Februari 2023 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Februari 2023
Mrs. A Join "La gourmetยฎ Hydration Bottle Giveaway by Anies".

Mrs. A Join "La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by Anies".

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Join "La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by Anies". Dah lama baca post ini di blog Anies cuma masa tu Mrs. A kata nantilah join bila tak busy sangat kekdahnya dah terlupa pulak. Bila check semula oklah sempat lagi ni nak join sebab closing date sampai pukul 11.59 tengah malam ini 28 Februari 2023.๐Ÿ˜Š

Mrs. A Join "La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by Anies". 

Giveaway
KLIK

Tiga mangsa tag Mrs. A adalah blogger dan juga officemate ๐Ÿ˜





Semoga berjaya Mrs. A eh! tiberrrr muahahaaaa... klik banner untuk ke blog penganjur untuk ketahui hadiah dan syarat-syarat penyertaan.


Wordless Wednesday - Calawo

Wordless Wednesday - Calawo

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - Calawo. Entry WW pertama di tahun 2023 ๐Ÿ˜Š. Apo ko bondo ea Calawo tu muahahaaa... Calawo adalah jenama sportwear ada pelbagai sportwear, yang Mrs. A terjebak ini adalah tudung sport depa. 

Actually Mrs.A dah pernah beli dahulu rasanya setahun dua yang lalu satu untuk Aryssa dan satu lagi untuk diri sendiri. Minggu lepas Mrs. A beli lagi sebab nak menambah jumlah tudung sport gitttewww...

Wordless Wednesday - Calawo.

Wordless Wednesday
So far so good

Wordless Wednesday
Ini size M - pace hijab

Wordless Wednesday
Adehhh! apsal muka cenggitu ๐Ÿ˜ Size L -pace hijab

Wordless Wednesday
 Pemurah founder Calawo ni dia bagi freegift towel muka dan getah rambut.

Lagi satu nak bagi compliment tentang penghantarannya yang sangat cepat, order hari ini esok dah sampai. Masa Mrs. A order tu sebelum pukul 12 pada 13.02.2023 petang esoknya tu 14.02.2023 dah dapat. Haish! excited iols!

Wordless Wednesday - Calawo.

Ini yang order dahulu kala.

Wordless Wednesday
Silau disinari mentari pagi di tepian pantai Feringgi ๐Ÿ˜

Dilema tak pasti nak bagi kat Aryssa ke tidak yang color hitam tu rasanya macam kena beli lagi ni muahhahaaaa...

Calawo hijab ni ada jenis yang lain jugak. Ada Rush, ada Mode, ada juga PaceX yang Mrs. A suka ni jenis Pace. Sarung-sarung dah jadi, helok je terletak memang sesuai untuk yang aktif berzumba eh!



Selamat Pengantin Baharu Amran ๐Ÿ’˜ Hanim

Selamat Pengantin Baharu Amran ๐Ÿ’˜ Hanim

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baharu Amran ๐Ÿ’˜ Hanim. Alhamdulillah semalam 19022023 dengan izinNya dapat Mrs. A memenuhi jemputan kahwin cousin Mrs. A di Felda Jelai 1. Kalau tak salah Mrs. A, Amran ini adalah anak Pakcik Jeff yang bongsu. Pakcik Jeff ini kaya anak lelaki ngeh! ngeh! ngeh! sebelum ini Mrs. A dah pernah hadir dua lagi majlis kahwin anak-anak lelaki beliau yang lain [SINI] dan [SINI].

Jika sebelum ini adik-beradik serta emak Mrs.A hadir sama tetapi untuk yang kali ini Mrs. A aje yang dapat hadir kira wakillah dari family emak gittewww... Walaupun Mrs. A ajak emak pergi sekali dengan Mrs.A tapi itulah dia keberatan sebab kurang sihat katanya "dia batuk-batuk segan nanti kalau tetiba batuk pastu susah nak stop". 

Disebabkan emak Mrs. A tak nak ikut kekdahnya Mrs. A terus aje gerak dari rumah Seremban ke Felda Jelai 1. Mulanya Mr. A kata gerak dalam pukul 10.00 pagi yang benarnya pukul 11.00 pagi baru tayar golek. Bila dah sampai Rembau Mr. A suruh buka waze tengok pukul berapa waze estimate time sampai pakcik waze kata 1 jam 27 minit hurm yolah.๐Ÿ˜€. Walaupun dah banyak kali ke rumah pakcik Jeff tapi tetaplah manusia mudah lupa. Apabila dah sampai di jalan utama Felda Jelai 1 keliru celaru juga mencari lorong rumah pakcik tu. Calling-calling cousin Mrs. A yang lain takde pula yang jawab. Mr. A terus aje drive buat-buat tahu hahahaaa.... alhamdulillah akhirnya selamat sampai. 

Waktu Mrs. A sampai tu dalam pukul 12 lebih dekat-dekat pukul 1.00 pengantin baru aje selesai berarak sebabnya dengarlah sekejap bunyi kompang dipalu tu ngeh! ngeh! ngeh! Adehhh! parking susah dapat so kekdahnya we all parking aje di tempat we all pernah parking sebelum ini. Maaflah blok keta-keta di situ sebab instinct mengatakan depa tak keluar ni busy menolong di rumah pakcik Jeff tiiiberrr... kalau nak keluar pun boleh aje minta DJ majlis buat announcement.

Selamat Pengantin Baharu Amran ๐Ÿ’˜ Hanim. 

Selamat pengantin baharu
Haruslah seorang Mrs. A bergambar bersama pasangan pengantin.
Adik tukang snap, Mr. A tak mau bergambar

Selamat pengantin baharu
Mr. and Mrs. A bergambar bersama Mr. and Mrs. Jeff ๐Ÿ˜œ

Selepas makan dan borak-borak sebentar dengan pak/mak perantin serta cousin Mrs. A yang lain. We all pun minta diri beredar. Tak ramai sedara-mara yang Mrs. A jumpa timing datang tak sama, ada pun keluarga Acik Baiti yang dari Bangi sayang tak sempat bergambar sebab waktu Mrs. A sedang makan dia dah beransur pulang katanya nak singgah rumah emak Mrs. A (they are cousin).

Selamat pengantin baharu
Eh! Acik Ina jom bergambar

Sewaktu Mrs. A menuju nak masuk kereta ditegur oleh Acik Ina yang baharu sampai. Eh! cepatnya nak balik kata dia. Hahahaaa copek apo dah lama dah jawab Mrs. A. Actually dia dah datang pagi tadi orang pangkallah katakan dah berpeluh-peluh menolong balik dulu. Ini kiranya datang semula untuk makan jerrr.... gittewww.... sambil tu Acik Ina siap pesan nanti Nurul kahwin 8/7 mesti datang tau ini acik pesan awal-awal terus masuk kalendar siap-siap kata dia. Nurul tu cousin Mrs. A anak perempuan Acik Ina yang nombor 2. InSyaAllah kalau tiada aral we all sampai.

Selepas majlis di rumah pakcik Jeff ke mana kita eh!



Hyper Pets Centre Seremban 2

Hyper Pets Centre Seremban 2

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Hyper Pets Centre Seremban 2. Hari Jumaat lepas selepas habis waktu kerja terus Mrs. A teringat nak beli makanan kucing yang dah hampir nak kehabisan stok. Actually dah minta tolong Along belikan sewaktu Mrs. A ke Penang 2 minggu lepas, tapi boleh pulak ketiga-tiga petshop yang Mrs. A suruh dia pergi tu 2 tempat takde stok yang satu lagi pulak telah berpindah. Sewaktu Mrs. A ke Penang tu Along pulak dibenarkan balik bermalam tapi timing tak syncronise so tak dapatlah dia ikut sekali menghantar Aryssa masuk semester 2.

Along balik sendiri dengan kawan dia yang dari Johor (drive kereta sendiri dengan kebenaran IKTBN). Katanya kawan Johor tu tak nak balik Johor sebab cuti 2 hari sahaja penat nak drive kekdahnya dia ajak balik Seremban gittewww... Eh! panjang pulak iklan ๐Ÿ˜›okay sambung balik citer beli makanan kucing di Hyper Pets Centre Seremban 2.

Sudah agak lama Mrs. A tak beli makanan kucing di Hyper Pets S2 ni sehinggakan shop lot depa dah berubah tempat pun Mrs. A tak tahu. Mula-mula sampai di NSK S2 petang tu 10022023 Mrs. A terus ajelah menuju ke tempat biasa sebabnya signboard masih ada di tempat lama. Tapi bila Mrs. A mendekat petshop tu sudah bertukar menjadi kedai talipon dan kedai jajan derrrr.... Haish! tak puashati betul Mrs. A time tu pusing keliling keluar masuk NSK bila nak tanya orang tiba-tiba terpandang ๐Ÿ‘‡ terus tersenyum sensorang dan laju menuju ke situ.

Hyper Pets Centre Seremban 2.

I love all time low price

Sambil bercakap dalam hati tak sia-sia aku mundar-mandir macam orang pandir tadi muahahaaa.... berdoa jugak yang catfood jenama Button and Bow akan adalah di sini. Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam Hyper Pets tersebut terkagum Mrs. A uols! besar gedabak sungguh dan begitu banyak sekali catfood pelbagai jenama tersusun seakan gaya ikea fuhhh! heaven sangat. Alhamdulillah jenama kesukaan anak-anak bulus Mrs. A pun ada. 

Hyper Pets
Ada 3 lorong susunan cenggini ha besarkan macam warehouse

Hyper Pets
Cattree dan macam-macam keperluan kucing ada

Setahun dua kebelakangan ini jenama yang Mrs. A belikan untuk anak-anak bulus yang 7 ekor tu adalah Button and Bows. Alhamdulillah diaekor suka dan takde masalah so far.

Hyper Pets
Jenama premium mampu beli ๐Ÿ˜˜

Berdasarkan nasihat vet kalau nak pilih makanan kucing, bagus yang kandungannya mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus protein yang fat, omega dan lain-lain tu tak kisah lagi berapa peratus tapi yang penting sekali proteinnya kena 30 peratus kalau lebih lagi elok. Actually dan banyak jenama catfoods yang Mrs. A cuba awal-awal dulu Powercat yang hijau yang biru tapi tulah kadang bila nak beli kat petshop jenama tu takde susah nak cari.

Lepas tu tukar Reflex, Blackwood, Me-O, Ali-Cat yang ini bulus-bulus kurang suka. Ada juga bagi Prodiet dan Friskies 2 jenama ni colorful dari apa yang Mrs. A baca banyak pewarna tak bagus untuk kucing. Pernah juga bagi jenama Greens, 6 ekor okay je suka takde masalah tapi si Upin tak sesuai dapat cirit-birit sampai melecet montot dia asyik berak jer... huhuhuuu... Selepas tu Mrs. A tukar ke Royal Canin (Indoor) yang ni memang bagus semua pun okay tapi yang tak okaynya bibik dia nih! rabak poket apa cerrr harga RC 4.3 kg lagi mahal dari harga beras 5kg Basmathi cap Rambutan. So akhirnya dan sehingga sekarang setia bersama Buttons and Bows. Walaupun bukan semua petshop yang dekat dengan rumah Mrs. A ada jual jenama ni tapi Mrs. A akan usaha cari juga walaupun terpaksa drive jauh dari taman. Kadang tu bila dah jumpa takde pulak yang 8 kg ada 18 kg jerr hah! Mrs. A rembat jugak 18 kg dont care muahahaaaa.... 

Okay itu sahaja nak share kisah seorang Mrs. A si catlover ke Hyper Pets Centre Seremban 2



Mrs. A Join Team Zumba Office

Mrs. A Join Team Zumba Office

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A join team zumba office. Actually dari November tahun lepas bila team zumba diwujudkan Mrs. A cakap nak join tapi sampai ke sudah none hado. Mula tahun baru 2023 ini bila team zumba up semula siapa nak join zumba terus Mrs. A on lagipun terasa badan macam dah naik sebabnya seluar dah banyak yang ketat tang peha huhuhuu...

Actually Mrs. A kurang minat dengan zumba ni. [Ssshhh... ๐Ÿ™Š tahu dek team zumba mampuih!] Mrs. A lebih suka bersukan bola jaring [SINI] ataupun berlari a.k.a slow jog [SINI] ataupun briskwalk. Tapi tulah takde gang huhuhuuu. Buat masa ini yang ada zumba aje untuk aktiviti bersosial yang ada eh! hahahaaa...

Petang semalam selepas habis waktu kerja. Mrs. A tukar baju siap-siap then terus ke bilik latihan ya di situlah tempat team zumba berzumba. Dekat aje iaitu di wing sebelah. Adehhh! berdebar-debar pulak rasanya al-maklumlah new bie compare dengan mereka yang dah pro tu. Tapi mujurlah ada seorang lagi new bie sama department dengan Mrs. A oklah ada gang new bie hiks!

Mrs. A join team zumba office.

zumba
Selepas berzumba kita bergambar

Zumba
Bergambar adalah 'attendance' kata depa ๐Ÿ˜‚

Ini adalah pengalaman pertama Mrs. A betul-betul ikut berzumba. Mula lebih kurang pukul 5.30 dan berhenti dalam pukul 6.15 petang. Pheww! penat uols mungkin sebab dah lama tak bersenam. Sebelum ini Mrs. A selalulah tengok video-video yang team zumba share di group tengok macam enjoy je menari-nari dengan pelbagai genre lagu ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ. Takdelah terfikir penat macam berjogging atau bernetball tu sekali bila join semalam tu adehhh! penat juga kekdahnya. Itupun dah siap pesan dengan coach jangan bawa lagu rancak sangat dan step heavy sebab  I is newbie hahahaaa...

So kesimpulannya Mrs. A dah tersuka so esok kalau ada nak join lagi. Team zumba office ini jadual berzumba mereka 2 kali seminggu. InSyaAllah esok kalau ada rezeki, kita berzumba lagi.



MRS.A my blog my stori ©