Oktober 2022 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Oktober 2022
Memenuhi Jemputan Kahwin Anakanda Sepupu Mrs. A

Memenuhi Jemputan Kahwin Anakanda Sepupu Mrs. A

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Memenuhi Jemputan Kahwin Anakanda Sepupu Mrs. A. Sepupu eh! lain pulak bunyinya dah terbiasa cakap omputeh cousin ๐Ÿ˜œ. Cousin Mrs. A ini mesra di sapa Along Zul nama penuh Zulkifli bin Othman. ๐Ÿ˜Š Actually dah lama sangat tak berjumpa seingat Mrs. A pun last jumpa sewaktu arwah abah Mrs. A meninggal iaitu tahun 2012. Along Zul ni cousin Mrs. A sebelah emak iaitu mak dia dan emak Mrs. A adik beradik se-ayah a.k.a atok kami sama tapi uwan lain-lain gittewww...

Actually Along Zul ada aje beberapa kali singgah kampung jumpa mak Mrs. A cuma kami adik-beradik aje takde rezeki nak berjumpa. Sebulan sebelum majlis kahwin anakanda beliau ni dia dan anaknya dah datang menjemput mak dan mak-mak sedara yang ada di kampung dan jemput  adik-beradik Mrs. A semua.

Hari kejadian pada 22 Oktober sama pulak dengan hari kepulangan Aryssa dari Penang. Aryssa naik ETS dan stop di KL Sentral so kekdahnya Mr. A seorang je yang pergi jemput Aryssa di KL Sentral. 

Memenuhi Jemputan Kahwin Anakanda Sepupu Mrs. A. 

Memenuhi jemputan kahwin
Tak bergambar pun dengan pengantin gambar sendirian berhad ๐Ÿ˜Š di depan Le Rozza
Event Venue & Wedding Hall, Senawang

Memenuhi jemputan kahwin
Wefie bersama anak bongsu a.k.a Adik

Memenuhi jemputan kahwin
Alang and wife (s.i.l)

Memenuhi jemputan kahwin
Emak, mak-mak sedara, Alang sekeluarga baju putih salah seorang cousin kira wakil tuan rumah nak menghantar kami pulang

Planning awal family Angah Mrs. A nak join sekali konvoi dari kampung dengan family Alang. Angah akan bawa emak, makbusu dan makteh dari kampung. Tetapi tidak menjadi kenyataan disebabkan kereta Angah meragam. Kekdahnya pada pagi hari kejadian Along yang pergi jemput nenek dan wansu serta wanteh di kampung. Sementara Mrs. A dengan Adik pulak pergi asing dari rumah sendiri dan janji akan berjumpa terus di Le Rozza.

Tak sempat pun nak bergambar dengan Along Zul dan cousin Mrs. A yang lain-lain tu masing-masing pun busy bebenor.

Memenuhi jemputan kahwin
Seketul gambar pengantin curi dari FB Ain muahahhaaaa... [maafkan sis cousin bro]
Anakanda Along Zul pengantin perempuan

Selamat pengantin baharu buat Sheera dan pasangannya Azwan semoga berbahagia hingga ke syurga.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan food semua sedap. Terima kasih atas jemputan dapatlah berjumpa dengan you all dear cousins yang dah berkurun lama tak jumpa semoga ukhwah kembali rapat sebagaimana waktu kita masih kecil dahulu.






Wordless Wednesday - Sekretariat

Wordless Wednesday - Sekretariat

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - Sekretariat. Tengok dalam galeri phone ada gambar-gambar sewaktu Mrs. A menjalankan tugas sekretariat untuk mesyuarat Lembaga Pengarah (MLP) dan Pengurusan Kanan (SMC) dari awal Januari tahun ini daripada terbiar sepi biarlah jadi entry di Mrs. A my blog my stori gittewww... ๐Ÿ˜Š

Wordless Wednesday - Sekretariat.

Wordless Wednesday
MLP 28.01.2022 kena jadi juru kamera time ni

Wordless Wednesday
MLP 28.01.2022 Pengerusi & seorang ALP potong kek belated birthday ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Wordless Wednesday
SMC1/2022 - 25.02.2022 masa ini masih perlu penjarakan fizikal

Wordless Wednesday
SMC2/2022 - 25.03.2022

Wordless Wednesday
SMC3/2022 - 22.04.2022 eh! apsal takde refreshment ni ๐Ÿ˜œ bulan puasa der...

Wordless Wednesday
MLP - 26.05.2022

Wordless Wednesday
SMC4/2022 - 22.07.2022

Wordless Wednesday
MLP - 26.07.2022

Wordless Wednesday
SMC5/2022 - 26.08.2022 tiada lagi penjarakan fizikal so tukar ke BBR

Wordless Wednesday
MLP - 27.09.2022 FM dah tak mandatory lagi.๐Ÿ˜Š

Wordless Wednesday
SMC6/2022 - 12.10.2022 minit pun sedang dalam pembikinan lagi huhuhuu..

Wordless Wednesday - Sekretariat
Lunch Di Old Town White Coffee

Lunch Di Old Town White Coffee

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Lunch Di Old Town White Coffee. Salam Jumaat dear readers petang ni rajin pulak nak up-date entry pendek kisah lunch di Old Town White Coffee di Aeon Seremban 2 tengahari tadi. Mrs. A keluar lunch bersama Kak N berdua sahaja. Those were the days ada ganglunch yang agak ramai tapi dah tinggal sejarah huhuhu...๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Lunch Di Old Town White Coffee. 

Lunch
Kak N & me #ganglunch

Lunch
Kopi Dulu, Makan Dulu ๐Ÿ˜†

Bila chit-chat dengan Kak N tadi kurang lebih kira-kira tiga tahun jugalah lamanya we all tak lunch di Old Town White Coffee ni. Tengok menu oh! masih banyak menu-menu lama dahulu kekdahnya. Bila tengok menu kaya & butter bread toast aduh! nostalgia sungguh teringat ada sorang ganglunch tu suka order menu tu sambil sedekah kat kawan-kawan ๐Ÿ˜Š. Didoakan beliau baik-baik sahaja.

Lunch
Hai! lah kaya&butter bread toast teringat iols pada il hehehee... [google image]

Bila belek-belek menu yang diberi tadi semua menu ala-carte. Menu set tak jumpa pula ataupun menu set ada tapi di leaflet yang berbeza tapi waiter tak bagi kot lagipun Mrs. A tak minta pun, ke memang takde eh! ntahlah abaikan sajalah.

Lunch Di Old Town White Coffee. 
Lunch
Mrs. A makan BBQ chicken & fried wantan dry dengan air honey lemon cold

Kak N makan Pan Mee Soup dan air fresh lemon tea panas. Unfortunately Mrs. A tak snap pulak Kak N punya menu muahahahaaa... Alhamdulillah sejujurnya we both puashati dan happy dengan pilihan menu masing-masing. Next time boleh repeat lagi gittewww... Okay itu sahaja kisahnya. Selamat berhujung minggu dear readers.





Mrs. A Join Giveaway Contengan Cuya

Mrs. A Join Giveaway Contengan Cuya

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Join Giveaway Contengan Cuya. Dapat jemputan dari owner blog nasuha-itsmyessay.blogspot.com supaya turut sama memeriahkan giveaway anjuran beliau kekdahnya Mrs.A pun join gittewww... Mula-mula harus copy banner di bawah sebagai tanda penyertaan.

Mrs. A Join Giveaway Contengan Cuya.

Mrs. A join giveaway
KLIK

Kemudian copy mana-mana gambar yang paling disukai. Dalam banyak-banyak gambar yang Cuya lukis tu Mrs. A paling suka gambar yang di bawah ini
Mrs. A Join Giveaway
Mrs. A suka gambar ini ๐Ÿ˜˜

Giveaway Contengan Cuya ini telah bermula dari tarikh 5 Oktober 2022 dan akan berakhir pada
19 Oktober 2022.

Sebab kenapa Mrs. A nak menang giveaway contengan cuya ini kerana nak lihat lukisan diri sendiri dalam bentuk digital gittewww...

Untuk ketahui lain-lain hadiah buat mereka yang bakal menang sila klik banner di atas sekali untuk ke blog pengajur.


Bayview Beach Resort Penang

Bayview Beach Resort Penang

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Bayview Beach Resort Penang. Since Aryssa dah jadi budak Poli di Bukit Mertajam [SINI] Mrs. A sekeluarga pun selalu jugaklah ulang-alik ke utara sana melawat Aryssa. Aryssa baik-baik sahaja di sana tu alhamdulillah tapi bapaknya pulak terlebih risau hahahahaa kekdahnya dah beberapa buah hotel jugaklah we all duk check-in. Check-in hotel pun sekadar mencari tempat bermalam sementara menjenguk Aryssa tu sambil ferfeeling jugaklah kononnya pergi bercuti ngeh! ngeh! ngeh!

Actually check-in di Bayview Beach Resort ni masa hantar Aryssa dulu lepas semalam stay di homestay Tok Ani [SINI] we all tukar pulak ke Bayview Beach Resort ni sebabnya biras Mrs. A tu nak belanja wifenya bercuti sambil tu belanja we all jugak. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak gittewww.... didoakan dimewahkan rezeki sentiasa thank you my biras Mi ๐Ÿ˜Š

Bayview Beach Resort Penang. 

Bayview Beach Resort Penang
Hotel ni macam dalam bulatan bila dari dalam

Bayview Beach Resort Penang
Snap dari dalam kereta ketika nak pulang ๐Ÿ˜

Bayview Beach Resort Penang
Sebilik bertiga Mr&Mrs.A dan Adik 

Bayview Beach Resort Penang
Bathtub untuk berendam

Bayview Beach Resort Penang

Bayview Beach Resort Penang
Girl thing snap photo depan cermin ๐Ÿ˜Š

Bayview Beach Resort Penang
Shower

Mr & Mrs A check-in di Bayview Beach Resort Penang selepas settle uruskan pendaftaran Aryssa sementara S.i.l sekeluarga dan juga Adik dah check-in awal. Mereka dah sempat mandi-manda dan main jetski di pantai.

Mrs. A tak join pun mereka ke pantai pada petang tu sebabnya kepala terasa berat dah kena migraine attack mungkin disebabkan cuaca panas.

Bayview Beach Resort Penang

Bayview Beach Resort Penang
Suka betul Adik dengan Aboy dapat main jetski

Sebelah malam pun Mrs. A tak join depa pergi dinner minta tapaukan aje. Sebabnya migraine tak reda walaupun dah mandi berendam bagai dalan bathtub muaahahhaa. Masih syukur ada bawa ubat migraine kekdahnya makan ubat terus lalok ketiduran sampailah Adik dan Mr. A pulang lebih kurang pukul 11.30 malam macam tu alhamdulillah bila tersedar tu kepala dah tak sakit lagi. Mrs. A pun makan nasi yang tapau tu.

Esoknya tu breakfast di coffee house aje. S.i.l sekeluarga dan turun awal Adik pun sama. 

Bayview Beach Resort Penang
Menikmati betul ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚tak ramai orang mungkin sebab hari bekerja

Bayview Beach Resort Penang
Dari coffee house tengok Adik dan Aboy mandi swimming pool

Bayview Beach Resort Penang
Tempat lepak-lepak santai

Sedang asyik melayan perasaan kat coffee house tu Mr. A lambai dari tepi swimming pool tu. Mrs. A pun bergegaslah pergi kat tempat dia duduk tu katanya nak urut tak? Eh! mestilah nak jawab Mrs. A. Rupanya ada pompuan chinese memang cari customer di situ sape nak urut harga ikut masa, nak urut satu badan ke, separuh badan ke kepala aje ke. Disebabkan migraine tu Mrs. A bagitahu nak urut separuh badan dan minta lebih urut kat bahagian kepala. Boleh no problem katanya. Aduh! bestnya kena urut sampai terlena-lena iols. Selepas urut setengah jam baru boleh mandi katanya. Oh! begitu ya baru Mrs. A tahu ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Selepas berurut tu rasa lega dan ringan melayang-layang muahahhaa dah! dah! dah! jom brsiap-siap untuk pulang

Bayview Beach Resort Penang
Bye! bye! bayview see you when I see you ๐Ÿ˜

Macam mana rasa stay di Bayview Beach Resort Penang. Sejujurnya menarik next time boleh check-in lagi gittewww....





MRS.A my blog my stori ©