaja kisah Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H.

Up-dated post menu 28 Ramadhan hingga 30 Ramadhan di sini aje, tak best pulak feeling ni bila tak habiskan kisah hingga ke akhirnya ngeh! ngeh! ngeh! ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

28 Ramadhan 1444H/ 19042023.
Wordless Wednesday
28 Ramadhan Along pun dah balik alhamdulillah cukup kuorom. Menu special gulai udang masak lomak cili api from Nelayan Restoren ๐Ÿ˜

29 Ramadhan 1444H/ 20042023.
Wordless Wednesday
Bunga api merdeka showtime ๐Ÿ˜œ

20 April Khamis tu Mrs. A dah mula bercuti. So pergi shopping last minutes bersama Aryssa. Tiba-tiba baca kat group WhatsApp s.i.l ajak semua adik-beradiknya berbuka di Jiboi. Mr. A pun siap reminder suruh pergi berbuka ramai-ramai di Jiboi kekdahnya Aryssa dan Mrs. A sampai ngam-ngam waktu azan berkumandang terus aje berbuka sebab dah kena sound buka dulu, buka dulu huhuuu...

30 Ramadhan 1444H/ 21042023.
Wordless Wednesday
Dah habis berbuka baru teringat nak snap gambar.
Time ni Mrs. A dah repeat makan nasi impit kuah kacang emak yang baru siap masak ๐Ÿ˜‹

21 April tu Mrs. A dah sampai kampung. Alhamdulillah pada 30 Ramadhan tu dapat berbuka bersama-sama emak di kampung. Semoga dapat bersua lagi dengan bulan Ramadhan di tahun akan datang InsyaAllah.
MRS.A my blog my stori ©