Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1443H - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1443H

2 April 2022

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1443H

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1443H Mrs.A ucapkan buat rakan-rakan blogger dan juga readers Mrs.A my blog my stori. InSyaAllah esok Ahad 3 April 2022 akan bermulalah kita berpuasa. Sebelum tu Mrs. A nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada rakan-rakan blogger dan juga readers seandainya selama berblog  ini ada kata-kata mahupun komen-komen Mrs. A yang mengguris perasaan maaf jua dipinta. Kisah lalu [SINI]

Hari ini Mrs. A plan nak balik kampung. Balik dengan Adik sahaja waalupun plan asalnya nak balik sekeluarga tapi tidak menjadi kenyataan disebabkan Aryssa dah kerja. Aryssa baru aje mula kerja so katanya Sabtu dia masih kerja cuti hari Ahad dan Isnin nanti. Kekdahnya Mrs. A dan Adik balik dulu. Ahad nanti Aryssa dengan Mr. A menyusul lah ya lagipun we all planning nak berbuka di kampung pada satu Ramadhan tu.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1443H 

Ramadhan 1443H
Salam Ramadhan semua😊

Di samping itu Mrs. A nak share juga niat puasa sebulan Ramadhan dan niat puasa harian.

Ramadhan 1443H

Niat puasa harian adalah wajib setiap hari jika kita terlupa niat makanya puasa kita dikira tidak sah.

Sebaik-baiknya kita bacalah niat puasa satu bulan keseluruhan juga. Tetapi syarat nak baca niat puasa sebulan Ramadhan ini hanya sah dibaca pada malam 1 Ramadhan sahaja. Contohnya pada tahun 2022 ini 1 Ramadhan 1443H jatuh pada hari Ahad makanya niat puasa sebulan tersebut wajib dibaca pada hari Sabtu sebelum iaitu Sabtu malam Ahad. Jika terlepas tarikh tersebut sudah tidak boleh diambilkira lagi. 

Okay Sabtu malam nanti disamping baca niat puasa harian jangan lupa baca niat puasa sebulan keseluruhan sebabnya andai kita terlupa niat puasa harian pada hari-hari berikutnya puasa kita tetap sah kerana telah baca niat puasa seluruh Ramadhan. InSyaAllah. 

Wallahualam.



12 ulasan:

MRS.A my blog my stori ©