Selamat Pengantin Baharu Amran 💘 Hanim - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Selamat Pengantin Baharu Amran 💘 Hanim

20 Februari 2023

Selamat Pengantin Baharu Amran 💘 Hanim

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baharu Amran 💘 Hanim. Alhamdulillah semalam 19022023 dengan izinNya dapat Mrs. A memenuhi jemputan kahwin cousin Mrs. A di Felda Jelai 1. Kalau tak salah Mrs. A, Amran ini adalah anak Pakcik Jeff yang bongsu. Pakcik Jeff ini kaya anak lelaki ngeh! ngeh! ngeh! sebelum ini Mrs. A dah pernah hadir dua lagi majlis kahwin anak-anak lelaki beliau yang lain [SINI] dan [SINI].

Jika sebelum ini adik-beradik serta emak Mrs.A hadir sama tetapi untuk yang kali ini Mrs. A aje yang dapat hadir kira wakillah dari family emak gittewww... Walaupun Mrs. A ajak emak pergi sekali dengan Mrs.A tapi itulah dia keberatan sebab kurang sihat katanya "dia batuk-batuk segan nanti kalau tetiba batuk pastu susah nak stop". 

Disebabkan emak Mrs. A tak nak ikut kekdahnya Mrs. A terus aje gerak dari rumah Seremban ke Felda Jelai 1. Mulanya Mr. A kata gerak dalam pukul 10.00 pagi yang benarnya pukul 11.00 pagi baru tayar golek. Bila dah sampai Rembau Mr. A suruh buka waze tengok pukul berapa waze estimate time sampai pakcik waze kata 1 jam 27 minit hurm yolah.😀. Walaupun dah banyak kali ke rumah pakcik Jeff tapi tetaplah manusia mudah lupa. Apabila dah sampai di jalan utama Felda Jelai 1 keliru celaru juga mencari lorong rumah pakcik tu. Calling-calling cousin Mrs. A yang lain takde pula yang jawab. Mr. A terus aje drive buat-buat tahu hahahaaa.... alhamdulillah akhirnya selamat sampai. 

Waktu Mrs. A sampai tu dalam pukul 12 lebih dekat-dekat pukul 1.00 pengantin baru aje selesai berarak sebabnya dengarlah sekejap bunyi kompang dipalu tu ngeh! ngeh! ngeh! Adehhh! parking susah dapat so kekdahnya we all parking aje di tempat we all pernah parking sebelum ini. Maaflah blok keta-keta di situ sebab instinct mengatakan depa tak keluar ni busy menolong di rumah pakcik Jeff tiiiberrr... kalau nak keluar pun boleh aje minta DJ majlis buat announcement.

Selamat Pengantin Baharu Amran 💘 Hanim. 

Selamat pengantin baharu
Haruslah seorang Mrs. A bergambar bersama pasangan pengantin.
Adik tukang snap, Mr. A tak mau bergambar

Selamat pengantin baharu
Mr. and Mrs. A bergambar bersama Mr. and Mrs. Jeff 😜

Selepas makan dan borak-borak sebentar dengan pak/mak perantin serta cousin Mrs. A yang lain. We all pun minta diri beredar. Tak ramai sedara-mara yang Mrs. A jumpa timing datang tak sama, ada pun keluarga Acik Baiti yang dari Bangi sayang tak sempat bergambar sebab waktu Mrs. A sedang makan dia dah beransur pulang katanya nak singgah rumah emak Mrs. A (they are cousin).

Selamat pengantin baharu
Eh! Acik Ina jom bergambar

Sewaktu Mrs. A menuju nak masuk kereta ditegur oleh Acik Ina yang baharu sampai. Eh! cepatnya nak balik kata dia. Hahahaaa copek apo dah lama dah jawab Mrs. A. Actually dia dah datang pagi tadi orang pangkallah katakan dah berpeluh-peluh menolong balik dulu. Ini kiranya datang semula untuk makan jerrr.... gittewww.... sambil tu Acik Ina siap pesan nanti Nurul kahwin 8/7 mesti datang tau ini acik pesan awal-awal terus masuk kalendar siap-siap kata dia. Nurul tu cousin Mrs. A anak perempuan Acik Ina yang nombor 2. InSyaAllah kalau tiada aral we all sampai.

Selepas majlis di rumah pakcik Jeff ke mana kita eh!



9 ulasan:

  1. Saya ada mak saudara di Jelau 3. Kenduri di FELDA memang meriah.

    BalasPadam
  2. Sedondon-dondon baju pengantin lama pun ahak!
    Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 💐

    BalasPadam
  3. barakallahulakuma buat mempelai...

    amboiii awalnya dah jemput...😁

    BalasPadam
  4. Selamat Pengantin Baru kepada cousin Mrs. A..
    So far LZ belum pernah sampai ke Felda Jelai, jauh juga dari Seremban..

    BalasPadam
  5. kenduri kawin kat kampung atau felda ni selalunya best bila jumpa sedara mara pastu menu dia pun menu kampug memang best

    BalasPadam
  6. seronok kenduri Felda meriah!
    pakcik jeff ada anak lelaki bujang lagi tak? ahakss

    BalasPadam
  7. wah seronok tengok pengantin baru...moga kekal bahagia hingga ke syurga ...aamiin

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©