November 2022 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: November 2022
Memenuhi Permintaan Adik Tengok Black Panther : Wakanda Forever

Memenuhi Permintaan Adik Tengok Black Panther : Wakanda Forever

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Memenuhi Permintaan Adik Tengok Black Panther : Wakanda Forever. Pada hari Jumaat 18112022 cuti sebelum PRU 15 tu Mrs. A bertiga beranak telah berkesempatan tengok Black Panther : Wakanda Forever. Cerita inilah yang Adik beria-ria sangat nak tengok. So jadinya pada hari Jumaat tu Along, Adik dan Mrs.A pun pergi menonton di TGV Cinema Seremban 2 tayangan pukul 5.00 petang.

Mujurlah Mrs. A dah beli tiket online so dapatlah seat tengah. Kalau beli walk-in tak tahulah rasanya ada kemungkinan dapat seat depan screen muahahhaaa..... sebabnya ramai pulak manusia pada hari kejadian tu.

Memenuhi Permintaan Adik Tengok Black Panther : Wakanda Forever. 

Black Panther : Wakanda Forever.
Sementara iklan tu kita wefie dulu

Masa tayangan Black Panther : Wakanda Forever memang lama, lebih kurang 2 jam 50 minit. Tetapi  Mrs. A tak terasa pun yang 2 jam lebih tu telah berlalu know know cerita dah tamat gittewww... cause ceritanya memang sangat menarik semua rasa cukup. Happy, sedih, gembira, marah, geram eh! semua adalah. Ceritanya berkisar tetang kerajaan Wakanda yang dilanda kesedihan setelah kematian raja mereka T'Chala a.k.a black panther. Dalam keadaan kesedihan tu mereka terpaksa pula behadapan dengan ancaman-ancaman dari luar di antara ancaman yang paling ditakuti adalah ancaman dari kerajaan bawah laut yang diketua oleh raja bernama Namor. 

Mulanya Mrs. A tertanya sendiri kenapa kebanyakkan pelakon filem Black Panther : Wakanda Forever ini pelakon kulit hitam ngeh! ngeh! ngeh! Oh! no wonder sebab itulah asalnya nama Black Panther kot. Agaknyalah kalau salah harap maaf sila betulkan sendiri huhuhuu.... 

Black Panther : Wakanda Forever
Google image

Weekend ni kalau readers nak tengok movie tak tahu nak tengok movie apa ha! apa kata pergi tonton Black Panther : Wakanda Forever sangat disyorkan. Mrs. A bagi 5/5 bintang. 

Memenuhi Permintaan Adik Tengok Black Panther : Wakanda Forever

Black Panther : Wakanda Forever
Bergambar sebelum masuk cinema 3๐Ÿ˜

Salam Jumaat selamat berhujung minggu. Semoga Malaysia tanah air tercinta terus aman damai dan rakyat saling hormat-menghormati tidak kira agama dan bangsa.




Selamat Ulang Tahun Kelahiran Along

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Along

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Along. Tarikh lahir Along pada tahun ini jatuh pada hari Ahad (0611). Mrs. A plan nak ajak Along dan Adik keluar lunch dan tengok wayang sahaja sebagai moment celebration tu sebabnya Mr. A masa tu kena pergi outstation. Aryssa dah tentu di Penang. So sehari sebelum tu dah bagitahu plan tu kepada Mr. A. Dia okay aje sambil menghulurkan wang perbelanjaan walaupun Mrs. A tak minta yessza...I like ngeh! ngeh! ngeh!

Pada hari Sabtu malam tu Mrs.A pun cakap dengan Along, esok kita lunch kat luar dengan Adik sekali, ibu nak belanja di Secret Recipe sempena birthday Along. Ingat tak tak tu esok birthday anak ibukan ? Sambil tersengih dia cakap eh! Along tak ingat esok birthday Along a'ahlah esok 6 haribulan sebelas katanya. Esoknya tu 06112022 selepas zohor we all bertiga pun gerak ke SR di Aeon Seremban 2.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Along. 

Ulang tahun kelahiran
Happy 20th birthday Along. 

Walaupun orangnya ada tiga tapi kek ada empat ๐Ÿ˜ sebab birthday boy nak dua kek lain-lain flavor. Sambil tunggu menu masing-masing sampai we all makan kek dulu.

Ulang tahun kelahiran
Menu Along chicken chop. Order nasi juga ๐Ÿ˜‚

Ulang tahun kelahiran
Nasi with satay Mrs. A punya

Ulang tahun kelahiran
Adik punya menu paling awal sampai

Ulang tahun kelahiran
Dah nak habis baru nak snap ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Selepas dah selesai lunch di SR. We all plan nak tengok wayang pulak. Cerita Black Panther ketika ini belum release lagi di pawagam. So tengok ajelah cerita apa yang ada waktu tu. We all sepakat tengok cerita seram jepun tajuk Sodako sebabnya waktu tayangannya pukul 4.00 petang sesuai dengan timing muahahaaa....

Ulang tahun kelahiran
Ini wayang kita yang punya eh! tak ramai pun orang tengok citer ni
campur we all dalam 9 orang jer

Cerita seram Sodako itu biasa-biasa ajelah mula-mula memang tak faham dah dipertengahan baru faham. Bagi 3 bintang ajelah gittewww...

Alhamdulillah apa-apa pun we all bertiga seronok aje dapat spent time together. Buat Along ibu sentiasa mendoakan Along dikurniakan kejayaan di dalam kehidupan samada di dunia mahupun akhirat. Ya Allah redholah kepada anak-anak ku sepertimana aku redho kepada mereka.


Singgah Lunch Di Wadi Hadramawt, Ampang.

Singgah Lunch Di Wadi Hadramawt, Ampang.

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Singgah Lunch Di Wadi Hadramawt, Ampang selepas hantar Aryssa ke KL Sentral. Kisah pada 30102022 yang lalu lunch di Di Wadi Hadramawt, Ampang selepas hantar Aryssa ke KL Sentral. Cuti semester Aryssa dah tamat. Aryssa nak balik Penang naik ETS. Actually ini adalah kali pertama buat Aryssa pergi dan balik Penang dengan menaiki ETS. Aryssa pilih tiket platinum sebab itu kena naik di KL Sentral kalau dia pilih tiket gold boleh aje naik di hentian Seremban terus tapi banyak station nak kena stop. ๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–

Singgah Lunch Di Wadi Hadramawt, Ampang selepas hantar Aryssa ke KL Sentral.

Singgah Lunch Di Wadi Hadramawt
Panjang beraturnya ETS to Bukit Mertajam 

Singgah Lunch di Wadi Hadramawt
Muka ketat disuruh bergambar ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Dah tak perlu beli tiket sebab Aryssa dah siap-siap beli return tiket. Waktu berlepas train adalah pukul 1.37 petang rushing juga we all time tu huhuuuhu... itu yang tak sempat nak pergi lunch together dengan Aryssa sesampai KL Sentral aje terus berkejar nak check-in sebab dah ada panggilan gittewww... Alhamdulillah Aryssa selamat check-in we all pun gerak untuk jalan-jalan cari makan.

Singgah Lunch Di Wadi Hadramawt, Ampang

Dah nama restoren pun Wadi Hadramawt so mestilah semua makanannya makanan arab ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Wadi Hadramawt, Ampang
Mrs. A pilih lamb apa ntah nama sebnear menu ni

Wadi Hadramawt, Ampang
Adik pilih quarter chicken yang ni dibakar dengan arang katanya

Wadi Hadramawt, Ampang
Mr. A pilih quarter chicken grilled nama sebenar tak ingat hahaha...

Wadi Hadramawt, Ampang
Konafah

Wadi Hadramawt, Ampang
Cocktail manggo. Aduhhh! pekat likat 

Actually ini kali kedua we all bertiga lunch di sini kali pertama dulu tak terfikir pulak nak coretkan di my blog my stori. Sejujurnya Mrs. A bukanlah peminat makanan arab tapi sekali-sekala bolehlah layan. Bagi Mrs. A makanan arab ni macam takde rasa masin langsung tawar aje eh! hahahaa... Tapi Mr. A suka juga makanan arab itu yang dia bawa lunch di sini. Dia kata food kat sini sedap.

Sebelum ini sewaktu get together dengan family di Jiboi adalah depa bercerita pasal Konafah ni Mrs. A masa tu belum pernah cuba lagi dengar cerita ajelah. Konafah kat tempat tu sedap, pastu sorang lagi cakap Konafah kat kedai tepi bla..bla... tu lagi sedap hahahaa... so masa lunch di Wadi Hadramawt tu ternampak pulak Konafah ni so teruslah Mrs. A order nak cuba. Ialah nanti bila orang bercerita pasal Konafah bolehlah masuk line kan..kan..kan... komen Mrs. A bila dah makan Konafah tu laaa.... cenggitu je rasanya apo! itulah sangat benar bila orang kata rasa ni subjektif. Konafah di lidah Mrs. A takdelah sehebat yang diperkatakan kah! kah! kah! Diehard fans Konafah #mohonjangankecamya

Singgah lunch di Wadi Hadramawt, Ampang tempatnya sangat selesa, service sangat cepat staff semua friendly mereka memang orang arab sebenar tak pandai sangat pun cakap bahasa melayu so kena komunikasi in english. Harga memang sedikit pricey.

Singgah Lunch Di Wadi Hadramawt, Ampang

Wadi Hadramawt, Ampang
Just the three of us ๐Ÿ˜

Wadi Hadramawt, Ampang
#ootd sebelum pulang




Family Days Out - Lunch & Tengok Movie

Family Days Out - Lunch & Tengok Movie

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Family Days Out - Lunch dan tengok movie. Adehhh! tiba-tiba dah 7 November 2022 banyak kisah nak cerita tapi ntahlah masa takde ke malas ke eh! Okay ini kisah sehari sebelum Aryssa balik ke Penang. Babah a.k.a Mr. A ajak lunch di tempat favorite our family a.k.a Casa Lagenda Seremban 2 ๐Ÿ˜. Mrs. A paling seronok sebab gantung periuk ngeh! ngeh! ngeh! Gerak dari rumah lebih kurang pukul 12.30 tengahari tak mahu kejadian bila sampai nanti restoren dah tutup berulang lagi gitttewww....

Family Days Out - Lunch dan tengok movie.

Family days out
Ada seketul gambar aje rupanya. Gambar food tiada sebab Mrs. A buat video aje

Gambar menu yang we all order sama juga seperti menu-menu sebelum ini [SINI] Rasa foodnya masih sama cuma tulah harga dah tak sama semuanya dah naik uols! huhuhuuuu... sabar yolah.

Alhamdulillah semua happy selepas perut dah kenyang mestilah suka hati kans..๐Ÿ˜… Kemudian Adik ajak tengok wayang citer Black Panther katanya. Tapi bila check di TGV citer Black Panther pun belum keluar lagi di pawagam yang ada citer Black Adam. Survey movie lain-lain macam tiada yang menarik. Kekdahnya we all pun setuju nak menonton Black Adam. Tapi Mr. A pulak tak mahu join menonton movie katanya hantarlah dia balik dulu. Hurmmm... ok jugaklah hantar dia balik sambil tu boleh solat zohor duluan di rumah sendiri sementara menunggu waktu tayangan pukul 4.00 petang.

Lebih kurang pukul 3.15 petang we all empat beranak gerak ke Aeon S2 untuk menonton movie Black Adam di TGV cinema S2. Apa citer Black Adam ni pun Mrs. A tak tahu apa-apa bila dah tengok la jangan nak fikir lagik sangatlah Mrs. A oii!! dah tentu product keluaran DC muahhhaaaa...

Family Days Out - Lunch dan tengok movie.

Family days out
Google image

Sebelum movie bermula haruslah selfie-selpot dahulu ๐Ÿ˜

Family days out
Aryssa dengan spek baharunya sebab power bertambah kena buat baharu

Family days out
Along & Adik

Pendapat peribadi Mrs.A  tentang movie Black Adam tiada apa yang menarik dan biasa-biasa sahaja. Bagi tiga bintang jer... Kisah seorang manusia yang telah mati dibunuh bernama Teth-Adam yang telah mendapat kuasa luar biasa melalui pengorbanan anaknya. Disebabkan itu dia menjadi marah dan membalas dendam. Tetapi dia tidak dapat mengawal kuasanya dan membunuh sesuka hati beliau. Bagi mengelakkan Teth-Adam dari terus membalas dendam dan membunuh ramai orang yang tidak bersalah dia telah dipenjarakan oleh "Wizard Shazam" yang telah memberi kuasa tersebut pada asalnya.

Itu kisah 5000 tahun sebelum. Kisah masa sekarang pulak, ada seorang perempuan nama Adriana Tomaz sedang mencari "Crown of Sabbac" ada kisah di sebalik mahkota itu yang kononnya menjadi objek yang berkuasa di dunia. Pertubuhan jenayah yang dikenali juga sebagai Intergang yang mengawal Kahndaq turut berada dalam gua tersebut untuk merampas mahkota itu daripada Adrianna. Semasa huru-hara berlaku dan Adrianna hampir terbunuh dia sempat membaca ayat yang tertulis pada penjara Teth-Adam dengan menyebut ungkapan "Shazam". Maka terkeluarlah Teth-Adam dari penjara selepas 5000 tahun. Selepas Teth-Adam bebas maka muncullah lain-lain superhero tu a.k.a Justice Society of America (JSA) untuk berbincang dengan Teth-Adam.

Okaylah Mrs. A malas nak sambung citer lagi kalau nak tahu jugak mohon tanya pakcik google ya.... #maafkanlah





MRS.A my blog my stori ©