Disember 2022 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Disember 2022
Jalan-Jalan Cuti Krismas

Jalan-Jalan Cuti Krismas

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Jalan-Jalan Cuti Krismas. Alahai! satu aje blog post Mrs. A di bulan Disember 2022 ini sendu betul huhuhuuu... actually banyak kisah nak cerita but too little time eh! hahhaaa... Okaylah demi blog yang disayangi Mrs. A gigihkan diri menulis pada petang ni. Kisah family day out last weekend Mrs. A sekeluarga jalan-jalan cari makan di KL kemudian window shopping dan nonton Avatar: the way of water.

Gerak dari rumah lebih kurang selepas zohor memang plan terus nak pi makan nasi arab di SINI biar adil kepada Along dan Aryssa yang belum pernah makan di situ lagi 😝 buat Adik dan Mrs. A ini adalah kali ketiga buat Mr. A tak tahulah ini kali yang ke berapa ngeh! ngeh! ngeh!

Jalan-Jalan Cuti Krismas.

Cuti krismas
Fruits sebelum makan

Jalan-jalan cuti Krismas
Order Konafah lagi sebab Adik suka eh! Aryssa dengan Along pun makan juga

Adehhh! bila tengok photo galeri tiada sebarang gambar nasi uols! hurm... may be sudah divideoin itu yang tak snap dah! jadilah ada fruits dengan Konafah jerrr...

Selepas lunch tu we all gerak ke KLCC tempat favorite Mr. A tuh! 😍. Sampai KLCC the boys dengan girls jalan asing-asing sebabnya Mrs. A nak gi Isetan nak beli office wear. Kekdahnya Along dan Adik ikut Babah sementara Aryssa ikut ibu.

Jalan-jalan cuti Krismas
Mrs. A suka jenama Pure ni sejak zaman muda-muda lagi ketika bergelar warga kota dulu tiiiberrr...

Okaylah menarik perhatian betul baju-baju yang ada. Aryssa pun sama membeli jugak. Alhamdulillah bajet 1k tapi syukur yang tulis di monitor 931.00 gittewww. Selepas dah dapat apa yang dihajati the boys and girls bertemu semula di TGV untuk nonton Avatar: the way of water tayangan pukul 6.30 petang.

Jalan-jalan Cuti Krismas
Kita wefie dulu sebelum masuk panggung

Masa tayangan  Avatar: the way of water ni lagi panjang daripada Black Panther Wakanda uols tapi Mrs. A tetap suka. Readers yang belum tengok silalah tengok mesti suka punya kisah kekeluargaan. Tapi dalam cerita ini manusia memang jahat. Geram betul. Okaylah Mrs. A malas nak review yang pasti Mrs. A suka aje yang kecam tu tak tahulah kenapa huhuhuu... Last sekali nak share gambar Jake Sully  sekeluarga amik dari pakcik google.

Jalan-jalan cuti krismas
Kredit google image




PRU15

PRU15

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

PRU15. Rasanya belum terlambat lagikan Mrs.A nak cerita kisah PRU15 Mrs.A 😊😊😊. Ketika ramai orang balik ke kampung untuk mengundi Mrs. A terbalik pulak ngeh! ngeh! ngeh! terpaksa ke KL untuk mengundi. Ini semua gara-gara salah faham Mrs. A dengan dear Mr. A tulah😝. 

Pada awal tahun sewaktu SPR duk sibuk-sibuk iklankan nak daftar pemilih dan tukar tempat daftar pemilih tu Mr. A cakap biar dia buat proses nak tukar tu siap Mrs. A dah bagi salinan K/P sekali kononnya nak tukarkan ke Seremban. "Nanti time PRU15 boleh sama-sama pergi mengundi" katanya huhuhuu... Mrs.A pun happy sesangat dan langsung takde follow-up, dia pun sama tak up-date apa-apa pun. Namun alangkah terkejutnya Mrs. A muahahaha terkejutlah sangat bila dah diwar-warkan semak tempat daftar pemilih tu. Mrs. A pun semaklah tengok-tengok tempat yang sama uols di [SINI] Sabar yolah. 

Tetapi sebagai seorang rakyat Mesia yang bertanggung jawab gigih tau Mrs. A pergi mengundi pergi dengan ditemani oleh Along dan Adik of courselah setelah mendapat keizinan dari Mr. A. Sehari sebelum hari mengundi tu dah cakap dengan Mr. A yang Mrs. A nak pergi mengundi pergi dengan Along dan Adik. Sebabnya Mrs. A faham dia ada kerja dan busy dengan PRU15 ni di kawasan yang dia terlibat. 

Okay jom layan gambar PRU15 seorang Mrs. A

PRU15
Gerak dari rumah lepas zohor sampai Jalan Jelatek lebih kurang pukul 2 lebih kalau tak silaplah

PRU15
Queue agak panjang time 2-4 petang tu tapi oklah gerak laju jer...

PRU15
Sambil queue tu sempatlah snap gambar tempat nostalgia ni nun yang tinggi tu Menara Jentayu sebelah dia tak ingat nama apa yang pendek color oren tu Kelumpuk Serindit πŸ˜‡

Sementara Mrs. A mengundi tu Along dengan Adik. Mrs. A suruh depa pergi lunch. Melihat keadaan queue yang agak panjang tu sure ambil masa jugak sejam dua gitteww.... Lagipun ditakdirkan pula Along ada kawan-kawan yang sama belajar di IKTBN duduk area AU dan juga Ampang kekdahnya sambil dia hantar Mrs. A sempatlah juga dia berjumpa dan lunch sama dengan kawan dia dua orang tu.

PRU15
Done, panjangnyalah hai ink tu sebab petugas tu suruh cucuk sampai rasa dasar botol.πŸ˜†

Sewaktu Mrs. A dah selesai mengundi Along dan Adik belum selesai lagi lunch bersama kawan-kawannya. Kekdahnya Mrs. A sabar ajelah menunggu dijemput pulang. Mrs. A pun lepak menunggu Along di bus stop depan Sekolah AU Keramat tu. Mujurlah bukan Mrs. A sorang aje ada juga sekumpulan adik-adik yang sedang menunggu mak/pak depa amik.

PRU15
Those were the days Mrs. A tinggal di Menara Rajawali  yang color grey tu. Dulu colornya lain yang sebelah tu pulak Cenderawasih saja nak bagitahu kah! kah! kah! 

PRU15
Dah! dah! jom pulang. Tol Sg Besi clear maybe sebab tol percuma kot eh! tiberrrr...

PRU15
Sshhhh..... undi adalah rahsia😝

PRU15 penuh dengan kejutan kalau PRU14 dikatakan ibu segala pilihan raya apa kurangnya PRU15 kali ini sejarah tercipta parlimen tergantung, kerajaan tidak dapat dibentuk disebabkan tiada parti yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. 

Alhamdulillah syukur Malaysia masih mempunyai Raja Berpelembagaan so akhirnya suka ataupun tidak tahniah diucapkan buat Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sama-sama kita doakan Malaysia tanah air tercinta akan sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT.

Okay itu sahaja kisah PRU15 seorang Mrs.A.




MRS.A my blog my stori ©